Saturday, May 24, 2014

.Kerana diriku begitu berharga. ^_^

Assalamualaikum.

17 May 2014, umur bertambah lagi. 31 tahun. alhamdulillah. masih bernafas. masih sihat walafiat. masih bertenaga mengusung baby dalam perut. masih semangat pegi keja. alhamdulillah Ya Allah.

semoga dalam usia early 30++ ni, bleh la jadi matang sikit. semoga jadi hamba Allah S.W.T yang sentiasa menurut dan menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. semoga jadi anak yang baik untuk mak bapak. semoga jadi adik dan kakak yang baik untuk adik beradik. semoga jadi isteri yang soleh untuk suami tercinta. dan jadi ibu mithali untuk bakal anak-anak tersayang.

Dapat surprise kek besday dari kawan-kawan. Ya Allah betul-betul terkejut. i didnt expect langsung dorang nak buat surprise. sebab dah pernah buat surprise bulan lepas baby shower dan birthday Mar. 



comel kan! cam nak nanges je time ni. rasa diri ini begitu berharga. dan terasa disayangi. ecewah. terharu mak. Mar pun sama preggy jugak. cuma beza 2 bulan je. dan 2 2 pun anak 1st. dan kebetulan besday Mar bulan April tu. taktahu plak kawan-kawan lain suma pakat nak buat surprise secomel ini. ntah camana boleh tak terhidu langsung plan diorang ni. buat kat Pi1M Pekan Kunak. pagi tu memang badan tak sihat. so amik mc setengah hari. ingat nak masuk keja lepas lunch hour je. sekali kawan call kata nak belanja makan. wajib datang Pi1M Pekan Kunak! oh ok. nasib baik tak makan tengari lagi kat rumah. 

sekali sampai haa engkau, dapat kejutan. heran jugak apsal gelap gulita je Pi1M. ke makan kat tempat lain. sekali bukak lampu, haaaa memang surprise gila la. comel plak tu diorang buat persediaan ni. Mar pun kena jugak. hak! hak! hak!..siap ada candy-candy lagi. :)

Besday cake dari kawan-kawan Pi1M.
Ni kek besday kawan-kawan buat surprise sehari sebelum besday. 16 mei tu ada program kat Pi1M Kg Kadazan. Unduk Ngadau ICT 2014. tak sangka plak ada kek. tetiba je abam seksi a.k.a abam Sol nyanyi lagi besday siap bawak kuat kek ni dr training room. aku terkial-kial jugak pada mulanya. sapa punya besday? rupanya untuk aku. hak! hak! hak! adui. terkena lagi sekali. 

tengok tak lilin diorang letak berapa batang? 2 batang je. yeeee!! aku baru 20tahun. hihihi..

thanks kawan-kawan. kamu la kawan, kamu la sahabat, kamu la colleague yang paling best ever. sayang korang semua. 

Ni la mereka-mereka yang selalu buat team Pi1M Daerah Kunak kecoh. hehe..


Besday cake surprise dari family. ^__^ 
Nampak tak kek ni? full of fruit. i loike!! memang terus licin! hahah. lilin tu nampak sangat besar ada 3 batang , kecik ada sebatang. nak sorok umur pun tak bleh. bluekk!!

aku pun taktau adik beradik aku yg gegirl-gegirl  ni ada beli kek ni. komplot baik punya. ingatkan takde da main tiup-tiup lilin ni. sekali masuk ruang nonton ada pulak kek ni. hihi. walaupun kecik, tapi sodap!!
thanks my kakak-kakak, adik dan nurek-nurek kesayangan. ^_^ love always.

semoga kebahagian ini akan menjadi milikku selamanya. amin Ya Rabb.

2 comments:

  1. hepy belated beday Atie ! kongsi bulan kelahiran yg sama kita hehe
    cuma bezanya ana 13 Mei hehehe..

    seronoknya bila kwn2 buat surprise & kita tak dpt hidu langsung dorang buat..hehe
    tersentuh je hati bila tgk dorang sungguh2 arrange beli kek + setup ape semua tu kan :)

    semoga Atie & baby sehat2 hendaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ana! happy belated beday jugak utk ana.. kita kongsi bulan kelahiran yg sama..:)

      tu la..mmg terharu sgt2 dengan kesungguhan kawan2..

      alhamdulilllah sihat2 lagi ni..baby pun masih aktif..padahal tinggal tunggu hari je ni..

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)