Friday, April 29, 2011

It's Ok~

tersentap lagi untuk hari ini. bohong la kalau aku kata aku tidak rasa apa-apa bila tengok muka kamu muncul dalam wall aku.

dan perasaan itu sedikit sebanyak bertukar menjadi benci. yang amat sangat.

aku tidak ingin ada kaitan apa-apa lagi dengan kamu. walaupun terpaksa unfriend separuh daripada rakan aku dalam frenlist, it's ok. asal saja aku tidak melihat apa-apa yang ada kaitan dengan kamu.

pernah terfikir untuk delete saja akaun itu. tapi lepas tu? sayang, aku sayang fb aku. aku taknak terputus hubungan dengan kawan-kawan yang masih ambil berat pasal aku. hanya tempat itu menjadi medan untuk aku berkomunikasi.



kawan-kawan yang aku unfriend. maaf sebab terpaksa ambil langkah yang tidak matang ini. sungguh, aku masih belum kuat. aku masih mencari semangat aku yang telah hilang.


Thursday, April 28, 2011

penghutang-penghutang sekalian~~

aduh. sangat payah nak tuntut hutang. kita bagi pinjam dengan harapan kena bayar balik. kita dah tolong. tapi time kita sesak ada ka orang nak tolong? susah gila. taktau camana nak cakap direct. kita hanya sekadar menjaga hati. nak mintak depan-depan, kita pulak yang naik segan.


kepada penghutang-penghutang sekalian, tolong la bayar aku balik. tengah sesak nih. adeh. diorang dengar ke ko cakap kat sini atieabid??<
"orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikannya, di akhirat nanti akan dibayar dengan pahalanya...kalau orang berhutang tu pun takde pahala, harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman. renung-renungkan dan selamat beramal. "
p/s: peringatan utk diri sendiri. jangan lupa bayar ptptn. waaaaaa!!

Sunday, April 24, 2011

Cantik tapi pengotor~

Camana nak tengok perempuan yang jaga kebersihan? Mak aku kata, orang dulu-dulu kalo nak meminang, akan pegi tandas tuan rumah tu. nak tengok kalo tandas dia bersih, maknanya anak dara tuan rumah tu pun mesti pembersih. kalo tandas haprak, mesti pompuan tu pun jenis yang tak pandai nak jaga kebersihan. so, mak aku selalu pesan, tandas mesti bersih. baik mak~~ ^_^

pompuan ni kengkadang dah cantik dah. seksi siut! bisa menggiurkan para lelaki. baju dah lawa. rambut dah berkaler macam-macam warna dah. muka pun ala-ala artis gitu. cun! sekali bila angkat tangan, mak aihhh! hilang selera makan aku. nak makan pun tak lalu.



geli weh tengok pompuan punya bulu ketiak! pengotor betul la. adeh. failed!!! dah tau ko nak pakai baju seksi meksi tu, cuba-cuba la jaga kebersihan tu skit. bawak-bawak la bercukur kalo ye pun malas nak cabut. ni tak, bulu ketiak setompok kat situ. haish! kin malu wanita je la.

p/s: hilang selera makan minggu lepas bila tgk minah tu angkat tangan.

Saturday, April 23, 2011

Nexus Karambunai~

Haritu ada kursus kat KK. haish. punya banyak tempat, kenapa la hq pilih nexus tu? bukan tak suka. tempat tu memang la 5 bintang. cantik plak tu. sape taknak kan. tapi tempat tu buat aku ingat kenangan² yang tak sepatutnya aku ingat. yang aku ingin lupakan. bila hari² pi hall, lalu plak tempat tu, haish~~~ mengeluh panjang aku.

ah sudah. takmau kenang² balik benda tu. sakitkan hati je. citer benda lain lagi bagus.

malas nak citer. aku just nak abadikan sedikit gambar kat sini.


wif cbc's managers & our Lead Manager, En.Din


Banyak² makanan, ni yang aku paling suka.


focus to laptop
bag
. ditaja oleh Dell. haha


sempat lagi berdangdut di taman. hihi


before
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

after~
haha. ni 1st time mekap siap guna bulu mata palsu.


dengan robert.
skadar hiburan ja bro. jgn marah. haha~


wif staff from CBC Daerah Kunak. Luv u guys.~


all of us from CBC sabah sarawak~

Sangat penat dan sangat enjoy. rindu dengan roomate aku yang cantik~ macam muka artis pun ada. gambar dia yang berdiri sebelah en.DIn tu haa. =)

next year will be Lormalong on the Top 3. chayok atieabid.

Tuesday, April 19, 2011

Sebuah perpisahan~

Ni family kakak aku yang sulung. anak dia 2 orang tu je. sepasang. yang lelaki Nama Ahmad Fahmi, panggil fahmi. yang pompuan tu nama Nur Qamarina, panggil Nina.

dulu-dulu nina & fahmi tinggal dengan kitorang. dengan nenek. ni bila mak dia dah ikut bapak dia, nina n fahmi pun kena la ikut mak bapak diorang jugak. tak bagi chance langsung, kemarin jugak diorang datang amik anak diorang. huhu.

tiada sudah nina kena buli oleh macik-macik dia. terutamanya macik epalejau. suka buli nina iron baju. cit!. tiada sudah fahmi mintak duit Rm2 nak gi main badminton. sob sob.

sedih sebab nina dapat UPSR 4A 1B. tak dapat nak masuk MRSM. sekolah sains pun tak dapat. sebab B dia tu sains. huhu. mungkin takde rezeki nina. so kena study smart untuk PMR plak k. =)

sian nurek aku. takpa, nanti dah pindah sana, belajar rajin-rajin. takmau ada cintan cintun. kecik-kecik ni takmau belajar benda lain. focus on study dulu. nanti bila dah masuk uni, baru la kenyit-kenyit mata. haha. ape la macik dia ni ajar bukan-bukan plak.

pesan nenek: mesti call setiap hujung minggu. kalo rajin, call la hari-hari. hehe. yang nenek mau tau, nanti PMR dapat 8A. waaa. nenek demand lak. haha.

pesan macik atieabid: jangan nakal-nakal. takmau cintan-cintun, nanti bleh mengabaikan pelajaran. kecik lagi. okeh darling? hehe



Saturday, April 16, 2011

Lelaki dan kata manisnya~

Lelaki ni ada macam-macam jenis. ada yang setia. ada yang curang. ada yang dipermainkan. ada yang suka mempermainkan. ada banyak sebab. mungkin sebab tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. atau juga kerana ingin mencari kesempurnaan. tanpa sedar diri sendiri juga tidak la sempurna mana.


bila kamu susah, kamu dengan awek a. bila kamu senang, kamu mula mencari awek lain yang lebih cantik.

bila kamu guna motor, yang sudi menemani kamu adalah c gadis a. bila kamu sudah beli kereta besar, kamu mula bawak awek lain.

bila kamu tiada duit untuk makan, kamu cari c gadis a. bila kamu terima gaji hujung bulan, kamu belikan bunga c awek lain.

ah, alangkah beruntungnya c awek baru itu kan. dia punya segalanya. dia punya kamu yang telah meninggalkan c gadis a terkontang-kanting tanpa tahu sebab musabab dia diperlakukan begitu.

janji manis lelaki. biasala.

"aku ingin jaga kamu". bullshit!
"aku hanya milik kamu". konon!
"aku cinta kamu, aku sayang kamu". haktuuihh!!!

ok. itu part lelaki. part pompuan pulak cemana?

perempuan punya sekeping hati yang lurus yang konon-kononnya suci, lemah lembut, innocent. tapi pernah tak pompuan pikir kenapa dia ditinggalkan? kenapa c buaya fren itu bertindak mencari yang lain. yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri.

mai sini aku nak habaq.

perempuan jangan terlalu mengongkong. lelaki tak suka dikongkong. dia akan memberontak. dia akan mula cari lain yang lebih menghiburkan hati.

perempuan suka membebel. ya, kononnya membebel tu sebab ambil berat. sebab sayang. pooorrrah! ko tak tau ke lelaki tidak akan pikir itu sebagai alasan. yang ada dalam pikiran dia ialah, ko membebel jek. bosan tau tak.

perempuan ni leceh. suma benda nak amik tau. busy body betul. lelaki akan rasa terkongkong sekali lagi.

perempuan suka melawan. lelaki akan anggap perempuan itu kurang ajar. suka sangat melawan cakap dia. so, perempuan ni kena la selalu sabar. jangan kuat melawan. dia kan lelaki. nanti ego dia tercabar. kamu jugak yang susah.

perempuan suka mencabar. gaduh sikit nak putus. alahai, suma tu macam zaman muda remaja je bak kata lelaki. kamu tu dah tua. buat-buat la matang sikit.

pesanan penaja:

1. hidup ini umpama roda. kadang kamu diatas. kadang kamu di bawah.
2. hidup ini karma. what you give is what u will get back.
3. nobody's perfect. jangan mencari kelemahan orang lain. cari la kelemahan diri sendiri. kenapa anda diperlakukan sedemikian rupa. cermin diri. perbaiki apa yang patut.
4. jangan mudah percaya janji manis lelaki. mereka hanya menabur janji. menepati jauh sekali.

pesanan aku:
1. jiwa kena rock. no more penindasan.


Thursday, April 14, 2011

Mat rempit bodoh!

gambar curi kat google

Mat rempit oh mat rempit. dah tak sayang nyawa agaknya.

tadi balik keja bawak keta slow jek. tak macam selalu. ada plak mat motor gi potong aku. agaknya dia bengang kot sebab aku lambat. alah, 80 tu lambat ke? ko gila kat jalan kampung ni na bawak 130?? aku belum nak mati lagi. huh!

ingatkan takat nak motong tu jek. sekali dia bleh buat stunt kat depan aku plak dah. siap angkat tayar depan tu.. dah macam nak terbalik dah aku tengok. mesti dia ingat aku kagum kan tengok dia wat stunt tu. fuh!!! caya la bai!!! teror aaa luu!!! tabek aaa..!! teror kepala hotak ko bejambul!!! ko kalo jatuh tadi, memang aku benti kat tepi jalan pastu gi depan ko, aku tolong gelak guling-guling lagi. nak??

haih!!! aku yang kecut perut. kot-kot la dia jatuh pastu aku tak sempat nak ngelak, tak ke naya.?? tak pasal-pasal mati katak. tak pasal-pasal aku kena gi balai polis wat report. tak pasal-pasal aku kena tudung langgar orang. padahal dia yang langgar aku. wah, banyak cantek muka ko yang serupa jalan tak siap tu...!! tak pasal-pasal aku fobia nak bawak keta lepas tu. eh, banyak plak tak pasal-pasal aku. itu suma KALAU je. imaginasi aku sungguh tinggi malam ini. waahahaha.

ko kalo nak wat stunt, jangan wat depan aku bleh tak? kalo nak mati, ko mati la bedua. aku taknak terlibat. haih! hangin sungguh aku la..!! budus punya orang!

p/s: teringat time selalu tumpang motor dia. ehm. semua tinggal kenangan. kamu jangan bawak motor laju-laju mcm mat rempit ya.

Penat dengan hidup~

‎.penatlah hidup dengan rutin. bosan, menyampah. tak lama lagi aku masuk wad gila.

itu bukan status aku. itu status c epalejau k. haih. rupanya ko pun rasa benda yang sama dengan aku.

serius. bosan sangat dengan rutin harian. penat. nothing interesting. keja-lunch-keja-balik-tidur. haih. nak luangkan masa dan buang duit kat bowling pun tak dapat. nak lepak-lepak sambil makan popcorn tengok movie pun susah.



Kunak oh kunak. takde ke benda yang best bleh aku buat? yang bleh aku pegi?

rindu zaman study. rindu dengan kawan-kawan.

Wednesday, April 13, 2011

Nasihat dari kakak~

Assalamualaikum.

tadi time lunch, kakak call. tanya tengah buat apa. ehm, adik tengah makan kak. lapar. ingatkan ada hal apa kakak call. rupanya tanya pasal benda yang paling sensitif dalam hidup aku. buat masa sekarang ni la. ya, itu la yang sebetulnya kak. =(

bleh lagi kakak sakat aku. "ni mesti hilang selera makan terus kan..." ya, memang nafsu makan terus hilang pun. tapi disebabkan lauk harini sangat sedap, teruskan je la makan. rezeki. tak baik tolak.

thanks kak ambil berat pasal adikmu ni. nasihat kakak cuma 1. takmau nangis-nangis, jiwa kena rock. alahai kak. kalau la semudah itu kan.

p/s: kalau saja kakak tahu, tiap malamku bertemankan air mata. T_T

Tuesday, April 12, 2011

Kembalikan senyumku~

tersenyum.
hanya mampu tersenyum.
semoga dengan senyuman ini, mampu untuk aku terus tabah dan tabah.

penat dengan semua yg terjadi.
aku punya silap, ku juga khilaf,
aku mohon padamu Ya Allah
Ampunkan dosaku.
ringankan bebanku.
kembalikan senyumku.
aku perlukan itu.

Friday, April 8, 2011

Di pagi Jumaat~

Assalamualaikum.

Bangun pagi, belek-belek almari. macam biasa la, pilih nak pakai baju apa. kalo gi keja, aku jarang-jarang pakai baju kurung. tapi tiap kali hari jumaat, aku akan kenakan baju kurung. ayu gitu.

weh, masjid kat sebelah tempat keje aku je. kan ke manis kalo pakcik-pakcik nampak aku dengan baju kurung gitu. sejuk jugak mata diorang. nak-nak lagi kalu abang-abang ensom yang pegi masjid nampak. wahaha. mana la tau bleh jadi bakal bini ke. nak jugak carik bakal laki yang rajin gi masjid, ye tak. insya Allah amin. moga Allah makbulkan doa orang yang teraniaya ni. sape la yang aniaya aku ni agaknye.

okeh la. dipendekkan cerita. aku boleh lupa hari ni ialah hari jumaat. aku masih bermimpi agaknya. aku ingatkan harini hari khamis. so, dengan takde perasaan bersalah aku masuk lambat gi keja. aku bukan ponteng okeh. aku gi kedai beli barang-barang opis. sebab memang mati-mati la aku ingat asst aku ada bukak opis awal pagi. adeh. sampai opis, tengok pintu masih kunci. aik, dia tak datang lagi ke? hmmm....

bukak pintu, on pc. amik hp nak call dia sambil belek-belek kalendar. kot-kot aku yang lupa dia amik cuti arini ke. bila tengok hari, JUMAAT.. terus letak hp balik. tak jadik nak call.

ngok ngek la ko ni atieabid. asst ko kan cuti every Jumaat n Sabtu. memang la arini dia tak masuk keja. mangkuk hayun tul. cemana aku leh tak perasan harini hari Jumaat??

dan yang paling tak best sebab aku pakai seluar n baju blouse je. haish. tak dapat nak kenyit mata kat abang-abang ensom yang gi masjid harini. gatai~~ hahaha.


Thursday, April 7, 2011

Mimipi itu~

dah berkali-kali mimpi dia. ehm. semoga dia sihat-sihat saja hendaknya.

aku tahu, jodoh itu bukan di tangan kita. kamu sudah memilih ini sebagai jalan kehidupan kamu. kamu ingin lupakan kehidupan lama kamu. termasuk aku kan? ok. selamat memulakan kehidupan baru kamu.

sesungguhnya, aku tidak la kejam untuk mendoakan ketidakbahagiaan kamu. tapi aku juga tidak la semulia para nabi untuk mendoakan kebahagiaan orang yang pernah hancurkan hidup aku.

sakit. hanya itu yang bisa aku katakan.

Tuesday, April 5, 2011

Pilihan tepat dia~

dia sudah ada pilihan yang tepat
yang baginya, wanita itu lah syurganya
kau sudah tidak diperlukan.
harus sedar itu.

so, how about u atieabid?
teruskan hidup. tak perlu menoleh.

di mana silap semua ni?
kau yang tak pandai jaga bf atieabid.

ya, dia betul.
aku tak pandai jaga bf.
sebab tu dia pilih pompuan lain.

bila setiap malam aku call, so many excuse dr c bf.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap malam aku mesej, tak pernah berbalas.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dia perlukan aku, baru dia cari aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap situasi aku yang akan mengalah
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap kesalahan jatuh ke atas aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dari hari ke hari, dia mula berubah,
aku kan tak pandai jaga bf.

maaf kiranya selama ni aku tidak pandai jaga kamu. maaf juga kiranya selama ini aku selalu menyusahkan kamu. atau selalu buat kamu marah. mungkin sebab jarak kita yang terlalu jauh, hingga membuatkan hubungan kamu dengan aku semakin pudar serinya. mungkin kamu terlalu sibuk dengan aktiviti hari-hari kamu. atau disebabkan jarak ini jugak, membuka peluang untuk kamu mengenali perempuan-perempuan lain di sana. asal saja kamu tahu, bagi aku jarak ini bukan pemisah andainya hati kamu memang ingin terus bersama aku.

hanya untuk kamu tahu, setiap hembusan nafas aku hanya ada kamu. hanya kamu. andai saja kamu tahu, setiaku menanti disini tiada taranya.

P/s: pulihkan semangatku Ya Allah.

Saturday, April 2, 2011

Tiada lagi~

Bila terdengar lagu ni, lagi² saat jiwa kacau macam ni kan, kompom mengalir air mata. tidak perlu ada sebarang penjelasan. kerana aku faham, ini yang kamu mahukan.


Tiada lagi - Amalia Alias

aku bagaikan hidup di dalam mimpi
suatu mimpi indah yang ngeri sekali
benarkah kau pernah disini
benarkah aku pernah kau cintai

dan hati ini tak pernah bisa membenarkan
aku untuk percaya kau kini tiada
bisakah aku bernafas lagi
mampukah aku bertahan bersendiri

tiada lagi aku di dalam hatimu
tiada lagi engkau yang merindui aku
tiada lagi indah cerita di dalam hidupku
tiada lagi senyum yang jadi milikku

tiada lagi engkau yang selalu disisi
mengesat air mata rindu yang jatuh dipipi
tiada lagi nama aku di dalam hidupmu
bila kau singkir aku jauh

diriku selalu bertanya mengapa terjadi
hatiku yang kau genggam telah kau lukai
mengapa cintamu begini
teganya kau membiar ku tersisih
dari sisi hidupmu..

Kamu betul Fida~

berblogwalking di blog fida. minggu lepas rasanya. terbaca entry fida pasal benda ni. tersentap. terbuka minda aku yang selama ini celaru. terbuka mata yang selama ini aku butakan dan telinga yang selama ni aku pekakkan. Fida betul.



Cinta Suam Kuku...Pertahan Atau Lepaskan??

Sinarlah wahai matahari, sudah lelah rasanya menatap akan suram kamu dalam aku mencari.
Ada orang akan menangis kerana tiada lagi debar kuat cinta di dada. Ada orang sudah mengeluh bosan pada paksaan kongkongan rasa. Ada orang hidupkan cinta yang ada kerana tidak mahu di kata durjana dan ada orang tidak sanggup melihat hati lain terluka, biarpun hatinya meratap hiba.

Cinta suam kuku, mahu di lepaskan bagaikan tertusuk sembilu.

Bila orang putus cinta, sebaiknya semua yang menjelma dan mengingatkan tentang si dia mahu dicampak jauh dan tidak mahu langsung berpaling lagi. Atau cinta itu, bila sudah suam kuku- mahu diakhiri atau mahu memaksa diri untuk sabar menanti.

Ramai orang punya bibit cinta yang tersendiri. Kamu juga begitu. Kadang kala kita tidak tahu mana cinta, mana kasihan. Kadang kala kita resah, memikirkan bahawa cinta yang begitu banyak percaturannya, sebenarnya lebih tenangkah kalau kita bersendiri?

Ramai orang selalu sangka, dia amat parah akan cinta pada sidia. Sangkanya, cinta itu mainan manis tidur dan ulit mimpi. Tapi pada masa yang sama, tidurnya sudah hilang lena. Tenangnya sudah lama terluka dan senandungnya tiada mahu didengar. Dia menjadi manusia hampa yang tertanya tanya, dimanakah kelibat cinta sebenar?

Kata orang, cinta itu senyumkan bibir kita tanpa sedar.

Kita juga akan menjadi bosan pada kongkongan cinta itu sendiri. Bila kita putus cinta, sebenarnya kita lupa bertanya sesuatu pada diri, kita lupa untuk mengingatkan bahawa yang terbaik itu bakal kita miliki.

Cinta yang sudah suam suam kuku, cinta yang sudah tiada debar pada dada, cinta yang tiada teringat apatah lagi teruja, cinta yang sebak kalau rindu mengenangkannya atau cinta kerana kita mahu dicinta ialah satu persembahan pantomin sebenarnya.

Satu persembahan untuk menyejukkan diri sendiri bahawa kita juga punya cinta untuk dimiliki. Kita senyum dan mendabik dada bahawa kitalah yang punya agung cinta seorang manusia.

Tapi hakikatnya, kita rasa kosong, rasa hampa dan rasa tiada miliki apa-apa. Sekadar memenuhi satu rutin membisikkan kamu rindu padanya dan sekadar memenuhi ruangan teman di hati sang pujangga.

Kita bisukan rasa hampa kita, walau bagaimana pun kuat ia melanda. Mengapa mempertahankannya?

Kerana kita tidak mahu keseorangan dan terluka. Kita tidak mahu meraih resah itu dalam hiba cebisan lara kerana kita tahu selayaknya hati kita wajib miliki sebuah cinta. Cinta yang luhur, agung dan cinta yang amat tersendiri sifatnya.

Ingat. Jangan pertahankan cinta hampa itu sekiranya kita tidak mampu untuk layarinya. Kita akan punya yang terbaik kemudiannya menanti. Apa perlu sekiranya cinta yang kita pertahankan itu seolah satu paksaan dalam meniti kehidupan.

Kita ada lemah dan kuatnya. Tanya diri, selongkar segala gundah yang hadir disisi. Adakah kita sekarang sedang mempertahankan sebuah cinta abadi? Atau kita ini sekadar satu hembusan dingin yang kosong menyapa hati.

Menyesal pada awal jejak nafas ini lebih baik dari menyesal di kemudian hari. Sekarang, bisikkan perlahan dalam hati: Mahu pertahankan atau mahu di lepaskan pergi?

Cinta ialah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawabnya maka melangkahlah pergi.
-Fida Aishah-

Cinta ialah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawabnya maka melangkahlah pergi.

Friday, April 1, 2011

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak~

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak,

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih. padahal kamu begitu tahu aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. kerana itu, aku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..


-atieabid-


credit to cikani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)