Saturday, April 16, 2011

Lelaki dan kata manisnya~

Lelaki ni ada macam-macam jenis. ada yang setia. ada yang curang. ada yang dipermainkan. ada yang suka mempermainkan. ada banyak sebab. mungkin sebab tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. atau juga kerana ingin mencari kesempurnaan. tanpa sedar diri sendiri juga tidak la sempurna mana.


bila kamu susah, kamu dengan awek a. bila kamu senang, kamu mula mencari awek lain yang lebih cantik.

bila kamu guna motor, yang sudi menemani kamu adalah c gadis a. bila kamu sudah beli kereta besar, kamu mula bawak awek lain.

bila kamu tiada duit untuk makan, kamu cari c gadis a. bila kamu terima gaji hujung bulan, kamu belikan bunga c awek lain.

ah, alangkah beruntungnya c awek baru itu kan. dia punya segalanya. dia punya kamu yang telah meninggalkan c gadis a terkontang-kanting tanpa tahu sebab musabab dia diperlakukan begitu.

janji manis lelaki. biasala.

"aku ingin jaga kamu". bullshit!
"aku hanya milik kamu". konon!
"aku cinta kamu, aku sayang kamu". haktuuihh!!!

ok. itu part lelaki. part pompuan pulak cemana?

perempuan punya sekeping hati yang lurus yang konon-kononnya suci, lemah lembut, innocent. tapi pernah tak pompuan pikir kenapa dia ditinggalkan? kenapa c buaya fren itu bertindak mencari yang lain. yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri.

mai sini aku nak habaq.

perempuan jangan terlalu mengongkong. lelaki tak suka dikongkong. dia akan memberontak. dia akan mula cari lain yang lebih menghiburkan hati.

perempuan suka membebel. ya, kononnya membebel tu sebab ambil berat. sebab sayang. pooorrrah! ko tak tau ke lelaki tidak akan pikir itu sebagai alasan. yang ada dalam pikiran dia ialah, ko membebel jek. bosan tau tak.

perempuan ni leceh. suma benda nak amik tau. busy body betul. lelaki akan rasa terkongkong sekali lagi.

perempuan suka melawan. lelaki akan anggap perempuan itu kurang ajar. suka sangat melawan cakap dia. so, perempuan ni kena la selalu sabar. jangan kuat melawan. dia kan lelaki. nanti ego dia tercabar. kamu jugak yang susah.

perempuan suka mencabar. gaduh sikit nak putus. alahai, suma tu macam zaman muda remaja je bak kata lelaki. kamu tu dah tua. buat-buat la matang sikit.

pesanan penaja:

1. hidup ini umpama roda. kadang kamu diatas. kadang kamu di bawah.
2. hidup ini karma. what you give is what u will get back.
3. nobody's perfect. jangan mencari kelemahan orang lain. cari la kelemahan diri sendiri. kenapa anda diperlakukan sedemikian rupa. cermin diri. perbaiki apa yang patut.
4. jangan mudah percaya janji manis lelaki. mereka hanya menabur janji. menepati jauh sekali.

pesanan aku:
1. jiwa kena rock. no more penindasan.


10 comments:

  1. yup2,dua dua pon ade yg jenis buat hal,ada yg jenis baek2 inesen macam kite kan atie?heeee :P

    ReplyDelete
  2. aleen. hehe. betul2. kesian kat kite yang inesen ni. x pasal2 jadi mangsa.
    lain kali kena jadi jahat sikit kot.

    ReplyDelete
  3. betullah... dulu tini pn selalu bebel kt bf. konon2 fikir mcm ambil berat. huhu... tp bila x bebel kan, nnt my bf tu mcm pelik dan dia akn susah hati. sbb biasa kalau tini x bebel, means tini x suke. heehee..

    eh x mo lah ingt bf lama. kehkeh...

    tp kan semua pglmn bercinta byk bg pengajaran buat tini. skrg ngn hubby mmg tini jenis x kuat bebel..sbb takut la klu hubby x suke kan..kalau bf xpe, putus cari lain...kalau suami? uuuiiii x sanggup. hehe

    ReplyDelete
  4. hehe. betul tu tini. belum kawin ni bleh la putus carik lain.

    kalo dah kawen tu maknanya dah bleh terima kelemahan la tu. kalo ada benda x suka, bgtau terus terang kan senang.

    ReplyDelete
  5. sebab tu kena fall in love without reason.
    :)

    ReplyDelete
  6. hehe. mungkin seperti cinta pandang pertama. jangan smpi dikata cinta itu buta sudah la kan. =)

    ReplyDelete
  7. cinta itu buta bahaya.
    bila buta, nanti banyak cinta macam kasanova. haha.

    ReplyDelete
  8. lelaki ni, kalau time suka dan kau kongkong, dia cakap :
    eh takpe. itu tandanya u sayangkan i..

    cuba time dia da tak suka..
    u ni tak abis-abis nak kongkong i.. i pun ada life i jugak. blablabla..

    time dia suka and kau bebel :
    eh sayang jugak u i kat i kan..

    cuba time dia tak suka..
    u shadap buleh tak??

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)