Showing posts with label kerjaku. Show all posts
Showing posts with label kerjaku. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan~

apa la ko ni atieabid. orang dah nak masuk posa ke 13, ko baru nak wish happy ramadhan?? nampak sangat ko tak pedulik blog ko kan. wakaka.

maklumlah, bz dengan keja. bz dengan event sana sini. sampai nak patah pinggang. just imagine, Program jelajah IT je buat kat 3 tempat.
Program Jelajah IT Pusat Jalur Lebar Komuniti
2hb Aug 2011 - Kampung Dasar Baru
3hb Aug 2011 - Ladang Mostyn
4hb Aug 2011 - SMK Kunak

Majlis Berbuka Puasa Bersama staff CBC & SKMM
10hb Aug 2011 - CBC Lormalong


banyak benda nak kena prepare. hamper, sijil penghargaan, venue, nak kena hias tempat lagi. tak nak la cikai-cikai kan. ni suma bawak imej company.

komen pasal Program Jelajah IT ni, hampa sikit la dengan sambutan. mungkin orang kampung belum dapat pendedahan sangat. bak kata Pengarah SKMM Sabah, En. Bukhari Yahya, kat situ la peranan kami sebagai pengurus PJK. kenalkan mereka dengan dunia IT. bagi mereka tertarik nak join apa jua event kami. memang tercabar jugak la dengan keadaan & persiapan yang kelam kabut. dapat semangat baru jugak la meeting aritu.

Majlis Berbuka Puasa tu sangat puas hati. actually ada bengkel sekali time tu. tapi excited sangat dengan majlis berbuka posa plak. setting tempat ala-ala promenade (mode perasan. hahaha.) gitu. sampi 12.30pm berkampung kat cbc. many thanks to my colleague. =). makanan sangat sedap. rugi tak ambik awal-awal. kalo tak, bleh rembat banyak skit. hahaha.


esoknya tak boleh bangun. waaaa..sakit pinggang! ponteng keja la jawabnya. huhuhu. sangat-sangat-sangat tak larat nak bangun. aduh. gawat gawat gawat.

mode: feeling raya dah ni. ^__^

Saturday, April 23, 2011

Nexus Karambunai~

Haritu ada kursus kat KK. haish. punya banyak tempat, kenapa la hq pilih nexus tu? bukan tak suka. tempat tu memang la 5 bintang. cantik plak tu. sape taknak kan. tapi tempat tu buat aku ingat kenangan² yang tak sepatutnya aku ingat. yang aku ingin lupakan. bila hari² pi hall, lalu plak tempat tu, haish~~~ mengeluh panjang aku.

ah sudah. takmau kenang² balik benda tu. sakitkan hati je. citer benda lain lagi bagus.

malas nak citer. aku just nak abadikan sedikit gambar kat sini.


wif cbc's managers & our Lead Manager, En.Din


Banyak² makanan, ni yang aku paling suka.


focus to laptop
bag
. ditaja oleh Dell. haha


sempat lagi berdangdut di taman. hihi


before
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

after~
haha. ni 1st time mekap siap guna bulu mata palsu.


dengan robert.
skadar hiburan ja bro. jgn marah. haha~


wif staff from CBC Daerah Kunak. Luv u guys.~


all of us from CBC sabah sarawak~

Sangat penat dan sangat enjoy. rindu dengan roomate aku yang cantik~ macam muka artis pun ada. gambar dia yang berdiri sebelah en.DIn tu haa. =)

next year will be Lormalong on the Top 3. chayok atieabid.

Friday, March 18, 2011

Apa punya perangai la minah nih~

Nak kata budak², dah besar panjang. kalo kawen, dah jadi mak anak 5 dah. tapi perangai ntahapaapantah.

kalo bercakap tak pernahnya nak pelan². dah tu suka sangat hentak² meja. aku cukup pantang betul dengan orang macam ni. suara dah la macam halilintar. bila dia cakap tu, macam la aku ni pekak. macam la aku nie jauh sebatu sampai dia nak teriak².

cukup buat sakit kepala. dah la tadi mood memang tengah tak best. memang kena sound la minah tu. bukan nak buat dia malu. tak. tapi aku tak suka dia buat macam cbc tu bapak dia yang punya. haish.

ko tu pompuan, buat-buatla beradap sikit. jaga sikit tingkah laku tu..huhu

Saturday, January 1, 2011

A walk to remember~

Salam tahun baru kepada semua..~


perginya 2010 dengan seribu kenangan. semoga 2011 akan membawa seribu kebahagiaan. amin.

sedar tak sedar je. pejam-celik-pejam-celik-celik-pejam. dah tahun 2011. aku rasa macam baru je sambut tahun 2010. aiya. mereng dah kepala otak aku nie. apa yang best sepanjang tahun 2010? tak tau la nak kata best sangat atau tak best sangat atau sangat tak best.

Januari - May 2010
Masa ni aku ikut program Graduate Employability Management Scheme (GEMS). Part II. Program ni sangat la best! thumbs up! serius wa cakap lu. Part I, aku belajar banyaaaak benda. dan jumpa ramaaaiii kawan. mewah tau ikut program nie. aku ikut batch 3 kat Tuaran Beach Resort Sabah. dah la tinggal kat hotel. makan pun kena jaga. ala-ala vip tuu. sampai masa pegi je dewan makan, dah terhidang. fuh! maveles. dapat plak elaun tiap2 bulan. memang dasar kena manja la katakan.


program nie sebenarnya untuk para-para graduasi yang belum dapat keja. tapi time aku masuk program nie, aku dah keja kat Giant Hypermarket Tawau as Operation System Analyst. tapi sebab nakkan pengalaman dan modul2 yang diajar dalam program ni, aku lepaskan keja aku. ko gila. kalo nak dapatkan modul nie je kena bayar beribu tau baru dapat attend. lagi2 trainer yang bagi course kat kitorang ni suma poweeerrr!! memang salute dengan diorang. boleh dijadikan idola.! serius nih!

antara modul2 yang aku dapat belajar kat GEMS ni:-- English for Business Life
- Cambridge English for Life
- Achieving Personal Excellence
- Project Planning
- Business Appreciation
- Problem Solving
- Time Management
- Professional Grooming
- Customer Services
- Presentation Skills
- Interpersonal Communication
- Operation Management
- Office Management
- Employability Enhancement Workshop
- Value Talk 1 : Corporate Culture and Values in Malaysia
- Value Talk 2 : Achieving Excellence Performance at Work
- Value Talk 3 : Achieving Excellence Performance at Work: Secret of Success
- Value Talk 4 : Imbuing GEMS Values
Best kan modul2 yang dibagi. memang mengujakan. best!!! Part I 2 bulan setengah jek. lepas tu proceed to Part II. Praktikal selama 6 bulan. pun dapat elaun. yang bestnya sebab tak terikat dengan kontrak ka apa. means kalo dalam masa tu dapat keja lain, boleh pegi. janji jangan la wat taik kat tempat praktikal tu kan. bagi la surat pemberitahuan. jangan main benti mcam tu je. kena jaga nama baik sendiri la kan.
kitorang kena cari tempat praktikal. sepatutnya disediakan. carik sendiri. nak harap management carik untuk suma orang kesian la kat depa. bukan 10 20 orang. beratus orang yang ikut program nie. hantar surat & resume kata nak praktikal. at last dapat praktikal kat TMPoint Tanjung Aru. 


May 2010 aku pegi interview keja aku skang. dengan harapan yang menggunung tinggi aku balik kampung. interview kat kampung sendiri. kampung halaman aku tuh. akhirnya dapat jugak aku keja nih. alhamdulillah. amin.
aku berenti awal dari TMPTA sebab aku pegi Penang sebab dapat berita dari kakak aku yang mak aku kena cancer rahim. Ya Allah. harini dapat berita gembira, esoknya dapat berita sedih. mak kena jalankan pembedahan. aduh! Risau yang amat time tu. Mak kat Penang dengan kakak. so, aku benti awal sebab nak jenguk mak kat sana. mak plak taknak kena bedah. mati2 kitorang pujuk, mak tetap taknak. ok lah. tak pujuk dah. yang penting mak makan ubat dan jaga kesihatan.
Besday aku tahun ni celebrate kat Penang. kakak bawak makan nasik lemak glemer kat Penang. ada mak, bapak, kakak.

June - July - August - Sept - Oct - Nov - Dec 2010
Menjadi staff Community Broadband Center. sudah semestinya aku happy sebab dapat keja nie. dah nama broadband center kan, musti la hari2 orang leh nampak aku online. kat rumah plak pasang streamyx. woooo! 24 jam la anak pacik hamid ni online. tak buhsan ke ko atieabid?
buhsan jugak kengkadang. sampaikan dah taktau nak wat apa. tapi bukanla keja aku duk online je memanjang kat opis (bukan opis sebenarnya) tu. macam le aku takda keja lain kan. huhuhu.
p/s: satu kerugian aku tak dapat buat entry time ikut GEMS. banyak gila memory bleh share kat sini. takpa2, nanti akan ku buat entry khas untuk itu. tungggguuuu!!


Tuesday, November 30, 2010

To-do-list

Bila banyak kerja, apa kan ku buat?

1. buat-buat buzy. kononnya aku la orang yang paling bz sekali dalam opis. wakaka..
2. selerakkan meja dengan kertas-kertas yang berkaitan & yang takda kaitan langsung dengan kerja.
3. tepon sana, tepon sini. on call je memanjang. cewah. macam la bz sgt kan. ntah2 citer pasal benda lain. haha.


Tapi memang bz weh minggu ni. sampaikan tak tau nak start yang mana dulu. To-do-list pun dah wat. tapi masih lagi terkial-kial. apa nak jadilah kau ni atieabid. 5hb dah nak dekat. banyak keja nak kena buat. jangan sampai buat keja last minit sudah la.

aku perlukan semangat. aku perlukan udara segar. aaaaaaarrrgggghhh!!!!



p/s: ehm. dah masuk bulan dec dah. =)

Saturday, October 23, 2010

Di bagi betis mau paha~

dalam sebulan 2 nie nampak sangat belang2 mereka2 yang bergelar manusia. sudah di bagi betis mau paha. sebelum ni aku pernah tulis entry pasal netbook dan netbook. so, habis jak pengagihan tu, kami kami yang bekerja di PJK jadi teramatlah bznya. mana nak aktifkan microsoft office 2010 budak2 nie lagi, mana nak daftarkan diorang wi-fi lagi. mana nak siapkan list utk SKMM lagi. ah pusing2! kalau la budak2 nie reti bahasa, apa yang kami bgtau mesti diorang akan ikut. bukan susah sangat pun permintaan kami. "datang jumpa kami di PJK & jangan lupa bawak kertas oren tu. sebab kat kertas tu ada activation code." see! senang kan permintaan tu. ni tak, datang dengan berlenggang pastu x bawak activation code. so camana la aku nak activate kan cik adik oi!

ada lagi kes, bila datang nak mintak aktifkan tapi buat macam aku nie robot. eh, aku nak tolong aktifkan ni pun dah kira bagus tau. kau dah la datang kul 3.30pm. aku nak tutup opis kul 4pm. pastu bila aku cakap nak tutup, ko sosek sana soksek sini. dah kau yang datang lambat. dengan banyak lagi netbook yang aku tengah wat. kau memang jenis yang pentingkan diri sendiri kan.

aku dah sound siap2, netbook ni kalo nak tahan lama jangan lupa letak antivirus sebab dah sah-sah yang korang mesti akan masukkan pendrive.. tapi degil. sekarang sibuk datang jumpa aku kata netbook masuk virus. netbook lembap. haaa! padan muka korang. sapa suruh taknak dengar nasihat. wahaha..gelak kejam kejap.



ada plak kes bapak dia datang opis marah2. kata netbook anak dia rosak. boleh plak dia tanya apa kerosakan netbook anak dia. pakcik, mana la kami nak tau netbook anak pakcik rosak camana. dah anak pakcik yang pegang benda tu. ntah ntah jatuh ke, terduduk ke, mana la kami nak tau. bila cek, hardisk rosak. bunyi hardisk dia bukan alang-alang plak tu. siap nyanyi lagi negaraku lagi haa.

ada lagi kes paling lucu. netbook anak dia hilang. katanya rumah kena masuk perompak. sian la kan dengarnya. tapi yang tak leh tahan bila dia nak netbook baru. haaaa?? makcik, nie bukan badan kebajikan nak bagi free banyak kali. sian jugak. tapi nak wat camana. tu diluar bidang kuasa kami. huhu.

ada sorang pakcik ni plak, datang2 je mengamuk sebab anak dia tak dapat. siap bawak list name dari sekolah lagi kata nama anak dia ada dalam list tu. ye pakcik, memang la list name tu ada nama anak pakcik, tapi bila dia tak datang masa pendaftaran, so nama dia takde la dalam list penerima yang berdaftar. tapi adehlah pakcik nie. tak paham2 bahasa. kata kerajaan nie menyusahkan la apa lah. dah ko yang tak ikut procedure, nak salahkan kerajaan plak. alasan dia anak dia sakit. itu masalah engko la pakcik.

haih~~ macam-macam orang la kat kunak nie.


p/s: hp aku tertinggl kat semporna plak. adeh. nak msg dia pun susah. huhu..

Saturday, August 21, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia percuma~ 2nd Day~

x habis lagi cerita pasal netbook free..meh kita sambung plak.

Last day registration xda la sesibuk 1st day. mana tidaknya, mlm tu gila² buat benteng. takut kejadian mcm 1st day berulang kembali.

tgk la tembok besar cina ni. hahah



so, idea farah nak wat mcm kat ums dulu. anjakan zig zag. ok jgk la. berkesan jgk. sebab x ramai sgt orang. sesi petang sikit baru la ramai yg dtg dr SMK Madai.


ni la muka² yang bakal² dapat netbook free. best kan diorang.

ok. banyak suara² yang bising. ada yang x puas hati sebab anak dia x dpt. ada yang x puas hati kononnya adik beradik dapat. ada yang x puas hati sebab anak orang kaya dapat. actually, bukan kami yang sediakan list name. even aku sendiri x puas hati sebab ramai member PJK aku tercicir namanya. sedih jugak la sebab diorang yang rajin datang tempat aku. diorang yang support aku selama nie. tp diorang plak yang x dpt. bila diorang datang PJK n tanya aku, knp nama diorang xda dalam list, tgk muka dia sedih aku pun ikut sedih. aku pun ikut kecewa. apa lagi yang aku boleh bgtau. tu suma diluar kuasa aku. bukan aku yang pilih.

Tp bg mereka² yang terpilih namanya ada jugak yang x puas hati. x reti nak bersyukur. dah kerajaan bg netbook percuma masih banyak soksek sana soksek sini. konon knp perlu bayar bulan² plak. adeh, kan dalam borang akuan tu semua dah tertulis. dah suruh baca elok² dah pun sebelum sign. konon kalo percuma x perlula bayar bulan².

ehm ni la manusia. nak benda free jek memanjang. netbook tu mmg la free. yang kena bayar tu untuk wi-fi. internet. bukan mahal pun. 11 ringgit je pun. aduh. drpada anak dia hari² guna pc, sehari smpi 3 4 jam, kan lagi bagus dia guna wireless pakai netbook tu. adeh, mentality sot betul la.

Yang sedihnya bila ada cikgu² yang kata netbook ni hanya akan melalaikan pelajar. nti diorang asyik main game je, studynye x. ehm. pada aku, itu depends dengan time management pelajar itu sendiri. jangan cuba nak salahkan kerajaan dengan sumbangan yang pada aku sangat la bermakna untuk pelajar. lagi² mereka yang berpendapatan rendah. jangan hanya pandang kegunaan netbook nie pada sudut yang negatif tp pandangla pada sudut yang positif. zaman aku sekolah dulu, mana nak jumpa netbook nie segala. pc pun susah nak jumpa. sapa yang ada tu mmg kira advance sgt la. internet pun bg aku asing lagi masa tu. seingat aku, aku berjinak² dengan internet masa tahun 2000. masa tu aku form 5. skng nie budak sekolah tadika pun dah tau nak guna internet. mcm² diorang boleh carik di internet. cuba la bg semangat sikit dengan pelajar². diorang kan guru. pembimbing la katakan. kalo cikgu sendiri dah ckp yng bukan², apatah lagi ibubapa yang sekolahnya hanya smpi darjah 6?

see? kan aku dah cakap awal² td, masih ramai yang x bersyukur. hmmmm..

ni baru pendaftaran, belum distribute netbook lagi. dah mcm² hal. harap2 lepas nie suma berjalan lancar je la.


Pendaftaran Netbook 1 Malaysia percuma~ 1st Day~

Tahniah kepada pelajar² yang namanya tersenarai dalam list penerima netbook 1 Malaysia percuma dr SKMM dengan kerjasama Celcom n kami pihak PJK hanya membantu mengedarkan sahaja. Glad to c they happy and very excited masa registration aritu. tp jujur cakap la, aku bagai nak mati handle kaunter 4 masa tu. smpi skng nie kalo aku terimbas balik hari tu, rasa nak termuntah pun ada..lagi² 1st day registration.

Kelayakan apa yang diperlukan untuk dapatkan netbook 1 Malaysia percuma nie?
  • Pelajar sekolah menengah - sebab pelajar sek menengah dah besar sikit kot n tau camana nak jaga netbook.
  • pendapatan isi rumah kurang dr 3k - ini untuk membantu mereka² yang berpendapatan rendah.
So, sehari sebelum tu, kitorang masuk dewan dan susun atur apa yg patut. nasib baik ada Mr Yasin n pren selaku sukarelawan PJK pekan kunak bantu kitorang. kalo x, smpi ke petang pun kami siap lagi. huhu.

Pendaftaran dibuat di Dewan Besar Kunak. Hari pertama tu mmg dewan penuh gila. dah la panas. aircon x pasang. kipas plak banyak x berfungsi. adeh. bulan² posa mcm nie lagi la tergugat iman n mencabar mental fizikal. dengan pelajar² yang x paham arahan, mmg mengecewakan. mmg la aku x nafikan sambutan diorang sangat menggalakkan. tp kalo arahan sesimple "tolong berbaris", "lengkapkan borang kamu sebelum hantar ke kaunter" pun masih susah utk dipatuhi, ehm aku rasa baik aku bg arahan dengan budak tadika jek.


ni la kerusi yg siap di susun. tp susunan ni dah bertukar rupa bila semua orang dibenarkan masuk dewan. aduh.


tgk la betapa ibu bapa pun sibuk nak berbaris. kan bagus kalo makcik pakcik duduk kat tempat yang disediakan tu daripada penat² berebut berhimpit berasak tu. dah la pelajar ramai, ditambah dengan mak bapak lagi, tambah la crowded kaunter tu haa. sian kat pegawai dr SKMM kena asak dengan pelajar yg x reti nak berbaris elok². Mr Yusrizal dengan segaknya jd bonzer. tau plak diorang kecut perut. hak hak hak.


ehm, kan nama dah ada dlm list. bukan lari pun kaunter tu. lain la kalo 1st come 1st serve, bak kata Mr Yus, dia dulu yng melompat. hahah..kelakar Mr Yus nie.


jujur ckp la, aku mmg kagum ngan semangat diorang nie. tp yg x bestnya bila part ada yg mempertikaikan. ehm, itu nti kita citer kat bawah.


tgk la. kesian kat kitorang. xda plak amik gambar yg masa last2 tu. time tu lagi kick. ada plak yg berbaris kat belakang aku. aku yg kat tengah tu ha. budak² lelaki dengan mcm² bau ada, suma dok hulur borang diorang kat muka aku yg comel loteh nie. mmg jenis x paham bahasa.

Pendaftaran harini habis pada pukul 6pm. buka posa kul 6.20pm. best kan. balik² rumah terus buka posa. rasa mcm nak pitam pun ada. lepas buka posa, solat maghrib jap, pg dewan balik. kemas n susun balik dewan yang rupa susah utk aku gambarkan. kemas punya kemas, lepak punya lepak, habis kul 10pm. balik rumah terus terbongkang. wahaha..


Saturday, July 24, 2010

Pusat Jalur Lebar Komuniti~

PJK Kg. Lormalong

Rasanya dah sebulan lebih aku bekerja di Pusat Jalur Lebar Komuniti nie. tp blm ada 1 post pun aku citer pasal benda nie kan. ramai yang xtau apa itu PJK. Secara ringkas, kitorang panggil benda ni PJK atau CBC. CBC ni utk Community Broadband Center. budak² kampung plak panggil Cyber atau jalur lebar. ehmm, suma tu sama je. yang penting benda nie 1 benda yang sama.

Apa itu PJK?
PJK nie satu inisiatif dr SKMM n Celcom Berhad serta kerjasama dr Nusuara Technology Sdn Bhd. so, gaji aku kena bayar oleh Nusuara. Projek ni dibuat d kampung² atau luar bandar. So, Kunak nie kampung aku sendiri. kat Kunak je ada 3 PJK. tp aku jaga kat Kampung Lormalong. lebih kurang 8km dr umah aku. boleh tahan jauh la jugak kan. huhu..

PJK nie utk rapatkan jurang digital komuniti setempat. skang kan kerajaan dok war-war kan pembangunan ICT di setiap pelusuk. haa, nie la matlamat PJK. diorang taknak orang luar bandar ketinggalan dalam teknologi ICT. tu sebab diorang bubuh PJK kat kampung² untuk keguaan orang setempat. x perlu lagi nak turun ke pekan. yelah, nak ke pekan je kalo xde keta sendiri susah. kena naik keta sapu. tambang nak ke pekan je rm3. tu baru pegi. balik lagi rm3. pastu CC kat pekan lak mahal, sejam jak rm2. ehmm. sekurang² dengan adanya PJK kat dalam kampung nie, ok la sikit. senang la org kampung sikit.

Apa ada dalam PJK?


mcm² ada..hehe..mcm astro tu jugak la..kelajuan kat PJK je smpi 8mb..paling rendah pun 3mb. tu pun kalo PC penuh ngan user. kalo x ramai mmg lagi la laju. mmg puas hati. selain tu, ada jugak wi-fi. tu bg sesapa yg ada komputer peribadi sendiri buleh la subscribe wi-fi kami yek. murah je. k, rate dia mcm kat bawah nie..

Internet:
7-12 tahun (member) = RM0.50/jam
7-12 tahun (non-member) = RM1/jam

13 tahun ke atas (member) = RM1/jam
13 tahun ke atas (non-member) = RM1.50/jam

Wi-Fi:
Student sekolah rendah & menengah (member) = RM10/month
Student sekolah rendah & menengah (non-member) = RM15/month

Dewasa (member) - RM15/month
Dewasa(non-member) - RM25/month

camana nak jadik member? isi borang n bayar RM5 je utk 5 tahun..

hehe..murah kan. dah bgtau awal2 dah mmg murah pun.

perkhidmatan lain? ada jugak. mcm biasala, ada printer, scanner, jual cd, jual dvd, accessories komputer, pendrive n mcm2 lagi.

Selain dr bg perkhidmatan internet, PJK ni jugak buat kelas komputer/ICT secara percuma utk member2 sahaja. buleh belajar macam2 tau. modul disediakan oleh HQ. so, kira ok la kan. ada dapat sijil lagi.

mmg enjoy keja kat sini. harap2, PJK nie makin maju makin maju n maju..
chayoook!!!!
hehe...

Tuesday, May 4, 2010

Congratulation to myself~

Congratulations to myself
Terima panggilan dr KL. Ehm, sapa punya number plak nie

"Cik Hamiatie, saya dr XXX company, cik telah berjaya mendapat jawatan pengurus pusat jalur lebar komuniti kat Kampung Lormalong Kunak. Adakah cik Hamiatie terima jawatan nie?"

ohooo..opkos aku terima..

Terima Kasih ya Allah atas rezekimu. Akhirnya aku dpt jugak keja tu. Amin. Keja kat kampung sendiri. tinggal plak dgn mak bapak. Alangkah bahagianya. Kunak, ntikan kepulanganku..

p/s: hby, hny dpt keja tu. hby dpt keja kat penang. T_T.. jauhnya..semoga hub nie dipermudahkan Allah.. amin..

Monday, June 22, 2009

Jamuan Perpisahan Pn Hadrawati Abd Hamid

19 Jun 2009
Jamuan Perpisahan Pn Hadrawati Abd Hamid



hari jumaat lepas DBPCS adakan jamuan perpisahan untuk epalejau..
selamat jalan adikku..
sempat lagi dia wat org dalam sudut penulis tu menangis masa bagi ucapan..
lelis yang paling terasa kehilangan..
sob sob sob..
x sedar plak aku pun hampir mengalirkan air mata..
dapat jugak aku kave..
huhu..




ko tetap jdi memory dalam DBPCS
....

Thursday, June 18, 2009

Congratulation my dear epal..

Congratulation to my dear epalejau..
sebab dpt jugak ko penuhi cita2 ko..
nak jadi seorang cikgu..
bagus la tu..mendidik anak bangsa..
kena kuat n cekal hati..
jangan cepat naik darah..
tp aku rasa ko leh berdepan ngan budak2 yg 'nakal' tanpa perlu marah2 bah kan..
bukan mcm aku, nti abis anak org aku rotan..
x pasal mak bapak dorang dtg sekolah mengamuk plak..
huhuh..


well, Dewan akan kehilangan sorng pekerja bernama Hadrawati..
ramai yng akan rasa kehilangan..
Lelis, Odu, Azrien n ramai lagi..
x terkecuali aku..
aku happy ko dpt tawaran tu..
sebab mmg itu yang ko mau..
even keja ko di dewan nie sesuai la sgt ngan major degree ko kan..
tp aku tetap sedih jugak..
x kira..
aku mmg sedih..
walaupun aku pun x lama lagi akan abis practicle kat sini..

can u imagine, how's my life without u in Dewan Bahasa nie..??

sebelum nie pagi2 aku jugak yg kejut ko bangun pegi keja..
kdg2 tu aku hangin jugak kalo aku kejut ko, ko x pandai mo bangun2..
dah la aku pun bangun lambat..
last2 smpi tempat keja pun lewat..merah lagi la punch card aku..
tp lepas nie, aku kena bangun pagi n besiap sorang2 without u by my side..
xda sdh nti kawan aku begaduh berebut cermin..
padahal cermin di ruang tamu tu punya main besar..

sebelum nie ko yang drive gi keja kan..
jarang ko bg aku drive pagi2..
ko selalu bg aku drive kalo balik keja jak..
sebab ko x nampak sgt jalan waktu malam..
tp lepas nie aku yg kena drive pegi n balik keja..
ko tau ka punya boring tu..
huhu..

sebelum nie kita mesti lunch sama..
kalo x lunch di luar, kita lunch di kantin jak..
tp lepas nie aku lunch ngan murada jak la...
tu pun nasib baik ada murada..
kalo tak, sorang2 la aku kan..

lepas nie xda la sdh kembar aku di Dewan Bahasa dan Pustaka nie..

i dunno what to say..
but im happy for u..
=)

Wednesday, May 13, 2009

Start Ur Day With Nescafe

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah..

11 may 2009

aku start practicle kat Dewan Bahasa dan Pustaka KK..aku ngan Murada..
so, i start my day with nescafe.. :P

Kul 8am aku smpi aku terus lapor diri..tapi pn Norisha yang handle aku n murada pegi sandakan..ada program kat sana..
Pn Azian yang bakal jadik supervisor kami plak ada hal kat KL..Pengarah plak xde..so, aku lapor diri dengan Pn Hajah Asmiah.. itupun bukan lapor diri yang formal pun..aku rasa terumbang ambing pun ada..xda orang nak handle kami.. nasib baik adik ada kat sini..so dia la yang kenalkan aku dengan staff yang ada..tu pun mungkin diorang tgk aku muka sebijik ngan adik so xda la aku kekok sgt...huhu..pastu adik kena masuk ofis dia..tinggallah aku n murada yang xtau apa2 nie...last2 diorang suruh kami duduk kat meja driver dulu sementara meja kami disediakan..

punya bosan 1st day nie..keja takda..apa pun xda..diorang kata kena tunggu pn azian baru leh tau apa keja yg kena buat..aisehmen..pn azian plak balik hari khamis..abih apa la yang aku nak tulis dlm buku log aku tu nti..aduih...

lepak n sembang2 ngan murada..abis suma topik kami citer..hahaha.

busan busan busan..bila tanya ngan member2 yang lain, diorang pun sama..haha..apelah nasib..

------------------------------------

12.mei.2009

2nd day aku ikut adik masuk kul 8.30am n balik 5.30..ikut shift dia la senang..

mula2 masuk ofis, mmg xtau nak wat apa..macam org bodoh pun ada jgk..aduih..bila la pn azian nak balik nie..staff lain pun buat bodoh jek..huuhu..

en.ramlan datang n sembang2 ngan kami..last2 dia kata daripada kami boring2 kat situ, baik ikut dia kat UKK..Unit Komunikasi Korporat.. dia bagi tugas kat kami..aku kena wat sistem pangkalan data untuk mailing list..ehmmm..ok jgk kot..hoho...try je la wat..

kul 2 tu ada lawatan dari persatuan SPBT Labuan..so kena turut serta..konon untuk kami lebih paham apa itu Dewan Bahasa dan Pustaka..heehe..iyolah tu...

haish...ada 1 minah tu...Masha Allah...punyalah kerek..sumbung gila babi nie...menyampah pun ada aku tgk dia nie...poyo nak mampus...huh!!!

aisehmen..aku nie, baru 2 ari dah judge org plak...hahaha...apo nak jadi la kao nie hamiatie..


------------------------------------

13.mei.2009

Arini xtau nak wat apa..so aku n murada masuk libry nak carik bahan kat tenet untuk wat tugasan tu...

boring weh..adeh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)