Saturday, November 22, 2014

Bila anak sakit, mak dia sakit sama.

Assalamualaikum.

Ni cerita minggu lepas. Ammaar Hurairah kena cirit birit. berak air je. Ya Allah, punya la risau. kesian tengok anak dah lembik. selalu Ammaar suka senyum. pantang  tengok kita, mesti lebar je senyuman dia. tapi bila dia dah kena cirit birit ni, senyum pun susah. sian anak ibu. T_T

sabtu tu, ammaar dah memang demam. tapi bila dah bagi ubat, demam sudah kurang. tapi esoknya tu dia berak-berak pulak. sehari tu boleh kata sampai 20 kali la tukar pampers dia. dah tu beraknya air jek. bila dah berak, siap tembus ke seluar, baju dan tilam. mak mertua bagi penawar-penawar kampung. ada lega sikit bila ammaar dapat tidur. esok paginya bawak ke hospital. pesakit luar. nak sejam tunggu number kena panggil, last-last tak sampai 5 minit dalam tu, dah kena bagi transkripsi amik ubat. ehm. cek pun tak sungguh-sungguh. :(

balik tu, ammaar masih berak-berak. masih berak air. tak tahan tengok ammaar macam tu, bawak lagi ke hospital. tapi kat emergency. so, dapatla katil untuk ammaar berehat. kena air darah untuk cek, takut-takut kena jangkitan kuman ka apa ka. dan kena tambah air.

masa kena cucuk kat tangan tu, darah takmau keluar. nurse yang cucuk tu macam tak reti je. main agak-agak je. memang bikin panas. kat tangan tak dapat, dia cuba kat kaki. dia kata susah nak jumpa urat ammaar. bila dapat cucuk tu, darah tak banyak kuar. patut kena amik 2 bekas. tapi 1 bekas je dapat amik. 1 bekas lagi darah ammaar dah tanak kuar. so dia stop. pastu dia sambung untuk tambah air. taktau la camana cara dia buat sampaikan ammaar nangis sungguh-sungguh. nangis kuat mungkin sebab sakit masa dia sambung guna picagari tu. Ya Allah, aku suruh nurse tu stop. aku tak tahan tengok ammar sakit. nurse tu suruh pujuk ammaar dulu. huh! hati mana tak sayu tengok anak kita macam tu?

last-last dorang tunggu sorang nurse tu. nurse yang dah biasa handle baby. so tunggu je la. masa nurse yang sorang lagi cucuk ammaar untuk tambah air tu, ammaar nangis masa kena suntik je. tapi lepas tu ammaar ok. memang nurse tu pandai la handel baby kan. lega sikit hati nie. pastu kena cucuk lagi kat tangan untuk amik darah. sebab darah yang nurse pertama amik tu tak cukup untuk test. tak dapat baca. ehmmm. so, suma tangan dan kaki ammaar kiri kanan suma dah kena cucuk. huhu. 
Ammaar Hurairah. kena cucuk. hati ibu pun bagai dicucuk jarum. :(

Sian anak ibu. bila doktor datang cek, dan tengok hasil test darah alhamdulillah doktor kata takde pape jangkitan. alhamdulillah. dia cuma nasihatkan tukar air untuk buat susu ammaar. sebab ammaar dah tak menyusu badan. lagipun, minggu sebelum tu, Kunak memang ada cemaran air. tak terpikir untuk tukar air susu ammaar masa tu. dah jadi macam ni baru terpikir balik. maaf sayang, suma silap ibu sebab tak alert dengan benda-benda macam nie. huhu. dan boleh kuar sepital dah. syukur anak ibu tak kena admit wad. fuh!

balik tu terus beli air mineral. semoga lepas ni anak ibu kuat ya sayang. takmo sakit-sakit dah. 

Saturday, November 15, 2014

Kegilaan shopping online datang kembali.

Assalamualaikum.

Kegilaan shopping online datang kembali. Hoho. Rasa cam bedegup degup jantung nie bila zalora dan nile buat sale sempena 11.11.14 nie. Banyak item dengan harga RM11 je. Bolat gak la bijik mata. Nak-nak lagi duit dalam bank masih ada untuk transfer online. Lagi lah kegilaan tu menyentak tangkai hati. Dan akhirnya aku tewas. 

Barang-barang hasil shopping. :)
Maklum la sejak dah ada baby ni, susah sangat nak kuar shopping. pegi review doktor pun, lepas tu mesti balik. sebab dah rindu ngan baby. so memang takde lah aku nak kuar shopping macam zaman aku bujang dulu. sekali sekala shopping online ni dapat gak mereleasekan tension ni. bukan tension apa, tapi tension keja. T_T

ala, ada sale kan. balun je la. untuk semua item kat atas tu hanya RM107.79 je. include postage ke sabah. maklum la, postage ke sabah je yang selalunya mahal. huhu

kat Zalora, aku beli T-Shirt dan suar dalam suami. hehehe.shopping untuk suami jugak tau. bukan untuk diri sendiri jek. dan jam tangan kaler hitam pink. hihi. comey.

kat nile.com.my plak aku beli baju untuk aku 2 pasang. suami kan selalu tegur baju aku sempit la, sendat la. so kali ni beli baju yang ala-ala muslimah gitu. biar suami tengok pun sejuk hati. kan nak jadi bini solehah. haha.

oh ya, dan kemarin ada gak aku shopping kat Pearl Harbour Fasion. gila sale eh. untuk sepasang blouse dan skirt hanya RM15??? mana tak buntang bijik mata aku. haha. pun balun gak shopping kat situ. kualiti kain kat sini aku tak berapa pasti sebab barang mungkin sampai next week. tapi memang berbaloi la shopping kat sini. highly recommended! ngeee..

dah atieabid. dah. lepas ni nak beli susu ammaar lagi tau, pampers pun dah nak habis dah tu. hoihhh..

 kegilaan tu sambung ke lain tahun plak ye. :)

Thursday, November 13, 2014

1st GiveAway By Anamizu




Assalamualaikum.

Lama tak join GA. Dan tak pernah menang pun kalo join. hee..bukan rezeki.
so kalini nak join 1st GA dari Cik Ana. senang je nak join. ikut je syarat-syarat yang cik Ana bagi tu.

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com) - Done. lama dah. haha
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni. - Done!
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA. -Jap lagi. nak siapkan entry dulu..Done!
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni. - Done!
5.Done. Senang je kan? - Memang senang..hehehe
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. - Sempat lagi nie...:P 

So, done sema syarat. :)

tinggal nak tempek link je kat ruangan komen cik Ana.
Tahniah Cik Ana sebab berjaya buat 1st GA dengan jayanya.. hehe..

Friday, October 31, 2014

Manjakan anak? Tak salah kan.

Assalamualaikum.

Ammaar manja. sekarang sudah pandai merengek-rengek manja. bukan ada airmata pun. ceh, saja mintak perhatian kan baby Ammaar ni. :)

It's ok sayang. biasalah baby mintak manja-manja. nangis-nangis manja. rengek-rengek manja. bila dipikir balik, baby membesar dengan cepat. tak terasa Ammaar dah nak masuk 5 bulan. see. tak rasa kan. cam baru je rasa kena potong sebab nak kuarkan. cam baru je Ammaar menyusu badan. cam baru je rasa Ammaar baby-baby. eh memang masih baby pon. :) hitung punya hitung Ammaar dah nak masuk 5 bulan dah. 

Bukan dasar nak manjakan anak, tapi kalau boleh aku nak rasa setiap moment pembesaran Ammaar. esok bila Ammaar dah besar, mesti rindu zaman dia kecik-kecik kan. so, sebolehnya aku tanak merungut dengan pe'el Ammaar. Ammaar jenis tidur gundah. malam-malam selalu merengek. sejam sejam dia akan gundah. sua susu pun dia tanak. kadang gundah sampai nangis. kadang tak tahu dia nak apa sebenarnya. dalam ngantuk-ngantuk tu, sebolehnya aku layan dan pujuk Ammaar sampai dia tidur balik. 

Ammaar main ba-ba-cak ngan ayah dia. :)
tadi masa bw, singgah blog Nameeroslan. dia ada buat post pasal Clingy baby Adam. betul la kata Namee. dia rasa worth sangat dengan layanan yang dia beri kat baby long Adam. sebab baby cepat membesar.

so memang itu pun yang aku rasa selama nie. puas hati. cuma aku belum boleh berhenti kerja untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk Ammaar. aku masih perlu kerja. kadang-kadang rasa rugi masa aku sebab tak dapat jaga Ammaar time keja. sebab tu bila balik rumah, sebolehnya nak luangkan masa dengan Ammaar je. dia tidur pun nak tatap je wajah mulus dia. kalo boleh tanak berenggang pun dengan Ammaar. nak-nak waktu cuti, memang habiskan masa dengan Ammaar je la. but what to do. ibu no choice sayang. ibu masih perlu kerja. :(

cuma nak anak ibu tau, ibu sayang Ammaar. sayang tak bertepi. sayang sangat. semoga Ammaar membesar jadi anak yang baik dan soleh ya sayang. :) amin.

Thursday, October 23, 2014

Baby Ammaar.Sayang ibu. Sayang ayah.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar baby Ammaar dah masuk 4 bulan13 hari. masa review kat klinik untuk 4 bulan aritu berat dah 6.4kg, tinggi dah 61cm. alhamdulillah. BMI sangat cantek anak ibu.

masuk 4 bulan Ammaar dah boleh tiarap dah. kejap je dia dah boleh angkat kepala. tahan lama jugak tiarap. tapi tak boleh nak pusing balik. hikhikhik. bila penat apalagi, nangis la jawabnya. :P

semoga anakku membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya sayang. :)

Versi pakai topi. nak tutup kepala yang rambut tak cukup banyak.


versi tunjukkan rambut sejemput. :)

Friday, August 15, 2014

Apsal kejam sangat jadi manusia?

Assalamualaikum..

Tadi bukak fb cam biasa. scroll down scroll up. itu la makanan pagi-pagi kat opis. sentap bila nampak kawan shared gambar baby dalam longkang. Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berilah hidayah kepada adik-adik remaja kat luar sana Ya Allah. cukupla buat dosa. jangan ditambah dengan membunuh. 

dulu, sebelum aku ada anak sendiri, memang sedih jugak bila nampak gambar-gambar baby kena buang. sedih sangat hati tengok baby yang sudah tak bernyawa. tapi sejak dah ada anak ni, rasa sedih tu tak boleh nak kata dah. memang mengalir la airmata tiap kali nampak sekujur tubuh kecik yang tidak berdosa menjadi mangsa mak bapak sendiri. 

terbayangkan 9 bulan baby dalam perut. terbayangkan sakitnya contraction. terbayangkan saat-saat dalam dewan bedah. terbayangkan pertama kali tatap wajah anak sendiri. terbayangkan pertama kali dapat dukung tubuh kecil mungil. Ya Allah, hilang segala kesakitan. syukur atas nikmat yang diberi. 

tapi kenapa ada ibu-ibu di luar sana begitu tega membunuh anak sendiri? di mana hilangnya kewarasan saat tubuh kecil itu dicampak ke dalam longkang? tiadakah secebis kasih sayang untuk anak kecil tu? tiadakah belas kasihan? mesti baby sakit, mesti baby sejuk dengan tidak berbaju dibuang di dalam longkang berair. Ya Allah, betapa menderitanya anak kecil itu. anak aku yang nangis sebab lapar masa susu aku 5 hari tak keluar pun aku dah tak sanggup nak dengar. aku tak sanggup nak tengok anak aku nangis sebab sejuk lepas habis mandi. cepat-cepat pakaikan baju. macam mana diorang boleh keringkan hati pada anak sendiri?  

tak sanggup nak letak gambar-gambar baby yang tak berdosa tu dalam entry ni. tak sanggup. 

Ya Allah, tempatkan la bidadari bidadari itu di syurgaMu Ya Allah. 

Tuesday, August 12, 2014

Setahun sudah + Sudah dua bulan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah ya Allah. Semalam 11 Ogos genap setahun aku jadi bini orang. pejam celik pejam celik ja rasa. eh eh, dah setahun dah. dah jadi mak orang dah pun. 

setahun sudah. 
atau patut kata baru setahun? hehe. syukur la. dalam setahun ni banyak benda nak kena perbaiki. aku sebagai isteri ni kadang-kadang agak panas baran. kena ubah tang tu. syukur dapat suami agak sabar dengan bini dia. kalo dapat suami pun panas baran, aku rasa aku akan jadi biniku gangster agaknya. nauzubillah.

-----

10 Ogos baru-baru ni plak, Ammaar Hurairah dah masuk 2 bulan. Besar sudah anak ibu. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya wahai anakku. 
Ammaar Hurairah Bin Sudirman.
botak bukan sebarang botak tau.
rindu sangat ngan anak sorang ni. tadi bawak Ammaar gi klinik. kena suntik untuk 2 bulan. kat paha. meraung jugak anak aku ni. sian dia. nurse cakap suntik kali ni boleh buat baby demam. so kena bagi ubat demam. ehm, jangan la Ammaar kena demam teruk ya sayang. 

-----

01 Ogos lepas, adik aku epalejau dah tamatkan zaman bujang. alhamdulillah. dah jadi bini orang dah adik aku. lepas ni kena belajar masak la ya. hihi.
Azlan + Hadra.
cinta si pengakapwan dan pengakapwati.
Selamat pengantin baru adikku sayang. the only adik yang aku ada. semoga jadi isteri yang solehah dan bakal ibu mithali. bagi Ammaar adik cepat-cepat ya. nak harap aku yang bagi, lambat sikit la. huhu. 

Anak-anak pacik Hamid dan macik Asiah semua dah kawen. alhamdulillah. lepas ni kena tunggu turn anak buah plak. 

--
until we meet agaiin. ceh. ayat. ni sebab jarang dapat update. mihmih.

Wednesday, July 9, 2014

.Pengarang Jantung Hati Ibu & Ayah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ya Allah. Genap sebulan Ammaar Hurairah jadi penyeri hidup ayah dan ibu. syukur yang tidak terhingga.

dalam sebulan sudah rasa jadi ibu. perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. betul la kata mak, bila kamu dah beranak esok, baru kamu faham perasaan seorang ibu. yup. emak betul. kita sanggup bergadai nyawa demi anak. sanggup tahan sakit demi anak. sanggup tak cukup tidur demi anak. semuanya demi seorang bocah kecil bernama Ammaar Hurairah. 

Ammaar Hurairah.10 Jun 2014. The journey of yours begin here sayang.
Due date 9hb Jun. subuh tu dah start baby mengejang dalam perut. memang tak bleh nak tidur. asyik terjaga ja. tak selesa. pusing kiri salah. pusing kanan salah. melentang lagi la rasa senaknya. selang setengah jam mesti rasa mengejang. tapi belum rasa contraction. pukul 5 petang time nak mandi tu, nampak darah keluar. cepat-cepat suruh adik bawak gi sepital. dalam hati, ok dah dekat nak bersalin dah ni. terus call suami mintak dia balik cepat. huhu. i need u dear..

Pengalaman pertama masuk hospital. terus ke dewan bersalin. Ya Allah, perasaan takut ada. tak sabar pun ada. takut sebab yelah, tak penah kan. ni anak pertama. tak sabar bila dah start sakit-sakit. tak sabar nak jumpa ngan baby.

Hari tu aku rasa aku jadi bahan ujikaji. semua nurse nak cucuk nak cek jalan dan berapa cm. hoh. tahan saja la wahai hati.

Pukul 7pm tu kena tolak masuk wad. kena tunggu lagi sebab laluan belum bukak. okeh, silap pertama aku bila doktor suruh minum air sebab nampak aku dah pucat. aku lak pi bantai air selusuh yang suami buat. start dari situ, sakit contraction pun menyerang. aku mana la tau itu adalah punca dan sebab musabab aku kena contraction awal sedangkan baby belum nak kuar. nurse kata kepala baby belum kat pintu. so sepanjang malam tu, aku contraction. setiap 5 minit contraction. tapi laluan masih tak bukak lagi. tak boleh nak tidur. sebab asyik sakit je. :(

dekat 14 jam jugak aku rasa contraction tu. tapi bila nurse cek, laluan baru 2cm. :( kepala baby pun takde tanda-tanda nak masuk pintu. haish. last sekali bila nurse cek laluan, air ketuban pecah. dan rupanya baby dah berak dalam dah. nak tak nak, kena wat operation jugak. dan syukur alhamdulillah sebab tak perlu kena hantar ke hospital tawau untuk bedah. sebab haritu doktor pakar memang turun Kunak untuk buat pembedahan kat Kunak. dan nama aku sebenarnya takde dalam list bedah pun untuk haritu. tapi disebabkan aku dah pecah air dan baby pun dah berak dalam tu, so aku adalah orang pertama yang kena tolak masuk dewan bedah.

tak pernah terpikir pun akan kena bedah. sebab kalo boleh nak la beranak normal kan. tapi semua ni ketentuan Allah S.W.T. yang penting baby dan aku sihat alhamdulillah.

sepanjang-panjang kena bedah tu, aku rasa aku tak sedar diri sebab tertidur kot. mana taknya, aku dah dekat 2 malam tak tidur lena kan. ni bila dah kena bius, dah tak rasa sakit langsung, apa lagi tetido dengan nyenyak la. hihi.

nurse kejutkan aku dan tunjuk baby. Ya Allah, perasaan aku masa tu taktau la nak cakap camana. dia bagi aku kiss baby. tak sedar airmata aku mengalir. Ya Allah anak aku. T_T. hilang semua sakit. nak dukung baby! tak sabar..

Hadiah termahal dan terindah untuk tahun ni. baby Ammaar Hurairah Bin Sudirman. :)

anak, jadi anak yang soleh ya sayang.


Wednesday, June 4, 2014

.Menghitung hari.

Assalamualaikum.

Menghitung hari dah. neves, excited, takut, semua perasaan ada. tapi tanak pikir sangat. tanak stress. kang tak pasal-pasal aku kena high blood. 

dua date 9 june insya Allah. sekarang ni pun ada jugak rasa sakit-sakit pinggang. tak boleh nak berdiri lama. nak basuh pinggan yang tak sampai berapa ketul pun pinggang dah sakit. perut pun dah rasa berat sangat kalo berdiri. tapi tak boleh jugak asyik duduk dan baring je. kena rajin-rajin bejalan. supaya senang orang tua-tua kata. 

sekarang ni semua posisi serba tak kena. mengiring ke kanan salah. mengiring ke kiri salah. melentang lagi la senak rasanya. 

baby, baik-baik kat dalam ye sayang. can't wait to see you. can't wait to hug n kiss you. ayah kat sana pun dah risau-risau. tinggal tunggu kena call cakap ibu masuk sepital, kompom terus beli tiket dan balik sini. sebab nak jumpa ibu dan baby. ayah dan ibu sama-sama tak sabar. 

barang-barang baby dan ibu semua dah ready. tinggal nak angkut je kalo dah rasa sakit. tapi belum rasa lagi construction atau petanda-petanda yang macam nurse dok cakap tu. harap-harap dipermudahkan hendaknya. 

esok kena gi klinik lagi. tapi tak boleh tidur. perut rasa tak selesa. adoi la. kena cukupkan rehat ni. kena tidur jugak. 

Saturday, May 24, 2014

.Kerana diriku begitu berharga. ^_^

Assalamualaikum.

17 May 2014, umur bertambah lagi. 31 tahun. alhamdulillah. masih bernafas. masih sihat walafiat. masih bertenaga mengusung baby dalam perut. masih semangat pegi keja. alhamdulillah Ya Allah.

semoga dalam usia early 30++ ni, bleh la jadi matang sikit. semoga jadi hamba Allah S.W.T yang sentiasa menurut dan menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. semoga jadi anak yang baik untuk mak bapak. semoga jadi adik dan kakak yang baik untuk adik beradik. semoga jadi isteri yang soleh untuk suami tercinta. dan jadi ibu mithali untuk bakal anak-anak tersayang.

Dapat surprise kek besday dari kawan-kawan. Ya Allah betul-betul terkejut. i didnt expect langsung dorang nak buat surprise. sebab dah pernah buat surprise bulan lepas baby shower dan birthday Mar. 



comel kan! cam nak nanges je time ni. rasa diri ini begitu berharga. dan terasa disayangi. ecewah. terharu mak. Mar pun sama preggy jugak. cuma beza 2 bulan je. dan 2 2 pun anak 1st. dan kebetulan besday Mar bulan April tu. taktahu plak kawan-kawan lain suma pakat nak buat surprise secomel ini. ntah camana boleh tak terhidu langsung plan diorang ni. buat kat Pi1M Pekan Kunak. pagi tu memang badan tak sihat. so amik mc setengah hari. ingat nak masuk keja lepas lunch hour je. sekali kawan call kata nak belanja makan. wajib datang Pi1M Pekan Kunak! oh ok. nasib baik tak makan tengari lagi kat rumah. 

sekali sampai haa engkau, dapat kejutan. heran jugak apsal gelap gulita je Pi1M. ke makan kat tempat lain. sekali bukak lampu, haaaa memang surprise gila la. comel plak tu diorang buat persediaan ni. Mar pun kena jugak. hak! hak! hak!..siap ada candy-candy lagi. :)

Besday cake dari kawan-kawan Pi1M.
Ni kek besday kawan-kawan buat surprise sehari sebelum besday. 16 mei tu ada program kat Pi1M Kg Kadazan. Unduk Ngadau ICT 2014. tak sangka plak ada kek. tetiba je abam seksi a.k.a abam Sol nyanyi lagi besday siap bawak kuat kek ni dr training room. aku terkial-kial jugak pada mulanya. sapa punya besday? rupanya untuk aku. hak! hak! hak! adui. terkena lagi sekali. 

tengok tak lilin diorang letak berapa batang? 2 batang je. yeeee!! aku baru 20tahun. hihihi..

thanks kawan-kawan. kamu la kawan, kamu la sahabat, kamu la colleague yang paling best ever. sayang korang semua. 

Ni la mereka-mereka yang selalu buat team Pi1M Daerah Kunak kecoh. hehe..


Besday cake surprise dari family. ^__^ 
Nampak tak kek ni? full of fruit. i loike!! memang terus licin! hahah. lilin tu nampak sangat besar ada 3 batang , kecik ada sebatang. nak sorok umur pun tak bleh. bluekk!!

aku pun taktau adik beradik aku yg gegirl-gegirl  ni ada beli kek ni. komplot baik punya. ingatkan takde da main tiup-tiup lilin ni. sekali masuk ruang nonton ada pulak kek ni. hihi. walaupun kecik, tapi sodap!!
thanks my kakak-kakak, adik dan nurek-nurek kesayangan. ^_^ love always.

semoga kebahagian ini akan menjadi milikku selamanya. amin Ya Rabb.

Friday, May 16, 2014

Cause all of me Loves all of you.



"All Of Me"

What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind


Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you



How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every mood
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you



My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind



Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
Give me all of you
Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard



Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
‘Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all of me
And you give me all of you



Friday, May 9, 2014

Lidah tidak bertulang.

Assalamualaikum..

Betul la kata orang lidah tidak bertulang. bahaya lidah ada di mana-mana. kerana lidah badan binasa. kerana lidah dosa pun bertingkek-tingkek.

seboleh-bolehnya nak jaga lidah dari menuturkan kata-kata yang jelek. seboleh-bolehnya nak elak dari ejek atau cemuh mana-mana kekurangan yang dilihat. 

kadang-kadang terdetik di hati "eh, kenapa dia begitu. eh, kenapa dia begini??" cuma tidak terzahir di lidah. hanya di dalam hati. lepas tu cepat-cepat istigfar. Astagfirullahalazim... maafkan aku Ya Allah. aku sendiri tidak sempurna.



kalaula hidung betul-betul akan jadi cam pinokio tiap kali membohong, ntah camana la rupa manusia di bumi Allah ni. banyak sangat pembohongan berlaku. aku pun tidak terkecuali.

Friday, April 25, 2014

Tulisan Doktor. Sangat tak faham.

Assalamualaikum.

Last week masa appointment dengan doktor, kena scan. doktor tu cakap tembuni aku kat bawah. tapi masih tahap ok laa. tapi disebabkan dia tak yakin dengan scanner kat klinik tu disebabkan scanner zaman bila aku pun tak tahu la, so dia refer aku jumpa dengan doktor pakar. dia takut kiraan yang dia buat tu tak betul. nanti jadi apa-apa kat baby, dia plak disalahkan. so, kebetulan ada doktor pakar turun dari tawau tu yang dia bagi appointment date jumpa doktor pakar plak untuk rescan dan re segala re la.

risau jugak kan bila dia kata tembuni kat bawah, risiko nak bersalin normal tu sikit. kalo tahap betul-betul bawah, mungkin akan jalani pembedahan. ah sudah! aku kalo boleh nak la baby pertama ni bersalin normal. huhu..

tadi keluar awal dari rumah semata-mata nak dapat number awal la kononnya. memang antara orang yang terawal jugak la. dapat la number 2. yay! happy. sekali doktor pakar tu sampai pukul 10 pagi. masak gila aku menunggu 4 jam weh! sakit pinggang dan bontot aku duduk lama sangat.

4 jam tunggu untuk review 15 minit je. -_- .. Ya Allah, jadikan la aku insan yang sabar..amin.


hasil review harini.
nampak tak..? kan orang selalu cakap, tulisan doktor susah nak faham. aku satu hapa pun aku tak faham tulisan doktor nie.dah macam cacing kerawit dah aku tengok.


so, nak tahu senang je. whatsapp kakak aku. kak enceng @ Dr.Asmiati. dia mesti faham. umiiii tolong!!!!


hasilnya.. tada!! kan aku dah kata. hanya doktor yang faham tulisan doktor. sama dengan apa yang Dr.Priya tu bagitau aku kat hospital tadi.

alhamdulillah. lega jugak bila doktor kata bleh bersalin normal ni. semoga dipermudahkan segalanya bagi aku Ya Allah.


Alkisah Qaweim :- Dodoikan aunty.

Alkisah Qaweim

qawiem masuk bilik nampak aunty tengah tidur..aunty mamai jak pun sebenarnya. qaweim datang dekat aunty, sambil tepuk2 bahu aunty dan nyanyi lagu "Laailaahaillahh..Laailaahaillahh..Laailaahaillahh muhammadurrasullah.." walaupun sebutan pelat, Ya Allah, terus rasa betul2 mau tidur dengan nyenyaknya..lama jugak dia dodoikan aunty dia ni..haha. aunty dari sekadar mau baring-baring jak, terus rasa mau lena.. ;)

Ya Allah..melting gila bila nampak gambar ni..


dulu masa qawiem kecik aunty bagi tidur memang kena dendang lagu tu jak. kompom tidur la tu. 

nanti qawiem la yang tidur adik plak ya..heee..mesti sayang adik ya.; jangan jeles-jeles..

Saturday, April 12, 2014

Isu tiru meniru - Mawar Fareeda

Assalamualaikum .

Kecoh gila kan skarang ni pasal kes Fareeda telah merampas lebih seribu helai tudung fareeda tiruan. banyak dah komen-komen negatif dan positif yang aku baca. dan tadi baru habis baca kenyataan fizo suami kepada Mawar  pasal benda ni.


memang cantek tudung fareeda ni.. tapi aku tak cukup kaya nak beli. huhu.

eehmm. pendapat aku plak, eceh macam femes nak bagi pendapat bagai.muahaha.

aku pernah rasa satu situasi dimana, aku baru je update status kat FB. serangkap puisi gitu la. idea ciput ja pun sebenarnya. tak sampai berapa saat lepas tu, ada sorang minah ni pi copy paste ayat aku. sebijik weh. sebijik!! dia copy paste dan update status kat wall dia. kalo dia share ke tadi, aku tak jugak rasa terkilan sangat kan. tapi dia copy paste dan jadikan seolah-olah rangkap puisi tu dia yang punya. terkilan beb. terkilan. sangat. apa ntah dalam kepala hotak minah tu kan. ehm. plagiat sungguh. 

tapi yalah, takde la aku nak saman menyaman plak kan. benda kecik je pada aku. tapi still rasa tak suka dengan tindakan minah tu. ok, minah tu sebenarnya bukan kawan pun. aku add dia sebab nak beli barang online je masa tu. aku kalo nak amik quote orang pun, aku akan bagi kredit kat orang punya quote tu. sebagai penghargaan. kan?? sebab tu bukan kita punya. tu hak orang lain.

ok. sama kes dengan tudung fareeda ni. ni lagi la kes berat sebab berhubung kait dengan keuntungan. means DUIT! mesti la pihak fareeda terkilan sebab patern tudung mereka dicuri, diciplak. beb! mmg la fareeda tu dah kaya. tak patut tutup periuk nasik orang kan. tapi pihak yang tak bertanggungjawab tu gi ciplak patern tudung fareeda tu dia tak rasa ke dia pun akan tutup periuk nasik fareeda plak? ke sebab dia ingat fareeda dah kaya. ehmm. orang kaya sebab usaha beb. USAHA + IDEA + KEJA KERAS + BERKUALITI.  tapi pihak tak bertanggungjawab tu plak kaya sebab curi hasil idea orang lain. kan dah kena. pastu jangan salahkan orang lain atas kesalahaan diri sendiri. jangan salahkan orang bila kena serbu dan kena rampas. 

sedangkan aku yang idea ciput tu pun rasa tak suka dengan tindakan ciplak tu, ini kan plak pihak mereka yang boleh mengalami kerugian bejuta. lu pikir la sendiri!

Tuesday, April 1, 2014

.7 bulan | 30 Minggu.

Assalamualaikum.



Alhamdulillah. masuk 30 minggu. atau 7 bulan. baby bukan main aktif lagi dalam perut mak baby. kadang sampai senak jugak rasa. takpelah. yang penting baby sihat-sihat je. nak tendang ke, nak main bola ke kat dalam tu, mak baby redha sayang..:)

excited. ya, biasalah. anak pertama. insya Allah. semoga dipermudahkan.

mak tegur perut dah besar sangat dah. walhal baru 7 bulan. ramai tanya, kembar ke??? eh tak la..masa scan doktor tak cakap pun kembar. doktor cakap je baby mungkin baby boy. mana-mana la doktor. janji anak saya dalam ni sihat. boy ke girl ke, saya terima dengan penuh kasih sayang.

mak risau jugak kalo-kalo aku beranak 7 bulan. sebab mak ada sejarah melahirkan anak dia 3 orang yang tak cukup bulan. so, kebetulan masa suami balik cuti seminggu aritu, bawak la mak dan suami shopping barang-barang baby. bukan main excited lagi suami. :) thanks so much sayang. sebab betul-betul concerned dengan mak buyung ni ha..hehehe.. sayang suami.. muah muah.. ^__^..ready dah dengan beg baby. in case sakit perut ke apa ke, terus angkut je beg mak dan beg baby.  mak baby pun ikut excited jugak sebenarnya time kemas-kemas tu..hihihi.

pesanan untuk anak ibu, semoga sihat-sihat kat dalam ye sayang. semoga jadi anak yang soleh. semoga kasih sayang ibu dan ayah jadi pengikat kebahagian kita semua dunia akhirat. amin.

--
Masih mendoakan dan menyimpan harapan MH370 akan pulang ke Malaysia dengan selamat. Semoga Allah S.W.T melindungi dan memelihara penumpang dan anak kapal MH370. semoga Allah kuatkan dan tabahkan DRA dan cik Aida juga ahli keluarga penumpang-penumpang dan anak kapal yang lain dalam menempuh hari-hari yang amat sukar ni.. 

Monday, March 10, 2014

Boss, tabahkan hati. kuatkan semangat.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. awal pagi tadi tengok berita tv3. nampak kelibat DRA. nampak sayu. mana taknya, dah masuk hari ketiga tapi belum ada khabar yang pasti tentang MH370, apatah lagi khabar penumpang-penumpang. Hati suami mana yang tidak risau memikirkan isteri yang tidak tahu kabar berita sejak 3 hari lalu. Hati bapa mana yang tidak gundah memikirkan 2 orang anak perempuannya yang tidak punya khabar sehingga ke hari ini. 

rasa nak nangis bila nampak muka DRA tadi dalam tv. berair jugak mata ni. ini kan pula hati DRA sendiri.. 

Ya Allah, berilah petunjukmu. permudahkan pencarian semua pihak. berikan la kekuatan kepada bos kami DRA dan anaknya cik Aida. semoga DRA dan keluarga kuat dan tabah dalam mengharungi hari-hari mencabar ni. 
MH370 HILANG: KEPADAMU YA ALLAH KAMI BERDOA UNTUK KELUARGA DATO' RAMLI ABBAS NASUTION
Saya baru berbicara dengan Yang Berbahagia Dato' Mohamad Yunus Ramli Bin Abbas Nasution atau lebih dikenali sebagai Dato' Ramli Abbas (mantan CEO Celcom), untuk mengucapkan perkongsian perasaan sedih saya dan meminta beliau banyak-banyak bersabar dan tabah menerima berita mengenai isteri dan dua anak perempuannya di dalam pesawat yang hilang itu. Isteri beliau, Datin Biby Nazli Mohd Hassim and dua anaknya, Maria and Dina adalah antara 239 penumpang dan krew MAS MH370.

SAYA: Assalamualaikum Dato'. Saya memohon maaf terlebih dahulu seandainya saya menelefon ini mengganggu Dato'. Dato' berada di mana sekarang ni?
DATO' RAMLI ABBAS: Waalaikumsalam Encik Ramli. Saya sekarang di rumah.
SAYA: Dato' saya ingin berkongsi perasaan sedih dan berharap Dato' dikurniakan kesabaran dan ketabahan oleh Allah Taala dalam melalui keadaan ini.
DATO' RAMLI ABBAS: "Terima kasih telefon saya. Memang itulah (bersabar) sahaja yang dapat saya buat pada masa ini... Terima kasih call saya. (nada sebak, lembut dan perlahan)
SAYA: Semoga Dato' tenang, dan saya yakin Dato' tenang berdepan keadaan ini... Saya sangat memahami dan tidak boleh bayangkan perasaan Dato' ketika ini apabila ia melibatkan tiga orang (isteri dan dua anak) sekali gus.
DATO' RAMLI ABBAS: Insya-Allah itulah yang sedang saya lakukan walaupun hakikatnya hati saya Allah sahaja yang tahu. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah... (suara sebak).
SAYA: Ya betul Dato'. Saya pun berdoa mudah-mudahan mereka dilindungi oleh Allah.
DATO' RAMLI ABBAS: Ini hak Allah Taala untuk mentakdirkan mereka (isteri dan anak-anak) berada di dalamnya (dalam pesawat). Sudah suratan Allah dan menjadi hak-Nya untuk memilih mereka. Saya redho. (suara semakin perlahan)
SAYA: Saya doakan Dato' terus sabar dan tabah.
DATO' RAMLI ABBAS: Terima kasih, terima kasih. Insya-Allah.
SAYA: Sama-sama Dato', terima kasih menerima panggilan saya.
DATO' RAMLI ABBAS: Sama-sama.
SAYA: Assalamualaikum Dato'
DATO' RAMLI ABBAS: Waalaikumsalam.
(Perbualan telefon 3.50-3.55 petang 9 Mac 2014)

Marilah kita sanak-saudara khususnya koum Mandailing berdoa dan mengadakan solat hajat untuk keselamatan ahli keluarga Dato' Ramli Abbas dan penumpang lain MH370. Semoga Allah memberi kekuatan semangat, kesabaran dan ketabahan kepada Dato' Ramli Abbas mengharungi keadaan dan situasi sangat sukar serta pedih ini. 

Marilah kita sanak-saudara khususnya koum Mandailing berdoa dan mengadakan solat hajat untuk keselamatan ahli keluarga Dato' Ramli Abbas dan penumpang lain MH370. Semoga Allah memberi kekuatan semangat, kesabaran dan ketabahan kepada Dato' Ramli Abbas mengharungi keadaan dan situasi sangat sukar serta pedih ini. Amin.
artikel dipetik dari Halak Mandailing,

Saturday, March 8, 2014

Isteri dan anak-anak CEO Nusuara antara penumpang MH370.

Assalamualaikum. Harini kecoh pasal MH370 hilang. tak dapat update berita sangat sebab tadi ada exam pptm kat tawau. hp pulak habis berita. so dengar pun gitu-gitu je la.

balik dari tawau bukak laptop login fb. ni berita pertama yang aku dapat. Ya Allah. ni big bos aku. CEO Nusuara Technologies Sdn Bhd. Datuk Ramli Abbas. kitorang panggil dia DRA. short form. Ya Allah. semoga isteri dan anak-anak beliau selamat dan semoga dipermudahkan semua urusan pencarian. semoga juga DRA dan anak dia cik Aida tabah dan kuat masa ni.

orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. :( sebagai warga Nusuara opkos aku pun rasa hiba dengan berita ni.

macam-macam spekulasi yang kuar kat fb dan twitter. ada jugak post-post sinis yang langsung tidak ambik kira perasaan dan emosi keluarga mangsa. semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.

Ya Allah Kau selamatkan semua mangsa. semoga semuanya baik-baik saja. amin.

Thursday, February 27, 2014

.Rutin bulanan sepanjang pregnant.

Assalamualaikum.
Bangun awal semata-mata nak pegi chekup kat klinik ibu dan anak. Tak sempat nak sarapan sangat. Sempat capai karipap sebijik n buat air guava pink. Motif air guava pink? Supaya hb aku kali ni tak turun lagi. Dah kena sekali bulan lepas hb turun, kena pi klinik cek tiap 2 minggu plak. Tak larat la.


Awal-awal pun sampai kat depan klinik kul 7.25am. Semua orang dah masuk dan siap amik number. Aku dapat number 6. Nampak sangat awal aku tu bukan awal sangat pun. Even klinik start beroperasi  kul 8.00am. See.. kena tepacak kat klinik ni kul 7.00am kot. Haish.. ibu-ibu ni semua kuar rumah kul berapa la agaknya kan..?? Salute la kat diorang. Yg bawak anak kecik lagi la. Anak baru belajar jalan kot. Mak dia dah pregnant lagi. Rezeki Allah tu bukan hanya pada duit. Juga dalam bentuk anak. Dan alhamdulillah rezeki aku dapat anak jugak diawal perkahwinan. Ramai kengkawan yang dah 3 4 tahun kawen tapi masih belum diberi rezeki berbentuk anak. Moga mereka sabar dan terus usaha dan jangan pernah putus asa. Allah itu maha mendengar. Mintak dan tawakal je.

Jam belum menunjukkan kul 8.00am pun.. baru 7.56am. Klinik dah penuh. Hp pun dah nak habis bateri. Sigh.. bye.

Wednesday, February 12, 2014

Sudah Sebulan Lebih~

Assalamualaikum.

Sudah sebulan lebih suami berkursus di KK. terasa rindu yang amat sangat. 

tapi yang pastinya, setiap jam suami akan call. tanya kabar. tanya baby sihat ke tak. tanya mak baby sihat ke tak. tanya mak baby dah makan ke belum. mak baby dah solat ke belum. 

setiap saat suami ingatkan benda yang sama. jangan pernah tinggal solat. nanti suami yang akan tanggung dosa mak baby ni. :(

Ya Allah, bimbing lah hati kami suami isteri agar terus bertaubat kepadaMu. Agar terus menjalankan suruhanMu. Pelihara la aku dari menjadi isteri yang derhaka. Berkatilah rumah tangga kami Ya Allah.

walaupun jauh, tapi di hati dekat selalu. tak pernah rasa diabaikan. alhamdulillah. seolah suami ada disisi. ecewah. hehe. semoga Allah pelihara selamanya hati suami. 

mana taknya, call free. guna Digi Easy. nak call 24 jam pun boleh. larat tak larat je la. mihihi..

suami, isteri rindu. :(
orang kata, bahagia itu tidak perlu diungkap dengan kata-kata. ya, aku tak pernah canangkan aku bahagia. aku bersyukur. aku bersyukur dalam diam. (padahal nak jugak mentioned dalam blog kan... ceh!)

alah, adat la..bagi la aku can nak ber mode jiwang kejap. ishk. kejap je. hihi.

Monday, February 10, 2014

Episod Qaweim dan Aunty Atie.

Qawiem sayang.



Alkisahnya, Qawiem ni sangat manja. tapi suka sakat orang. tak padan dengan kecik. kalo dia takde kat rumah, memang rindu gila. kalo Qawiem kat rumah, bilik feberet dia tidur sekali dengan aunty atie. time ada suami pun dia bukan kira. bilik aku dah jadi bilik dia. haha. layankan saja budak kecik ni.

Episod 1;

Qawiem main lasak sangat. nak gusti aunty. siap bunyi sing sing sing lagi macam otromen. sekali tu dia nak tindih aku nak buat macam WWF tu ha.

Aunty atie: Qawiem, dalam perut aunty ada baby. mana boleh pukul perut aunty
Qawiem: haa yaka??
Aunty atie: iya..sian nanti baby sakit..
Qawiem: ok..sian baby kan..

esoknya.............
sambil pegang perut aku...

Qawiem: Aunty, dalam perut aunty ada baby kan..
Aunty atie: ya sayang..dalam perut aunty ada baby..adik qawiem kan..
Qawiem: dalam perut qawiem pun ada baby jugak kan.. (sambil usap perut dia..)
Aunty atie: erkkk..$%^*#$

dalam perut qawiem ada taik ja sayang. hahaha

-------------------------

Episod 2;

Time mandi. ibu qawiem yang mandikan dia.

Qawiem: (sambil usap perut ibu)..ibu dalam perut ibu ada baby ka?
ibu qawiem: hhaha..mana ada sayang..dalam perut ibu ada taik jak ni..

Qawiem: jadi dalam perut qawiem pun taik la? bukan ada baby?
ibu qawiem: dalam perut qawiem pun ada taik jak. hahaha..


mesti dia asyik ingat dalam perut semua orang ada baby. hihih
---------------------------

Episod 3;

Qawiem letak telinga di perut boyot aunty.

Aunty atie: apa qawiem dengar?
Qawiem: diam**
Aunty atie: baby cakap apa?
Qawiem: baby cakap dia mau minum..
Aunty atie: @#$/^&*?????


imaginasi dia sangat kuat. haha. dia dengar gulpgulpgulp kot dalam perut aku.

Tuesday, January 21, 2014

Throw Back 2013

Assalamualaikum..

wah, cam apa jak mau throw back segala kan. tapi ndak apa la. sekurang-kurangnya aku try untuk imbas balik apa yang jadi sepanjang 2013. banyak suka dan duka.

tak banyak yang aku rasa aku boleh throw back 2013 ni. tapi ada benda yang berlaku yang sangat manis. yang tak mungkin boleh lupa sampai bila-bila.

Februari 2013
Penceroboh Sulu masuk Lahad Datu Sabah.
hidup jadi huru-hara sekejap. menjadi pelarian di kampung sendiri. ramai perwira yang terkorban. terpaksa lari ke semenanjung. selama 2 bulan tak keja. nasib baik gaji masuk jugak. thanks to skmm dan nusuara yang concern dengan keadaan di sabah.

April - June 2013
Rutin harian seperti biasa. kerja kerja kerja..

Julai 2013
Sebok dengan urusan persiapan nak kawen.

11 August 2013
Hari yang sangat bermakna saat cinta mula direstu. macam-macam hal jadi dalam hubungan sebelum halal. menjadi cinta terhalang. akhirnya disatukan. alhamdulillah. dengan 3 lafaz, aku menjadi isteri kepada suami. suami yang sangat sabar dengan kerenah isterinya. :P

Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami. amin. 

kehidupan sedikit berubah. kalau dulu malas masak, sekarang hari-hari kena pikir nak masak apa. kalau dulu suka hati aku nak bangun kul berapa, sekarang kena bangun awal. usai solat subuh jarang tidur balik. alahai suami.

October 2013
aku disahkan positif hamil. Ya Allah, masa cek air kencing tu, aku tak bagitau suami pun. takut dia kecewa kalo tak sangkut lagi. bila aku nampak ja ada line kedua yang kabur-kabur, aku tau ada sinar harapan. terus tanya kakak. dia kata sah aku positif mengandung. syukur alhamdulillah.

kabarkan pada suami. punya la dia happy. bakal jadi bapak la katakan. :)

selebihnya macam biasa la dengan rutin harian. kerja. rumah. cuti. kerja. rumah. cuti.

semoga kehidupan seterusnya akan menjadi lebih baik.




Wednesday, January 8, 2014

Salam Rindu~

Dalam bas tadi terdengar lagu ni. punya sedih. tengah rindu plak tu. :( terus rasa nak nangis. memang ternangis sudah pun. 

suami, rindunyaa. 

Ya Allah, permudahkan la urusan suamiku. 
permudahkan segalanya bagi kami.

amin.



Salam Rindu

Ku bertanya pada malamKu bertanya pada bintangSedang apa kau duhai sayangku
Di sini angin menyampaikanSalammu salam sayangSalam sejuta cinta dan rindu
Sabar sabar sabarlah sayangku
Semua ini kan cepat berlalu
Sebutlah namaku di setiap nafasmu
Ku kan datang kepadamu sayangPanggil panggil aku segenap rasamuDan rasakan aku membelaimu
Pejamkanlah matamu
Dan kau tenangkan hatimuDan kau rasakan aku memelukmu
Sabar sabar sabarlah sayangku
Semua ini kan cepat berlalu
Sebutlah namaku di setiap nafasmu
Ku 'kan datang kepadamu sayangPanggil panggil aku segenap rasamuDan rasakan aku membelaimu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)