Tuesday, September 17, 2013

.Sebuah peringatan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. bangun pagi solat subuh, masih bernafas. syukur Ya Allah. Kau masih bagi aku peluang untuk terus beribadah dan bertaubat padaMu.

sungguh. kejadian semalam buat aku rasa nak nangis semahunya dalam dakapan suami. tapi takut nak bagitau suami apa yang jadi semalam. tak tau la apa respon suami. last-last tidur peluk suami sambil nangis berjuraian airmata. tapi suara tak kuar. T_T

sungguh. kejadian semalam buat semangat aku hilang. sungguh dalam fikiran masa tu hanya mak, bapak, suami, adik, anak buah dan azlan yang ada dalam kereta. Allahuakbar!

sungguh kejadian semalam adalah sebuah teguran agar sentiasa beringat. insya Allah.

Terima kasih ya Allah.

---

Balik dri KK ke Kunak. Azlan drive. singgah makan kat Kinabatangan. balik tu aku offer drive. azlan kata ok. nanti kat Lahad Datu dia akan drive plak. 

Baca ayat Al-Kursi 3 kali. mulakan perjalanan.

just follow kereta kat depan. kelajuan kereta 80km/j. tiba-tiba tayar kereta lari dan hilang kawalan ke jalan sebelah. mungkin disebabkan jalan licin. hujan renyai sepanjang jalan. di tambah lagi dengan jalan yang berlopak, i guess. Nasib baik tiada kereta di laluan sebelah dan belakang.  

try untuk masuk semula ke laluan asal. gagal. stering dah berputar 360 darjah. kereta ikut berpusing 360 darjah sebanyak 2 kali. try untuk kawal stering. aku dah tak ingat kaki tekan break ka tekan minyak. panic. hilang kawalan. rasa cam nak gugur jantung. try jugak kawal stering. kereta lari ke laluan sebelah. ke tebing. anak buah tarik handbreak. pasang lampu kecemasan. syukur tak langgar tiang. syukur tak terjun longkang. syukur tiada kereta kiri kanan depan belakang. syukur semuanya selamat. syukur Ya Allah..Alhamdulillah.

Azlan ambik alih. aku rasa nak nangis. diam. adik asyik tanya aku ok ke tak. perasaan?? tak tahu nak gambarkan macam mana.

pagi tadi, nak drive pegi kerja. cuak. fobia. tangan pegang stering pun takut. berpeluh dalam aircon. 

tarik nafas panjang-panjang. baca ayat Al-Kursi 3 kali. insya Allah semuanya akan ok.

10 comments:

  1. assalam puan belog..
    ujian sbg tanda peringatan..
    amek yg positif, lupekan yg negatif.. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam cik Gee..
      betul. suma ujian kan. peringatan untuk diri sendiri dan untuk mereka yg ada dalam keta..

      insya Allah lepas ni lebih berhati-hati.
      tq cik Gee.. :)

      Delete
  2. MashaAllah kak tie..2la kan..kdg2 benda tak diduga nk jadi..huhuhu..takut bace..
    -Sal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sal..benda betul2 x diduga..tiap kali teringat mesti meremang bulu roma.. :(

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Atie..
    Kadang kita dah cukup berhati-hati
    tapi semua terjadi tanpa di duga kan
    apa pun syukur selamat sampai ke Kunak
    jalan Sandakan-LD agak teruk jugak
    sana sini ada lubang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear.. syukur selamat sampai.. mmg jln sandakan-LD teruk.. sangat.. ndak tau bila la gov mau kasi bagus betul..kalo setakat tampal, kompom ndak smpi sbulan belubang balik..

      Delete
    2. Betul tu dear.. syukur selamat sampai.. mmg jln sandakan-LD teruk.. sangat.. ndak tau bila la gov mau kasi bagus betul..kalo setakat tampal, kompom ndak smpi sbulan belubang balik..

      Delete
  5. Allahuakhbar..benda nak jadik kak atie, ngeri saya baca. turut sama berpeluh..takut bacanya. Syukur akk selamat..syukur sgt2 kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berpeluh la masa tu.. syukur sumanya selamat.. syukur sgt bonda.. balik rumah tu mmg mandi terus..

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)