Monday, November 18, 2013

Di mana hilangnya nilai-nilai murni??

Bekerja dan deal dengan komuniti yang bukan dari komuniti kita sendiri memang agak sukar. seingat aku sepanjang 3 tahun aku keja kat Pi1M ni, macam-macam peel orang yang aku jumpa.

dengan budak-budak yang langsung tiada nilai-nilai murni sampaila budak yang sangat sopan bila bercakap dengan aku. 

sungguh, kadang aku takut bila fikirkan masa depan mereka. berhenti sekolah bukan la perkara luar biasa pada mereka.  umur baru mencecah 10 tahun dah tak sekolah. lepas tingkatan tiga berhenti sekolah. itu suma perkara biasa yang aku nampak kat sini. belambak budak bawah umur dan remaja-remaja yang berhenti sekolah. mencari keseronokan mungkin. 

mula-mula dulu, orang mabuk masuk buat hal.
CCTV premise aku keja ni habis lunyai. bangkai hilang ntah kemana. tak sampai 3 hari ganti, pun habis dikerjakan. 
Tangki air hilang kepala paip. ni aku dah taktau nak kira yang kali keberapa.
habis air 1 tangki. nak kencing susah. nak amik wuduk lagi la takda harapan. dah la air paip belum ada saluran masuk dalam kampung ni. harap air hujan je la penuhkan tangki. ni pun habis kena kerjakan oleh ntah budak nakal mana 1. mana taknya, ramai sangat budak nakal.

habis air aku 1 tangki ni. -_-
aku rasa sampai aku habis kontrak kat sini aku akan hadap benda yang sama. hari-hari.

di mana hilangnya nilai-nilai murni budak-budak ni semua?
dari pengaruh kawan ka?
atau berpunca dari rumah?

ntah la.


8 comments:

  1. Alolo..sian nya kak, urm..sabarlah untuk 2tahun lagi kan? sama lah kita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian la..da 3 tahun sini rasanya akak dh ada darah tinggi sikit kot..haha..
      lagi 2 tahun.. kita serupa ek..hehe.. tunggu dan lihat je la kan..

      Delete
  2. Ya Allah duagaan betol Atie kat sana. mmg istighfar panjang la kalo ana kene hadap benda2 camtu.. tu lah kan, xtaulah mane perginye nilai2 murni budak zaman skarang ni.. pd hal kepala paip tu xde buat slh pon kat dorang yg dikerjakan sampai tahap tu skali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mmg mcm2 dugaan selama keja kat sini..mcm2 hal jadi.. sabar je la..

      memang dari awal bukak pi1m ni, kepala tu asyik jadi mangsa..yg x tahan tu sebab nak kencing dah xde air da lepas tu..sakit hati toksah cakap la..mcm nak jadi singa betina dah ni..haha

      Delete
  3. Atie,

    Tengok entri ko pasal kepala paip ni, teringat pla masa aku mengajar di sekolah pedalaman area Kinabatangan dulu, memang bergantung sepenuhnya dengan air hujan. Tangki biru jadi harapan, kepala paip asik tercabut jak.tak tau la mungkin ada tangan2 nakal yang kacau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..ka memang perangai budak2 nakal ni suka hancurkan kepala paip tangki biru? haha.. ingatkan tmptku ni jak.. sdh la harap air hujan jak..mcm aku mau pagar jak tu tangki biru..huhuh

      Delete
  4. Huih. Dapat dengan aku budak yang cabut kepala paip tu, memang makan penampar kalau bukan ku bagi dia telan tu kepala paip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganas jugak teacher sorang ni..haha.. aku pun paling2 melekat jak di dinding tu budak kalo aku jumpa..haha

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)