Monday, September 2, 2013

.Tanda-tanda awal mengandung.

Assalamualaikum.

Minggu lepas nak kata demam tak jugak. tapi selsema teruk la pulak. sampai la sekarang selsema tak sembuh lagi. minggu lepas jugak, sakit kepala yang amat sangat. pegi la klinik cek dan amik mc sekali. mak kata mungkin aku pregnant. kalo betul syukur alhamdulillah. huhu.

doktor yang aku jumpa ni kira kawan kepada kakak aku. masa aku kawen aritu aku ada bagi kad jemputan kat dia. tapi dia tak dapat datang sebab time tu dia beraya kat KK. boleh pulak masa aku datang nak cek ni, dia bagi hadiah kat aku. dia dah beli hadiah awal dah. tapi tak dapat nak attend kawin aku. so, dapat hadiah pun dengan tak berbalut lagi. masih dengan plastik supermarket lagi. haha. neway, thanks Dr. Nuraini.

eh, dah menyimpang dah. ok sambung balik. Doktor pun dah dapat agak dah aku datang sebab apa. mesti sebab ada tanda-tanda pregnant ni. tapi dia kata masih terlalu awal kalo nak cek. kompom negativ. aku tak bgtau dia yang aku dah cek awal dah. memang negativ pon. huahua.

so doktor takut nak bagi ubat selsema. dia cuma bagi aku antibiotik dan paracetamol je. tu pun yg 500mg. dia takut kalo terganggu proses kehamilan aku sebab masih awal sangat.

Semalam dah sepakat dengan suami nak sambung puasa syawal 6. 5 hari dah lepas. tinggl sehari je lagi. subuh bangun cam biasa sahur. tup-tup pagi tadi masa nak mandi, cek ada darah kuar. memang kalo ikut putaran haid, harini memang hari 1st. argh! punya kecewa. masuk bilik bgtau suami. muka suami pun frust je. sory dear.T_T

pagi tadi suami hantar keja, dia kata takpe. jangan salahkan diri sendiri. mana taknya, dia nampak muka aku kelat semacam jek. huhuh.

Masuk-masuk kerja pagi ni, buka tenet, bukak blog, bukak pacik gugle. dapat artikel ni dari sini --> http://marealisme.blogspot.com/.

15 Tanda-tanda Awal Mengandung

1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauanJika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 


7. Sakit kepala 
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen. 

8. Sakit punggung 
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan. 

9. Kram 
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

10. Ngidam 
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil. 

11. Peningkatan temperatur tubuh 
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

12. Bau Badan 
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat. 

13. Pusing atau pingsan 
Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh. 

14. Munculnya darah 
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio. 

15. 
Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

dah habis baca artikel ni, terus rasa cam nak gi tandas je cek darah aku banyak ke tidak. haha. bila ingat-ingat balik, no.1,2 dan 7 tu memang dah rasa dah minggu lepas. tapi sebab takut nak mengharap sangat, aku andaikan saja yang aku penat sebab urus kawen haritu.  

Kalo takde rezeki kali ni,  takpe la. aku terima. kalo ada rezeki, aku lagi bersyukur.

23 comments:

  1. Anduk bah kakakku. Siannyaaaa. Tapi bak kata incik suami, bukan salah siapa2 kan.

    Nasihatku satu jak; Usaha lebih gigih lagi lepas ni. Jengjengjengggggg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kesian kan.. tu la sapa suruh mengharap sangat..kan sdah kuciwa..haha

      usaha tangga kejayaan kan..jengjengjengggg..hahaha..
      jgn skodeng sudah..kuangkuangkuang..

      Delete
  2. ahaha...sama jak apa yang kita rasa.
    aritu masa lambat period dah excited

    last2 sendiri kecewa.huaaa...
    sabar banyak2 jak. yakin akan rezki dariNYA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan normal utk pengantin baru ba kali kan..haha.

      Betul3..insya Allah ada rezeki tu nanti..

      Delete
  3. teruja bla dah bc artikel tu nk tau btul2 pregnant ke x..tapi tak pe usaha lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..banyak sngt bahan bacaan,,setiap kali baca mesti rasa nak cek jek..

      syukur alhamdulillah, cek kali kedua positif.. :) dah masuk 9 minggu dah.. :D

      Delete
  4. Ni da bersalin ke...suka dan seronoknya bila ade yg preggy.saya asik keguguran saje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah bersalin dear..dah masuk sebulan dah..
      dear, jangan stress2 .. insya Allah ada rezeki awak dan suami..kena jaga kesihatan..

      Delete
  5. Sya pon sama... bca tnda2 pregy..
    Kbnykan sma.. period pon da delay sminggu... tpi cek -ve.. rsa kecewa sgt. Dh rsa mcm xnk mghrap dh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg akan rasa kecewa kan bila cek2 -ve. tapi xpe, usaha lagi..jangan putus berdoa. in sha Allah.. :)

      Delete
  6. sy pn sama...nie dh seminggu lbh period x dtg..cek2 tetap -ve...erm..simptom2 pregnent tu ada..tapi tkt nk mengharap..nk tunggung smpai hujung bln nie..tgk cm ne...lau x period jgk..kene test blk...tau terus p klinik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah sis, berdoa semoga +ve.. :) kalo cek negative jugak, better pi klinik terus..

      Delete
  7. seronoknya...tahniah.doakn sy pn pregnant pas ni yer..usaha tgga kjayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semoga sis pun pregnant ya.. :) semoga Allah makbulkan doa sis.. amin.

      Delete
  8. Yuni polak 1,2,5,8 & 9..
    Tp mnggu lps dah check negetiv lor..
    tp piod blm lps lgi..

    ReplyDelete
  9. hihi... sy pun ngah tggu period ni... kalo delay nk cek la kot2 lekat...
    nk mnegharap tapi risau kecewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dimurahkan rezeki sis.. :)
      kalo takde rezeki kali ni, in sha Allah mesti ada rezeki lepas ni plak..

      Delete
  10. wah best nyer...dh bersalin dh pun...Tahniah sis...syukur kpdnya..
    Kes kite sama lah...lepas kawin tu, memang cun time subur...lepas tu, symtom semua ade, demam, selsema, pening2..tengok2 period jugak yang muncul..ermm...belum ade rezeki kot..ni tgh berusaha utk jadi kan test tu positif...Mari kta sama2 mendoakan supaya kita dikurniakan cahaya mata, sentiasa berdoak kepadanya dan juga jgn lupa berusaha OK.. Salam, dr Nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis..alhamdulillah. dimurahkan rezeki anak cepat. kira cepat jugak la kan. :)
      saya doakan semua dikurniakan cahaya mata sis. jangan lupa usaha dan doa. :)

      Delete
  11. Tahniah! saya pun harap2 dapat baby awal jugakk..saya baru 3minggu nikah ni.. dalam 1minggu ni mcm2 yg saya rasa..sakit belakang,pening2,rasa mcm mau demam..perut kembung,asyik2 buang gas beracun,sendawa,betis pun kekadang cramp..selalu sgt mengantuk,dlam buat kerja ofis kdg tetidur jugak..hehehe...naik kereta 5min dah tetidur.. hrp2 ada baby awal laa... :)

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)