Friday, April 8, 2011

Di pagi Jumaat~

Assalamualaikum.

Bangun pagi, belek-belek almari. macam biasa la, pilih nak pakai baju apa. kalo gi keja, aku jarang-jarang pakai baju kurung. tapi tiap kali hari jumaat, aku akan kenakan baju kurung. ayu gitu.

weh, masjid kat sebelah tempat keje aku je. kan ke manis kalo pakcik-pakcik nampak aku dengan baju kurung gitu. sejuk jugak mata diorang. nak-nak lagi kalu abang-abang ensom yang pegi masjid nampak. wahaha. mana la tau bleh jadi bakal bini ke. nak jugak carik bakal laki yang rajin gi masjid, ye tak. insya Allah amin. moga Allah makbulkan doa orang yang teraniaya ni. sape la yang aniaya aku ni agaknye.

okeh la. dipendekkan cerita. aku boleh lupa hari ni ialah hari jumaat. aku masih bermimpi agaknya. aku ingatkan harini hari khamis. so, dengan takde perasaan bersalah aku masuk lambat gi keja. aku bukan ponteng okeh. aku gi kedai beli barang-barang opis. sebab memang mati-mati la aku ingat asst aku ada bukak opis awal pagi. adeh. sampai opis, tengok pintu masih kunci. aik, dia tak datang lagi ke? hmmm....

bukak pintu, on pc. amik hp nak call dia sambil belek-belek kalendar. kot-kot aku yang lupa dia amik cuti arini ke. bila tengok hari, JUMAAT.. terus letak hp balik. tak jadik nak call.

ngok ngek la ko ni atieabid. asst ko kan cuti every Jumaat n Sabtu. memang la arini dia tak masuk keja. mangkuk hayun tul. cemana aku leh tak perasan harini hari Jumaat??

dan yang paling tak best sebab aku pakai seluar n baju blouse je. haish. tak dapat nak kenyit mata kat abang-abang ensom yang gi masjid harini. gatai~~ hahaha.


5 comments:

  1. agagagagaa..pakai sajalah baju apa-apa. aku ni monday tuesday wednesday thursday and friday, have to wear baju kurung..

    ReplyDelete
  2. hahah. mmg betul2 mamai la kemarin. adeh.

    ReplyDelete
  3. atieAbid, niat x betul ni..hehe kalau nak ngurat brother2 masjid, elok pakai bju jurung setiap hari..t diorang p masjid solat zohor n asar leh nmpak atieabid..ekeke =P

    ReplyDelete
  4. heheeh. gitu ek. kalo gitu kena pakai baju kurung hari2 la ni supaya nampak ayu sentiasa. ekeke.

    ReplyDelete
  5. Atie, tini tag atie join GiveAway ni..kalau sudi silalah JOIN :)

    http://tanpanama33.blogspot.com/2011/04/giveaway-ourkizunastore-ga.html

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)