Showing posts with label cerita sedih. Show all posts
Showing posts with label cerita sedih. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

~Sahabat. i need u.

Aku perlukan seorang kawan sekarang ini. untuk berjalan. untuk makan. untuk bercerita. untuk berkongsi rasa. hanya sekadar ingin meluangkan masa bersama seseorang yang bergelar sahabat. seseorang yang bisa melayan kerenahku. seseorang yang bisa mendengar bebelanku. seseorang yang bisa aku menangis di bahunya. what a pathetic person aku ni. i dont even have a fren like this. i mean, in here. Kunak. sahabat-sahabatku nun jauh di sana. sudah punya kehidupan sendiri. =)



Thursday, June 16, 2011

Qawiem~ Get well soon sayang


Dear Qawiem..Get well soon sayang. really missed your smile & your laugh.

Dah nak dekat seminggu Qawiem demam. muntah-muntah+cirit. dah kurus dah. makan sikit je muntah. susu sikit pun muntah. mak pun dah habis ikhtiar dah. Qawiem dah tak bermaya. seolah pasrah dengan sakit dia. sedihnya la tengok keadaan Qawiem macam tu. kalau la boleh anty ganti sakit Qawiem kan bagus sayang.

kakak & husband dah amik cuti, balik rumah. nak jaga Qawiem. dah 2 hari kakak tak keja. anak-anak dia yang lain pun tak pegi sekolah dah.

subuh tadi Qawiem nangis. kakak & abang ipar terus bawak pegi hospital. kena tahan kat sana. Iela & Naiem ikut aku pegi keja. tengari nanti baru dapat melawat Qawiem kat hospital. sedih gila. =(




Get well soon sayang anty.

Saturday, June 4, 2011

tergugat~

tergugat lagi malam ini.
mata tdur la.
jangan dikenang benda lama
tiada guna

bahagiakah dia dengan melukakan orang lain?
gembirakah dia dengan menyakitkan hati orang lain?
dan tersenyumlah dia dengan penderitaan orang lain..

apa dia tak punya perasaan kah?
di mana letaknya kemanusiaan?


Wednesday, May 11, 2011

im not ready yet!

Benci?
ya, sangat benci!
Onar yang kau palitkan dalam hidup aku, aku akan ingat sampai ke mati.

Dendam?
ya, sangat berdendam!
untuk doakan kebahagian kau tidak sekali-sekali.
jangan tanya kenapa kerana kau tahu jawapannya.

tunggu saja sampai hati aku bisa terima
sampai aku ikhlaskan hati aku
tapi bukan dalam masa terdekat.

im not ready yet!

Tuesday, April 5, 2011

Pilihan tepat dia~

dia sudah ada pilihan yang tepat
yang baginya, wanita itu lah syurganya
kau sudah tidak diperlukan.
harus sedar itu.

so, how about u atieabid?
teruskan hidup. tak perlu menoleh.

di mana silap semua ni?
kau yang tak pandai jaga bf atieabid.

ya, dia betul.
aku tak pandai jaga bf.
sebab tu dia pilih pompuan lain.

bila setiap malam aku call, so many excuse dr c bf.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap malam aku mesej, tak pernah berbalas.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dia perlukan aku, baru dia cari aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap situasi aku yang akan mengalah
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap kesalahan jatuh ke atas aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dari hari ke hari, dia mula berubah,
aku kan tak pandai jaga bf.

maaf kiranya selama ni aku tidak pandai jaga kamu. maaf juga kiranya selama ini aku selalu menyusahkan kamu. atau selalu buat kamu marah. mungkin sebab jarak kita yang terlalu jauh, hingga membuatkan hubungan kamu dengan aku semakin pudar serinya. mungkin kamu terlalu sibuk dengan aktiviti hari-hari kamu. atau disebabkan jarak ini jugak, membuka peluang untuk kamu mengenali perempuan-perempuan lain di sana. asal saja kamu tahu, bagi aku jarak ini bukan pemisah andainya hati kamu memang ingin terus bersama aku.

hanya untuk kamu tahu, setiap hembusan nafas aku hanya ada kamu. hanya kamu. andai saja kamu tahu, setiaku menanti disini tiada taranya.

P/s: pulihkan semangatku Ya Allah.

Tuesday, March 22, 2011

Bicaraku pada bulan~

serasa ingin menangis malam ini. rasanya dari semalam aku tahan perasaan. tahan hati. ntah la sampai bila. penat. sangat.


bicaraku pada bintang
bicaraku pada bulan
berikan aku sinarmu
aku ingin disayangi seadanya aku
aku ingin dicintai selayaknya aku

aku punya hati
aku punya perasaan
cuma terkadang bila ingin menjaga hati sendiri daripada terus terluka
aku lebih rela butakan mata pekakkan telinga.
aku tahu
aku rasa
seolah pudar serinya di hujung sana

Wednesday, October 29, 2008

Takdir Allah~

Td aku baru dikejutkan dengan 2 berita sedih...
Pacik aku kat kampung meninggal dunia..kena serang strok kat toilet...Innalillahirojiunn..Al-fatihah untuk arwah...semoga roh pacik tenteram..Ya Allah, tempatkan pacik dalam golongan orang2 yang beriman..aminnnn....
Pacik ada lah seorang yang warak...tak pernah tinggal solat..masa2 beliau banyak di habiskan di surau yang dekat dengan rumahnya...bila pacik bercakap dengan orang, lembut je...semua orang senang dengan pacik..Allah lebih menyayangi pacik...

Berita kedua cukup buat hati aku sedih yang amat sangat...Kak Anna keguguran..baru masuk 3 bulan...How sad....sedih dengan apa yang menimpa keluarga aku..td aku baru call kak Anna..dia di tahan di wad Hospital Tawau..aku tak tahan, aku nangis bila dpt cakap dengan dia...dia plak boleh gelakkan aku...huhuhu...aku sedih sgt2...aku teringat dengan naiem..dia nak adik...dia kata dia nak adik lelaki n pompuan, jd anak ibu 4 orang...T_T...tapi naiem masih terlalu kecil untuk mengerti kehilangan adik dalam kandungan ibunya...dia belum faham maksud keguguran...hmmm....biarlah baby bertemu dengan penciptanya...amin....

Minggu lepas aku mimpi gigi aku jatuh...dr tafsiran yang aku dapat, akan ada ahli keluarga aku yang akan pergi selama-lamanya...tapi aku cuba nafikan mimpi aku...aku takut untuk pikirkan kemungkinan2 yang bakal terjadi...
tp hari ini aku sedar, mimpi itu adalah petanda buruk dengan apa yg terjadi...

Ya Allah,tabahkan hati keluarga abg darang...
tabahkan jua hati kakakku...
aminnn....`~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)