Is that u my chenta?? 
u  know what? it just like u threw me away from ur life. why not u just  tell me that u never need me anymore? atau lebih tepat, sudah tiada  cinta di hati. kan lagi senang. tak perlu sembunyi macam ni. tak perlu  terlari-lari macam ni. tak perlu menghindar sampai macam ni sekali. 
kamu  tau tak, sakit sangat bila dapat tau kebenaran yang kamu menghindar  dengan cara begini. dengan aku, kamu seolah tidak pernah berubah apapun.  seolah kamu masih macam kamu yang dulu. seolah sayang kamu tidak pernah  berubah. seolah aku masih lagi segalanya. segala-galanya berjalan  seperti biasa. seperti tiada yang berubah. dan aku tidak pernah  mengesyaki apa-apa. ah, bodohnya aku. butanya mata. pekaknya telinga. 

tapi  dibelakang aku? kamu seolah membuang aku jauh dari hidup kamu. kamu  gembira dengan hidup kamu tanpa aku. tanpa gangguan dari aku mungkin.  itu yang sebenarnya bukan? 
selama  ni, semua alasan kamu aku terima bulat-bulat. tanpa sebarang sangsi.  kerana aku mengharap jujur kamu. sehingga ke hari ini pun, aku susah  untuk terima hakikat.
kecewa  aku hanya tuhan yang tau. mungkin tuhan nak bukakan mata aku yang  selama ini aku selalu butakan. telinga yang selalu aku pekakkan. hanya  sekadar untuk menjaga hati sendiri dari terus terluka. tapi akhirnya,  terluka juga.
bangkitla  wahai atie. sedarla dari mimpi. kau tidak diperlukan lagi. kau hanya  mainan. semua ini hanya sandiwara. bangkitla, teruskan hidupmu. semuanya  sudah terbukti. kau tidak perlukan sebarang penjelasan pun. sebab  dengan segala penjelasan itu, kau akan lebih terluka. 
dear  chenta. mungkin ini yang terbaik. kamu tidak perlukan aku lagi kan. dan  kini, aku ingin mengundur diri. kamu tidak perlu bersusah payah  menghindar begini lagi. 
nasihat  aku, berterus terangla andainya tiada lagi sayang di hati. jangan  digantung hati ini tanpa tali. tanpa pasti. sakitnya hanya Allah yang  mengetahui. 
 
 
 

No comments:
Post a Comment
Semoga hari ini lebih baik dari semalam~