Assalamualaikum.
Alhamdulillah ya Allah. Semalam 11 Ogos genap setahun aku jadi bini orang. pejam celik pejam celik ja rasa. eh eh, dah setahun dah. dah jadi mak orang dah pun.
setahun sudah. |
atau patut kata baru setahun? hehe. syukur la. dalam setahun ni banyak benda nak kena perbaiki. aku sebagai isteri ni kadang-kadang agak panas baran. kena ubah tang tu. syukur dapat suami agak sabar dengan bini dia. kalo dapat suami pun panas baran, aku rasa aku akan jadi biniku gangster agaknya. nauzubillah.
-----
10 Ogos baru-baru ni plak, Ammaar Hurairah dah masuk 2 bulan. Besar sudah anak ibu. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya wahai anakku.
Ammaar Hurairah Bin Sudirman. botak bukan sebarang botak tau. |
rindu sangat ngan anak sorang ni. tadi bawak Ammaar gi klinik. kena suntik untuk 2 bulan. kat paha. meraung jugak anak aku ni. sian dia. nurse cakap suntik kali ni boleh buat baby demam. so kena bagi ubat demam. ehm, jangan la Ammaar kena demam teruk ya sayang.
-----
01 Ogos lepas, adik aku epalejau dah tamatkan zaman bujang. alhamdulillah. dah jadi bini orang dah adik aku. lepas ni kena belajar masak la ya. hihi.
Azlan + Hadra. cinta si pengakapwan dan pengakapwati. |
Selamat pengantin baru adikku sayang. the only adik yang aku ada. semoga jadi isteri yang solehah dan bakal ibu mithali. bagi Ammaar adik cepat-cepat ya. nak harap aku yang bagi, lambat sikit la. huhu.
Anak-anak pacik Hamid dan macik Asiah semua dah kawen. alhamdulillah. lepas ni kena tunggu turn anak buah plak.
--
until we meet agaiin. ceh. ayat. ni sebab jarang dapat update. mihmih.
'lepas ni kena belajar masak' ok dalam maksudnya tuh..;P
ReplyDeletehihih..faham2 je la c kecik tu kan.. eh, kecik ka? hihi..
Deletewahh adik atie pon dah slmt jd isteri org ye? sonoknye tgk org dah kawen hehe
ReplyDeleteehhh unik la kawen pakai unifom pengakap camtu hehe