Friday, April 25, 2014

Tulisan Doktor. Sangat tak faham.

Assalamualaikum.

Last week masa appointment dengan doktor, kena scan. doktor tu cakap tembuni aku kat bawah. tapi masih tahap ok laa. tapi disebabkan dia tak yakin dengan scanner kat klinik tu disebabkan scanner zaman bila aku pun tak tahu la, so dia refer aku jumpa dengan doktor pakar. dia takut kiraan yang dia buat tu tak betul. nanti jadi apa-apa kat baby, dia plak disalahkan. so, kebetulan ada doktor pakar turun dari tawau tu yang dia bagi appointment date jumpa doktor pakar plak untuk rescan dan re segala re la.

risau jugak kan bila dia kata tembuni kat bawah, risiko nak bersalin normal tu sikit. kalo tahap betul-betul bawah, mungkin akan jalani pembedahan. ah sudah! aku kalo boleh nak la baby pertama ni bersalin normal. huhu..

tadi keluar awal dari rumah semata-mata nak dapat number awal la kononnya. memang antara orang yang terawal jugak la. dapat la number 2. yay! happy. sekali doktor pakar tu sampai pukul 10 pagi. masak gila aku menunggu 4 jam weh! sakit pinggang dan bontot aku duduk lama sangat.

4 jam tunggu untuk review 15 minit je. -_- .. Ya Allah, jadikan la aku insan yang sabar..amin.


hasil review harini.
nampak tak..? kan orang selalu cakap, tulisan doktor susah nak faham. aku satu hapa pun aku tak faham tulisan doktor nie.dah macam cacing kerawit dah aku tengok.


so, nak tahu senang je. whatsapp kakak aku. kak enceng @ Dr.Asmiati. dia mesti faham. umiiii tolong!!!!


hasilnya.. tada!! kan aku dah kata. hanya doktor yang faham tulisan doktor. sama dengan apa yang Dr.Priya tu bagitau aku kat hospital tadi.

alhamdulillah. lega jugak bila doktor kata bleh bersalin normal ni. semoga dipermudahkan segalanya bagi aku Ya Allah.


8 comments:

  1. naseb baik ada kak enceng..klu kami ni ha jenuh pusing kiri kanan nak fhm..xde doktor dlm fmly la katakan ekekkekekeeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tu la pasal..masa dapat buku kesihatan tu, memang pening nah faham..

      fizah bleh suruh doktor tu bacakan balik tak apa yg dia tulis? haha.. tak pun,mintak nurse tolong bacakan..sbb memang tak faham langsung..

      Delete
  2. Mujur ada Umi. Kalau ko minta aku yang tolong baca, Placenta dengan Expect S.V.D ja aku bleh baca. Tu pun aku nda paham apa2. Kahkah.

    ReplyDelete
  3. Salam Atie,
    Bab jumpa doctor tu yang paling lemah kan.ehe..kena pupuk sifat sabar dalam diri. sama la kita. sampai boring ni tunggu giliran di panggil. nda pa la yang penting semua kita lakukan untuk si baby..

    Harap dapat la bersalin normal nanti..dengar cerita orang berpengalaman ni berpantang untuk yang bersalin normal lagi mudah berbanding kalau operate..

    apa pun harap di permudahkan ya. nda lama sudah tu kan due mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Jas..
      betul3..di kaunter depan ruangan menunggu tu siap ada tulis lagi, "Sabar itu separuh daripada iman.." mmg dibuat khusus utk pesakit kali kan..supaya banyakkan sabar..

      yang penting baby sihat alhamdulillah..biar la mak dia ni penat sikit..ala, sikit jak pun..bawak jak sembang2 kakak2 macik2 yang sama2 mau jumpa doktor..haha..

      tu la..kakak aku ada 2 orang yg bersalin operate..mmg susah mau jaga.. kesian..susah mau begerak..kalo boleh mau bersalin normal..

      due tinggal sebulan jak ni..semoga Allah permudahkan.. amin...ko pun sama ya..semoga dipermudahkan semuanya.. amin..

      Delete
  4. salam atie.. hadoi tulisan doktor mmg geng2 doktor je yg faham hehe..
    smoga semuanya dipermudahkan utk atie dan baby :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik ana..
      tu la kan..cam cacing kerawit pun dorang leh faham..

      amin amin... :) semoga dipermudahkan hendaknya..

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)