Tuesday, December 10, 2013

Sup isi ketam jagung manis~

Sup isi ketam. sedap makan panas² ni.

biasalah, sudah jadi bini orang ni, seribu satu macam dikepala pikir mau masak apa. dapat beli ketam harga runtuh. 1kg RM3.50 jek. fulamak. terus borong 5kg. sudah masak kari, so selebihnya taktau nak masak apa. tibatiba teringat sup isi ketam ni. selalu dapat makan kat kedai seafood. terus tanya pacik gugel resepi sup isi ketam. senang je rupanya. bahan-bahan pun dah ada. so apa lagi, kopek la sekor² isi ketam tu. nak beli crab stick tu malas. kan dah ada ketam depan mata. kita pakai je apa adanya. cuma, lenguh sikit la mau korek isi ketam tu. -_-

so, here we go.

Sup Isi Ketam Jagung Manis

bahan-bahan:-
  • 2 liter air. (ni utk makan 1 family dalam 5 6 orang)
  • isi ketam (kalo mau pakai 1 bungkus crab stick pun boleh). letak ikut suka la..lagi banyak lagi rasa ketamnya
  • 2 biji telur (kalo mau cantik, biasa orang guna putih telur jak. tapi aku guna jak semua. sendiri mau makan. Hehe
  • 1 tin jagung manis (kalo x suka manis, kurangkan jagung manis)
  • 3 sudu tepung jagung (bancuh utk pekatkan sup) kalo mau guna tepung kanji pun boleh. tp aku guna tepung jagung jak
  • 2 sudu sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa secukup rasa

Cara-caranya:-
  • didihkan air bersama isi ketam/crab stick dan jagung manis hingga menididh. kalo guna crab stick carik2kan jak. jgn hancur sgt.
  • kecilkan api. masukkan sos tiram, gula, garam, dan serbuk perasa
  • pecahkan telur di mangkuk dulu. masukkan perlahan-lahan ke dalam sup sambil dikacau. biar dia hancur sikit2.
  • masukkan tepung jagung yg sudah dibancuh
  • tunggu hingga mendidih. 
  • siap utk dihidang.

* selamat mencuba ^___^

6 comments:

  1. macam sedapppppp je...balik nanti nak buat la..huhuhu~ tengkiu for the resipi kak atie.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..memang sedap ni cik hani.. :) sedap lagi time panas2. pergh!! hahaha..

      welcome2.. selamat mencuba... ^__^

      Delete
  2. senangnya pulakkkk. rupanya haaa.. ingatkan ko berhempas pulas di dapur tu. wakakaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakaka..aku berhempas pulas korek isi ketam jak tu..hahaha

      Delete
  3. Lagi sedap lau guna isi ketam ori kan ati.sini mahal gilak oh harga sekilo mau rm20 lbh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)