Monday, July 16, 2012

Tidak semudah ABC~



selama ni, aku tak pernah terfikir aku akan bagi ceramah atau apa saja seminar kat orang ramai. depan orang yang lebih educated dari aku. depan orang yang lebih tinggi pangkatnya dari aku. sebab aku sebenarnya tak suka bercakap depan orang aku tak kenal. 

serius aku cuak. neves. dengan nak pikir mekap dah lawa ke belum. baju ok ke tidak. tudung tak senget ke. argh! stress gila! camana nak becakap depan sekumpulan orang? dulu masa viva final year project kat uni pun aku dah rasa nak tekencing. tu depan orang yang aku kenal. lecturer dan coursemate. sekarang ni??

i have no choice. last time, pihak skmm mintak aku bagi ceramah pasal "komputer dan internet" kepada Peladang kawasan Kinabatangan. 1st time aku bagi talk kat depan orang ramai tanpa ditemani oleh colleague. okeh, topic tu memang la makanan aku kan. slide pun dah ready. aku tinggal nak readykan diri aku je. masalahnya ni 1st aku buat kejadah ni. depan orang yang aku tak kenal. kalo ikut, bleh je pikir "ah, lantak je la, diorang bukan kenal aku pun, lepas ni diorang takkan jumpa aku dah". tanak tanak tanak. aku tanak pikir macam tu. aku nak buat yang terbaik. aku tak nak malukan diri sendiri. 

bila kau bercakap, cerita itu ini, kau buat lawak kau juga gelak sendiri, try tarik perhatian diorang, tapi respon?? tak memberangsangkan okeh. rasa nak down masa tu jugak. rasa nak balik masa tu jugak. serius, benda ni bukan semudah ABC. bukan semudah makan kacang. aku rasa laju je aku becakap. tanpa henti. next-next-next slide dah habis. sabar la wahai jiwa.

lepas ni nak kena mantapkan presentation skill. nak kena pandai eye contact. nak kena pandai kawal suara. nak kena pandai berkomunikasi dengan audience. argh! semua benda nak kena pandai. 

hamiatie, selamat maju jaya. 


6 comments:

  1. kita becakap sendiri, kita ketawa sendiri. itu perkara biasa. hahahahaa. kalau dorang buat muka blur, ko buat muka laaagi blur dari dorang. hahaha..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal..aku buat lawak, aku ketawa sendiri. dorang buat muka blur. ishk. cuba la aku pun buat muka blur jugak kan. hahahha

    ReplyDelete
  3. time2 macam ni smua kan jadi tak kena kan. ehe... kena ready apa yg patut yg paling penting jangan neves :)

    ReplyDelete
  4. Bunga Tulip: kalu bagi ceramah dengan orang2 kunak, mungkin tidak seberapa neves..tp ni tmpt orang lain. waaa...memang neves gila..tp insya Allah lepas nih boleh control sdh. hehehe.

    ReplyDelete
  5. Riang Ria bersama JoyahJuly 23, 2012 at 4:36 PM

    rileks la, biasalah tu, there's always a first time for everything. Lama-lama ok. Akak dulu pun macam tu, lama-lama ok dah. Jangan risau, tak semua orang berminat nak dengar ceramah, lagi ko cepat abis lagi diorang suka huhuhuhuu

    ReplyDelete
  6. kak Ria manyakkkkkkkkkk betulllll!!!
    tu sebab selagi boleh nak jeeeee habiskan cepat2..jadi takdelah rasa cam badut kat depan buat lawak sorang2 tp sendiri yg gelak. huhuuh..sangat sedih..

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)