Friday, March 8, 2013

Kau Perwira!

Jujur. sebelum ni pernah memohon untuk menjadi polis. tapi tidak berjaya. dalam hati, bukan rezeki. sekarang aku dapat jawapan kenapa aku tidak sebaris dengan anggota keselamatan yang lain. sebab aku tidak cukup kuat untuk berdepan dengan musuh. atau pendek kata, aku lemah. aku penakut. aku pengecut.

mereka  wira. walau ada suara sumbang kata tiada syahid untuk mereka, kita bukan siapa-siapa untuk tentukan syahid mereka atau tidak. itu urusan Allah. jelas dan pasti mereka terkorban kerana ingin pertahankan kedaulatan negara. aku juga pasti suara sumbang itu pasti tidak akan sekental wira-wira berdepan dengan musuh negara. 

Mereka jadikan benda ni sebagai satu sandiwara. Aku nak kuar rumah pun takut. Boleh bayangkan tak pasukan keselamatan yg terkorban.?? Boleh bayangkn tak kuarga mereka?? Mereka bertarung nyawa di sini. Disini, di Sabah. Yang mulut macam longkang tu sedap jek tidur beralas tilam bantal. Sekarang ni memang dengan mereka saja kami letakkan harapan. mereka saja wira yang kami ada. Ahli politik??? Haram!!! Jangankan nak jadi wira, jadi balaci pun tak layak sebenarnya.

Al Fatihah  buatmu wira!

Ku sanjung jasamu wira. selagi nyawa masih ada, selagi nafas masih terhembus, jasamu akan selamanya menjadi kenangan. 

Ya Allah, Kau lumpuhkan la penceroboh-penceroboh negara. Kau selamatkan la pasukan keselamatan kami. Amin Ya Rabb.

2 comments:

  1. Salam Atie,
    tabik hormat aku berikan buat semua perwira negara, al-fatihah buat yang terkorban mempertahankan tanah air..

    Sama-sama kita mendoakan moga segalanya kembali pulih. rindukan suasana tenang di LD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bunga Tulip,
      Ya, merekalah wira negara.

      semoga semuanya kembali pulih dan kembali aman. sya pun rindu suasana tenang di kunak. :( rindukan tidur yang tenang.

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)