Friday, October 31, 2014

Manjakan anak? Tak salah kan.

Assalamualaikum.

Ammaar manja. sekarang sudah pandai merengek-rengek manja. bukan ada airmata pun. ceh, saja mintak perhatian kan baby Ammaar ni. :)

It's ok sayang. biasalah baby mintak manja-manja. nangis-nangis manja. rengek-rengek manja. bila dipikir balik, baby membesar dengan cepat. tak terasa Ammaar dah nak masuk 5 bulan. see. tak rasa kan. cam baru je rasa kena potong sebab nak kuarkan. cam baru je Ammaar menyusu badan. cam baru je rasa Ammaar baby-baby. eh memang masih baby pon. :) hitung punya hitung Ammaar dah nak masuk 5 bulan dah. 

Bukan dasar nak manjakan anak, tapi kalau boleh aku nak rasa setiap moment pembesaran Ammaar. esok bila Ammaar dah besar, mesti rindu zaman dia kecik-kecik kan. so, sebolehnya aku tanak merungut dengan pe'el Ammaar. Ammaar jenis tidur gundah. malam-malam selalu merengek. sejam sejam dia akan gundah. sua susu pun dia tanak. kadang gundah sampai nangis. kadang tak tahu dia nak apa sebenarnya. dalam ngantuk-ngantuk tu, sebolehnya aku layan dan pujuk Ammaar sampai dia tidur balik. 

Ammaar main ba-ba-cak ngan ayah dia. :)
tadi masa bw, singgah blog Nameeroslan. dia ada buat post pasal Clingy baby Adam. betul la kata Namee. dia rasa worth sangat dengan layanan yang dia beri kat baby long Adam. sebab baby cepat membesar.

so memang itu pun yang aku rasa selama nie. puas hati. cuma aku belum boleh berhenti kerja untuk tumpukan sepenuh perhatian untuk Ammaar. aku masih perlu kerja. kadang-kadang rasa rugi masa aku sebab tak dapat jaga Ammaar time keja. sebab tu bila balik rumah, sebolehnya nak luangkan masa dengan Ammaar je. dia tidur pun nak tatap je wajah mulus dia. kalo boleh tanak berenggang pun dengan Ammaar. nak-nak waktu cuti, memang habiskan masa dengan Ammaar je la. but what to do. ibu no choice sayang. ibu masih perlu kerja. :(

cuma nak anak ibu tau, ibu sayang Ammaar. sayang tak bertepi. sayang sangat. semoga Ammaar membesar jadi anak yang baik dan soleh ya sayang. :) amin.

1 comment:

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)