Friday, December 28, 2012

Perubahan itu perlu~

seharian bawak niena pegi beli kelengkapn sekolah dia. maklumlah dah dekat nak bukak sekolah. tudung sekolah, buku latihan, pensil, warna, kertas lukisan, dan bla bla bla bla..

dah jadi macam mak-mak orang dah aku. haha. takpe-takpe,carik pengalaman. ^_^
Niena: kenapa sejak 2 menjak ni, macik atie dan macik emma pakai tudung yang besar-besar sudah? macam malam tu pi KFC, macik atie pakai tudung besar. harini kita pi tawau pun, macik atie pakai tudung besar jugak.

aku: erk. yaka? nda perasan plak. mungkin faktor umur. haha.
tengah jalan-jalan carik kedai tu, bleh plak dia pi tanya soalan macam tu. terkedu jugak la kejap dengar soalan dia. tapi tu je la ayat spontan yang bleh aku bagi sebagai jawapan.

perubahan itu perlu. yang penting kena dengan tempatnya. sesuai. bukan makin teruk. aku sedang dalam proses nak berubah kearah yang lebih baik. moga dipermudahkan ya Allah.


Hidup & Mati keranaMu Ya Allah~

Ya Allah, Kau lebih sayangkan dia. Al-fatihah untuk arwah pakcik Bacho. semoga tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. amin.  

hati berbelah bagi samada nak pegi atau tidak ke rumah arwah. pikirkan kerja yang tidak boleh ditolak ketepi, pasrah. 

mujur ada farah, bleh cover. alhamdulillah.

sampai rumah kazen, rumah penuh dengan tetamu yang berkongsi duka. yang lelaki di bawah rumah. yang perempuan penuhkan semua ruang yang ada. jenazah belum dimandikan. tunggu 2 orang kazen yang bergegas pulang dari kk. dengarnya gerak pukul 2am. kk-kunak saja amik masa 8 atau 9 jam jalan darat.  mungkin dalam 10.30am macam tu sampai la kot. 

1001 macam perasaan yang ada masa kat rumah tu. mesti sepanjang perjalanan tu kazen-kazen aku nangis. Ya Allah, kuatkan mereka. tabahkan hati mereka. 

sampai je keta kazen depan rumah, semua duk serbu kazen-kazen. aku sengaja tak nak tengok kazen aku peluk jenazah. aku takut aku nangis kat situ jugak. sayu, pilu, sedih, tangis. =(

dariNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. 

banyak plot-plot cerita bermain dalam otak sepanjang aku kat rumah tu tadi. bila terpandangkan bapak aku duduk kat bawah dengan kumpulan lelaki, hati aku jadi sebak semacam. rasa sayu gila. aku taktau camana keadaan aku kalau aku yang ada kat tempat kazen aku tadi. nangis? meraung? Ya Allah, sungguh aku tidak bersedia. 

terpikir lagi, macam ni la kot kalo keja jauh-jauh dari mak bapak. walaupun pada hakikatnya, takde sapa nak hidup jauh-jauh macam ni. cuma mungkin rezeki kat tempat luar. 

ah, syukur la aku kerja kat kampung halaman. syukur la aku tinggal dengan mak bapak. syukur juga sebab aku boleh jaga mak bapak aku. sekurang-kurangnya aku nampak sihat sakit diorang. 

Mak, pak..anakanda doakan semoga Allah panjangkan usia..amin.

Tuesday, December 18, 2012

Together Forever~


"Sometimes the right person standing in front of you but it is not the right time, you wish you could freeze him so when the right time come you unfreeze him then both of u can be together for ever."

Sunday, December 16, 2012

Anugerah Transformasi Komuniti U-Pustaka~

Rabu minggu lepas, 12.12.12 ada penyampaian anugerah untuk pertandingan ATKU 2012. Bukan rezeki. Hanya mampu melayakkan diri dalam 20 Finalis ATKU jek. Tapi tetap bersyukur sebab dah buat yang terbaik. 


~Gabungan projek Pi1M Kg Kadazan, Pi1M Pekan Kunak & Pi1M Kg Lormalong~

Mungkin kena kerja keras lagi. Kecewa? opkos babe. Tapi still percaya rezeki tidak memihak kepada kami.    

12.12.12 bertempat kat Imperial Ballroom, One World Hotel, First Avenue. Mati² ingat ada presentation. rupanya hanya lebih kepada menjadi peserta conference BITS 2012 (u-Pustaka Broadband  & Information Technology Summit for Libraries). Tapi sekurang²nya dapat jugak la tambah pengetahuan. lagi² bab² teknologi ni kan. semakin hari semakin berkembang. ada je benda baru. dah la speaker² jemputan ada yang diimport dari Korea, USA, Singapore. memang terbuka jugak la mata dan minda dengan teknologi² negara maju ni. nak banding dengan Malaysia, memang sangat jauh ketinggalan. pernah suatu ketika dulu, Malaysia dan Korea pada taraf yang sama. tapi sekarang?? nak kejar mereka mungkin nak kena amik masa 20 tahun lagi. OoOoh la la la.. 

layankan saja gambar di bawah. 

antara finalis² ATKU 2012. Projek kami  yang bertajuk "KICK". aku wakil dari Pi1M Kg Lormalong.

Terrence in the house!! Emcee pada hari tu. cool man! ensom plak dia ni. hehe. gatail. ^__^

Ni jek yang kami dapat bawak balik. maaf kawan², kita sudah buat yang terbaik. rezeki tidak berpihak kepada kita.  try lagi next year. :)

Door gift dari 1WorldHotel. 
Lepas ni kena kerja keras lagi la. bleh dapat 1st prize plak. ceh. angan².

Saturday, December 1, 2012

~Don't Forget Allah


Don't Forget Allah  
by: Farid Sanullah



Lyric Don't Forget Allah

Your're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope
On your knees, begging please
Your turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah's there
Whoever you are coz He cares
Then you forget to say thank you Allah
You forget to say In Sha Allah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands,
Alhamdulillah

Lets flashbacks lets backtrack
To a time like yours and mine
The story of the three who long to be
To be free of their misery

To the white poor he opened the doors
Gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say In Sha Allah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands,
Alhamdulillah

Can't you see His promise to you
Can't you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don't lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He'll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He'll guide you to all that His good

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say In Sha Allah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands,
Alhamdulillah

Your're down and out
You just can't cope
You wanna shout
You lost all hope
On your knees, begging please
Uour turn and pray to find your way.
..

Friday, November 30, 2012

www.atieabid.com

punya domain sendiri. lama dah nak try. tapi sebab malas, asyik tertangguh jak. ehm. malas dah sinonim dengan atieabid. sigh -_-.

awang punya pasal la ni.  hasut aku sampai beli domain sendiri. alah, bukan mahal pun sebenarnya. cuma dulu rasa tak penting pun nak domain-domain sendiri bagai kan. tapi bila dah ada domain sendiri, rasa excited pun ya jugak. muahahha. sengal!

so, aku beli domain kat godaddy ni ha. gomummy takde ke??  



dari nak buat payment, sampai la nak setting domain ni buat aku fenin. cet! apa yang susah sangat pun aku tak tau la.

neway, welcome to my own domain. :) 

Thursday, November 29, 2012

Gemok ke??

Dulu kalu, aku lah insan paling ramping kat donia nie. aku la insan paling takdak perot moncit. siap makan pil ginseng semata-mata nak gemokkan badan. erk, takda la mau gemok sangat. amik pil tu untuk menambah selera makan ja pon. seluar jeans aku saiz 25 26 jak. see, i told u kan. sangat kurus. montot pun leper jak. bak kata kawan aku, body aku ni bukan body idaman lelaki. errrrkk. ada aku kesah idaman tak idaman.

Ni masa tahun 2011. Geng karasa bawak gi karaoke untuk celebrate besday  malam tu. kurus kan time ni?? sangat.
sekarang kalu??? hoho..aku rasa penimbang berat kat rumah ni rosak kot. sebab aku memang tak makan banyak. kadang seminggu tak sentuh nasik. gila larat kan. tapi berat badan masih jugak 54kg. tak pernah nak turun. haish. membuak-buak badan aku naik. ni belom kawen lagi. 


betul jugak cakap akak aku dulu, tak payah la sebok nak cari pil nak bagi selera makan bagai. esok-esok dah kawen, kompom akan naik jugak. haaa kau, ni dah cukup terbukti. belum kawen dah gemok. jauh sangat dah perbezaan dengan dulu.

sekarang ni sebok pulak amik supplement untuk kawal selera makan. hameeeek kau hamiatie! baru sebok nak kuruskan balik body tu ek. 

takmo letak gambar sekarang. tak seksi pon. seksa aje banyak. huhuhu..


Tuesday, October 23, 2012

My bestfren wedding~

Kamu.
Ya kamu.
Tahniah. sikit hari lagi akan jadi isteri orang.
sikit hari lagi akan bertukar status.

Dulu,
Kamu selalu mengeluh bila akan sampainya jodoh kamu.
Siapa akan kawen dulu, kamu atau aku.
Jawapan sudah ada. kamu. ya, kamu yang akan kawen dulu.

Dulu,
Kamu menangis bila dia tinggalkan kamu tanpa khabar.
Sekarang, aku pasti kamu bahagia menunggu hari ijabkabul.

Sekarang,
Bila kamu tanya turn aku, maaf aku tiada jawapan untuk itu.
Hanya doakan aku. doakan aku bertemu jodoh yang baik.


Tuesday, September 11, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!

Assalamualaikum.

ada masa 30 minit lagi untuk buat 1 entry sebelum waktu lunch. terasa terpanggil untuk join "Curi-Curi Suka" Giveaway! dari abg eq.  :) 

ala. bukan susah mana pon. buat je 1 entry pasal giveaway ni. kot² la jadi insan bertuah dan menang novel "Curi-Curi Suka" tu kan. cam best je novel tu.


Title: Curi-Curi Suka
Author: Liyana Zahim
Genre: Love


PRIZE DETAILS:
PRIZE x 2:   
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)
PRIZE x 10:  
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

Tarikh Luput : 16 September 2012 (Hari Malaysia!), 11:59pm

sekian. 

Sunday, September 2, 2012

Eqbal Zack ajak aku dating~

alaaa, dr. eqbal zack yang glemer tu la. blogger tu. haish. adakah patut dia ajak aku dating. cam tak caya la plak. peluh dingin terus aku nak bagi jawapan ya atau tidak. nak jual mahal atau nak jual murah. eppp, mana bleh jual murah. okeh okeh. jual mahal sikit la. .")

ehm, semalam dia dtg jumpa aku. dia nak ajak aku kuar. minum-minum je katanya. so, aku kata kena pikir dulu. tapi memandangkan dia dah ada depan aku kan, takkan nak tolak pulak. kesian dia dah datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa aku jek. takkan nak hampakan dia plak kan. ehmm.
aku cakap kat dia, nanti aku akan call dia balik. sebab aku ni jenis lambat kalo nak besiap. maklumlah, pompuan kan. hik hik hik.

taktau nak pakai baju apa nih. haish. pilih punya pilih alih-alih alarm bunyi. hahhhhhhhh???!!! jam 8.00 pagi dah???? haishhhh!! aku dah lambat pegi keja. damn!! aku mimpi rupanya. haish la abang eq. baru ingat nak kuar dating sama. rupanya mimpi daaa..tu la, akibat kempunan tak dapat pegi open house dia la ni. huahuahuah.

kad raya dari abg eqbal zack. salam aidilfitri semua. :)

Saturday, September 1, 2012

Benderaku Negaraku~


55 tahun merdeka. aku sayang Malaysia. Aku bangga jadi anak Malaysia.

tadi masa balik lunch, ada bendera Malaysia jatuh kat atas jalan raya kat pekan. sedihnya tengok orang just lalu lalang je. tak amik pun bendera tu. nasib baik la dorang tak pijak² bendera tu. ehm, mungkin bukan tak nak amik bendera tu, tapi sebab tak perasan kot. masa aku lalu tu pun, memang tak perasan ada bendera kat tengah² jalan raya.

aku pusing balik nak amik bendera tu. pada aku, bila nampak bendera tu atas jalan seolah² Malaysia sedang diperkotakkatikkan. argh sedih. last² pusing balik nak amik bendera tu. tapi bila pusing je, ada sorang hamba Allah yang sangat prihatin tengah amik bendera tu. pacik tu guna motor, berenti kat tengah jalan dan amik bendera tu. terima kasih pakcik sebab selamatkan maruah Malaysia.

leh tak nak bagi anugerah kat pacik tu??

Tuesday, August 28, 2012

Raya Sakan Nabil~

Raya sakan Nabil. 1 program tv musim raya. program ni memang best. kot. Nabil buat game. pilih peserta. peserta kena pilih salah 1 daripada 3 sampul raya yang Nabil pegang. then, kalau menang game yang Nabil buat tu, dapat la duit raya. ada sampul berisi RM150, RM300 dan RM500. lumayan kan??? memang sangat lumayan. kalau kalah tu, memang rugi la. sebab game yang Nabil buat pun bukan susah pun. senang giler celah gigi pun leh buat. eceh. riak giler aku. muahaha.


tapi pada aku, daripada Nabil pi cari peserta yang aku rasa lebih dari mampu tu, ada baiknya dia cari peserta yang memang dari kalangan orang susah. ada ramai kot kat luar sana tu. yang tak menahan tu bila Nabil pegi rumah-rumah orang lagi nak bagi duit raya tu. kuarga tu aku rasa lebih dari mampu kot. kalau yang terlebih mampu tu, setakat RM500, celah gigi bleh dapat. lagi-lagi gomen punya staf kan. dapat bonus raya lagi. 

tapi tadi tetiba aku cuba bayangkan peserta Nabil tu terdiri daripada keluarga atau anak-anak yang susah. yang pada mereka RM150 tu sudah cukup banyak untuk mereka gunakan time raya. apatah lagi kalau dapat RM500 kan. aku rasa diorang mesti akan rasa happy giler. banyak benda yang diorang bleh beli dan gunakan untuk persiapan raya. 

bukan nak kondem rancangan Raya Sakan Nabil. just nak bagi pendapat jek. mana tahu tahun depan, Nabil bleh ke kampung-kampung dan cari kuarga yang susah sikit dan buat game untuk diorang. sambil bergembira sambil beramal. besar kot pahalanya bila kita bagi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan.

Saturday, August 25, 2012

Ungu di pagi syawal~

Salam Aidilfitri.
pohon ampun dan maaf diatas semua kekhilafan.
tutur yang kadang terlepas.
tingkah yang sering menyakitkan.
di pagi syawal, mohon semuanya terlerai.

ikhlas dari atieabid with luv~

Friday, August 10, 2012

Air mata jumaat~




iklan bernas kali ni berjaya buat aku menitikkan airmata.  sedihnya laa. balik la kampung selagi ada kesempatan. sesukar mana pun, selagi bleh balik jumpa mak bapak, balik la. 

 kesian dengan anak-anak yang senasib dengan diorang. Ya Allah, Kau berkatilah nasib anak-anak yatim diluar sana. murahkan la rezeki mereka. bagi la perlindunganMu kepada mereka.

pernah terdetik, camana agaknya nasib mereka di pagi raya? saat aku dok beraya sakan. baju raya lawa-lawa. makan ketupat rendang. bagi-bagi duit raya, kadang aku terlupa nasib mereka. Masya Allah.


Tahniah Pandelela!

pingat perak pun tetap jadi kebanggaan Malaysia. tahniah Pandelela Rinong Pamg. next olimpik, emas plak k. :)

tak lupa kepada Azizulhasni Awang the pocket rocket man. tahniah walaupun tiada pingat diraih. weh, top 6 pun dah kira ok what. apapun, tetap jadi kebanggaan Malaysia. sama macam DLCW.

Sunday, August 5, 2012

Datu Lee Chong Wei is still our hero~

Datu Lee Chong Wei tetap hero di hati rakyat Malaysia. bukan cuti yang diharapkan. bukan ice cream Baskin Robbins free yang diimpikan. mungkin DLCW kalah di tangan Lin Dan, tapi dia tetap menang di hati aku. ecehwah. aku tak mau komen pasal rentak permainan DLCW. sebab aku tau dia dah cuba yang terbaik. kalah pun, kalah nipis jak. still proud dengan DLCW. kalah bermaruah la katakan. 4 tahun kot dia tunggu nak tebus kekalahan lepas. beban yang DLCW tanggung mana mungkin kita semua dapat rasa. dan paling tak best bila ada yang harapkan kemenangan DLCW sebab nak cuti atau nak dapat makan ice cream free dari baskin robbins.


oh no. adik aku pun dah nak nangis tu sebab DLCW kalah. dia frust gila sampai tanak pegi kerja esok. eh eh eh. tu baru frust menonggeng tertonggeng. ko kat wall fb pun semua update status pasal badminton nih.

kesimpulannya, esok aku tetap cuti. :)

Thursday, August 2, 2012

Aku, Kau & Dia~

Salam Ramadhan~

tetiba plak rasa nak review movie.  Aku, Kau & Dia. tajuk macam biasa-biasa je kan. tapi jalan cerita dia memang menyentuh jiwa gak la. kalau ada yang hati lembut tu, kompom bleh nangis. eh, hati aku keras la ni kan sebab tak nangis pun lagi. sebak je la. 

suka dengan pelakon-pelakon dia. muka baru. cantek! dan aku paling suka Pekin. luv him. muahxx! aku suka dia sama macam aku suka pelakon Beto Kusyairy. cool je mamat dua orang ni. i like. ngee~



 

Aku, Kau & Dia ni citer tentang Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunang tersayang Han (Pekin) dalam kemalangan jalan raya. Mia hidup dalam kesedihan yang teramat. sapa yang tak sedih kehilangan orang tercinta kan. kalo aku pun meroyan gila.

segalanya berubah bila Mia bertemu Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan sebelum Mia eksiden dan koma. seperti ada connection antara mia dan Izlan, mia telah wujudkan Izlan dalam imaginasi dan dunianya sendiri. mereka berkawan rapat dan Mia happy berkawan dengan Izlan dan ini menimbulkan konflik dalam hidup Mia bila dia mengetahui perkara sebenar.

"Izlan tak wujud Mia"
sapa Izlan? konflik apa plak la yang c Mia ni alami?  tengok la sendiri citer ni. memang best. menyentuh dan tersentuh. tak rugi tengok pun.

sambil-sambil tu jom layan lagu ni. 


suka tengok Zarina dalam movie ni. ada gaya sendiri. okeh, ni dia bf aku yang keberapa ntah.

Pekin. ~ aku suka tengok dia belakon.

Zarina ~ cantek pulak dia betudung kan.
** gambar cilok kat funpage Aku, Kau & Dia.

Monday, July 30, 2012

All about dream~

sapa yang tak pernah mimpi. best apa kalo dapat mimpi jumpa anak raja yang macho lagi tampan. pastu dia masuk meminang. dunia bagai ana yang punya. tak pun mimpi pasal terjumpa duit. dalam genggaman ada beratuspuluhribu duit kan.  tapi bila tejaga, buka genggaman tangan, habuk pun tarak. keciwa terus. rasa cam tak mau sedar je dari mimpi.

dan malam itu aku mimpi indah. rasa aku seperti dalam kayangan. waah kau! melebih-lebih sudah nih. alamak telebih sudah! 

no, eh yes! aku mimpi aku tamatkan zaman bujang aku. tapi serius aku tak nampak muka lelaki macho lagi tampan itu. aisemen. sapalah gerangan orang tu agaknya.

ahh! mimpi cuma mainan tidur. bangun, basuh muka. sahur. jangan nak berangan.

Sunday, July 29, 2012

Bila~

bila resah..
ingat saat indah..
bila rindu..
ku nyanyikan lagumu..

antara lirik lagu abg Anuar Zain. bila dengar lagu agak catchy sikit. tapi terasa jugak sampai ke jantung. 

ntah la, dalam beberapa hari ni rasa cam tak sedap hati. orang kata bila gelisah walaupun tiada masalah, hati kita kotor. ehm, ada banyak masalah actually. takkan nak bagitau 1 per 1 kan. sendiri tanggung sudah. lagi-lagi bulan ramadhan ni. dengan sapa lagi nak mengadu. mengadu padaNya cukup. semoga Dia tenangkan hati yang gelisah. semoga Dia temukan jalan untuk atasi masalah-masalah. insya Allah.

Saturday, July 28, 2012

Persiapan raya la sangat..

wah! semangat gila kan aku. orang baru masuk puasa ke 8 kan. aku dah cakap pasal persiapan raya. neway, tapi sapa yang tak kan? rasanya suma orang dah sebok nak beli kuih raya. kalo yang rajin buat tu, mesti dah start buat dah. aku? huh! kemalasan melanda. so, main tunjuk ajelah.

tema baju raya tahun ni ialah warna purple. cantek!!! harga pun cantek!! sempat jugak la hantar kedai jahit sebelum bulan posa aritu. tak banyak der baju raya aku. tahun ni, 1 pasang tu je la baju raya aku. nak jahit sendiri tak reti. padahal mak aku guru menjahit yaa. aritu pernah jugak terbuka hati nak belajar menjahit dengan mak. siap gunting kain lagi, jahit pinggir lagi. pergh! sudahnya mak aku yang siapkan baju kurung tu. baju kurung asli je pon. aiyaa. semangat aku tak cukup kental rupanya. huhu.

ingat nak beli sofa baru. tapi macam dah takde budget untuk itu. ehm, maybe next year kot. insya Allah dimurahkan rezeki. 

langsir? pun warna purple. pun secantek anak dara dalam rumah tu. muahaha. mak yang jahit. simple but nice la jugak. 

rasanya dah bertahun tak beli gelas raya baru. ntah berapa jenis kaler n design la tiap kali aku menghidang. tapi last year dah beli gelas baru. so, tahun ni tak payah nak beli² lagi. membazir jek. so, tahun ni beli bekas kuih raya je la. sebab bekas kuih raya yang ada ni ntah dari tahun bila punya. memang dah lama sekali tak beli baru. so bila nampak je dalam katalog tupperware, terus terpikat dengan warna dia. oh my. shantek!! bak kata Qawiem, "ashtek iduu". argh! rindu dengan Qaweim.

beli 2 set jek. tak mampu la nak beli banyak². so sad.
tapi tak tau la adik beradik yang dapat beraya sama tahun ni. maklum la, suma dah ada kuarga mertua. aku pun dah tak ingat tahun lepas diorang raya kat mana. adakah tahun ni turn rumah aku pun aku tak sure. yang pasti aku ngan budak kecik epalejau tu kompom² la beraya kat rumah mak bapak aku kan. 

**"ashtek iduu" = cantek sungguh.

Wednesday, July 25, 2012

Tayang emas di facebook? perlu ke?

aku hairan betul dengan minah sorang ni. nak tayang harta pun agak-agak la weh. ko gi tayang kat facebook tu, silap haribulan bleh mendatangkan bahaya tau tak. tak pasal-pasal ada orang culik ko sebab dah tau ko banyak emas. bengong punya pompuan.

perlu ke nak tunjuk harta yang ko hader? sendiri-sendiri tau udah le. nak menunjuk sangat kang bawak padah. aduh. ada facebook susah, takde pun susah. orang nak ade facebook, ko takmo kalah.nak hade jugak.

Friday, July 20, 2012

Dari "S" ke "M"~

duluuuuuuuuuuuuuuuuu!!! suma baju aku saiz S. sekarang, sumaaaaaaaaaaa baju aku saiz M. apa cer?? sebabnya aku makan banyak. atau pun aku semakin kuat makan. eh, ada beza ka. ehmm, kesimpulannya aku sudah semakin mengembang. kalo dulu susah nak naik 50kg. sekang susah gila mau turunkan smpi 50kg.

duluuuuuuuuuuuuuu bukan main lagi mau gemukkan badan. skang ni bila badan dah naik, mula pulak pikir camana nak kurus. memang fitrah manusia tak pernah bersyukur agaknya kan. ishk-ishk-ishk. tobat la wahai atieabid. esok dah nak start posa. kompom tambah naik la badan kan. 

cerita pasal puasa, "selamat berpuasa kepada semua umat islam di muka bumi Allah" semoga bulan ramadhan yang mulia ni, akan bagi banyak rahmat untuk kita. insya Allah amin. :)

Monday, July 16, 2012

Tidak semudah ABC~



selama ni, aku tak pernah terfikir aku akan bagi ceramah atau apa saja seminar kat orang ramai. depan orang yang lebih educated dari aku. depan orang yang lebih tinggi pangkatnya dari aku. sebab aku sebenarnya tak suka bercakap depan orang aku tak kenal. 

serius aku cuak. neves. dengan nak pikir mekap dah lawa ke belum. baju ok ke tidak. tudung tak senget ke. argh! stress gila! camana nak becakap depan sekumpulan orang? dulu masa viva final year project kat uni pun aku dah rasa nak tekencing. tu depan orang yang aku kenal. lecturer dan coursemate. sekarang ni??

i have no choice. last time, pihak skmm mintak aku bagi ceramah pasal "komputer dan internet" kepada Peladang kawasan Kinabatangan. 1st time aku bagi talk kat depan orang ramai tanpa ditemani oleh colleague. okeh, topic tu memang la makanan aku kan. slide pun dah ready. aku tinggal nak readykan diri aku je. masalahnya ni 1st aku buat kejadah ni. depan orang yang aku tak kenal. kalo ikut, bleh je pikir "ah, lantak je la, diorang bukan kenal aku pun, lepas ni diorang takkan jumpa aku dah". tanak tanak tanak. aku tanak pikir macam tu. aku nak buat yang terbaik. aku tak nak malukan diri sendiri. 

bila kau bercakap, cerita itu ini, kau buat lawak kau juga gelak sendiri, try tarik perhatian diorang, tapi respon?? tak memberangsangkan okeh. rasa nak down masa tu jugak. rasa nak balik masa tu jugak. serius, benda ni bukan semudah ABC. bukan semudah makan kacang. aku rasa laju je aku becakap. tanpa henti. next-next-next slide dah habis. sabar la wahai jiwa.

lepas ni nak kena mantapkan presentation skill. nak kena pandai eye contact. nak kena pandai kawal suara. nak kena pandai berkomunikasi dengan audience. argh! semua benda nak kena pandai. 

hamiatie, selamat maju jaya. 


Sunday, July 15, 2012

Rombongan Dari Kehel~

owh, ini bukan rombongan meminang cik atieabid ya. ni rombongan sahabat² dari KL. penerbangan sahabat²  clash dengan program daki gunung. setelah habis idea dan habis dah perah otak nak carik solution camana nak buat, akhirnya aku buat keputusan yang agak kurang bijak. maaf sangat² kepada sahabat². hanya itu solution yang mampu aku pikir time tu. sob sob sob. my bad.

nasib baik ada izman. tolong bawak sahabat² jenjalan round kundasang dan yang sewaktu dengannya. time tu aku kat puncak kinabalu kot. turun je gunung, terus lepak dengan sahabat². stay kat Kundasang Inn. sejuk gila. tak payah kot aircon dan kipas. sebab tanpa semua tu pun still sejuk menggigil gila.

esoknya mengabadikan percutian dengan bergambar di merata tempat. maklum, pemandangan memang sangat cantek. phewww.

bermula dari Dream World Resort --> Kinabalu Pine Resort --> Sabah Tea Garden --> Poring Hotspring Kinabalu Park --> Tagal Sg Moroli Luanti --> then terus balik Kunak.
Dream World Resort~hotel yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu

Kinabalu Pine Resort~sahabat², maaf aku letak gambar ni. ni je gambar yang ada muka kita semua. nak jugak letak. maaf. 
Sabah Tea Garden~
Tagal Sg Moroli, Luanti~ aku sangat geli dengan ikan² nie semua. kak ria ngan man berani plak ya. huhu. 
Poring Hotspring Kinabalu Park~ mandi air panas. best!
the next day, pagi mandi² kat Taman Bukit Tawau --> Pasar Gantung Tawau --> Daily Q Steamboat Tawau. ala-ala buffet, melantak la selagi mampu. makan la apa yang korang nak makan. budget RM30 jek. ok enough for today. time to rest. esok ada lagi aktiviti tengah q.

Taman Bukit Tawau~ model payung yang tengah sakit kaki. 
Pasar Gantung Tawau~nak beli kain batik, kain pelekat, souvenir, bleh cari kat sini.
Daily Q Steamboat Tawau~Makan time.

Hari seterusnya ke Pulau Mabul-Kapalai.  2H1M dengan pakej RM235, sewa google RM15. suma budget ke Pulau Mabul-Kapalai adalah RM250 include makan, penginapan VIP, pengangkutan & aktiviti snorkeling di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. sangat puas hati. walaupun tak pandai berenang. huhu. balik dari pulau singgah makan kat Semporna Holiday Resort.

Pulau Kapalai. laut sangat cantek.
Pulau Mabul~


esoknya hantar sahabat² ke airport. time to fly balik kl. sedih plak rasanya. i hate to say gudbye. tapi lagi sedih bila orang yang say gudbye kat aku. sob sob sob.~

saat ni, aku sangat rindukan sahabat².

dan saat ni juga aku kena kerja seminggu tanpa cuti rehat sebab dah bercuti seminggu tanpa henti.


Friday, July 13, 2012

Bernyawa Dengan Sebelah Jiwaku~

jatuh cinta dengan lagu nih. 


Sebelah jiwaku - Jaclyn Victor


Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah cara hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Kini ku berani lebih berdikari

bernyawa dengan sebelah jiwaku
bernyawa dengan sebelah jiwaku

Friday, July 6, 2012

Ku tawan jua akhirnya~

bila orang tanya, kau sudah pernah daki Gunung Kinabalu? jawapan aku tidak pernah. dan yah, aku malu sebab aku orang sabah. wei, ni bukan pasal sabah tak sabah. ni pasal kekuatan minda dan fizikal la. kalo berani sila la naik. tapi kena pastikan anda fit. kalo tidak, sampai Laban Rata je la. 

Timpohon Gate~ selamat mendaki.^___^
perjalanan bermula dari Timpohon Gate. start dalam pukul 8.30am. guide tu cakap kalo yang fit dalam kul 2pm dah sampai Laban Rata. kalo yang tak fit tu, ada yang sampai dalam pukul 6pm. oh my. aku tak fit. adakah aku akan sampai pukul 6.00pm??? petua yang dapat dari en. Hisham SKMM Sarawak, just enjoy. tengok alam sekitar. pendakian memang tak akan terasa. kalo kaki dah penat sangat, jangan berenti rehat terlalu lama. sebab nak mula balik memang kaki akan tambah sakit. jalan je slow-slow. langkah kecik takpe. tak bedosa pun. nguah nguah nguah!

setiap 1KM ada pondok-pondok yang disediakan, just in case nak buang air atau nak tambah bekalan air minum. dinasihatkan tak payah la bawak botol air yang besar gedabak ye. bawak je botol air mineral yang kecik tu. selagi boleh minimumkan berat beg kalo nak naik atas. beg galas aku, mintak guide yang bawakkan. sebab aku tau aku memang tak larat nak usung sampai ke atas. dan dikenakan bayaran 1KG=RM8. beg aku 5kg. pergh! sakit jugak nak mengusung tu. 

lagi petua dari incik Maiame, bila susah nak bernafas, pastikan bernafas guna mulut dan hembus nafas guna hidung. yaa! memang betul kata incik Maiame.  aku amalkan disepanjang pendakian ni. dan ianya berhasil. ^___^. dan lagi 1, jalan zig zag, baru tak rasa sakit sangat kat kaki.


tuuu diaaa. harusla amik gambar kat setiap perhentian dan setiap KM. excited gila bila aku dah jumpa pondok dan signboard KM tu. oh ya, berenti makan kat Pondok Layang-Layang iaitu KM4. mana tak, dah sampai Pondok Mempening, sesuai sangat dengan nama pondok tu, aku memang dah pening-pening. nak muntah pun ada. sangat excited bila jumpa KM5.5. yeargg! dah dekat nak sampai Laban Rata. nak makan. nak rehat. nak tidur!

10 minutes!!??? yay!!

yay!! masa ni cuma ingat nak duduk je. kaki sangat berat nak angkat.
akhirnya sampai kat Laban Rata pukul 4.00pm. makan makan makan, pastu masuk bilik rehat. dalam bilik ada 4 katil double dacker. means, memang tempat tu hanya untuk tidur je la.

time to rest. pastikan rehat dan tidur cukup. sebab 2.00am dah nak naik puncak~
masa kat Laban Rata ni sangat sejuk. setiap 2 jam aku akan terjaga. takut sangat tak cukup tidur. tapi memang tak bleh nak tidur nyenyak sebab sangat sejuk. mandi?? jangan nak mimpi. air macam air batu. heater rosak. aku basuh muka guna tissue basah. gosok gigi kena panaskan air. serius sejuk. masuk sampai ketulang aku yang tak berapa nak tahan sejuk nih.

baju tidur aku adalah baju yang nak buat naik ke puncak. stoking 2 lapik. glove 2 lapik. kul 11pm tu betis aku kejang. nasib baik ada Nurul Afiqah tolong sapu dan urut guna minyak panas. okeh, rasanya kat Laban Rata nie, baik la sapu minyak panas kat kaki ye. takut time naik puncak plak tiba² kaki cramp. lagi susah. lepas kena urut kaki, memang tak bleh nak tido. last-last panaskan air dan makan maggie. sesuai sangat nak panaskan badan. makan biskut yang ada oat ye. jadi perut tak lapar sangat.

1.30am, kitorang breakfast roti dan nescafe je. lepas ni, sesapa nak buang air tu, sila la ye. kat atas nanti kasi lancar perjalanan. berkumpul seawal 2.00am dan dengar briefing dari guide. dalam 2.15am start gerak naik puncak. jom menuju puncak!!!!

u know what, tangga tangga tangga dan tangga. sempot mak! tapi kuatkan jugak semangat. sampai merangkak aku nak naik tangga. takpe, menuju puncak punya pasal. ada 2.8km je lagi nih. chayok hamiatie chayok!

TALI?? ok sebenarnya aku gayat gila bila sampai part tali. sikit lagi aku nak serender. tapi aku dah tak bleh nak reversed. so, nak tak nak, aku kena jugak teruskan. melekat kat batu aku. punya la gayat. tp alhamdulillah, aku berjaya jugak melepasi part-part yang aku rasa sukar. serius, time ni aku nangis. hukhukhuk. tapi kugagahkan jugak naik ke puncak.
ku kuatkan juga tenaga~ chayok2!
neway, akhirnya ku tawan jua puncak Gunung Kinabalu. XPDC bersama SKMM dan PJK Sabah. sampai puncak dalam pukul 6am. sempat jugak la tengok sunrise. :-) ..lepas amik gambar, dalam pukul 7 turun balik.


cuba lihat duit kertas seringgit. sama kan. kan. kan. kan.
harus la amik gambar kan. pemandangan sangat cantik! Subhanallah. indahnya ciptaanMu Ya Allah.
yay!!! sampai jugak akhirnya. walaupun sakit kaki.sampai kat sini dalam pukul 4.00pm. oh my kaki macam nak tecabut.

aku dengan megahnya menuruni gunung kinabalu. kat puncak tak bleh nak lama sangat sebab sangat sejuk. lagipun, kawasan sangat sempit. suma orang nak amik gambar. so, lepas amik gambar tu, dinasihatkan terus turun. sebelum pukul 10am kena sampai kat Laban Rata then packing barang. kalo lambat check out, akan dikenakan bayaran rm100 sorang. aku sampai kat Laban Rata dalam pukul 9.00am. lepas sarapan, terus turun. time nie, aku rasa ni je la pendakian pertama dan terakhir aku. tapi saat aku taip entry ni, aku rasa keseronokan yang tak bleh nak gambarkan dengan kata-kata. insya Allah, kalo ada rezeki dan dipanjangkan umur, aku nak mendaki lagi. :) tapi kena make sure fit okeh hamiatie!!!

kat sini nak bagi sikit tips kalo rasa-rasa nak daki Gunung Kinabalu ni.

harus ada:-
- jacket / baju sejuk - kalo rasa-rasa kulit tu setebal kulit buaya, tak pakai pun takpe. ngeee~
- baju lengan panjang - aku pakai baju lengan panjang 3 lapis & sweater 1 lapis masa nak naik puncak.
- seluar sukan. jangan jadi macam aku, pakai jeans, memang tak selesa. pergerakan kaki terbatas. kalo bleh bawak spare juga sebab takut basah oleh peluh or hujan.
- stoking 3 pasang. takut time naik tu basah, so kena ada 1 lagi untuk pakai time naik ke puncak. kalo tak, kaki akan freeze. wa tak sanggup owh.
- glove - kalo bleh pun kena ada spare jugak.
- penutup muka - nak pastikan hidung bernafas dengan selesa. kalo dah sejuk sangat, memang susah sangat nak bernafas.
- kasut - opkos la kan. pakai kasut yang sesuai. tapak getah dan tak licin. sebab nak pegang tali dan kena berpijak pada batu.
- coklat - untuk panaskan badan. kalo bleh yang ada kekacang sekali tu.
- biskut oat - just untuk tambah tenaga. sebab mesti akan rasa lapar time nak naik tu.
- maggie - utk panaskan badan time kat Laban Rata. sangat sejuk!
- Lampu kepala - time naik ke puncak tu jam 2.00am ye. nak guna lampu suluh kat tangan tu boleh jek. tapi takut tangan lenguh.
- tongkat - kat Timpohon gate ada perkhidmatan sewa tongkat. rm10 je. tapi kalo nak beli rm15 je. dah dapat yang canggih dah. kot-kot la kan lepas turun dari gunung tu memang perlukan tongkat macam aku nih ha.
- minyak panas - make sure sapu minyak panas pada kaki. kalo bleh start dr paha ke jari-jari kaki time kat laban rata sebab sangat sejuk.
- cramp-stop spray. - just ni case time mendaki tu kaki cramp. bleh spray je.
- panadol, actifast, ubat tahan sakit, soluble - sebelum naik, makan ubat soluble dan actifast. masa nak turun pun sama. kalo dah tak tahan sangat sakit, makan ubat tahan sakit.
- sunblock - sapa kata sejuk-sejuk tu tak kena sun burn? kena jugak. haha. so, untuk elakkan sun burn, pakai je la sunblock ye. sebab time turun tu, angin memang la angin, tapi matahati tetap kat atas kepala.
- tissue basah - aku basuh muka guna tissue basah je sebab memang dah tak sanggup nak guna air gunung. waaa! sejuk!!

macam aku dah senaraikan sumanya yang perlu je. yang tak perlu, x payah la bawak ke atas. buat berat beg aje.

my 1st experience ni sangat best. rasa macam nak naik lagi. ^__^


Wednesday, June 13, 2012

their conversation~

olliey: "Ya Allah pok.. bediri bulu roma ku. boleh buat novel sudah ceritamu ni."
memeng: "kalau aku, terjun tingkap terus owh"
olliey: "aku bayangkan aku yang ada ditempatmu pok, kompom aku teduduk nda tau mau buat apa"
memeng: "aku bukan lagi teduduk, pengsan mengkali"
aku: senyum sambil makan mee goreng mamak. ^____^ (dalam hati tuhan jak yang tau)


after 6 month jumpa olliey dan memeng. lepak kedai mamak. sembang. apa cer apa cer. keluar la cer yang paling best tahun ni. boleh dapat anugerah pelakon terbaik wanita 2012 la aku rasa.

dear olliey memeng, tiada siapa tau sakitnya camana. tiada siapa tau camana aku berdepan dengan semua masalah. tiada siapa tau. tiada siapa. tiada. tapi Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. dan aku terfikir, mungkin aku insan terpilih. aiseh. mode perasan kejap.

tapi serious la kata, aku bukan sekuat yang disangka. ditolak aku kebelakang, ditarik aku kedepan. bertindah harus mengikut arahan. tapi dalam redha aku pasrah. takut ingkar kata, jadi anak derhaka. dan sekali lagi berfikir secara positif, mereka inginkan yang terbaik untuk anakanda. 

berfikir lagi secara positif, mungkin ada terbaik yang Allah simpan untuk aku. positifnya lagi, mungkin tiada jodoh antara kami. try la sekuat mana pun, bertahan la selama mana, bila tidak kata mereka, tiada makna semuanya. 

sekarang hanya perlu senyum tak kata apa-apa.^_____^. hati? belakang cerita. 

cukup sampai disini saja~

sudah cukup cukup sudah.
cukup sampai disini saja.

.mungkin ini jawapan kepada setiap istiqarah. 
.mungkin ini jawapan kepada setiap tadahan doa. 

Saturday, June 9, 2012

antibodi cap ayam~

.demam panas.

.sakit tekak.

.batuk.

.sakit kepala.


.antibodi cap ayam betul la.

Sunday, June 3, 2012

Sahabat terbaik ku raja sehari~


Selamat pengantin baru sayang. wish your marriage will be full of love and Allah bless. im happy for u.

2 hari 2 malam lepak rumah dijah. tolong tumbuk inai untuk dijah dan husband. demand tak mau guna yang serbuk kan. ko memang nak dera aku tumbuk inai daun tu untuk ko kan. huh. takpe, aku sanggup buat apa saja. ececeh. 

sory sebab tak dapat bermalam rumah ko. bapak aku kat rumah sorang-sorang. balik tu, aku rasa nak tekencing okeh bila drive sorang-sorang. lalu plak depan jalan kuburan. ehem-ehem. konon kuatkan semangat. dalam hati suma surah aku baca. sabar aje la.

time bertandang, ramai tanya bila pulak turn aku. ehm, teringat dengan pesanan diana. bagi jawapan positif. "doakan saya bertemu dengan jodoh yang terbaik dan dicepatkan jodoh. amin".

sepuluhribuempatratus orang doakan aku, insya Allah akan kawin la aku. hehe.

bukan risau dengan soalan orang sebenarnya. anggap saja, jodoh aku belum sampai. seru aku belum dapat. mungkin Allah ada pilihan yang terbaik untuk aku. Allah knows better. walaupun kata orang, kena  ada usaha. 

abih tu, takkan la aku nak tempek gambar aku kat muka depan new strait times tu plak kan. "MENCARI JODOH" . gila gampang. 

sekarang, hanya think positif. enjoy my life to the fullest bak kata c epal. 


Wednesday, May 30, 2012

jiwang kejap~

find arms that will hold you at your weakest..
eyes that will see you at your ugliest..
and a heart that will love you at your worst..
-nurulbadiah

doakan aku jumpa lelaki yang seperti itu.
yang bisa terima aku seadanya aku.
amin.

Thursday, May 24, 2012

Little birthday cake~

muka pucat. jerawat! abaikan.
my little birthday cake. kecik-kecik ni pun tak habis jugak. heran aku. mana tak, kek hari ibu pun ada lagi. neway, thanks to epalejau.

Tuesday, May 22, 2012

Mendapatkan Peserta Latihan~

MENDAPATKAN PESERTA LATIHAN



nak dapatkan komitmen dari prospek ni yang payah skit. adeh.

ehm. kepada prospek-prospek di luar sana, nantikan saya nak rapport kamu ye. haha..

Thanks PLS..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)