Monday, March 10, 2014

Boss, tabahkan hati. kuatkan semangat.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. awal pagi tadi tengok berita tv3. nampak kelibat DRA. nampak sayu. mana taknya, dah masuk hari ketiga tapi belum ada khabar yang pasti tentang MH370, apatah lagi khabar penumpang-penumpang. Hati suami mana yang tidak risau memikirkan isteri yang tidak tahu kabar berita sejak 3 hari lalu. Hati bapa mana yang tidak gundah memikirkan 2 orang anak perempuannya yang tidak punya khabar sehingga ke hari ini. 

rasa nak nangis bila nampak muka DRA tadi dalam tv. berair jugak mata ni. ini kan pula hati DRA sendiri.. 

Ya Allah, berilah petunjukmu. permudahkan pencarian semua pihak. berikan la kekuatan kepada bos kami DRA dan anaknya cik Aida. semoga DRA dan keluarga kuat dan tabah dalam mengharungi hari-hari mencabar ni. 
MH370 HILANG: KEPADAMU YA ALLAH KAMI BERDOA UNTUK KELUARGA DATO' RAMLI ABBAS NASUTION
Saya baru berbicara dengan Yang Berbahagia Dato' Mohamad Yunus Ramli Bin Abbas Nasution atau lebih dikenali sebagai Dato' Ramli Abbas (mantan CEO Celcom), untuk mengucapkan perkongsian perasaan sedih saya dan meminta beliau banyak-banyak bersabar dan tabah menerima berita mengenai isteri dan dua anak perempuannya di dalam pesawat yang hilang itu. Isteri beliau, Datin Biby Nazli Mohd Hassim and dua anaknya, Maria and Dina adalah antara 239 penumpang dan krew MAS MH370.

SAYA: Assalamualaikum Dato'. Saya memohon maaf terlebih dahulu seandainya saya menelefon ini mengganggu Dato'. Dato' berada di mana sekarang ni?
DATO' RAMLI ABBAS: Waalaikumsalam Encik Ramli. Saya sekarang di rumah.
SAYA: Dato' saya ingin berkongsi perasaan sedih dan berharap Dato' dikurniakan kesabaran dan ketabahan oleh Allah Taala dalam melalui keadaan ini.
DATO' RAMLI ABBAS: "Terima kasih telefon saya. Memang itulah (bersabar) sahaja yang dapat saya buat pada masa ini... Terima kasih call saya. (nada sebak, lembut dan perlahan)
SAYA: Semoga Dato' tenang, dan saya yakin Dato' tenang berdepan keadaan ini... Saya sangat memahami dan tidak boleh bayangkan perasaan Dato' ketika ini apabila ia melibatkan tiga orang (isteri dan dua anak) sekali gus.
DATO' RAMLI ABBAS: Insya-Allah itulah yang sedang saya lakukan walaupun hakikatnya hati saya Allah sahaja yang tahu. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah... (suara sebak).
SAYA: Ya betul Dato'. Saya pun berdoa mudah-mudahan mereka dilindungi oleh Allah.
DATO' RAMLI ABBAS: Ini hak Allah Taala untuk mentakdirkan mereka (isteri dan anak-anak) berada di dalamnya (dalam pesawat). Sudah suratan Allah dan menjadi hak-Nya untuk memilih mereka. Saya redho. (suara semakin perlahan)
SAYA: Saya doakan Dato' terus sabar dan tabah.
DATO' RAMLI ABBAS: Terima kasih, terima kasih. Insya-Allah.
SAYA: Sama-sama Dato', terima kasih menerima panggilan saya.
DATO' RAMLI ABBAS: Sama-sama.
SAYA: Assalamualaikum Dato'
DATO' RAMLI ABBAS: Waalaikumsalam.
(Perbualan telefon 3.50-3.55 petang 9 Mac 2014)

Marilah kita sanak-saudara khususnya koum Mandailing berdoa dan mengadakan solat hajat untuk keselamatan ahli keluarga Dato' Ramli Abbas dan penumpang lain MH370. Semoga Allah memberi kekuatan semangat, kesabaran dan ketabahan kepada Dato' Ramli Abbas mengharungi keadaan dan situasi sangat sukar serta pedih ini. 

Marilah kita sanak-saudara khususnya koum Mandailing berdoa dan mengadakan solat hajat untuk keselamatan ahli keluarga Dato' Ramli Abbas dan penumpang lain MH370. Semoga Allah memberi kekuatan semangat, kesabaran dan ketabahan kepada Dato' Ramli Abbas mengharungi keadaan dan situasi sangat sukar serta pedih ini. Amin.
artikel dipetik dari Halak Mandailing,

7 comments:

  1. Allahuakbar. tu la bkn kata yang keluarga terlibat je sedih, seluruh malaysia turut sama terasa sedihnya kes hilang MH370 ni.
    semoga dijumpakan kembalik hendaknya pesawat MH370 =.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi seminggu nak masuk sebulan MH370 belum ada kabar yg pasti...sedihnya.nak update selalu pasal MH370 tak sanggup.. :(

      Delete
  2. kami dari papua turut prihatin akan hilangnya MH370 yang sampai sekarang belum ditemukan,semoga dengan ditemukannya tanda-tanda di laut australia menjadi petunjuk yang terang untuk menemukan pesawat MH370,kami selalu akan mendoakan semua keluarga penumpang dan seluruh yang terlibat dalam pencarian MH370 agar diberikan ketabahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada tanda2 yg jelas kemana hilangnya MH370.. rasa cam teka teki lambat sangat nak jumpa jawapan..:(

      kita sama2 berdoa semoga semuanya selamat dan dilindungi Allah S.W.T aminn..

      Delete
  3. Sampai sekarang masih belum ada tanda jelas kan tentang MH370. Macamanalah keluarga semua yang ada dalam penerbangan boleh bertabah. Kalau aku, komfem meroyan nda tentu hala sudah. Huhuhu

    Semoga DRA dan keluarga penumpang dan ahli kapal yang lain dapat terus bertabah. Dan semoga ada pengakhiran yang baik untuk berita MH370. Aamiiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..sedih bila teringat ngan DRA. dengar2 cik Aida pun x masuk keja sejak hari hilangnya MH370..mana tenang hati. DRA pun x seceria dulu..semoga Allah kuatkan hati dorang..dan keluarga penumpang lain..

      semoga MH370 pun jumpa secepatnya..

      Delete
  4. Atie...sori to disturb u... can u give me any no that can able me to talk the dato ramli family...im one of the fam of the passanger...we would like to talk to him

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)