Showing posts with label cerita cinta. Show all posts
Showing posts with label cerita cinta. Show all posts

Friday, September 2, 2011

Hidup~

Hidup tidak selalunya cerah.
Hidup juga umpama roda.
kamu tidak akan selalu berada di atas
akan sampai masanya kamu akan berada di bawah
di mana kamu bukan la siapa² pada semua orang

Allah itu juga Maha Adil
what goes around comes around.
kerana hidup ini karma
kena ingat itu

jodoh pertemuan semua di sudah tertulis.
andai saja kita tahu siapa jodoh kita
tak payah bersusah payah bercinta bagai nak rak
yang kemudiannya hanya putus di tengah jalan
kalau bukan kamu yang meninggalkan, kamu la yang akan ditinggalkan.
itu lumrah.

ada pasangan yang berjumpa, bercinta, bertunang dah berkahwin
ada pula pasangan yang berjumpa, bercinta, putus. berjumpa pula dengan orang lain. kemudian putus lagi. lagi . lagi. dan lagi


bosan? penat?
bergantung pada hati.
...


Saturday, June 4, 2011

tergugat~

tergugat lagi malam ini.
mata tdur la.
jangan dikenang benda lama
tiada guna

bahagiakah dia dengan melukakan orang lain?
gembirakah dia dengan menyakitkan hati orang lain?
dan tersenyumlah dia dengan penderitaan orang lain..

apa dia tak punya perasaan kah?
di mana letaknya kemanusiaan?


Tuesday, May 31, 2011

Love Test~

Love Test~
hahah. kelakar dengan application nie. dulu masa zaman² sekolah pernah la terpengaruh dengan benda alah ni. hahaha. konon letak nama ngan nama pakwe. waahaha. tak bleh blah betul!

Pastu kalo markah sikit marah plak tu. kata pakwe tak sayang la, pakwe ada makwe lain la. hahaha. mangkuk hayun betul.

sape la yang cipta application ni agaknya? haih!


Tuesday, May 24, 2011

Old Love~New Love

Kamu baru putus cinta?
Kamu baru dicurangi?

haha..kelakar ayat orang tu. ya, aku. so what? nak ajak aku kawen? jangan tujukan lagu "kutunggu jandamu" sudah la. takpun lagu c rossa tu haa. "Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu". tak suka betul aku dengan lagu tu. tak baik tau lagu tu. kan kan. ishk.

aku rasa diorang ni memang tengah tunggu kesingle-an aku kot. pastu masuk jarum. ah sudah. malasnya nak layan. bukan bermakna aku jual mahal. ehmm, ok what jual mahal. sekurang-kurangnya aku tidak la jual terlalu murah kan.



aku cuma ingin rasa dihargai. jangan kamu pandang aku sebelah mata. apa kamu ingat aku tidak laku? bukan soal laku atau tidak. soalnya disini aku belum bersedia. dari semua sudut. kamu sendiri tahu kan, aku baru frust menonggeng tertonggeng. tolong la bagi space dulu. untuk aku pulihkan semangat aku. bukan dengan cinta kamu. cinta baru konon. takde maknenye suma tu.

Thursday, May 19, 2011

Nothing Gonna Be Change~

Keadaan sudah tidak seperti dulu.
Kamu yang mengambil keputusan seperti ini.
Suka atau tidak, aku tidak punya pilihan lain.

Sekarang semuanya sudah berubah
Tidak perlu bersandiwara
Seolah-olah tiada apa yang berlaku
Seolah-olah kamu tidak melakukan 1 salah pun.




berdepan atau tidak
tiada bezanya
Tiada apa yang akan berubah selepas ini
kerana ini mahunya kamu.

Terima kasih di atas ucapan hari lahir itu.

Saturday, April 16, 2011

Lelaki dan kata manisnya~

Lelaki ni ada macam-macam jenis. ada yang setia. ada yang curang. ada yang dipermainkan. ada yang suka mempermainkan. ada banyak sebab. mungkin sebab tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. atau juga kerana ingin mencari kesempurnaan. tanpa sedar diri sendiri juga tidak la sempurna mana.


bila kamu susah, kamu dengan awek a. bila kamu senang, kamu mula mencari awek lain yang lebih cantik.

bila kamu guna motor, yang sudi menemani kamu adalah c gadis a. bila kamu sudah beli kereta besar, kamu mula bawak awek lain.

bila kamu tiada duit untuk makan, kamu cari c gadis a. bila kamu terima gaji hujung bulan, kamu belikan bunga c awek lain.

ah, alangkah beruntungnya c awek baru itu kan. dia punya segalanya. dia punya kamu yang telah meninggalkan c gadis a terkontang-kanting tanpa tahu sebab musabab dia diperlakukan begitu.

janji manis lelaki. biasala.

"aku ingin jaga kamu". bullshit!
"aku hanya milik kamu". konon!
"aku cinta kamu, aku sayang kamu". haktuuihh!!!

ok. itu part lelaki. part pompuan pulak cemana?

perempuan punya sekeping hati yang lurus yang konon-kononnya suci, lemah lembut, innocent. tapi pernah tak pompuan pikir kenapa dia ditinggalkan? kenapa c buaya fren itu bertindak mencari yang lain. yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri.

mai sini aku nak habaq.

perempuan jangan terlalu mengongkong. lelaki tak suka dikongkong. dia akan memberontak. dia akan mula cari lain yang lebih menghiburkan hati.

perempuan suka membebel. ya, kononnya membebel tu sebab ambil berat. sebab sayang. pooorrrah! ko tak tau ke lelaki tidak akan pikir itu sebagai alasan. yang ada dalam pikiran dia ialah, ko membebel jek. bosan tau tak.

perempuan ni leceh. suma benda nak amik tau. busy body betul. lelaki akan rasa terkongkong sekali lagi.

perempuan suka melawan. lelaki akan anggap perempuan itu kurang ajar. suka sangat melawan cakap dia. so, perempuan ni kena la selalu sabar. jangan kuat melawan. dia kan lelaki. nanti ego dia tercabar. kamu jugak yang susah.

perempuan suka mencabar. gaduh sikit nak putus. alahai, suma tu macam zaman muda remaja je bak kata lelaki. kamu tu dah tua. buat-buat la matang sikit.

pesanan penaja:

1. hidup ini umpama roda. kadang kamu diatas. kadang kamu di bawah.
2. hidup ini karma. what you give is what u will get back.
3. nobody's perfect. jangan mencari kelemahan orang lain. cari la kelemahan diri sendiri. kenapa anda diperlakukan sedemikian rupa. cermin diri. perbaiki apa yang patut.
4. jangan mudah percaya janji manis lelaki. mereka hanya menabur janji. menepati jauh sekali.

pesanan aku:
1. jiwa kena rock. no more penindasan.


Tuesday, April 5, 2011

Pilihan tepat dia~

dia sudah ada pilihan yang tepat
yang baginya, wanita itu lah syurganya
kau sudah tidak diperlukan.
harus sedar itu.

so, how about u atieabid?
teruskan hidup. tak perlu menoleh.

di mana silap semua ni?
kau yang tak pandai jaga bf atieabid.

ya, dia betul.
aku tak pandai jaga bf.
sebab tu dia pilih pompuan lain.

bila setiap malam aku call, so many excuse dr c bf.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap malam aku mesej, tak pernah berbalas.
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dia perlukan aku, baru dia cari aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap situasi aku yang akan mengalah
aku kan tak pandai jaga bf.

bila setiap kali, setiap kesalahan jatuh ke atas aku
aku kan tak pandai jaga bf.

bila dari hari ke hari, dia mula berubah,
aku kan tak pandai jaga bf.

maaf kiranya selama ni aku tidak pandai jaga kamu. maaf juga kiranya selama ini aku selalu menyusahkan kamu. atau selalu buat kamu marah. mungkin sebab jarak kita yang terlalu jauh, hingga membuatkan hubungan kamu dengan aku semakin pudar serinya. mungkin kamu terlalu sibuk dengan aktiviti hari-hari kamu. atau disebabkan jarak ini jugak, membuka peluang untuk kamu mengenali perempuan-perempuan lain di sana. asal saja kamu tahu, bagi aku jarak ini bukan pemisah andainya hati kamu memang ingin terus bersama aku.

hanya untuk kamu tahu, setiap hembusan nafas aku hanya ada kamu. hanya kamu. andai saja kamu tahu, setiaku menanti disini tiada taranya.

P/s: pulihkan semangatku Ya Allah.

Saturday, April 2, 2011

Tiada lagi~

Bila terdengar lagu ni, lagi² saat jiwa kacau macam ni kan, kompom mengalir air mata. tidak perlu ada sebarang penjelasan. kerana aku faham, ini yang kamu mahukan.


Tiada lagi - Amalia Alias

aku bagaikan hidup di dalam mimpi
suatu mimpi indah yang ngeri sekali
benarkah kau pernah disini
benarkah aku pernah kau cintai

dan hati ini tak pernah bisa membenarkan
aku untuk percaya kau kini tiada
bisakah aku bernafas lagi
mampukah aku bertahan bersendiri

tiada lagi aku di dalam hatimu
tiada lagi engkau yang merindui aku
tiada lagi indah cerita di dalam hidupku
tiada lagi senyum yang jadi milikku

tiada lagi engkau yang selalu disisi
mengesat air mata rindu yang jatuh dipipi
tiada lagi nama aku di dalam hidupmu
bila kau singkir aku jauh

diriku selalu bertanya mengapa terjadi
hatiku yang kau genggam telah kau lukai
mengapa cintamu begini
teganya kau membiar ku tersisih
dari sisi hidupmu..

Kamu betul Fida~

berblogwalking di blog fida. minggu lepas rasanya. terbaca entry fida pasal benda ni. tersentap. terbuka minda aku yang selama ini celaru. terbuka mata yang selama ini aku butakan dan telinga yang selama ni aku pekakkan. Fida betul.



Cinta Suam Kuku...Pertahan Atau Lepaskan??

Sinarlah wahai matahari, sudah lelah rasanya menatap akan suram kamu dalam aku mencari.
Ada orang akan menangis kerana tiada lagi debar kuat cinta di dada. Ada orang sudah mengeluh bosan pada paksaan kongkongan rasa. Ada orang hidupkan cinta yang ada kerana tidak mahu di kata durjana dan ada orang tidak sanggup melihat hati lain terluka, biarpun hatinya meratap hiba.

Cinta suam kuku, mahu di lepaskan bagaikan tertusuk sembilu.

Bila orang putus cinta, sebaiknya semua yang menjelma dan mengingatkan tentang si dia mahu dicampak jauh dan tidak mahu langsung berpaling lagi. Atau cinta itu, bila sudah suam kuku- mahu diakhiri atau mahu memaksa diri untuk sabar menanti.

Ramai orang punya bibit cinta yang tersendiri. Kamu juga begitu. Kadang kala kita tidak tahu mana cinta, mana kasihan. Kadang kala kita resah, memikirkan bahawa cinta yang begitu banyak percaturannya, sebenarnya lebih tenangkah kalau kita bersendiri?

Ramai orang selalu sangka, dia amat parah akan cinta pada sidia. Sangkanya, cinta itu mainan manis tidur dan ulit mimpi. Tapi pada masa yang sama, tidurnya sudah hilang lena. Tenangnya sudah lama terluka dan senandungnya tiada mahu didengar. Dia menjadi manusia hampa yang tertanya tanya, dimanakah kelibat cinta sebenar?

Kata orang, cinta itu senyumkan bibir kita tanpa sedar.

Kita juga akan menjadi bosan pada kongkongan cinta itu sendiri. Bila kita putus cinta, sebenarnya kita lupa bertanya sesuatu pada diri, kita lupa untuk mengingatkan bahawa yang terbaik itu bakal kita miliki.

Cinta yang sudah suam suam kuku, cinta yang sudah tiada debar pada dada, cinta yang tiada teringat apatah lagi teruja, cinta yang sebak kalau rindu mengenangkannya atau cinta kerana kita mahu dicinta ialah satu persembahan pantomin sebenarnya.

Satu persembahan untuk menyejukkan diri sendiri bahawa kita juga punya cinta untuk dimiliki. Kita senyum dan mendabik dada bahawa kitalah yang punya agung cinta seorang manusia.

Tapi hakikatnya, kita rasa kosong, rasa hampa dan rasa tiada miliki apa-apa. Sekadar memenuhi satu rutin membisikkan kamu rindu padanya dan sekadar memenuhi ruangan teman di hati sang pujangga.

Kita bisukan rasa hampa kita, walau bagaimana pun kuat ia melanda. Mengapa mempertahankannya?

Kerana kita tidak mahu keseorangan dan terluka. Kita tidak mahu meraih resah itu dalam hiba cebisan lara kerana kita tahu selayaknya hati kita wajib miliki sebuah cinta. Cinta yang luhur, agung dan cinta yang amat tersendiri sifatnya.

Ingat. Jangan pertahankan cinta hampa itu sekiranya kita tidak mampu untuk layarinya. Kita akan punya yang terbaik kemudiannya menanti. Apa perlu sekiranya cinta yang kita pertahankan itu seolah satu paksaan dalam meniti kehidupan.

Kita ada lemah dan kuatnya. Tanya diri, selongkar segala gundah yang hadir disisi. Adakah kita sekarang sedang mempertahankan sebuah cinta abadi? Atau kita ini sekadar satu hembusan dingin yang kosong menyapa hati.

Menyesal pada awal jejak nafas ini lebih baik dari menyesal di kemudian hari. Sekarang, bisikkan perlahan dalam hati: Mahu pertahankan atau mahu di lepaskan pergi?

Cinta ialah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawabnya maka melangkahlah pergi.
-Fida Aishah-

Cinta ialah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawabnya maka melangkahlah pergi.

Thursday, March 24, 2011

Kamu tahu itu~

situasi 1:
kamu tahu lelaki tu ada gelfren. tapi kamu tetap mahukan dia. alasan kamu kononnya dia tidak bahagia bersama gelfrennya. ah kamu hanya memandai sahaja. kamu tahu kamu lebih cantik dari sang gelfren. dan sang gelfren tidak layak bersama lelaki itu. kamu merebut dia. dan akhirnya dia jatuh ke tangan kamu. kamu bahagia dengan dia. tapi kamu lupa ada hati yang terluka.

situasi 2:
kamu tahu lelaki tu ada gelfren. kamu tahu tapi kamu tetap mahu berhubungan rapat dengan dia. kamu seolah menafikan kewujudan sang gelfren. hati wanita, dia mesti akan rasa something bad happen. hanya ingin mencari kebenaran, dia dapatkan number hp kamu dari orang lain. bukan ingin menyerang, sebab dia tahu itu bukan la tindakan yang bijak. dengan cool dia call kamu, kamu angkat call dia, kamu diam tidak bersuara. seolah kamu tahu siapa yang call kamu. kamu cantik, kamu alim dengan berpakaian rapi muslimah. tapi kenapa lakukan ini pada kaum sejenis kamu?

mungkin juga sang boyfren yang mengaku single. dan ntah apa lagi yang dia cerita ke kamu. banyak sangat kemungkinan. dan akhirnya, sang gelfren mendiamkan diri hingga ke sudah. tapi sakitnya kamu tidak rasa.

situasi 3:
kamu tahu dia sudah ada gelfren. sebab mustahil kamu tidak lihat status "in relationship with ..." di dalam akaun fesbuknya. kamu add sang gelfren sebagai rakan kamu. tanpa ragu, sang gelfren approved kamu sebagai rakan dia jugak. tidak lama lepas itu, sang gelfren lihat gambar kamu bersama sang boyfren. sangat rapat. dia tanya kamu, tapi kamu menafikan yang kamu tidak tahu pun dia ada gelfren. dan kamu mengaku yang kamu sangat rapat dengan dia. untuk apa? mungkin untuk membuatkan sang gelfren cemburu dengan kamu. kamu mengadu seolah-olah kamu tidak bersalah. ah, susahnya wanita ini. sudah gaharu cendana pula.

--
sumber: ....

Ntah la mau cakap benda ni sebagai apa. kebetulan? maybe..

p/s: andai saja kamu tahu~


Tuesday, March 22, 2011

Bicaraku pada bulan~

serasa ingin menangis malam ini. rasanya dari semalam aku tahan perasaan. tahan hati. ntah la sampai bila. penat. sangat.


bicaraku pada bintang
bicaraku pada bulan
berikan aku sinarmu
aku ingin disayangi seadanya aku
aku ingin dicintai selayaknya aku

aku punya hati
aku punya perasaan
cuma terkadang bila ingin menjaga hati sendiri daripada terus terluka
aku lebih rela butakan mata pekakkan telinga.
aku tahu
aku rasa
seolah pudar serinya di hujung sana

Sunday, March 13, 2011

Is that u my chenta?

Is that u my chenta??

u know what? it just like u threw me away from ur life. why not u just tell me that u never need me anymore? atau lebih tepat, sudah tiada cinta di hati. kan lagi senang. tak perlu sembunyi macam ni. tak perlu terlari-lari macam ni. tak perlu menghindar sampai macam ni sekali.

kamu tau tak, sakit sangat bila dapat tau kebenaran yang kamu menghindar dengan cara begini. dengan aku, kamu seolah tidak pernah berubah apapun. seolah kamu masih macam kamu yang dulu. seolah sayang kamu tidak pernah berubah. seolah aku masih lagi segalanya. segala-galanya berjalan seperti biasa. seperti tiada yang berubah. dan aku tidak pernah mengesyaki apa-apa. ah, bodohnya aku. butanya mata. pekaknya telinga.



tapi dibelakang aku? kamu seolah membuang aku jauh dari hidup kamu. kamu gembira dengan hidup kamu tanpa aku. tanpa gangguan dari aku mungkin. itu yang sebenarnya bukan?

selama ni, semua alasan kamu aku terima bulat-bulat. tanpa sebarang sangsi. kerana aku mengharap jujur kamu. sehingga ke hari ini pun, aku susah untuk terima hakikat.

kecewa aku hanya tuhan yang tau. mungkin tuhan nak bukakan mata aku yang selama ini aku selalu butakan. telinga yang selalu aku pekakkan. hanya sekadar untuk menjaga hati sendiri dari terus terluka. tapi akhirnya, terluka juga.

bangkitla wahai atie. sedarla dari mimpi. kau tidak diperlukan lagi. kau hanya mainan. semua ini hanya sandiwara. bangkitla, teruskan hidupmu. semuanya sudah terbukti. kau tidak perlukan sebarang penjelasan pun. sebab dengan segala penjelasan itu, kau akan lebih terluka.

dear chenta. mungkin ini yang terbaik. kamu tidak perlukan aku lagi kan. dan kini, aku ingin mengundur diri. kamu tidak perlu bersusah payah menghindar begini lagi.

nasihat aku, berterus terangla andainya tiada lagi sayang di hati. jangan digantung hati ini tanpa tali. tanpa pasti. sakitnya hanya Allah yang mengetahui.

Saturday, January 1, 2011

A walk to remember~

Salam tahun baru kepada semua..~


perginya 2010 dengan seribu kenangan. semoga 2011 akan membawa seribu kebahagiaan. amin.

sedar tak sedar je. pejam-celik-pejam-celik-celik-pejam. dah tahun 2011. aku rasa macam baru je sambut tahun 2010. aiya. mereng dah kepala otak aku nie. apa yang best sepanjang tahun 2010? tak tau la nak kata best sangat atau tak best sangat atau sangat tak best.

Januari - May 2010
Masa ni aku ikut program Graduate Employability Management Scheme (GEMS). Part II. Program ni sangat la best! thumbs up! serius wa cakap lu. Part I, aku belajar banyaaaak benda. dan jumpa ramaaaiii kawan. mewah tau ikut program nie. aku ikut batch 3 kat Tuaran Beach Resort Sabah. dah la tinggal kat hotel. makan pun kena jaga. ala-ala vip tuu. sampai masa pegi je dewan makan, dah terhidang. fuh! maveles. dapat plak elaun tiap2 bulan. memang dasar kena manja la katakan.


program nie sebenarnya untuk para-para graduasi yang belum dapat keja. tapi time aku masuk program nie, aku dah keja kat Giant Hypermarket Tawau as Operation System Analyst. tapi sebab nakkan pengalaman dan modul2 yang diajar dalam program ni, aku lepaskan keja aku. ko gila. kalo nak dapatkan modul nie je kena bayar beribu tau baru dapat attend. lagi2 trainer yang bagi course kat kitorang ni suma poweeerrr!! memang salute dengan diorang. boleh dijadikan idola.! serius nih!

antara modul2 yang aku dapat belajar kat GEMS ni:-- English for Business Life
- Cambridge English for Life
- Achieving Personal Excellence
- Project Planning
- Business Appreciation
- Problem Solving
- Time Management
- Professional Grooming
- Customer Services
- Presentation Skills
- Interpersonal Communication
- Operation Management
- Office Management
- Employability Enhancement Workshop
- Value Talk 1 : Corporate Culture and Values in Malaysia
- Value Talk 2 : Achieving Excellence Performance at Work
- Value Talk 3 : Achieving Excellence Performance at Work: Secret of Success
- Value Talk 4 : Imbuing GEMS Values
Best kan modul2 yang dibagi. memang mengujakan. best!!! Part I 2 bulan setengah jek. lepas tu proceed to Part II. Praktikal selama 6 bulan. pun dapat elaun. yang bestnya sebab tak terikat dengan kontrak ka apa. means kalo dalam masa tu dapat keja lain, boleh pegi. janji jangan la wat taik kat tempat praktikal tu kan. bagi la surat pemberitahuan. jangan main benti mcam tu je. kena jaga nama baik sendiri la kan.
kitorang kena cari tempat praktikal. sepatutnya disediakan. carik sendiri. nak harap management carik untuk suma orang kesian la kat depa. bukan 10 20 orang. beratus orang yang ikut program nie. hantar surat & resume kata nak praktikal. at last dapat praktikal kat TMPoint Tanjung Aru. 


May 2010 aku pegi interview keja aku skang. dengan harapan yang menggunung tinggi aku balik kampung. interview kat kampung sendiri. kampung halaman aku tuh. akhirnya dapat jugak aku keja nih. alhamdulillah. amin.
aku berenti awal dari TMPTA sebab aku pegi Penang sebab dapat berita dari kakak aku yang mak aku kena cancer rahim. Ya Allah. harini dapat berita gembira, esoknya dapat berita sedih. mak kena jalankan pembedahan. aduh! Risau yang amat time tu. Mak kat Penang dengan kakak. so, aku benti awal sebab nak jenguk mak kat sana. mak plak taknak kena bedah. mati2 kitorang pujuk, mak tetap taknak. ok lah. tak pujuk dah. yang penting mak makan ubat dan jaga kesihatan.
Besday aku tahun ni celebrate kat Penang. kakak bawak makan nasik lemak glemer kat Penang. ada mak, bapak, kakak.

June - July - August - Sept - Oct - Nov - Dec 2010
Menjadi staff Community Broadband Center. sudah semestinya aku happy sebab dapat keja nie. dah nama broadband center kan, musti la hari2 orang leh nampak aku online. kat rumah plak pasang streamyx. woooo! 24 jam la anak pacik hamid ni online. tak buhsan ke ko atieabid?
buhsan jugak kengkadang. sampaikan dah taktau nak wat apa. tapi bukanla keja aku duk online je memanjang kat opis (bukan opis sebenarnya) tu. macam le aku takda keja lain kan. huhuhu.
p/s: satu kerugian aku tak dapat buat entry time ikut GEMS. banyak gila memory bleh share kat sini. takpa2, nanti akan ku buat entry khas untuk itu. tungggguuuu!!


Friday, November 5, 2010

Memilih? bagai analogi sang rumput~

memilih? jangan demand sangat. maksud aku jangan demand sangat bukan la sampai tak boleh memilih langsung. bukan la main rembat je apa yang ada depan mata. bukan bukan. silap tu.

maksud aku jangan memilih sangat kat sini ialah, bila dah jumpa yang baik, hargai la dia. sayangi la dia. jangan ada niat di hati nak mencari yang lebih baik. sebab yang terbaik hanya datang sekali. pernah terbaca satu kisah. analogi rumput dan kasih sayang.(klik untuk membaca kisah penuh).

si dia mungkin ada kekurangan. well, nobody's perfect rite. kita sendiri ada kekurangan. cuma kita tak nampak kekurangan kita. kita selalunya lebih selesa dengan attitude kita. lebih selesa dengan perangai kita. sehingga kadang-kadang terkeluar ayat "pedulik apa orang kata, aku x kacau orang pun".

ya memang kita tak kacau orang. tapi sedarkah kita, perangai atau kelakuan kita sebenarnya menjengkelkan bagi sesetengah pihak. maksudnya disini, kita punya kekurangan itu. kekurangan yang tidak disenangi oleh orang lain. kekurangan yang kita sebenarnya sedar tapi tidak cuba untuk memperbaiki.

tapi mesti akan ada ayat "bukan senang nak puaskan hati semua orang". so, buatla yang terbaik untuk diri sendiri. bukan dengan main lepas cakap macam tu je. cermin diri sendiri. tang mana orang tak suka. tang mana orang tak puas hati. selagi boleh diperbaiki, tak salah rasanya untuk diperbaiki.

berbalik pada kes memilih. bila dah baca analogi sang rumput, aku cermin diri aku. aku kah pelajar itu? aku kah yang tidak pernah ada rasa syukur?

kalo dihitung, aku punya koleksi bekas buayafren. samada dorang yang dumb aku atau aku dumb diorang, kisahnya sama. aku tidak pernah putus asa untuk mencari yang terbaik. tapi aku lupa, aku bukannya yang terbaik. dan yang terbaik itu aku telah tinggalkan di belakang. tapi aku tak mungkin akan patah balik. sama macam permintaan sang guru kepada sang murid dalam analogi sang rumput.Justify Full

tapi betulkah yang telah aku tinggalkan di belakang itu lah yang terbaik.? ah, masa tu muda lagi. bukan tau pun mana yang terbaik mana tak. hati mudah goyah masa tu. rasa hebat bila ada ramai yang berkirim salam. ceh, padahal xde la cantik mana pun. haha.

ataupun boleh disama ertikan, setiap persinggahan itu ada ceritanya yang tersendiri. ada kisah pahit dan manis. yang mengajar aku erti sebuah perhubungan. yang mengajar aku lebih menghargai. tapi juga tidak terlepas untuk membandingkan yang dulu dan yang sekarang. si polan dulu tak pernah macam nie. c polan dulu selalu macam tu. kenapa c polan tak macam si polan yang dulu? kenapa perlu membanding?

kepada chenta hatiku, maaf sebab aku pernah buat kau terasa hati. secara tidak sengaja aku membandingkan kau dengan c polan. bukan membandingkan. aku cuma terkenang kisah lalu. saat aku dan dia. tapi itu semua dulu. kini aku ada kamu. aku sayang kamu. aku cinta kamu. aku tidak pernah ada niat untuk mara ke hadapan dan mencari sang rumput yang lain. sebab aku cuma mau kamu. cuma satu ku pinta, jadikan aku sang rumput yang terakhir kau jumpa.

iklan plak kat atas tu ek. hehe

aku tau, chentaku pun punya kekurangan. tapi aku terima dia seadanya. sama macam dia terima aku seadanya. (dia kata mcm tu la) . so tak timbul sebab kenapa aku perlu cari lain.

kesimpulannya hargailah insan tersayang. ngeee..macam cerpen plak ada kesimpulan. hahaha.

p/s: rindu berat

Thursday, November 4, 2010

Cerita cinta~

Harini pergi library. ingat nak pinjam buku student guide series untuk jadikan modul dalam kelas ICT aku. terjumpa pulak satu buku pasal cinta. macam best buku nie. so, aku pinjam sekali. -dah lama rasanya aku tak pinjam novel atau bahan bacaan kat library Kunak nie. kalo dulu, buleh kata semua novel dah habis baca.

ok.. berbalik pada cerita cinta, aku nak kongsi sikit kat sini pasal content dalam buku nie. tapi untuk itu, aku nak bagi credit kat penulis buku nie "Maszlee Malik & Hamidah Mat".


bukan buku sebenar

------------------------

CINTA

Seringkali hadir tanpa dicari,

CINTA

Seringkali jua pergi bila kita mencari,

tetapi kita selalu membiarkannya pergi

apabila ia menghampiri

-maszlee malik & hamidah mat-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)