Tuesday, December 17, 2013

Aku yang betuah.

Minggu lepas ada majlis makan malam anjuran SKMM kat Sutera Harbour Kota Kinabalu sempena Penganugerahan Pi1M & Pertandingan mencipta video kreatif online. setiap Pi1M hanya menghantar 1 saja wakil. dan aku wakil untuk Pi1M Kg Lormalong. 


Malam tu aku masuk dewan lambat. orang terakhir rasanya. sabar ja la. meja semua sudah penuh. nasib baik ada kosong kat tempat kawan-kawan dari keningau. kalo tak, tak pasal-pasal aku menyamar jadi usher-er. wakaka.

wajah ibu mengandung. ^_^. tema makan malam glamorous. malas nak pikir baju, aku hangkut baju kakak aku. jadi la.  

Pi1M Lormalong ada hantar 1 je penyertaan video kreatif ni. jom layan!


tahniah adik² ku. penyertaan sebanyak 60 lebih tak silap. tapi dapat jugak sandang saguhati. ok la tu kan. ^_^
nanti boleh belanja akak makan lepas ni.. :)

dan malam tu aku sangat bertuah sebab dapat cabutan tiket bertuah. dapat la sebijik laptop lenovo. rezeki anak kot ni. hehe. alhamdulillah Ya Allah, rezeki. :)
Rezeki baby. nak buat acc fb ke anakku???
ada jugak kawan-kawan yang dapat cabutan bertuah TV LED sharp. okeh, aku jeles!

Trip kali ni alhamdulillah aku sihat-sihat je. tak macam yang lepas, demam bagai. siap terlantar kat katil. kali ni siap bleh round-round shopping mall lagi soping soping. heee, kalo soping sihat aje aku kan. ^_^

Tuesday, December 10, 2013

Sup isi ketam jagung manis~

Sup isi ketam. sedap makan panas² ni.

biasalah, sudah jadi bini orang ni, seribu satu macam dikepala pikir mau masak apa. dapat beli ketam harga runtuh. 1kg RM3.50 jek. fulamak. terus borong 5kg. sudah masak kari, so selebihnya taktau nak masak apa. tibatiba teringat sup isi ketam ni. selalu dapat makan kat kedai seafood. terus tanya pacik gugel resepi sup isi ketam. senang je rupanya. bahan-bahan pun dah ada. so apa lagi, kopek la sekor² isi ketam tu. nak beli crab stick tu malas. kan dah ada ketam depan mata. kita pakai je apa adanya. cuma, lenguh sikit la mau korek isi ketam tu. -_-

so, here we go.

Sup Isi Ketam Jagung Manis

bahan-bahan:-
  • 2 liter air. (ni utk makan 1 family dalam 5 6 orang)
  • isi ketam (kalo mau pakai 1 bungkus crab stick pun boleh). letak ikut suka la..lagi banyak lagi rasa ketamnya
  • 2 biji telur (kalo mau cantik, biasa orang guna putih telur jak. tapi aku guna jak semua. sendiri mau makan. Hehe
  • 1 tin jagung manis (kalo x suka manis, kurangkan jagung manis)
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh utk pekatkan sup) kalo mau guna tepung kanji pun boleh. tp aku guna tepung jagung jak
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya:-
  • didihkan air bersama isi ketam/crab stick dan jagung manis hingga menididh. kalo guna crab stick carik2kan jak. jgn hancur sgt.
  • kecilkan api. masukkan sos tiram, gula, garam, dan serbuk perasa
  • pecahkan telur di mangkuk dulu. masukkan perlahan-lahan ke dalam sup sambil dikacau. biar dia hancur sikit2.
  • masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh
  • tunggu hingga mendidih. 
  • siap utk dihidang.

* selamat mencuba ^___^

Monday, November 18, 2013

Di mana hilangnya nilai-nilai murni??

Bekerja dan deal dengan komuniti yang bukan dari komuniti kita sendiri memang agak sukar. seingat aku sepanjang 3 tahun aku keja kat Pi1M ni, macam-macam peel orang yang aku jumpa.

dengan budak-budak yang langsung tiada nilai-nilai murni sampaila budak yang sangat sopan bila bercakap dengan aku. 

sungguh, kadang aku takut bila fikirkan masa depan mereka. berhenti sekolah bukan la perkara luar biasa pada mereka.  umur baru mencecah 10 tahun dah tak sekolah. lepas tingkatan tiga berhenti sekolah. itu suma perkara biasa yang aku nampak kat sini. belambak budak bawah umur dan remaja-remaja yang berhenti sekolah. mencari keseronokan mungkin. 

mula-mula dulu, orang mabuk masuk buat hal.
CCTV premise aku keja ni habis lunyai. bangkai hilang ntah kemana. tak sampai 3 hari ganti, pun habis dikerjakan. 
Tangki air hilang kepala paip. ni aku dah taktau nak kira yang kali keberapa.
habis air 1 tangki. nak kencing susah. nak amik wuduk lagi la takda harapan. dah la air paip belum ada saluran masuk dalam kampung ni. harap air hujan je la penuhkan tangki. ni pun habis kena kerjakan oleh ntah budak nakal mana 1. mana taknya, ramai sangat budak nakal.

habis air aku 1 tangki ni. -_-
aku rasa sampai aku habis kontrak kat sini aku akan hadap benda yang sama. hari-hari.

di mana hilangnya nilai-nilai murni budak-budak ni semua?
dari pengaruh kawan ka?
atau berpunca dari rumah?

ntah la.


Thursday, November 7, 2013

Pi1M Annual Training 2013 @ Borneo Paradise Beach Resort

Assalamualaikum.

Kalo tahun lepas buat kat Lost World Tambun, kali ni Annual Pi1M Training 2013 ni buat kat  Borneo Paradise Beach Resort, Kinarut Sabah. Start dari 28hb-31 Okt 2013. semua berkumpul di tempat yang sama. budak semenanjung pun fly-fly datang sini. mesti depa seronok dapat jalan-jalan kat Sabah. bagi yang tak pernah datang sabah la kan. sebab ada chance dapat jalan-jalan. sambil-sambil berkursus la katakan.

Training kali ni aku banyak ketinggalan. dari segi aktiviti dan sembang sosial dengan member². memang rasa rugi sangat. tapi nak buat camana, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. 

dengan inai masih merah di tangan, aku dah terbang ke KK dengan Kunak team. kali ni seramai 10 orang. bertambah ahli pi1m Kunak. alhamdulillah. bergerak seawal jam 6 pagi. bas siap jemput aku kat rumah sebab aku lambat. sob sob. maaf kawan-kawan. semalam jam 3 pagi aku baru start packing. sangat tidak bertanggungjawab kan aku. maaf. :(

ready to check in. :)

sampai-sampai destinasi, terus check in masuk bilik. pastu lunch. pastu gosip. :P
tiap tahun nama aku salah eja. susah sangat ka mau eja nama aku ni?? o_O

dah kumpul-kumpul suma, masuk dalam dewan. aktiviti bermula dengan ice breaking iaitu BONGO-BONGO. selamat mencari mangsa-mangsa yek. masa ni aku masih bertenaga. seolah lupa baby dalam perut pun terpaksa ikut mak dia terkinja-kinja main bongo-bongo. -_-
ice breaking ~ Bongo Bongo!


antara peserta-peserta yg berjaya penuhkan form bongo-bongo. walaupun tak menang, nak jugak aku interprame kat depan. huuahua..
lepas aktiviti bongo-bongo, berkumpul dalan kumpulan.ahli kumpulan dah kena bahagi sedia oleh hq. so, tinggal nak bekumpul je dengan ahli-ahli. ntah angin apa ribut suma, semua ahli pi tuding jari kat aku lantik aku jadi ketua kumpulan. sebenarnya tak layak pon. aku nak Bro Arez yang jadi ketua. kan dia lelaki. aku ni dah la tak glemer, ibu-ibu mengandung plak tu. sigh -_-! (padahal perot lemak je yg nampak. hikhik)

tengok tu! dengan penuh semangat aku explain logo kumpulan aku ARMADA. dorang tak tau tiap kali mic tu kat tangan aku, lutut aku ni cam nak tecabut. ini pun masih terang benderang lagi haa..


Masuk Day 2, masih bersemangat lagi aku.


spot me! aku pun taktau aku kat mana dah. ramai gila. haha
bergambar kenangan dengan semua staff Pi1M Celcom Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan staff HQ Nusuara. meriah gila kau!
Spot me again! aku duduk kat tepi Kiri Datuk. ni team cluster B.
macam-macam aktiviti yang team PLS buat. ada persamaan dengan aktiviti kat Tambun Perak. dan ada jugak kelainan. antara kata-kata semangat yang diberi:-

kata-kata pembakar semangat! 1 poster 100 star!

day 2 ni habis awal. dalam jam 3 petang. sebab nak bagi chance kat staff semenanjung jalan-jalan kat KK. beli-beli barang apa yang patut. sebab pada awalnya jadual sangat padat. kesian diorang datang sabah semata-mata nak kursus. takde peluang nak jalan-jalan. atas budi bicara staff HQ yang baik hati, kursus awal habis. budak sabah yang nak kuar gi bandar boleh tapi dengan syarat, naik keta sendiri. 
aku? macam biasa perut tak berapa nak selesa so aku decide rehat dalam bilik. nak jugak kuar lepak-lepak dengan kengkawan. tapi sangat tak larat. so habiskan masa dengan TIDUR!

malam time BBQ dinner ada program tukar-tukar hadiah dengan staff. aku dapat tabung comel.  hadiah aku dapat kat budak sabah jugak. okeh, mesti dia tak surprise pun sebab tu souvenir Sabah. haha. nasib la badan.
From Marcellus Pi1M Bunsit. :)

Day 3. aktiviti pertama di pagi hari jek aku larat.
I-mes game. ntah betul ntah tidak aku spell game tu.  lantak la.
lepas tu aku dah flat. demam panas menyerang. pinggang rasa nak patah. sudahnya landing kat bilik je la. sob sob sob. punya tak best!

malam tu ada annual dinner bertemakan color block. tahun ni kunak tak dapat apa-apa anugerah. kena usaha lagi tahun depan. chayok!
Kunak Team! suma dengan color block masing-masing. :P

Day 4.
akibat semalaman aku tak dapat tidur sebab demam panas yang menyerang dengan jayanya, akibatnya badan aku sangat lemah. tak dapat bangun. tak larat. sob sob. nasib baik dapat roomate yang sangat prihatin dan baik hati. thanks as dan shima. :) rindu ngan korang. yus bawak pegi klinik. lepas makan ubat rehat lagi dalam bilik. jam 3 naik bas ke airport. nak balik!! nak manja-manja ngan somi!! flight plak jam 7.30pm. argh! stressed!! kesan ubat jadinya aku macam batang kayu yang berjalan. pantang dapat letakkan bontot, kompom tidur. 

Sampai rumah suami tolong tuam dengan tuala. kesian.


Saturday, October 12, 2013

.lelaki itu suami ku. lelaki itu imamku.


tapi tiada siapa yang tahu, lelaki itu bisa buat gadisnya tersenyum sepanjang hari. lelaki itu bisa buat gadisnya selamat sepanjang hari. lelaki itu bisa buat gadisnya rasa disayangi sepanjang hari. lelaki itu bisa buat gadisnya rasa dijaga setiap hari. setiap hari. setiap masa.

tiada 1 pun katanya yang buat gadisnya luka. tiada satu pun tingkahnya buat gadisnya curiga. tiada 1 pun sikapnya buat gadisnya terasa.

dia cuma inginkan yang terbaik. dia cuma inginkan hidup yang normal. dengan gadisnya. kerana mereka juga punya impian. 



lelaki itu. suami ku.
lelaki itu. imam ku.

with love
-lovely wife-

11.08 - 11.10--->sudah dua bulan bergelar isteri. masak pun masih terkial-kial. nasib la dapat suami tak cerewet. hohoh.

Thursday, October 10, 2013

.Hadiah termahal.

Biar gambar berbicara.

line kedua agak kabur². semoga ada harapan.
Subhanallah. Allahuakbar. Syukran ya Allah! 

Tuesday, October 8, 2013

Annual Dinner -> Color Block

Assalamualaikum.

tahun lepas tema dinner  Rock & Roll. persiapan sangat last minit. beli baju online. sabtu nak jalan, jumaat baju sampai. aduh. bedegup jantung selagi tak terima parcel time tu. baju luar (Jacket) beli kat ashanim dress lab. baju dalam beli kat KL Central. last minit jugak. sikit tetinggal ketapi nak ke Perak gara-gara carik baju dalam tu. time tu jugak baru nak teman boss carik baju dia..aduh. suma pun last minit. tudung aku pakai tudung jojet. tudung stock lama je. jeans pun Levis stock lama jugak. kasut boot & bangle pinjam Julea punya..hehe. gila stylo. sampaikan aku boleh meraih gelaran Best Dress Female. wow!!! dapat sokongan padu dari geng karas. wakaka..

tahun ni??? tema Color Block. aduh. sakit kepala nak pikir pasal baju plak. tak pernah-pernah aku pakai baju color terang benderang. plak tu gabungan color yang sangat kontra. aku ni takde keyakinan dalam menggayakan color macam tu. rasa cam pelik. ke aku je rasa cam tu. sekarang kan fesyen memang kearah color block. suma majalah aku tengok memang gayakan baju color block. 

26hb aku sanding sekali lagi kat rumah suami. 28hb tu kena terbang ke kota kinabalu untuk training. sakit kepala hotak aku ni nak pikir baju sanding lagi, baju tema dinner lagi. fuhh!!

godek-godek dalam google, aku suka tengok gaya fatin suhana punya dressing. alah, fatin suhana tu dah sah-sah lawa. pakai la apapun, kompom cantik punya. aku ni dah la semakin membesar dengan jayanya. pakai baju nanti macam nangka kena bungkus pulak. adoi. lag-lagi status dah jadi bini orang. huh!

Fatin Suhana. Cantik kan beliau. idol ni.!
 

notakakiku: ada jugak aku pakai baju nikah ni karang.

Tuesday, September 17, 2013

.Sebuah peringatan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. bangun pagi solat subuh, masih bernafas. syukur Ya Allah. Kau masih bagi aku peluang untuk terus beribadah dan bertaubat padaMu.

sungguh. kejadian semalam buat aku rasa nak nangis semahunya dalam dakapan suami. tapi takut nak bagitau suami apa yang jadi semalam. tak tau la apa respon suami. last-last tidur peluk suami sambil nangis berjuraian airmata. tapi suara tak kuar. T_T

sungguh. kejadian semalam buat semangat aku hilang. sungguh dalam fikiran masa tu hanya mak, bapak, suami, adik, anak buah dan azlan yang ada dalam kereta. Allahuakbar!

sungguh kejadian semalam adalah sebuah teguran agar sentiasa beringat. insya Allah.

Terima kasih ya Allah.

---

Balik dri KK ke Kunak. Azlan drive. singgah makan kat Kinabatangan. balik tu aku offer drive. azlan kata ok. nanti kat Lahad Datu dia akan drive plak. 

Baca ayat Al-Kursi 3 kali. mulakan perjalanan.

just follow kereta kat depan. kelajuan kereta 80km/j. tiba-tiba tayar kereta lari dan hilang kawalan ke jalan sebelah. mungkin disebabkan jalan licin. hujan renyai sepanjang jalan. di tambah lagi dengan jalan yang berlopak, i guess. Nasib baik tiada kereta di laluan sebelah dan belakang.  

try untuk masuk semula ke laluan asal. gagal. stering dah berputar 360 darjah. kereta ikut berpusing 360 darjah sebanyak 2 kali. try untuk kawal stering. aku dah tak ingat kaki tekan break ka tekan minyak. panic. hilang kawalan. rasa cam nak gugur jantung. try jugak kawal stering. kereta lari ke laluan sebelah. ke tebing. anak buah tarik handbreak. pasang lampu kecemasan. syukur tak langgar tiang. syukur tak terjun longkang. syukur tiada kereta kiri kanan depan belakang. syukur semuanya selamat. syukur Ya Allah..Alhamdulillah.

Azlan ambik alih. aku rasa nak nangis. diam. adik asyik tanya aku ok ke tak. perasaan?? tak tahu nak gambarkan macam mana.

pagi tadi, nak drive pegi kerja. cuak. fobia. tangan pegang stering pun takut. berpeluh dalam aircon. 

tarik nafas panjang-panjang. baca ayat Al-Kursi 3 kali. insya Allah semuanya akan ok.

Tuesday, September 3, 2013

.20 Sen dan minyak bijan.

kecoh harga minyak naik 20sen. jadinya RM2.10
ntah barang apa la yang akan naik lagi lepas ni.
sigh!

baca status kawan-kawan suma update pasal harga minyak, 20 sen, harga minyak, 20 sen.

suami: "lepas ni kita pakai minyak bijan saja la syg"  
aku: pandang muka dan dan gelak sama.

buat lawak pulak laki aku ni. adoi. haha.

kesian suami yang ulang-alik dari tempat kerja jauh. seolah-olah pi keja tu sebab nak cari duit beli minyak je. hukhukhuk. 

kami  bukan golongan kaya yang akan cakap "alah, 20 sen ja pun naik. tu pun nak kecoh"
kami cuma biasa-biasa yang gaji cukup untuk beli makan pakai, bayar keta, bayar hutang ptptn, yang kadang-kadang terpaksa tunggu gaji bulan depan sebab tak cukup duit nak tukar tayar yang dah botak.

tapi kami masih bersyukur sebab masih mampu. masih boleh bertahan. masih boleh memaksa hati menerima keputusan PM yang harga minyak naik. masih boleh menutup mata buka dompet bayar kat kaunter stesen minyak. walaupun terpaksa telan air liur lepas tu. 

kompom lepas ni harga barang lainnya juga akan naik. 
berputih mata la nak berjimat.

blogwalkng tadi kat 1 blog tadi. http://julianamirul.blogspot.com/. terbaca entry syahdu punya. memang itulah yang terbuku di hati.



sedih kan. tidak suma kita mampu.

.Opkos la aku bahagia.

Assalamualaikum..

Opkos aku bahagia.
kalao aku tak bahagia, buat hape aku kawen kan.

opkos aku sayang laki aku.
kalau tak, buat hape aku jadi bini dia.

adoi. budak-budak ni bagi aku soalan apa la.

aku terima kekurangan dia sebagaimana dia terima kekurangan aku.
aku bukan sempurna. dia pun sama.
kami lengkapkan kekurangan masing-masing.
usaha ke arah itu ada. at least. kan.



Monday, September 2, 2013

.Tanda-tanda awal mengandung.

Assalamualaikum.

Minggu lepas nak kata demam tak jugak. tapi selsema teruk la pulak. sampai la sekarang selsema tak sembuh lagi. minggu lepas jugak, sakit kepala yang amat sangat. pegi la klinik cek dan amik mc sekali. mak kata mungkin aku pregnant. kalo betul syukur alhamdulillah. huhu.

doktor yang aku jumpa ni kira kawan kepada kakak aku. masa aku kawen aritu aku ada bagi kad jemputan kat dia. tapi dia tak dapat datang sebab time tu dia beraya kat KK. boleh pulak masa aku datang nak cek ni, dia bagi hadiah kat aku. dia dah beli hadiah awal dah. tapi tak dapat nak attend kawin aku. so, dapat hadiah pun dengan tak berbalut lagi. masih dengan plastik supermarket lagi. haha. neway, thanks Dr. Nuraini.

eh, dah menyimpang dah. ok sambung balik. Doktor pun dah dapat agak dah aku datang sebab apa. mesti sebab ada tanda-tanda pregnant ni. tapi dia kata masih terlalu awal kalo nak cek. kompom negativ. aku tak bgtau dia yang aku dah cek awal dah. memang negativ pon. huahua.

so doktor takut nak bagi ubat selsema. dia cuma bagi aku antibiotik dan paracetamol je. tu pun yg 500mg. dia takut kalo terganggu proses kehamilan aku sebab masih awal sangat.

Semalam dah sepakat dengan suami nak sambung puasa syawal 6. 5 hari dah lepas. tinggl sehari je lagi. subuh bangun cam biasa sahur. tup-tup pagi tadi masa nak mandi, cek ada darah kuar. memang kalo ikut putaran haid, harini memang hari 1st. argh! punya kecewa. masuk bilik bgtau suami. muka suami pun frust je. sory dear.T_T

pagi tadi suami hantar keja, dia kata takpe. jangan salahkan diri sendiri. mana taknya, dia nampak muka aku kelat semacam jek. huhuh.

Masuk-masuk kerja pagi ni, buka tenet, bukak blog, bukak pacik gugle. dapat artikel ni dari sini --> http://marealisme.blogspot.com/.

15 Tanda-tanda Awal Mengandung

1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauanJika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 


7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 

13. Pusing atau pingsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

15. 
Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

dah habis baca artikel ni, terus rasa cam nak gi tandas je cek darah aku banyak ke tidak. haha. bila ingat-ingat balik, no.1,2 dan 7 tu memang dah rasa dah minggu lepas. tapi sebab takut nak mengharap sangat, aku andaikan saja yang aku penat sebab urus kawen haritu.  

Kalo takde rezeki kali ni,  takpe la. aku terima. kalo ada rezeki, aku lagi bersyukur.

Thursday, August 29, 2013

.Cinta Tanpa Restu.

Assalamualaikum.

cinta aku bukan spesis cinta yang indah-indah. bukan juga spesis cinta yang romantik. cinta aku, cinta tanpa restu.

cinta tanpa restu mak, bapak, kakak, abang, adik, abang ipar memang boleh buat demam. pendek kata suma orang dalam family kau tak restu hubungan kau dengan pakwe. masa tu memang down sangat sangat sangat. 

mula-mula couple dengan suami, mak bapak ok jek. walaupun kakak ada yang seberapa tak berkenan, tapi disebabkan mak bapak aku ok, aku pun teruskan la. sampai la satu masa mak bapak aku suruh keluarga pihak lelaki naik merisik. aku dengan hati yang berbunga bungi bagitau la dengan ex pakwe (skng dah jadi suami dah. kuikui). dia pun dengan hati yang kembang kuncup bagitau dengan family dia.

tapi banyak sangat incident yang tak terjangka. macam-macam benda yang sampai kat telinga mak bapak aku sampaikan the day family dia merisik, mak aku tolak pinangan tu macam tu jek. rasa macam dunia aku nak kiamat. nangis semahunya dalam bilik. T_T.. 

bermula dari saat tu, mak bapak aku tak bagi aku kawan dengan dia dah. kena tolak mentah-mentah. siap nak jodohkan aku dengan keluarga abang ipar aku. hari-hari tanya aku, nak terima ke tak lelaki tu. kalo nak, suruh keluarga lelaki tu naik merisik. 

adoi!! rasa cam nak lari dari rumah jek time tu. hari-hari hadap soalan yang sama. 

tiap kali mak aku dapat tau aku contact dengan dia, kompom kena marah. hari-hari aku tadahkan telinga dengar bebelan mak aku. sabar. ya. tapi sabar aku ada hadnya.

kesian dia jadi mangsa. bila mak aku marah aku, aku hambur kat dia balik.

sampai satu masa, aku taknak teruskan hubungan ni dah. penat. sakit.
aku juga tak nak jadi anak derhaka.
sayang tapi aku dah penat sangat.
sangat.

tapi dia tak pernah putus asa. dia pujuk aku. hari-hari-hari call. hari-hari sms. tanya kabar. tanya sudah makan ka belum. kejut subuh. hari-hari. tak pernah missed. hari-hari. walaupun aku tak jawab call, tak reply sms. silentkan hp. tanya la apa saja aku tak buat dengan hp aku tu. baling pun sudah. berkecai. hmm.

dia ajar aku sabar. dalam masa yang sama, dia taknak aku melawan mak bapak dan keluarga aku. pada dia, insya Allah nanti kita akan direstu. begitu sekali dia percaya mak aku akan berubah hati.

aku terima. sayang punya pasal.

sebulan, 2 bulan, 5 bulan, setahun, setahun lebih..

aku tengah iron tudung nak kuar jumpa dia. aku tak cakap pun kat sesapa.
tiba-tiba mak aku tanya, "keluar dengan sapa?"
aku diam. tak tau nak terus terang ke atau nak tipu sunat.
mak tanya lagi, "masih contact dengan sudi'? (nama panggilan suami)
aku diam lagi. sambil iron tudung.
pelik dengan nada mak. tak marah pulak orang tua ni. ok pulak dia aku nak kuar minum ngan sudi'.. ehmm.
pelik bin ajaib. selalu kalo dia dapat tau je aku masih contact ngan sudi' bukan main lagi dia membebel. tapi kali ni?? aku harap sangat keajaiban berlaku masa tu. harap sangat mak aku tak marah. bila mak aku tak marah, tak halang aku jumpa sudi', maksudnya mak aku dah ok la ni kan..?? ehmm..banyaknya tanda tanya kat kepala hotak aku.

Alhamdulillah. mak bapak aku dah boleh terima dia. syukur hanya Allah saja yang tahu.

aku bagitau dia. dia punya main happy. kesabaran kami akhirnya berbaloi bila mak bapak aku restu. keluarga yang lain juga restu. cuma abang long tak seberapa berkenan. tapi dia tak marah. cuma bagi nasihat. abg, insya Allah. sudirman yang adik abg kenal ni, tak pernah tinggal solat. tak pernah berhenti sayang adik abg ni. tak pernah sehari tanpa call atau mesej dia. tak pernah berhenti ambik berat dengan adik abg ni. abg doakan kami bahagia ye. walaupun dia tiada segulung ijazah, walaupun dia tiada harta berjuta. tapi dia ada hati yang besar untuk jaga adik abg ni. semoga dengan berkat doa semua, kami akan bersatu selamanya. amin.

Tuesday, August 27, 2013

.pregnancy test.

Assalamualaikum..

Dengar ja tajuk macam orang pregnant plak. Ni suma incik suami aku punya pasal la ni. Excited sangat suruh aku beli upt. Cek kalo kalo aku pregnant. Alahai incik abg, kita kawen pun tak sampai sebulan la syg. Kuikuikui.. sian suami aku. Excited nak aku pregnant. Hihi. Petang semalam beli upt. Nak bagi dia senang hati je. Haha. Pagi tadi bangun bangun je terus buat test. Negative. Bagitau suami time dia sarapan.dia gelak jek. Hahaha. Tak sabar sabar.

Baru hari ketiga kawen suami dah tanya kalo kalo aku dah ada isi ke belum. Adoi la incik suami. Sabar hokeh. Insya Allah kita berdoa semoga Allah bagi kita rezeki cepat ok.

Kesian jugak dengan suami. Mengharap sangat. Takut je rezeki kami tidak seawal yang diharapkan. Takut suami menunggu, menanti. Takut suami kecewa. Lagi lagi bila kawan kawan yang dah bertahun kawen tapi belum dikurniakan cahayamata. Takut aku termasuk dalam golongan mereka. Aduh. Palis palis.

Duhai suamiku, doakan kita dapat cahayamata seperti yg suami mahukan k. Insya Allah. Amin ya Rabb.

Saturday, August 17, 2013

.Puan AtieAbid.

Alhamdulillah.

Walaupun dengan serba kekurangan sana sini, majlis resepsi pada 11 Aug sudah berakhir.
syukur. aku kini bergelar puan kepada encik Sudirman. no more 'cik' kat depan nama aku lepas ni.
rasa macam mimpi pun ada jugak.

Dengan 3 kali lafaz, aku akhirnya bergelar isteri.

seram sejuk menunggu cincin disarungkan. ingatkan aku sorang seram sejuk. rupanya encik suami pun sama. debaran pengantin katakan. hak hak.

Suamiku..
Cintailah aku tanpa menduakan..
Kasihkan lah aku  tanpa herdikkan..
Lindungilah aku tanpa tinggalkan..
Kerana cinta, kasih dan sayangku tak pernah berkurangan sejak kau lafazkan akad pernikahan
-your lovely wife-

Tuesday, July 30, 2013

.Countdown.

Apsal la hati rasa lain semacam. Rasa cam nak tekencing jek bila ingat nak raya. haish.

ingat raya, otometik ingat 11hb. ingat 11hb mesti ingat kawen. adoi.
secara otometik, feel nak beraya hilang terus.   sobs sob. -_-

serious nerves. serious cam nak pecah jantung bila hitung-hitung hari.

kad jemputan belum habis edar.
baju nikah belum fitting.
barang hantaran belum deko.

mana jantung tak pecah??


p/s: sapa la gigih sangat search full name aku kat gugel. haha.

Friday, July 19, 2013

.Kita masing-masing hormat.

Assalamualaikum

Hidup di Malaysia yang punya berbilang bangsa dan agama.
Rasanya tidaklah sukar untuk menghormati anutan lain.
Perasaan hormat yang sepatutnya lahir bilamana kita juga mengharapkan orang lain menghormati anutan kita.
Bilamana kita tidak ingin anutan kita dipersenda, jangan persenda mana-mana anutan.
Simple kan.

sedikit terkilan dengan mentaliti mereka-mereka-mereka yang dengan sengaja menghina dan jadikan bahan gurauan tentang agama. agama aku, mahupun agama orang lain. 

kadang tertanya dalam hati, "gembiranya mereka dengan menghina agama orang lain kan. tapi macam mana perasaan mereka andai agama mereka dipersenda? marah? sakit hati? atau tidak punya perasaan langsung?"

Ya Allah, pelihara aku dan keluargaku dari segala kejahatan. amin.


-Salam Ramadhan & Salam Jumaat-





Tuesday, July 9, 2013

.Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1434.

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan 1434 Hijrah 2013 Masihi. 

Ramadhan terakhir sebelum bergelar puan.
Ramadhan terakhir sebagai sorang cik.

Sebak jugak la rasa. rasa mcm lepas ni akan ada satu tanggungjawab besar yang harus dipikul. kena bersedia dari semua sudut. 

insya Allah.

kepada family, sahabat handai dan kepada semua, semoga diampunkan semua silap. kata yang menyinggung. sikap yang kadang menjengkelkan. maaf. semoga dipermudahkan semuanya. semoga diterima semua ibadah.

-with luv-
atieabid

Saturday, July 6, 2013

.Aku cuma seekor bilis.

Aku cuma ikan bilis.
Yang selalu dibandingkan dengan ikan paus.
Adil???
Tak!!
Sangat tidak adil.

1 find day insya Allah.

Mungkin tiada niat terselindung di balik kata.
Mungkin juga bukan niat untuk memperlekehkan.
Tapi aku.
Ya aku! kecik hati.

Siapapun aku.
Siapapun dia.
Siapapun kami.
Berikan restu.
Berikan doa.
Itu sudah lebih dari cukup.

Notakukukakiku: sebulan lebih saja lagi.

Apa ada hal?

Kepala sedikit mereng hari ini. dari awal pagi, sampai sekarang mood sudah ke laut.

dengan wedding preparation yang macam baru 30%. 

dengan almari pasang siap yang tak pandai nak siap-siap. habis dah kena bebel dengan orang rumah. kalaula aku ada magic power macam miss comet kan bagus. sekali pusing ja tongkat keramat, kompom tu almari terus siap tepasang. sekali barang-barang yang belonggok tu suma tersusun rapi dalam almari. tadi bila sampai opis, mak call kata pakcik datang nak pasang. tapi banyak masalah pulak. haish. tambah aku pening.

dengan budak-budak dalam ni yang tak pandai nak diam. badan saja besar, kepala hotak letak lutut. tak pasal-pasal jadi singa betina lagi harini. 

dengan................. ahh! macam-macam dengan la!!

stressedd!!

Friday, July 5, 2013

.Pilihan itu.

Kita sering dihadapkan dua pilihan;
Pilihan kerana Allah, atau pilihan kerana diri sendiri.

Dan, dalam memilih yang aku patut cari bukan kesenangan, kemewahan, atau kerehatan.
Dan bukan juga kesempitan, kemiskinan, atau kelelahan.

Yang aku patut cari, cuma keberkatan.
Keberkatan Tuhan, di mana-mana pun.

Sebab bila berkat, apapun hakikatnya;
-lapang.

## UmairahShafie via LittleNaruto
------------------------------------------
Hakikat.
Ada je orang kaya yang tak pernah jumpa tenang dalam hidup dia.
Ada je orang hidup serba susah serba payah, tapi hidup dia macam orang tak de masalah.

Kalau ada benda yang namanya "berkat" tu, susah macam mana pun, kita akan tenang dan nampak jalan.
Semua rasa dicukupkan.

Self reflection. Reminder.
-dari fb sal-

semoga apa jua pilihan yang aku buat mendapat berkat. dari Allah. dari mak. dari bapak.
amin.

Monday, July 1, 2013

.Stressed.please.go.

Dalam diam² urus itu ini, sangat stress. 
muka dah naik jerawat.
takut nak try produk produk di luar sana.
suma kata ini bagus. itu bagus. suma pun bagus.
oh my.




ada masa sebulan lebih saja lagi.
ntah sempat ntah tidak mau kasi cantik ni muka.
haish.

Thursday, June 27, 2013

Dasar buaya tembaga~

Hebatnya lelaki.
3 tahun bercinta.
tup-tup kawin dengan pompuan lain.
atas alasan hubungan tak direstui oleh keluarga.
padahal kawin dengan rakan sekerja.

girl! u masih tak nampak ka mainan dia??
dan sekarang u kata dia mangsa keadaan??
oh please la.

3 tahun dengan u, bawak jumpa family pun tidak.
tau tak sebab apa??? sebab dia bawak jumpa family dia ialah pompuan lain..
3 tahun dengan u, discuss pasal kawen pun tak pernah
tau tak sebab apa?? sebab dia discuss dengan pompuan lain.

girl, u tau tak, itu la pompuan yang dia usung kemana-mana. itu la pompuan yang dia bawak ke majlis-majlis. itu la pompuan yang dia kenalkan dengan kawan-kawan.
u??? i tak tahu dia jadikan u apa. bila dia dah rancang nak kawen dengan pompuan tu, dia cakap kat u, family dia tak bleh terima u sebab tak sama bangsa. u tau tak pompuan yg dia kawen tu pun bukan sama bangsa dia..??

girl, please bukak mata u. dia tidak la baik mana. please stop pretending  yang u tak rasa apa sebelum ni.

Saturday, June 15, 2013

Persiapan Kahwin

Tajuk. Menakutkan. Macam dah dekat sangat bunyinya. 

Seminggu pegi KL survey barang-barang untuk persiapan kahwin. Beli apa yang sempat. Banyak jugak tak sempat beli. Seminggu mana cukup kan. Dengan temankan kak Anna beli barang-barang kedai baru dia lagi. Memang tak sempat la kalo nak pulun beli barang-barang aku.

Dalam penat-penat beli itu ini, pilih itu ini, duit pulak hilang dalam RM300 atau RM400. aku sendiri tak ingat berapa. Bukan kena ragut ke apa, tapi lesap oleh 'toyol'. Okeh. Bukan rezeki aku. Huhu. Tapi dengan duit sebanyak tu, banyak benda kot aku bleh beli. Aku bleh beli beg utk hantaran. Tak pun beli kasut utk hantaran c abg. Huhu. Sedih. Seharian kat Sabak Bernam. Tak dapat nak beli barang. Balik rumah je packing barang plak. 

Pagi tadi sempat je kalo nak gi beli barang lagi sebelum terbang balik Sabah. Tapi sebab duit dah hilang, suma benda cancel. Terus gi airport. Kak as hulur la rm100 untuk aku. Kesian kan. Dalam purse 'toyol' tu tinggalkan aku rm35 je.  Note rm50 suma dia kebas. Huhu. Apapuntakbleh. Dugaan betul la.

Sunday, June 2, 2013

A.H.A Family

Teknologi semakin canggih. 
Walaupun jauh terasa sentiasa dekat. 
Sentiasa rasa mereka ada disisi. 
Disitu bertukar cerita. Disitu juga berbincang segala-gala. Disitu juga berkongsi segala suka duka.

Ya Allah,  semoga ikatan keluarga ini sentiasa mendapat rahmatMu. Jauhi kami dari hasutan syaitan durjana. Lindungi keluargaku ini dari segala marabahaya. Lindungi kami dari azab neraka dan azab kubur. Ya Allah, Engkau maha mengetahui setiap dari kehendak kami. Ya Allah, Engkau yang lebih mengerti diri kami dari kami sendiri. Ya Allah engkau tahu apa yang kami sorokkan dan apa yang kami zahirkan. Ya Allah Engkau maha mendengar setiap keluh kesah dari kami. Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur disetiap nikmat yang Engkau kurniakan. Ya Allah jadikan kami dan keturunan kami orang yang menjaga agamaMu. Hidupkan kami dalam iman dan matikan kami dalam iman. KepadaMu Ya allah.

Amin Ya Rabb..

Saturday, May 18, 2013

~17 Mei 2013~

17 Mei 2013. Penghujung usia 29 tahun.
Hari ini genap sudah 30 tahun.
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku untuk terus bernafas.

Insya Allah di usia 30 tahun ni juga akan ditamatkan zaman bujang.
semoga Allah permudahkan semuanya.
Amin Ya Rabb.


Monday, April 15, 2013

.stage 1.

Perasaan?
Neves.

Opkos bebe.

Ya Allah, pelihara dia. Pelihara imannya. Pelihara perilakunya. Pelihara hatinya.

Ya Allah, permudahkan semuanya.

Amin Ya Rabb.

Saturday, April 13, 2013

.Qawiem, Kuwim, Tombem.

Rindu dengan Qawiem.
Rindu dengan Kuwim.
Rindu dengan Tombem.
Rindu!!!

Seminggu jaga budak tecik ni. Seminggu main dengan dia. Seminggu tidur dengan dia. Seminggu buat susu untuk dia.
Oh my tombem.

Wednesday, March 27, 2013

Katanya.

Menyesal. Katanya.
Sedih. Katanya.
Rindu. Katanya.
Aku baik. Katanya.
Aku perempuan idaman. Katanya.
Tiada yg mampu ganti tmpt aku. Katanya.

Katanya.
Jadi kenapa dulu kamu tidak fikir begitu.
Kenapa tidak bersungguh dengan setiap janji.
Kenapa aku dilontar ketepi.

Maaf. Katanya.
Izinkan aku dianggap sebagai sahabat.

Terpulang dari kamu mahu anggap aku apa.

Tuesday, March 26, 2013

Terbang tinggi

Terbang tinggi. Jarang sangat terbang siang. So bila kali ni terbang siang, nak nak lagi duduk tepi cermin kan suma benda bleh nampak. And the best thing i just relized that aku gayat. Gayat? Aku gayat? Haha. Kelakar. Nampak bawah pun aku gayat. Rasa perasaan aku nak jatuh ke laut biru kat bawah. Bengong. Padahal zaman muda-muda dulu selalu jugak terbang siang. Mungkin faktor umur kot. Ehmm.

Home sweet home. Bukan main lagi aku cuti. Sakan. Tak ingat nak balik..tahniah atieabid. ko memang kalau bab-bab jalan no.1 kan.

Balik kampung setelah sekian lama bersembunyi dari penceroboh. Sembunyi la sangat kan. Keadaan semacam ada berubah. Eceh perasaan aku jek.

P/s: selamat hari polis. Semalam. Masih blm terlambat. Semoga wira2 yang terkorban ditempatkan dlm kalangan yg beriman..amin.

Friday, March 8, 2013

Mahalnya harga sebuah kemerdekaan!

Tidak pernah terlintas, tidak pernah sedikit pun terjangkau di fikiran, aku dan keluarga menjadi pelarian di  tanahair sendiri. :'(

berpindah dari rumah sendiri ke rumah kakak untuk mencari tempat yang selamat. selamat kah? hidup dalam ketakutan. tidak tenang. sentiasa berwaspada, berhati-hati. sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. aktiviti siang kurangkan (memang nak kuar pun tak berani), aktiviti malam lupakan saja. sudah berapa hari tidak bekerja. syukur alhamdulillah pihak atasan faham dan mengerti suasana genting di sini. di bumi tercinta.

siang pun kunci pintu. kunci pagar. berkurung di dalam rumah. sediakan stok makanan banyak-banyak. takut kiranya keadaan melarat. supermarket tutup. pekan kunak menjadi lengang. tiada siapa berani berniaga seperti biasa. malam kena tutup lampu awal. bergelap seawal jam 8 malam. tidur-tidur ayam. terjaga setiap jam. perhatikan keadaan selamat dan tiada benda mencurigakan. sambung tidur dan terjaga lagi. tidur dalam ketakutan. esok pagi sakit kepala migraine.

sungguh aku tidak pernah terfikir akan lalui semua ni. lagi-lagi di bumi Malaysia yang merdeka!

Ya Allah. kiranya ini dugaan yang Kau turunkan kepada kami disini, di Sabah, aku redha. kiranya ini petanda awal agar kami lebih Mengingatimu, juga aku redha. mungkin ada segelintir dari kami yang alpa dan tidak besyukur ke atasMu.  mungkin itu aku. Ya Allah disetiap sujudku aku mohon padaMu, kembalikan keharmonian kami di bumi Sabah ini Ya Allah. dengan linangan air mata aku mensyukuri nikmat kemerdekaan yang selama ini kami kecapi. di sini. di Sabah. di Malaysia.


tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak. kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. siapa dalang. siapa penyebab. cukup jadikan pengajaran. betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan.

Kau Perwira!

Jujur. sebelum ni pernah memohon untuk menjadi polis. tapi tidak berjaya. dalam hati, bukan rezeki. sekarang aku dapat jawapan kenapa aku tidak sebaris dengan anggota keselamatan yang lain. sebab aku tidak cukup kuat untuk berdepan dengan musuh. atau pendek kata, aku lemah. aku penakut. aku pengecut.

mereka  wira. walau ada suara sumbang kata tiada syahid untuk mereka, kita bukan siapa-siapa untuk tentukan syahid mereka atau tidak. itu urusan Allah. jelas dan pasti mereka terkorban kerana ingin pertahankan kedaulatan negara. aku juga pasti suara sumbang itu pasti tidak akan sekental wira-wira berdepan dengan musuh negara. 

Mereka jadikan benda ni sebagai satu sandiwara. Aku nak kuar rumah pun takut. Boleh bayangkan tak pasukan keselamatan yg terkorban.?? Boleh bayangkn tak kuarga mereka?? Mereka bertarung nyawa di sini. Disini, di Sabah. Yang mulut macam longkang tu sedap jek tidur beralas tilam bantal. Sekarang ni memang dengan mereka saja kami letakkan harapan. mereka saja wira yang kami ada. Ahli politik??? Haram!!! Jangankan nak jadi wira, jadi balaci pun tak layak sebenarnya.

Al Fatihah  buatmu wira!

Ku sanjung jasamu wira. selagi nyawa masih ada, selagi nafas masih terhembus, jasamu akan selamanya menjadi kenangan. 

Ya Allah, Kau lumpuhkan la penceroboh-penceroboh negara. Kau selamatkan la pasukan keselamatan kami. Amin Ya Rabb.

Friday, March 1, 2013

Lahad Datu Perintah Berkurung!

semoga semuanya berakhir. cukup la pertumpahan darah setakat ini jek. sedih hati bila buka FB, suma status orang cakap pasal perang. tembak menembak. penceroboh pulak ramai larikan diri. 

start dari tengahari tadi, akak call bagitau dah start tembak menembak kat Lahad Datu. seram sejuk jugak dengar berita. start dari situ, berbondong-bondong status orang kat FB pasal benda nie. 

banyak sangat versi cerita. macam-macam andaian yang didengar. semua dengan kesimpulan sendiri. tak tahu nak percaya yang mana satu. tak tahu nak dengar yang mana satu.

dan berita paling menyedihkan bila dapat berita wira negara ada yang terkorban. 
LAHAD DATU: PENCEROBOH BERSENJATA
MULAKAN DAHULU SERANGAN - PM
Pekan, 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kumpulan penceroboh bersenjata di
Lahad Datu, Sabah telah terlebih dahulu
memulakan serangan terhadap pasukan
keselamatan Malaysia apabila mereka mara
1.5 kilometer dari tempat mereka
berkampung sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau telah
memberi mandat kepada Ketua Polis Negara
dan Panglima Angkatan Tentera untuk
mengambil sebarang tindakan terhadap
kumpulan penceroboh bersenjata itu dan
tiada kompromi lagi.
Najib turut mengesahkan dua anggota
keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi
cedera manakala 10 hingga 12 anggota
kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi
kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan
apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi
kumpulan ini mesti ditumpaskan dan
mereka mestilah diambil tindakan yang
sepatutnya," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh)
menyerah diri atau mereka terima apa jua
kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini
dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera
laut negara telah meningkatkan tahap
keselamatan di perairan bagi mengelakkan
kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut
melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu
kerana sepatutnya pertumpahan darah
mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini
negara kehilangan dua anggota
keselamatan. -BERNAMA

anak wira negara Ins Zulkifli, salah seorang wira yang terkorban. :(
ni baru ahli keluarga sorang wira yang terkorban. ada lagi yang kita belum nampak. :(

bukan ini kemahuan kita di Malaysia. kita inginkan keamanan. kita tidak inginkan keganasan. apatah lagi jika berlaku pertumpahan darah. mereka (penceroboh) di bagi pilihan. pilihan di tangan mereka. tapi mereka inginkan ini!

Doa kami buatmu wira.
Lahad Datu - Kunak hanya ambik masa 50 minit. kalau lalu perairan tersangat la dekat. District Officer Kunak bagi arahan supaya berhati-hati dan jangan keluar rumah keluyuran. sebab penceroboh ramai yang melarikan diri. hanya 10 orang yang menyerahkan diri, 10 lagi terkorban dan selebihnya??? 

detik dan saat ini, hanya mampu berdoa semoga semuanya cepat berakhir. semoga tiada lagi yang terkorban. 

amanla bumiku yang tercinta. 


Thursday, February 14, 2013

.Sekumpulan orang asing bersenjata di Lahad Datu.

10:22 PM 12/02/12
Assalamualaikum. Pesanan utk family membrs n close friends, berhati2 di laut dan jgn pergi ke pulau2 berhampiran semporna n lahad datu dlm masa terdekat ni ya..

Dapat mesej dari kak veen. terus cancel suma niat ke pulau mabul. dalam hati still tertanya-tanya apa benda yang tengah berlaku ni?? kak veen cuma kata marabahaya. ohooo ok. 

semalam dapat news plak.
Sumber: FB
Ya Allah. cuak gila weh. Lahad Datu ngan Kunak cuma 58.8KM je. dalam 1 jam lebih je perjalanan. dah la sepanjang² jalan Kunak-Lahad Datu tu menyeramkan dikelilingi kelapa sawit je. dibuatnya suma mundu² tu datang Kunak kan naya. 


Kunak, Lahad Datu, Semporna memang dekat dengan perairan. kalo dibuatnya mundu-mundu-mundu tu semua lalu air pun memang kejap je nak sampai. harap-harap la pihak polis dapat tangkap semua mundu² tu. dengar² ada 300 orang bersenjata. glup! memang mengerikan. aku rasa macam kat Gaza plak dah. tak pun, macam kes abu sayaf duluuuuuuuu punya cerita kat Pulau Sipadan. simpang malaikat 44. 

sekumpulan mundu ni dipercayai dari selatan filipina. yes, memang sangat dekat. memang kat Lahad Datu tu ramai sangat orang asing yang takde dokumen pengenalan diri. gila menyeramkan aku nak jalan sensorang kat sana. huhu.

Ya Allah, selamatkan kami dari kerakusan orang² yang berniat ingin menghancurkan kami. Kau lindungilah kami, keluarga kami, rakan² kami dan mereka yang tidak berdosa Ya Allah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)