Saturday, December 25, 2010

30 Days of Truth

wow! aku suka cabaran ni. kepada cik afzan, i nak bagitau kat u, yang i berminat untuk menyahut cabaran saudari Jard. boleh tak? hehe. kena mintak izin dulu nie. dan kepada saudari Jard(another blog of Jard), saya nak cilok benda ni ye. untuk mencabar diri sendiri. buleh ka..?? :-)

30 Days of Truth by Jardness.com.

Day 01 → Something you hate about yourself.
Day 02 → Something you love about yourself.
Day 03 → Something you have to forgive yourself for.
Day 04 → Something you have to forgive someone for.
Day 05 → Something you hope to do in your life.
Day 06 → Something you hope you never have to do.
Day 07 → Someone who has made your life worth living for.
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.
Day 12 → Something you never get compliments on.
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.)
Day 14 → A hero that has let you down. (letter)
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without.
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something.
Day 18 → Your views on gay marriage.
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol.
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life.
Day 23 → Something you wish you had done in your life.
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter)
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today.
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why.
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself

pesanan kepada diri sendiri.:-

* jangan malas-malas.

* jawab dengan jujur. takmo ada tipu-tipu untuk mengaburi pihak lawan aa.

* jangan tipu diri sendiri.

chayok chayok!!

Friday, December 24, 2010

Jom Join Contest Si Manjaku Comel

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

hehe. nampak sangat asal join contest je aku pandai bagi salam. hehe. sebok je kan aku nak join contest nie. takde sapa yang tag aku. secara tak langsung tadi masa aku blogwalking kat blog mamakembar3, aku terbaca pasal contest nie. tu yang teringin sangat nak join tu.

ok, dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. sebelum tu, aku nak ucapkan happy anniversary kepada juliana dan hubby. semoga dipanjangkan jodoh hingga ke hujung nyawa. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan. amin. :-)

contest ni kepunyaan puan Juliana. mintak izin join ye. :-)
kepada mereka yang berminat nak join, silakan tau. klik sini.

syarat-syarat pun mudah je. dah jadi follower yang ke 345. cantik kan number i. ngeee~ dan ini adalah blog kepunyaan ku. blog cik atieabid.

gambar sapa yang aku nak pertaruhkan..??

mari tengok sini.

jeng!

jeng!

jeng!



Hi semua!! nama saya Izz Qawiem Muhammad.
Panggil Qawiem je.
Saya lahir 04.04.2010

ok dan sekarang aku nak tag orang plak. ehm sape aa..??

tarikh tutup:
25 December 2010 230pm (tarikh dan masa juliana dinikahkan nie)

gudluck kepada sapa yang join contest ni ye.. :-)

--> Pose Slumber Laptop CONTEST!!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Cewah. haha. ngade². kepada cik Suya tq sebab tag aku untuk join contest nie. ehem ehem ehem. walaupun aku ni tak comel, tapi kegedikan aku degil nak join contest nie. wahaha. alah, aku nak menang hadiah tu..comel wooo! nak² yang kaler pinkish tu. serius wa cakap lu. tak caye, mari kita terjah blog mamat ensom ni.

ni banner wajib letak aa..
kepada incik Rizal(teringat kat ex-bf yg bernama rizal. sob sob~), i dah follow blog igossip u. i follower ke 193.. :-) .

ni gambar i tengah pose kat depan laptop. ngeee~ jangan kutuk sebab tak comel aa.. ni kat tempat keja i.

aku tak reti la nak edit² pic. ni pun guna webcam yang ada frame. hee..~

jom join contest nie. nak yang kaler pink tu. haha. wink² utk incik Rizal. ;-)


alah, senang je nak join. follow procedures kat bawah ni haa. senang kan.. hehe.


tarikh tutup pun lama lagi. still leh amik picture² yang menarik tertarik kau memang daboom!!


done! skarang aku nak tag kawan plak :
Gud luck to myself. amin.

Thursday, December 23, 2010

Ayam Togel~

Teringat zaman sekolah. masa tu darjah 3. budak hingusan lagi. dulu, aku tomboy sikit. ek, bukan sikit lagi. tapi banyak. erk~

gaduh ngan sorang mamat ni. dia ni aw-aw sikit. aku panggil dia sotong. lembik ngalahkan pompuan. suka carik gaduh ngan aku. suka wat aku marah. ada ja benda dia nak sakat aku. aku pun taktau kenapa. yang paling aku takleh lupa sampai sekarang ialah nama gelaran yang dia bagi kat aku. "ayam togel" ~ ayam togel dipanggilnya aku...Cit!!


adakah aku serupa dengan ayam togel seperti dalam gambar di atas??? oh tidak..~!!!

walaupun dah kelas asing-asing, dia tetap suka kacau aku. pantang nampak aku kat mana-mana, time rehat ke, time balik ke, mesti dia akan kacau. dia suka tarik tudung aku dari belakang. huh! tak senonoh betul.

haritu aku terserempak dengan dia. aku tengok dia pakai skirt. ehm, makin teruk nampak gayanya. Semoga tuhan bukak hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. amin.


bukan gambar sebenar~

Wednesday, December 22, 2010

Sejarah Nama Ibu Negeri Sabah~


Dulu, nama ibu negeri Sabah ialah Jesselton. tapi sejak 22 Disember 1967, nama Jesselton telah ditukar kepada Kota Kinabalu. so, harini dah kira genap 43 tahun dah nama Kota Kinabalu diabadikan dalam sejarah Sabah. Mungkin sebab gunung Kinabalu kot, tu yang tukar nama tu. semua orang tau kan gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara. ini sejarah ok. jangan kata tak tau plak. hehe.

Aku yang asal Sabah ni pun belum daki gunung Kinabalu. buat malu tul. huh! dulu masa study, pernah nak ikut program daki gunung. dianjurkan oleh Jakmas kolej aku. tapi hampeh tul bila pengerusi dia makan duit. boleh bayangkan tak? ni budak lagi ni. belum apa-apa lagi dah pandai makan duit orang. last-last program tu cancel tapi duit kitorang pun tak pulang balik. hampeh tul! memang kecewa sangat masa tu. kepada yang makan duit tu, bawak-bawak la bertaubat ye. mujur la masa tu baru bayar deposit. kalo bayar penuh, lagi la rasa nak telan budak tu.huh!

sekarang nie dah susah sangat nak ikut program macam tu. nak kena tunggu ada orang organize dulu baru dapat join. nak harap aku yang organize?? huh! tak naik la aku nampaknya. huhu.


gunung oh gunung. bila la agaknya aku dapat menakhluki ko ye?

Insya Allah, kalo dipanjangkan umur, disihatkan badan dan dimurahkan rezeki, kita ada jodoh ok.. ^_^


Monday, December 20, 2010

Silent Reader~

Aku silent reader?

ya, aku ni suka blogwalking tempat orang. suka baca post orang. kadang kalau aku rasa nak komen, aku akan komen. kalau tak rasa nak komen, aku akan ke next entry. kalau aku suka blog tu, aku akan follow dan letak link kat blog mesti terjah aku. so, buleh tau kalau dia ada update atau tidak. dan sebenarnya aku tak kisah pun kalau blog tu nak jenguk blog aku dan follow balik atau tidak. pilihan kan masing-masing. lagipun, kadang tu aku takde pun tinggalkan jejak kat shoutmix. kenapa? ntah la. kalau rasa nak letak, akan adalah aku tinggalkan jejak. kalau takde tu means, aku memilih sekadar untuk menjadi silent reader je.

Tapi aku suka follow blog terkenal Ben. Sapa tak kenal Ben kan. ops, Ben Ashaari la. Ben pernah cakap dalam blog dia yang dia nak announce full name nama bapak dia. kena hormat tu. aku sebenarnya suka nak join segmen yang dia buat. banyak segmen yang dia buat sebenarnya mendatangkan idea nak buat entry baru. macam best je kalau dapat buat entry dengan segmen dia tu kan. tapi boleh tak kalo aku just nak ambik segmen je? tapi tak letak link dalam blog dia? ehehehe..ngade la ko ni atieabid. banyak lak cekadak ko. ehm, maksud aku bukan la aku tak bagi kredit kat Ben. kredit tetap bagi. tapi aku belum bersedia nak bagi link blog aku yang tak cukup sifat ni untuk Ben letak dalam segmen dia.

Tak bersedia camana? ehm. aku nie tak berapa nak ada komitmen dengan blog nie haa. kadang blog nie tersadai je tanpa entry baru. So, aku takut la kalo ada orang datang blog aku tapi aku tak layan ke ape ke. tak sempat nak buat kunjungan balas ke. cewahhhh!! macam la ada orang nak baca blog aku kan. hakhakhak..malu sey!!


Tapi tak berani la plak aku nak tanya Bro Ben. kang tak pasal-pasal aku kena sue sebab tak ikut rules. huhuhu.


Saturday, December 18, 2010

10 special or weird things dat u can say about urself :)

10 special or weird things that i can say about myself? ehmm..sebelum tu nak buat ucapan sikit kat suya. aku amik tag dia dari blog dia la. hehe. saja nak wat sembang² pasal kepelikan diri sendiri. pelik? taktau la nak kata pelik ka apa. kadang benda tu kita rasa biasa je. tapi orang yang nampak pelik. kan kan..

1. Garang - Dulu² vs sekarang
Ni boleh dikatakan pelik la. semua orang kata aku garang. kuat marah. ya memang. zaman sekolah dulu, aku ni terkenal dengan pans baran. habis suma orang aku nak bawak gaduh. lagi² lelaki yang suka buat aku sakit hati. ehm. pernah tu aku balik mamat kelas aku dengan duster. sampai berdarah dahi dia. padan muka. huh! aipp! tapi sekarang nie dah boleh dah kontrol emosi. takde la nak garang macam dulu lagi. bila ingat zaman dulu, kelakar pun ada. haha. budus tul aku time tu.

2. Manja - Dulu² vs sekarang
Mungkin sebab aku bukan anak bongsu, jadi aku tak suka nak manja². walaupun dengan family. macam rasa malu pun ada kalo nak manja² ni. even dengan mak bapak. aku tak suka nak mengadu². tapi sekarang nie dah pandai nak bermanja dah. hehe. yelah, mak bapak aku dah tua. kalo dulu masa budak² malu aku nak cium pipi mak bapak aku. takut orang kata aku mengada-ngada. huhu. tapi sekarang, ada aku kesah??? kalo aku nak cium, aku cium je la. sayang mak bapak aku tau.!

3. Mengalah
Ya, aku jenis yang kuat mengalah. lagi² dengan family. tolak la apa saja, selagi aku boleh mengalah, aku akan mengalah.

4. Makan banyak tapi tak gemuk
haha. aku makan la banyak mana pun, tapi badan tetap maintain. metabolisma tinggi kot orang kata. haha

5. Tahi lalat
aku banyak sangat tahi lalat. kat muka saja ada berapa bijik. dan yang paling spesel tu tahi lalat kat bawah bibir aku. sebijik macam mak aku punya. kalo orang nampak aku ngan mak aku, konpom orang akan tegur tahi lalat kitorang sama. pewaris mak nie. hehe

6. Ibu jari melentik
Mula² tak perasan. tapi bila ada yang tegur ibu jari aku nie melentik macam nak patah je, baru aku perasan. lagi² kalo aku buat thumbs up. kawan² mesti gelakkan aku. kata ibu jari aku pelik. uhuhu.

7. Pelupa
Nak kata nyanyuk tak jugak. aduh. tapi memang aku ni jenis yang pelupa. sangat². banyak sangat benda nak kena ingat kot.

8. Make friends
Aku suka banyak kawan, aku suka kawan semua orang. dan aku bukan jenis yang memilih kawan. aku sayang kawan² aku. dan aku sedih bila ada kawan² yang lupakan kawan. memang wujud orang macam tu.

9. Moody
Moody? tak sangat kot. sebab aku tak suka orang yang moody. tapi ada masa tu akan melenting jugak. tiba². ehm, pelik tul.

10. stamp collector
Dulu² aku suka kumpul setem. macam² jenis setem aku ada. tapi sekarang macam dah kurang sangat sebab dah tak berapa nak hantar surat. yelah, semua orang skang by call. tak pun sms ke. tak pun email ke. senang dan cepat. :)

tu je kot. ni pun dah pening² nak pikir sampai 10. mungkin ada lagi yang tak dapat nak pikir.



I just care of u~

I just care of u.
cuma ingin kau tahu, aku risau.
cuma ingin kau tahu, aku sayang.
cuma ingin kau tahu, aku juga terkilan.

Thursday, December 16, 2010

Celcom oh celcom~

Apa punya malas aku nie. sian blog nie bersawang. ehm. bukan malas la. tapi keadaan bizi yang tak pernah nak lari dari kehidupan hari-harian. tu yang buat aku takda masa nak update. lagi la nak bw. dengan rumah yang wat renovation. barang-barang rumah nak kena kemas. edit apa yang tak patut ada dalam rumah tu, nak kena buang. tapi make sure emak tiada ya. sebab kalo emak ada, mesti dia bising. huhu. dengan line streamyx kejam ok kejap ko. dengan line opis minggu ni wat hal server down plak. dengan report yang tak pandai nak siap.(itu sebab aku mmg malas yang amat).

sebenarnya nak update banyak benda. nak share banyak perkara. tapi ...... ah, tapi lagi kau ni. bak kata awang ex-coursemate aku, "kalau, babi pun boleh terbang". yelah, asyik penuh dengan kalau. sampai bila nak redha dengan realiti?

adik baru balik dari holiday. fuh! sakan dia tinggalkan diriku ni kat sini. mujur la ada kak anna & family. ada jugak yang aku bawak main & gaduh. rumah aku hanya akan meriah kalo ada nurel-nurek aku. kalo diorang takda, taktau nak kata apa la. sunyi je rumah. busan. huhu. nak main dengan anak sendiri, taktau la bila kan. hehe.

celcom problem betul la kat Kunak. tak boleh call out, mesej pun tak buleh. haiya. teruk gilaaaa! ingatkan simkad aku yang problem. sekali kakak & kawan-kawan ngadu benda yang sama, ni sah la bukan salah encik simkad. ni musti salah encik celcom.

p/s: disebabkan celcom problem, x dpt cakap ngan chenta. rindu.

Thursday, December 9, 2010

Kenapa Blog???

thanks suya sebab tag. =)

kenapa aku blogging? sebenarnya ini blog aku yang kedua. aku start blogging dari tahun 2004 lagi. dah lama dah. coursemate yang kenalkan. dia kata blogging nie lebih kurang macam diary online. kita boleh luah apa saja kat dalam tu. boleh letak gambar. ehm, ok. aku macam berminat je dengan benda alah nie. yelah, dunia diary aku stop zaman skolah kan. lepas masuk alam kolej, dunia jadi lain sikit. nak tulis-tulis diary pun dah malas.

bila dah buat akaun, start la mempost yang bukan-bukan. segala luahan rasa. segala benda yang jadi kat tempat keja. heh. lucu pun ada bila ingat balik. penulisan memang ntah apa-apa la. template pun tak reti sangat nak tukar.

kekallah blog pertama tu sampai tahun 2006. masa tu aku sambung study kat ums. di awal tahun study, aku masih aktif blogging. tapi semua kengkawan aku taktau pun yang aku ada blog. taktau camana 1 hari tu, member aku jumpa blog aku tu. ~Seindah Rasa~ . masa tu kat lab ict. bukan main lagi dorang dok kutuk aku. dok sakat aku. malu sey. aku tak suka diperlekehkan macam tu. aku ni ada panas baran sikit. ehm, tapi selama kat ums, aku tak pernah marah. kalo ada benda tak puas hati pun, aku selalunya akan diam. tapi taktau kenapa hari tu aku rasa aku seperti diperbodohkan. aku seperti diperlekehkan. dorang dok baca blog aku kuat-kuat kasik dengar 1 lab. bodoh piang tul aku rasa dorang nie. siap gelak-gelak. argh! bencinya. aku dah suruh diorang senyap. kalo nak baca, baca je la. jangan la sampai nak malukan aku kat dalam lab tu. serius. aku rasa malu. malu sangat-sangat. boleh tak kau orang baca diam-diam. yang kau orang kecoh 1 lab tu apsal? memang saja nak tengok aku marah. mungkin diorang ingat aku ni jenis tak pandai marah kot. sebab tu la berani perlekehkan aku macam tu. tapi sabar aku ada hadnnya. aku suruh diam, taknak diam. last-last aku herdik. 1 lab dengar. kan kau dah malu. aduh. aku bukan niat nak kasi malu kau orang. aku cuma tak suka korang buat aku macam tu.

memang la betul bila kau cakap "dah post kat blog, bagi orang baca. nak marah kenapa pulak??, kalo taknak orang baca, jangan buat blog."
ada aku kata tak kasik orang baca ke? kalo memang aku taknak kasik orang baca, post tu akan tetap jadi draft sampai bila-bila. aku tak kesah kau nak baca. baca la. tapi bila kau ejek-ejek, gelakkan aku, baca kuat-kuat sampai 1 lab dengar, pada aku itu sudah lebih. kau tak hormat aku sebagai kawan kau. aku dah kata jangan, kau kau kau dan kau masih jugak seronok tahap gaban wat aku malu kan. so, kalo kena herdik oleh aku, maaf je la.

lepas gaduh tu, aku terus delete akaun aku. rasa menyesal pun ada. sebab aku sayang blog tu. blog pertama aku. agh, bengong la kau ni atieabid. ikut hati sangat.

lepas tu aku tak buat blog dah. malas. geram. sibuk. suma ada.

sampailah bila lecturer aku bagi assignment kena buat blog. aduh! kenapalah itu pulak assignmentnya. tapi rindu aku pada blog terubat jugak la sikit-sikit. masa tu buat blog untuk assignment semata-mata. tapi sebab tak tahan hati, akhirnya aku create 1 lagi blog. ini la hasilnya. =)

aiyo. ini citer pasal lain dah ni. dah lari tajuk. alamak. sory-sory.

Kenapa blog?
blog aku nie hanyalah 1 medium untuk aku luahkan rasa. blog ini blog peribadi. aku bukannya buat blog ni untuk duit. nuffnang tu pun sampaila ke harini aku tak faham camana nak apply kat blog aku. huhu. aku tak kesah la, ada duit ke tidak masuk nuffnang aku tu. yang aku tau, aku suka bila aku betul-betul boring, aku akan baca balik apa yang ada dalam isi perut blog nie. rasa macam masa tu berputar kembali. aisemen. ada-ada ja la kau ni atieabid.

orang kata, hidup kita adalah dunia pentas semata-mata. aku la heroin dalam pentas aku. aku jugak la director. jalan cerita semua aku lakarkan dan abadikan dalam blog nie. semua cerita adalah kisah benar. bukan rekaan semata-mata.

dulu, adik aka epalejau selalu kata aku pandai buat karangan. selalu buli aku buat karangan dia masa sekolah. kalo aku tak buat, dia ngadu kat mak aku. mak aku pun apalgi, marah kalo aku tak ajar dia. last sekali, bukan ajar dia tapi aku yang buat karangan tu. dia lak sedap-sedap tidur. cit! pastu dapat plak karangan terbaik. bagus betul. aku rasa masa tu sebab aku banyak baca buku. hari-hari aku akan pegi library kat pekan. semua buku aku rasa aku dah baca dalam tu. sebab tu aku mudah mengarang ayat. tapi sekarang? aku start dah malas membaca. novel pun setahun sekali baru baca. ntah la, otak pun dah tumpul. skill dah hilang. sebab tu dalam blog aku nie boleh nampak macam blog budak hingusan. ah, malas nak kisah. janji aku happy. :-)

aku suka blogwalking. aku suka baca blog-blog besar yang tak pernah ketandusan idea. aku suka jenguk blog-blog yang ada banyak tips. aku suka singgah dan baca blog-blog yang macam-macam ada kat dalam dia. bukan hanya peribadi, tapi suma la. ada umum, ada dunia, ada artis. walaupun mungkin aku hanyalah silentreader je. kadang aku komen, kadang tak komen. kadang tinggalkan jejak, kadang tak.

tapi sejak 2 menjak nie, macam ramai yang singgah blog aku. sory sangat-sangat sebab blog aku hanyalah blog picisan. xda apa-apa kat dalam tu. =(.. mesti korang menyesal kan singgah sini. huhu. tapi takpe, aku tetap jejak balik blog korang. as long as tinggalkan jejak. kalo aku rasa aku suka blog tu, aku masukan dalam bloglist aku. so, senang nak tengok kalo dia update.

so, aku rasa cukup la dulu. banyak sangat membebel. hee..nanti sambung lagi.

p/s: esok kawan kawin, lusa sorang lagi kawan bertunang. tahniah korang. =)


Wednesday, December 8, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Assalamualaikum. dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim. =)


aku bukan dapat tag dari sesapa. tapi macam biasa masa blogwalking tu tengok mama buat Giveaway. dan ada terbaca entry suya pasal GA mamakembar3 nie. tapi disebabkan busy yang amat sangat minggu lepas, ingatkan dah terlepas dah tarikh tutup. ingatkan 6 december 2010. rupanya 6 january 2011. haha. apa punya mamai la aku nie kan. tapi tadi mama ada bagi komen kat sepatah 2 kata kat blog aku ni, bgtau yang aku masih belum terlepas GA ni. aaaa! punya main suka hati aku nie. gumbira2. ada chance nak join lagi. =)

GA ni mamakembar3 buat sempena ulang tahun dia yang ke-6. Congratulation & happy anniversary mama. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan mama dan family.=)

syarat-syaratnya senang je. :-)

1. Ada blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.
~ blog ini kepunyaanku, dan aku warganergara Malaysia yg mempunyai alamat. =)

2. Entry kat blog pasal giveaway dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!
~ Tengah buat entry pasal ni la nie.. =) kejap lagi siap.

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "itsy Bitsy Secrets"
~Done.

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni entry dan sidebar blog beserta link nya.
~ ok2. lepas ni aku letak. =)

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumakan pada diorang ye.
~ ok. aku nak tag
3. yaya

6. Tinggalkan url and ID follower korang di ruangan komen post ini.
~ oraite. i will..

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry.
~ ok. aritu aku ada ushar2 telekung travel tu.. nak beli untuk mak. tapi bila tengok kat dalam Itsy Bitsy Secrets tu dah sold out. lepas tu oleh sebab busy yang melampau, takde masa nak jenguk2 blog rakan-rakan. tu yang terlupa. manatau, ni rezeki aku nak bagi hadiah kat mak aku ke. hehehe.



lumayan tak hadiah dia..hehe..

8. Tarik tutup: 6 Januari 2011
~haha..ngokngek la aku nie. ada ka patut ingat tarikh tutup 6 december. bengong!

ok done. alhamdulillah. sesapa nak join jom la. Klik sini.. :-)

Tuesday, December 7, 2010

Kakakku sayang~

Tadi ada orang add facebook aku. bila aku tengok kat mutual fren, ada sorang kawan sekolah dulu. ok, aku accept. sekali dia start tegur aku. bagi salam dan.....

Jamila Saaja: Assalamualaikum. dr asmiati kakak kta ka?
aku: waalaikumsalam. ya, dia kakak saya.
Jamila Saaja: dia dr anak saya ba tu. baiknya ba dia tu kan.
aku: erk~ ya. hehe

opkos sebab dia dr kanak-kanak. kalo dia garang dengan budak-budak camana la agaknya ya. haha.

P/s: epalejau kat penang dengan kakak. huhu. buat i jeles je.

Banyak tanya betul

Ni si epalejau punya tag la nie. puncanya dari suya tak tag dia, pastu merajuk bagai. cis! ada jugak orang begini aa. haiyo. layan kan je la. lagipun, skang nie tengah takda buat apa.

tapi sebelum tu kena tarik nafas panjang-panjang baru buleh start. nama pun banyak tanya betul kan. memang banyak la sangat. haiyo.

instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly
yolah-yolah, aku jawab honestly la nie ek.


Person who tagged : epalejau yang bucuk. dia telah merajuk kepada cik suya sebab tak tag dia. haiyo adik kicik. ko hengat ko sepa woh..haha
Starting time : 12:33pm on tuesdat (7Dec2010)-Salam Maalhijrah

Name : atieabid. suma orang akan panggil aku Atie. abid tu nama bapak aku (Abd Hamid - Abid)
Full name : Hamiatie abd hamid
Sibling(s) : 8 orang. anak ketujuh. bongsu tak jadi. haha.

eye colour : hitam. ntah la. ada kata dark brown.

Shoe size : 7. besar gedabak kaki aku. kat rumah tak leh share dengan kakak-kakak & adik. haiya.
Hair : hitam. masih suci lagi.
Height : 160 cm. takde la tinggi sangat. standard jak.

What are you wearing right now : Muslimah T + Jeans Levi's + Tudung Ala Ariani. simple je. :D
Where do you live : Kampung Jaya Baru Kunak, Sabah
Favourite number : 1,3,7,5. suma ganjil ek? baru perasan.

Favourite drink : kat rumah Milo Ais. sebab buat sendiri. tak pernah suka yang kedai buat. huhu. tak syedap. kalo kat kedai, musti oder Ice Lemon Tea 1! (tapi kalo kat semenanjung, dia guna limau kasturi, bukan lemon. huhu.)

Favourite month : Opkos May (Mybesday)
breakfast : Mee goreng + Milo Panas.



-Have you ever-


Broken a bone : tak pernah. palis-palis.

Been in a police car : tak pernah plak. kalo kena tarik dengan keta polis pernah la.haiya. ni suma Jamil punya pasal. keta mati kat tengah flyover. bawah tu balai polis. tak hengat balai polis apa dah. huhu. malu malu malu!

Fallen for a guy/girl in a short period of time : pernah kot. hehe. tapi lepas tu bertahan 2 minggu je. xde maknenye!

Swam in the ocean : uik pernah pernah! Kat Manukan Island, Mabul Island, Kapalai Island dan Mataking Island. best woooo!!buleh snorkeling. boleh tengok suma pemandangan indah kat dasar laut. berazam nak amik lesen diving plak lepas ni. fuh! tp berenang guna pelampung ye kawan-kawan. sebab atieabid ni tak pandai berenang. hahaha.
Fallen asleep in school : Masa kat sekolah, kalu ada cekgu, tak pernah. kalu takde cekgu, selalu. haha. kat kolej, tak hengat dah, tapi macam tak pernah lah. hhihi. kat U, ahaaa. selalu. adeh. apa nak jadik la.
Broken someone's heart : Ya, dan aku menyesal lepas tu. sebab dia baik sangat. at least baik dengan aku kan. huhu.
Cried when someone died : Nangis sebab sedih tengok orang sekeliling yang menangis.
Sat by the phone all night waiting for someone to call : pernah. tunggu punya tunggu dia call jam 2.30am. lepas dia call je, dandan terus tidur. bodoh la ko atieabid.
Saved e-mails : ya. yang berunsur nasihat dan yang penting-penting ja la.
Been cheated on : always. just butakan mata pekakkan telinga. hanya untuk menjaga hati sendiri daripada terus terluka.


-What-


Your room look like : MACAM KANDANG MoOmoOOooooOOOOOoOOOO!! share bilik dengan epalejau busuk peminat tegar moOmoO.


What is right beside you : My handphone. orang gadai hp dia kat mak aku. aku lak gi pakai. haha.

What is the last thing you ate : makanan bugis. "pelabutung" nama dia. pelik kan. haha.sedappp! sebab mak aku yang masak. bubur pisang la. haha.


-Ever Had-



Chicken pox : dah sekali kata mak. tapi memang dah tak ingat bila.
Sore throat : Pernah la jugak. banyak kali la jugak. ni pun baru je sembuh.
Stitches : Ntah la. rasanya macam tak ada kesan plak.


-Do You-


Believe in love at first sight : Dari mata turun ke hati. hehe. yes i do believe.

Like picnics? : opkos suka. hehe. last time picnic kat Taman Bukit Tawau sambil mandi manda. best!! (teringat picnic ngan hubby, nisa & usin. sangat best!)


-Who-


Who did you last yell at? : member CBC aku. teriak nak panggil nama diorang. pasal tu la sora aku dah makin garau. haiya.
Who was the last person you danced with? : no one. oh yes, dengan Husna nurek aku. haha.
Who last made you smile? : member cbc aku jugak, kelakar tengok telatah diorang. sakat menyakat.



-Final Questions-



What are you listening to right now? : suara budak-budak kat dalam cbc aku. menjerit main game. huh!
What did you do today? : keja. buat OT. rajin kan aku. huhu.
Are you the oldest? : Nope. im the second last. i have 4 sisters dan 3 brothers.
Indoors or outdoors? : both. lama dah dah buat outdoors. ehm


-Last person who-

eee..kata final question kat atas tu. ceh!

You talked to on the phone ? : From Yusrizal. bgtau ada orang nak beli Intra. Tq Yus.
Made you cry? : my brother Hasan. ntah la. hopefully he will change.
You went to the mall with ? : ehm. punya lama aku tak gi mall rupanya. sampaikan lupa dengan sapa. macam dengan adik & Ika. ehm. betul-betul lupa. my bad.
Who cheered you up ? : my chenta. =)


-Have you-


Been to Mexico ? : Nope. xtau la bila dapat pegi.

Been to USA ? : Nope. i wish. =)


-Random-


Have a crush on someone? : crush with my chenta.
What books are you reading right now? : No. tapi baru lepas habiskan novel. Laman Rindu. so so la.
Best feeling in the world? : when fallen in love. ya. mmg best. tapi risiko untuk kecewa juga ada.
Future kids name? : my future husband and me will name them. dan dengan bantuan daripada family. hehe.

Do you sleep with a stuffed animal? : nope, tak suka.

What's under your bed? : full of boxes and bags. copy epalejau punya answer.
Favourite sport (s) : Bowling. tapi tawau takda bowling. punya kasian. huh! futsal pun best gak.
Favourite place : rumahku syurgaku. =)
Who do you really hate? : Pompuan desperedo yang gediks!
Do you have a job? : yea. but still searching for permanent job. i still wonder what will happen in next 5 years.


What time is it now?: 1:22pm. sejam owh.


p/s : with however long it took you to complete this, post as " banyak tanya betul!" and tag 15 people.


fifteen??? manyaknye.

aiya. aku dah taktau nak tag sapa lagi. huhu.


Salam Maal Hijrah~


Salam Maalhijrah kepada semua umat Islam.

aku ingin berhijrah. bukan la berhijrah ke luar kota. maksud hijrah kan besar. aku ingin menghijrahkan diri daripada seorang muslimah yang jahil kepada seorang muslimah yang sejati. ingin berubah. ingin berubah ke arah kebaikan. ahh. semoga perjalana hidup aku akan dirahmati. dan semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan aku dan keluarga aku. amin.

kalo aku nak berubah dalam blog ni buleh ka? selama ni guna aku kau aku kau. yelah, macam kasar pun ada kan. apa kata kalo aku ubah kepada atieabid. ah, panjang sangat la pulak nak sebutnya. haih. entah la, mungkin perlukan keserasian. tapi macam gelaran aku pun takda salahnya kan. bukan nak berniat kasar, tapi dah menjadi kebiasaan. alah bisa tegal biasa la orang kata.

ingin menukar template blog ni. tapi sekali lagi haih, aku buzy sikit minggu nie. lagi-lagi kat rumah line problem. aku pi gatal tangan ubay wepkey. last sekali tak buleh connect. eh no, connect tu connect. ada ping lagi. tapi still tak buleh bukak page. bila call 100 buat aduan, CS tu cakap password aku salah. hahahha. ni la padahnya bila yang buat 1st configure orang lain. aku tak hengat apa passwordnya. nak reset password, second level plak tak dapat call. tapi tadi second level dah call balik bagi tau password baru. sebab CS yang layan aku semalam dah hantar email buat report. tapi masalahnya aku skang tengah keja. buat OT. rajin kan aku. hehe. so, balik nanti la baru configure.


tengok la ni. haih.

eh, ni aku nak citer pasal template blog aku. apa hal lak melalut pegi CS segala ni. haih. template ni cantik. tapi nampak keperempuanan sangat. haha. nak buat something difference la. yang lebih matang sikit. ehm. kena godek-godek pacik google lagi la cam ni. atieabid jangan kau malas sangat ek. kata nak berhijrah kan. huhu.

p/s: penatnya minggu nie. haih.

Thursday, December 2, 2010

Shopping online~ berbaloi ka?

Penyakit baru datang menyerang agaknya. Sejak 2 menjak ni aku bukan main sakan lagi shopping online. dari tudung beralih ke baju plak. tu wall fesbuk aku tu sumanya update pasal baju baru. tak pun tudung baru. shawl baru. inner baru. jangan tak tau, aku beli jugak baju-baju untuk kids. untuk sape lagi kalo bukan untuk anak-anak buah aku ramai tu. pernah sekali tu owner tu ingat aku beli untuk anak aku. mana taknya, aku siap order cloths drypers lagi ha.

kadang tu sampai seharian la aku membelek collection yang ada. tengok fesyen-fesyen terbaru. kalo berkenan dengan harga aku order la. bisnes online dah jadi trend plak sekarang nie. dan aku la yang menjadi shopperholicknyer. ini la bila dikatakan tak kuat iman. senang amat la tergoda dengan fesyen baru. adeh. sebenarnya ada banyak sebab kenapa aku rajin shopping online nie. (ceh, nak cover diri sendiri la tu..hakhakhak..)

1. Sebab aku jarang dapat shopping kat shopping complex. mana taknya, kampung aku nie pekan je. bukan ada midvalley atau 1borneo yang tersergam indah pon. huhu. kesian kan kampung aku. tapi yang penting, kampung aku aman dan damai. masih suasana kampung lagi. belum tercemar. haha. so, kalo nak shopping tu kena turun Tawau yang jaraknya ambil masa 1 jam bawak keta. bukan tak nak turun, tapi masa dan keadaan yang menghalang. ada je la penghalang. huhu. tapi sekali dapat turun, haaa amek kau! shopping sakan si kawan.. nasib baik tak habis duit gaji. hihi.

2. Sebab yang kedua, jimat masa aku gak kan. kalo shopping online ni, leh pilih baju sambil baring. classss gitu. leh minum-minum-makan-makan lagi. hakhakhak. sebab banyak masa aku habiskan kat opis dan rumah. cuti pun duk rumah. so, duk rumah tu sambil menyelam minum air sirap la. online-shoping-shoping-online. tu la keja aku.

3. Sebab yang ketiga, baju-baju yang aku nampak ni santek laaa. berkenan di hati. so, senang je. order, pastu bayar guna m2u. klik-klik-klik-klik je dah siap. tinggal tunggu barang sampai. then amik kat pos opis. yeeeeyeee dapat baju baru. :-)

Tapi...... ada tapi jugak. shopping online ni macam-macam ragam ada. kadang bila order, dia kata ada stock. tapi tup-tup seminggu lepas tu kata takde stok. suh plak carik lain. ehm, aku ni dah la bukan senang nak berkenan ngan baju. lagi-lagi kalo dia nak cepat. abih, takkan la kita nak order tu main rembat je kan. mesti nak jugak pilih yang berkenan di hati. sebab baju tu bukan nak pakai sekali. kalo boleh biarlah puas hati. nanti leh bali lagi. hehehe..

ada plak tu, bila tanya ready stock ke atau pre-order, katanya ready stock. setahu aku, kalo ready stock, harini order paling lama pun 3 hari baru dia pos. ni tak, sampai dah 3 minggu tak pos jugak. duit dah bayar dah. dah tu bila dia kata dah pos, bagi plak tracking number not found.

walaweh! ok, memang ada kes tracking number not found padahal parcel sebenarnya ada. tu kesilapan website pos tu la kan. aku tau benda tu. tapi bila aku bagitau dia yang tracking number tu not found, dia bleh kata "kalo barang tak sampai gak, saya akan pulangkan $$". tapi sampai 2 minggu barang tak sampai jugak. haih! mula la kepala aku ingat aku dah kena tipu. lagi-lagi bila aku pm dia plak tak reply. bila aku send msg kat wall dia pun, senyap jek. tengok pulak kat wall ramai yang tanya sama soalan ngan aku. ko rasa tak apa yang aku rasa? mula la hantu aku datang. sound direct baik punya kat wall. dah aku pm x balas kan. sekali tu reply pon 3 4 hari macam tu. dia pulangkan duit aku balik dan cakap kalau barang tu sampai dia halalkan aje. weh! aku bukannya nak pakai barang free la. aku bayar okeh. tapi kalo nak berniaga tu buatla cara nak berniaga. buat la betul-betul.

so, aku malas nak balas balik. kalo barang tu sampai, sampaila. aku bayar gak balik. bukan nak free pun. dalam masa seminggu baru barang tu sampai. terus aku transfer balik n inform kat dia. hmmm. macam-macam hal.

setakat nie tu je la masalah aku time shopping online nie. yang lain-lain tu, aku senang deal dengan diorang. kalo macam barang pre-order tu memang dah tau dah kena tunggu lama sikit. tu paham la jugak kan. so, kalo memang dah berkenan sangat tu, beli je la. tapi kena sabar tunggu. tak kesah pun. bukan lari pun gunung di kejar. hehehe.


Tuesday, November 30, 2010

To-do-list

Bila banyak kerja, apa kan ku buat?

1. buat-buat buzy. kononnya aku la orang yang paling bz sekali dalam opis. wakaka..
2. selerakkan meja dengan kertas-kertas yang berkaitan & yang takda kaitan langsung dengan kerja.
3. tepon sana, tepon sini. on call je memanjang. cewah. macam la bz sgt kan. ntah2 citer pasal benda lain. haha.


Tapi memang bz weh minggu ni. sampaikan tak tau nak start yang mana dulu. To-do-list pun dah wat. tapi masih lagi terkial-kial. apa nak jadilah kau ni atieabid. 5hb dah nak dekat. banyak keja nak kena buat. jangan sampai buat keja last minit sudah la.

aku perlukan semangat. aku perlukan udara segar. aaaaaaarrrgggghhh!!!!



p/s: ehm. dah masuk bulan dec dah. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)