Saturday, December 31, 2011

CBC Awards Competition 2011~

Last 2 weeks aku ada cbc awards. ceh! macam artis plak ada awards kan. hihihi.

PJK atau CBC(Community Broadband Center)

tapi cbc aku tak dapat apa² award pun malam tu. kesian. takpe, cuba lagi next year. chayok! hehe. 




Wednesday, December 28, 2011

Minggu Terakhir 2011

menyelusuri minggu² terakhir tahun 2011. lepas ni 2012 plak menyusul. azam baru? ehmm, nak kawin kot tahun depan. pergh!! lain beno azam tahun baru ko ni. hakhakhak!!

ala, mesti la nak yang best² kan. mesti la nak yang terbaik kan. sama jugak macam azam tahun lepas tu. mana yang tak tercapai, carry forward je la. kalo ada yang baru nak letak dalam list tu, nanti baru list down. waaa..macam banyak list plak aku. hahah

neway, semoga tahun 2012 akan lebih bermakna dan membawa seribu harapan. amin. amin. amin.




Tuesday, December 27, 2011

Sembuhkan dia sepenuhnya~

Harini tinggal aku sorang kat rumah. mak, bapak & epalejau on the way nak gi airport Tawau nak terbang gi KL. tempat kak As. bapak perlukan rawatan physiotherapy. harap-harap bapak cepat sembuh sepenuhnya. selama ni dia taknak mengadu dia sakit. tapi kitorang tau, takkan secepat tu kaki bapak cepat sembuh. tak nak mengadu la tu. punya la dia tak nak gi KL buat rawatan tu. konon dengan rendam kaki dia kat ais batu, bleh hilang sakit. pak, kalo la semudah tu nak sembuhkan minor strok, tutup dah suma hospital pak. huhu.

.bapak ku sayang. cilok dari epalejau.

mungkin bapak takut nak kena bedah lagi kot. ehm, sape la tak fobia. dah 2 kali bapak kena bedah jantung. mesti la dia dah rasa camana sakitnya kena bedah. tapi kalini bukan nak kena bedah lagi la pak. jangan risau k. hehe. sayang bapak. moga bapak cepat sembuh ya. amin. :) 

lepas ni aku kena masak sendiri. makan sorang². arghh! bosannya! turun lagi la 5kg mcm ni. huhu.

Sunday, December 25, 2011

Berat badan unggul~

Nampak gayanya berat badan aku skng ni adalah  berat badan yang ideal. cer tengok gambar kat bawah ni.

try la click kalo berani
so, stop stop stop makan makan makan atieabid. makan sikit-sikit boleh. jangan melantak. tak baik untuk kesihatan anda. 

so lepas ni kena kasik maintain saja ini berat badan. nanti suma suar jeans tak muat. nanti suma baju tak selesa nak pakai. takut sendat sangat. sendiri tak selesa. takkan nak pakai guni kan? ishkk palis-palis.

Tuesday, December 13, 2011

fakta pasal atieabid~

aku baru jek perasan 2 fakta pasal diri aku.

1. tak bleh minum nestum. nestum tak habis lagi, aku kompom kena gi melabur. tapi nestum sedap owh minum pagi-pagi. huhu.

2. aku sangat raaaaaaajinnnn time datang bulan. time ni mesti aku nak buat suma keja rumah. pastu mengadu sakit pinggang. erk~ bukan la hari lain aku malas. tapi tak la seraaaaajin time bulan mengambang tu.

p/s takde benda aku nak merapu.

Sunday, December 11, 2011

oowww noo0o0!

20hb Dec 2011 ni ada jemputan Majlis Anugerah CBC Sabah d Sabah Hotel Sandakan. so suma staff cbc celcom wajib ada. oo ok lah, no problem kalo nak aku ada. sekali dia bagi tema untuk dinner tu. guest what??? Traditional Costume !! erk! traditional costume? yup! ikut suku kaum okeh. 

bugis. aku berbangsa bugis. pure okeh. mak bapak aku bugis yang masih mengikut adat istiadat bugis yang jitu. cumanya aku je yang tak fasih bahasa ibunda sendiri. rugi kan. huhu. okeh stop. bukan nak berbahas bahasa ibunda kat sini. al-kisahnya..........


 kak as - malam berinai wearing Bugis Costume. 

ko rasa-rasa kalo aku pakai baju ni gi malam dinner tu, apa akan jadi? oh nooo man! dengan emas sampai ke siku. erk bukan emas tulen pun. hihi. ahh tidak. aku tak dapat bayangkan. bukan tak bangga dengan bangsa aku sendiri. aku cukup bangga aku anak bugis. tapi rasanya tak sesuai kot kalo aku nak pakai baju ni kat malam penganuagerahan tu. kot-kot lah kan cbc aku dapat menang 1 kategori(mode perasan kejap), nak naik gi amik hadiah pun aku segan weh. baju ngalahkan orang nak kawin. 

ehmm...still pikir nak pakai baju apa nih..ting tong ting tong dah kepala aku.

niteezzz



sangat tidak larat~

sangat tidak larat. jarang sekali aku dapat demam selsema. tapi sekali kena, rasa macam aku nak demam setahun je. dengan air mata yang tak benti bejuarain. dah tu mata sebelah je yang kena, dah macam orang sakit mata pulak. adeh. dengan hingus yang tak nak habis, dengan batuk yang tak sudah. huhu. memang sangat tak larat. nasib baik la aku cuti 3 hari ni. bleh rehat-rehat kat rumah. 


takpe, kan sakit-sakit ni menghapuskan dosa-dosa kecil. banyak sangat dosa aku Ya Allah. Kau ampunilah aku. amin. 




Saturday, December 10, 2011

BR1M

harini Pekan Kunak dibanjiri orang kampung yang datang nak amik borang. dengan panas, hujan. kesian bila tengok. kat Kampung Lormalong plak, YB Hj Salleh Hj Kalbi datang kat kampung untuk edar borang. ramai yang turun dewan. ok la sikit sebab dewan still dalam kampung. 

CBC Pekan Kunak plak dibanjiri dengan orang² kampung yang nak mintak buatkan surat pengesahan gaji. sanggup tunggu sampai tengari, sampai petang. 

usaha kerajaan nak bagi bantuan ni mungkin ada kena mengena dengan PRU kot. hehe. taknak la buat spekulasi. dah kerajaan nak bantu, alhamdulillah la kan. 

Tuhan tolong lembutkan hati dia~

Ombak rindu. tak putus² panggung wayang tayangkan citer nih. banyak sambutan. bleh kata suma orang dah baca novel Ombak Rindu. tapi aku tak baca novel ke-3. ada baca sinopsis je. ehm. filem ni amik main idea je. banyak plot citer tak sama pun dengan novel. ramai jugak yang frust bila tengok filem nie. bagi aku, ok lah kot. still, aku tetap rasa nak nangis kat dalam tu. tapi kang kena cop jiwang plak oleh my nure', iela. huhu. serius, sepanjang² hari tu jugak la aku duk terngiang² lagu Ombak Rindu ni. duk tersasul² dengan lirik dia.


Ombak Rindu - Adira & Hafiz
Tuhan tolong lembutkan hati dia
untuk terimaku seadanya
kerna ku tak sanggup 
kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia disisiku

tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkanmu kala dukaku
namun hanya kamu
yang mampu membuka pintu hatinya untuk cintaku

malam kau bawala rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tidak kesepian 
selalu rasa ada cinta aku

hujan bawa air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku tersiksa
tanpa cinta dia di hatiku

hanya mampu berserah
moga cahaya tiba nanti

--------------------------------------------------------

OST lain pun meruntun jiwa juga bila dengar. ni kalo tengah putus cinta mesti meleleh air mata dengar lagu ni.

Lara Lagi - Adira
hanya sampai disini saja
kisah cinta kita berdua
tiada daya selamanya
terhenti di sini

biarku pujuk hati ini
merawat rinduku sendiri
setelah aku kau lukai
sedangkan kau tahu

kasih aku hanyalah untukmu
tiada lain dalam diriku
takkan berubah walau dipisah laut biru

cinta aku hanyalah untukmu
tak pernah goyah tak pernah jemu
takkan terpadan dalam hatiku
dia milikmu 
percayalah.

mungkin sudah suratan kita
terpisah sebegini saja
pasti disatu hari nanti
ku jejak bahagia

 --------------------------------------------------------

untuk kamu - hafiz
raut wajah mendamaikan
dan sesuci selembut hatimu
sinar mata mempersona
bagai gugur seluruh jantungku

aku ingin engkau tahu
cinta aku satu
tercipta buat dirimu
hanya untuk kamu

Saturday, November 19, 2011

Basi sudah~

baru nak update pasal UPSR. muahaha. dasar pemalas. epsss..no, i bz sikit minggu lepas n minggu ni. macam bertimbun-timbun keja yang nak kena siapkan. suma nak kena hantar tarikh lebih kurang. dengan assignment BI, dengan minit mesyuarat (pun masih tak siap lagi tuh. mood nak buat belum datang. ^__^), dengan report² cbc. dengan.........waaah ko. macam la banyak sangat kan. porraahh!

neway, congrates untuk adik² yang dapat keputusan yang cemerlang. kat tempat aku ramai gak budak² yang amik keputusan haritu. tapi aku tengok diorang ni sempoi giler. macam takde rasa apa je dengan result diorang. relax je aku tengok. ehm. apa nak jadi la dengan adik² nih. 


 

Monday, November 14, 2011

SPM 2011

Good Luck untuk adik² yang tengah amik SPM tahun nie.
Jawab paper dengan tenang.
ini baru permulaan adik² okeh. step 1 ni step paling penting.
so, gud luck!

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Suma sebok dengan angka keramat ni..
tahun depan plak 12.12.12
tahun depannya plak 13.13.13
erk~~

Thursday, November 10, 2011

bersin. kentut. tension!

tension! tension! tension!

sebok dengan assignment. macam budak masih belajar plak. haih!

tengah sebok-sebok tu bleh plak aku ter bersin.kentut.bersin.kentut.bersin.kentut. buruk tul perangail!
banyak sangat angin dalam perut.

Tuesday, November 8, 2011

Rasa itu sudah tiada~

rasa itu sudah tiada makna
rasa itu sudah lama tiada
rasa itu sudah lama mati

cuma terkadang bila melihat suatu benda yang refleknya pada kamu, hati ini terdetik juga. kamu hanya kenangan indah dalam lapik simpanan kotak  memori aku. yang kadang-kadang mampu membuat aku tersenyum. biarlah kenangan itu berada di situ. 


Friday, October 28, 2011

Lelaki OK jer tapi perempuan??






Lelaki OK jer tapi perempuan??

1. Kalu baju lelaki kedut-kedut, lelaki akan cakap dia tak sempat nak gosok baju. Padahal camana nak gosok baju pon dia tak tau. Tapi kalu pompuan pakai baju kedut-kedut dengan alasan tak sempat nak gosok baju, ini merapu sebab perempuan takkan pakai punya baju yang kedut-kedut nih.

2. Kalu lelaki tak tukar pakaian selama 2, 3 hari, lelaki akan cakap kedai dobi tutup atau tak sempat nak basuh, tak pun disebabkan cuaca tak elok. Tapi kalu pompuan tak tukar pakaian lebih daripada sehari, cam pelik je bunyinya sebab pompuan ni kalu buleh dalam sehari 2 3 pasang dia nak pakai.

3. Kalu lelaki kata malas nak gi majlis, dia akan cakap dia takde kasut yang sesuai nak pakai. Tapi kalu pompuan kata dia takde kasut yang sesuai nak pakai, ini agak mustahil. Cuba periksa rak kasut dia, belambak kasut kat situ. Cakap je nak jenis camana. Mesti ada punya lah.

4. Kalu lelaki tak beli baju untuk jangkamasa yang panjang, dia akan cakap baju yang lama masih elok lagi. Masih selesa untuk di pakai. Tapi kalu pompuan tak beli baju dalam jangkasmasa panjang, mesti pelik kan. Sebab pompuan ni ada sifar gemar bergaya & up-to-date dengan fesyen. Tengok je la online shop tu, suma barang untuk pompuan.

5. Kalu lelaki tak pakai baju d khalayak ramai, dia akan kata cuaca panas sangat. Tapi kalu pompuan tak pakai baju di khalayak ramai, ini memang dah lain macam. 

-credit to dari majalah pesona wanita-

Friday, October 21, 2011

ku mencari~

apa sebenarnya yang aku mahu?
dari semalam rasa macam tak best.
macam ada something yang tak lengkap.
macam ada something yang aku tercari-cari
tapi still tak jumpa.
sigh~

Thursday, October 20, 2011

Bertekad Cemerlang!!

Bertekad cemerlang!

tu la cogan kata UMS. yay! lawak, lucu, kelakar suma ada. sebenarnya rindu tu. tapi ego nak ngaku. pirraahh! poddaaahh!! admit je la ko tu rindu kat UMS tercinta ko kan. eh eh, misti la i rindu. kat situ la i timba ilmu tau tak. 3 tahun aku duk seketam tu, 3 tahun jugak aku duk ip. mana tak rindu. 

dunia study ngan dunia keja sangat jauh beza. last week time pegi KK tgk andy kawin, sempat jugak la aku ngan geng karas meronggeng amik gambar kat UMS macam budak baru nak belajar. perasaan tu lain macam jek. excited yang amat. hahaha.!!! mana taknya, time study dulu takdenye aku nak amik gambar. bukan tak hingin, tapi takde masa. kan kena study. ceh! ayat poyo la ko atieabid.

rindu rindu rindu yang amat! tapi bukan rindu cinta kuliah okeh. rindu dengan kengkawan, rindu dengan pensyarah, rindu dengan suasana. rindu~~~ ^__^

akhirnya ada jugak gambar aku kat sini. ^__^

Tabek springggg la kat SKTM~

Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmatmu. amin~

going back~ rindu lagi. sigh~
sedar tak sedar. dah tua rupanya aku nih. 


al-kisah Qawiem~

salam..

hari tu masa ikut training 1citizen, kitorang suma kena buat portfolio. ehm. rubric suma ada. silap haribulan kalo terpilih bleh menang. cewah. tapi 2 minggu je masa yang di bagi start hari 1st trainig. so, banyak masa terbuang kat kundasang. yelah, bila dah jumpa kengkawan, bila dah happy-happy, kompom-kompom la i tak pedulik pasal portfolio ye tak. last dah kena submit portfolio plak 17hb oct aritu. aiya. nak kata takde masa, yaa memang takde. huhu. mana taknya, 13-15hb tu aku g kk. so, tak sentuh lagi portfolio nih. 16hb tu plak gi hantar kakak balik semporna. pon tak sentuh lagi portfolio nih. 17hb tu la baru gigih aku nak edit sana sini. so, hasilnya tidak la memberangsangkan sangat. huhu. cukup makan aje lah.

al-kisah Qawiem. 
Qawiem sebagai hero dalam video clip aku. haha.

enjoy the video. ngee~

Wednesday, October 19, 2011

eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!

Assalamualaikum.
Tiba-tiba plak teringin nak join contest abang eq. sempat lagi nih nak join sebab deadline pun 30 oct 2011. tajuk dia "Rich Blogger: Fact or Fiction?". erk~ buat dalam melayu sudah. :)

"Rich Blogger: Fact or Fiction?"


Kaya? Ingat senang ke nak kaya hanya dengan blogging?  Terpulang dengan individu untuk mentakrifkan perkataan ‘kaya’ itu sendiri. Ada orang yang kata ‘kaya’ itu bila mampu beli segalanya; banglo, kereta, dan macam-macam lagi hatta benda yang tak penting sekalipun. Mungkin pada “orang tak seberapa nak kaya”, kalau tak beli pun takpe kot. Janji semua keperluan dah dipenuhi. Kalau ada duit lebih hasil dari blogging, boleh la belanja kaum kerabat. Yang pastinya, poket tak pernah kering dan tak terikat dengan hutang piutang.
Ada blogger yang dapat banyak duit hasil dari berblogging sahaja. Ada yang berpuluh ribu. Ada yang beribu. Ada yang beratus dan tak kurang jugak yang puluh ringgit sahaja. Ada yang sampai boleh bayar monthly payment rumah dan kereta. Ini adalah bonus kepada mereka untuk menikmati hasil titik peluh keringat untuk memastikan entry mereka mendapat perhatian followers. Bila dah penuhi citarasa followers, tidak mustahil duit bekepuk dalam akaun nuffnang :).
Ada blogger yang perah otak bagai nak rak untuk hasilkan entry yang bagus semata-mata untuk mengejar trafik. tapi trafik yang dapat pun tidaklah memberangsangkan. Pendek kata, tidak setimpal dengan usaha. Lagi-lagi bila niat dan tujuan asal berblog adalah kerana ingin menjadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Tapi dia lupa skill kena betul. Dan minat kena melebihi segalanya. Kerana dengan minat dan skill, idea itu akan datang dengan sendirinya.
Sebaliknya pula dengan blogger tersohor. Bila nama dan blog mereka  menjadi hot dan hangat di kalangan blogger, bila semua blogger hanya bercerita tentang mereka, bila semua bloglist blogger ada nama mereka, buat la apa saja entry sekalipun, pasti akan menjadi perhatian.  Tak perlu entry panjang berjela, yang penting penulisan yang bersahaja dan kreatif sudah cukup memikat hati pembaca. Yang pastinya, blogger tersohor dan artis terkenal mempunyai aura yang berbeza.
Pokok pangkalnya terpulang kepada jenis penulisan blogger itu sendiri. Jika ingin menjadi kaya dengan hanya berblog, usaha kena lebih. Berbekalkan kekreatifan yang ada di tambah lagi dengan nama yang sememangnya tersohor, tidak mustahil untuk mencapai tahap itu. Tapi rasanya untuk memenuhi kriteria ‘kaya’ itu, mungkin belum lagi.   
-atieabid-

Tuesday, October 11, 2011

Dream World Resort @ Kundasang~

Kalu Desa Dairy Farm macam New Zealand, Dream World Resort plak ala-ala Korea gitu. fuh! memang tenang  giler la bila dah sampai kat sana. sangat-sangat best abadikan muka kat situ. kalu sesapa nak honeymoon, aku cadangkan datang kat tempat ni. sesuei la weh. 

resort ni letak kat atas bukit. boleh nampak 1 kundasang. 

.the main hall. boleh nampak pemandangan kundasang dari atas.
.mode sedang berada di korea. wahaha.

.berlatarbelakangkan gunung kinabalu. sangat cantik.

.my colleague.
.minah tangga.
.Alecia dengan bunga-bungaan. 
.the main hall.
.the room.
.welcome to Dream World resort.

p/s: nak honeymoon kat sini boleh tak? 

Desa Dairy Farm ~ MoOMoO~~

Kalo jalan-jalan kat Kundasang, rugi kalo tak pegi Desa Dairy Farm. kalo nak rasa suasana cam kat New Zealand, datang je kat sini. kalo rasa-rasa nak feel sejuk-sejuk ala-ala obersea, kat sini pom boleh. jangan lupa pakai jaket tebal-tebal yep. sebab memang sejuk sangat. 

orang selalu akan bagi gelaran tempat ni New Zealand Sabah. kat sini bleh nampak lembu-lembu yang macam kat NZ tu la. comey-comey. lagi-lagi kalo nak tambah pengalaman perah susu lembu. haha. ada berani???

.The rock welcoming u.

.susu segar ada jual kat sini. ada 2 perasa. coklat pun ada.

.souvenir pon ada jual. yang ni beli utk epal peminat moO moO. 
.MoO moO sedang berbaris nak kena perah susu.

.tunggu turn. haish. lamanya la. haha.

.view Dairy Farm.

.moOOooOOOoo!!!.

.u rock guys.


.makan rumput pun jadi la.







and last sekali..
.its me atieabid. sejuk woooo..~~

Saturday, October 8, 2011

Lets Rock The World With Positive Online Behaviour~




Semalam balik dari Kundasang. sambil training, sambil bercuti. 2 hari pertama je tension nak gila. stress maybe sebab 2nd day tu ada exam untuk melayakkan aku bergelar 1Citizen Trainer. alhamdulillah aku lulus. ada gak la kawan² yang kena re seat balik exam sebab tak pass. memang cuak gila. dengan bilik exam yang sejuk. aku duduk betul² depan aircon. mau tekencing aku jawab exam. huh!  nak lulus ni, aku kena jawab 86 soalan yang berkaitan dengan behaviour semasa online.



ToT ni buat kat CBC Desa Aman. yang best sebab ditaja oleh company. kalo gagal time ni, kena bayar sendiri. huhuu. 6 hari duduk kundasang. tempat sejuk gila. macam aku ada kat oversea jek. hehe. perasan. dapat plak bilik sorang². gasak la. nak takut apa. bleh la aku teguling² buat macam pilem industan. hihi.


 

Mereka-mereka yang duk online je memanjang sepatutnya amik kursus ni. banyak benda yang dapat belajar kat sini. jangan ego sangat konon suma benda tau la, suma benda senang la. sekali amik exam gagal. maknanya apa tu? community just jawab 45 soalan jek. kalo nak jadi trainer baru jawab 86 soalan. buntang bijik mata.

 

kalo nak masuk website dia, klink link ni. oh ya, congrates to Prestariang sebab certification ni bertaraf antarabangsa. harap² je la aku dapat jadi trainer yang boleh mengubah sedikit sebanyak pengetahuan community kat tempat aku. 

nak share something kat sini. portfolio. tapi rasanya belum boleh sebab belum submit kat portal. kang tak pasal² penyertaan kena cancel. huhu.


Thursday, September 22, 2011

bulan mengambang~

aku rasa bulan dah nak mengambang la. patut la harini aku rasa nak marah je. mood nak mengawan ke ape. erk silap. mood tengah tak best jek dari tadi pagi. so kepada adik-adik yang ada dalam cbc ni, jangan buat hal kat kak tie okeh. kang tak pasal-pasal aku halau. 
watchhhhaaaaa!!

Tuesday, September 20, 2011

Tidak selurus kamu~

Bukan nak mengeluh. jauh sekali rasa tak bersyukur. 

perjalanan hidup orang kan lain-lain. aku lagi lah lain. bengkang bengkok bak ular kena pukul.

lepas habis spm, haluan aku start tak tentu arah. dengan berbekalkan result spm yang tak seberapa, aku sambung belajar kat kolej. kejap je aku kat form 6. tu lah, orang suruh belajar betul-betul, aku banyak main. huhu..

tu la 1st time dalam hidup aku jejakkan kaki kat bumi kl. masa baru sampai kl, bukan main jakun lagi anak pak Hamid ni ha. bila tiap kali pegi kolej, nampak klcc nun, rasa macam tak percaya je aku ada kat kl. jauh tu kl ngan sabah. dipisahkan laut china selatan woo.  

3 tahun aku habiskan diploma. tahun pertama duk sana aku dah tak balik raya. syahdu gila kau! mau tak meraung. bapak aku call malam raya tu. sampai bengkak mata aku nangis. waaaaaaa!! sangat syahdu beraya kat perantauan. nasib baik bukan aku sorang. aku angkut sekali 2 orang kawan sekampung aku yang sama-sma study beraya kat rumah keluarga angkat aku. habis la kitorang kena usung sekali ke johor, negeri 9, melaka. punya main meriah raya diorang. jauh sekali beza kalo nak bandingkan dengan raya kat kampung aku. masa tu pulak musim durian. habis aku melantak durian. sodap! ni hantu durian nih.. ^__^

dalam 3 tahun tu, ada la sekali cuti sem tu aku keja kat kedai butik baju budak. cuti 3 bulan. aku cakap kat mak, aku tak nak balik. aku nak keje sambilan. nak cuba carik duit sendiri. cewah. konon je anak pak Hamid ni nak berdikari. 

habis diploma, aku try cari-cari keja kat kl. bukan senang woo nak carik keja. haduih.! dapat keja kedai buku kat PJ. tp tak lama keja situ, mak suruh balik kampung. carik keja kat kampung je katanya. okeh mak.! arahan diterima.

balik kampung, menganggur nak dekat setahun. woo! lama tu siut. macam nak gila. tapi yang best sebab mak aku support aku amik lesen keta. yahooo!! thanks mak! hehe.

pastu dapat keja kerani biasa kat Pharmaniaga. pun tak lama. sebab aku sambung study kat UMS. pon 3 tahun. semangat gila aku dapat sambung study. haha. orang masuk U, aku pun nak masuk U. kat UMS ni, umur aku antara senior² yang junior. suma orang dok panggil aku "kakak". buhsan tul lah!. baru ingat nak menyamar budak². dah kantoi.. haih!!

habis study, dapat keja kat Giant. ehm. dengan gaji yang pada aku tak setimpal dengan keje, aku try carik keje lain. last² aku dapat masuk Graduate Employability Management Scheme. yang best training kat sini, banyak belajar benda baru. Part 1, in-house training kat Tuaran Beach Resort 2 bulan setengah. dapat layanan baik punya. siap dapat elaun lagi. best giler. pastu part 2 praktikal kat TMPoint Tg Aru. patut selama 6 bulan. tapi aku dapat keja kat PJK. tempat aku keja sekarang.

ehmm. bersyukur dapat keja ni sebab dapat stay dengan mak bapak. tak payah sewa rumah. lunch pun dekat je nak balik rumah.

tapi biasalah, manusia tidak pernah puas dengan apa yg dia ada. mungkin ada ada sikit perasaan tu kot. dalam duk keja ni, aku try usha² keja lain. keja tetap. semoga rezeki berpihak pada aku. amin.







Friday, September 16, 2011

Aku tahu aku tidak cantik~

Dia tahu dia tidak cantik... Tapi, walaupun dia tidak cantik, dia tetap ada kelebihan..

Kerana dia tidak cantik, dia tidak jadi mangsa gangguan lelaki2 yang rosak akhlaknya.

Kerana dia tidak cantik, dia dapat pelihara diri dia daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana dia tidak cantik, dia selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.. 


via Awang Hanizam FB

Selamat Menyambut Hari Malaysia~

Selamat Menyambut Hari Malaysia. 

aku bangga jadi anak Malaysia. aku bangga jadi anak Kunak. (erk..tetiba plak ni.)

suma orang tau 16 Sept adalah tarikh tertubuhnya Malaysia. Sabah & Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu dan jadilah Malaysia. 

erm. tapi ada juga segelintir orang yang tak sedar harini hari apa. punya sedih orang tu kan. patut kena buang negara tuh.

selalu ada ayat ni kuar dari pihak-pihak media. "seluruh Malaysia *termasuk Sabah & Sarawak". erkk. apa Sabah & Sarawak ni luar Malaysia ke? 

pernah tu sorang pakcik tegur aku ngan kengkawan.
pakcik: "anak-anak suma ni dari asal dari mana? sleng lain macam je.."
aku: " kami dari Sabah pakcik."
pakcik: "ooh yeke. selamat datang ke Malaysia.."
aku & kengkawan : "errkkk..bingung jap. Sabah ni luar Malaysia ke..??"

tapi kena la pikir positif. mungkin pakcik tu maksudkan selamat datang ke Tanah Melayu kot. hoho. actually bukan sekali tu je kena macam tu. most of them yang aku baru kenal kat kl tu cakap kat aku macam tu. ehm, takpelah. hukhuk.

anyway. selamat menyambut Hari Malaysia. orang cuti. aku jugak yang keja.  untuk mencari sesuap nasik. ;p


Wednesday, September 14, 2011

Semoga bahagia itu milik kamu selamanya~

Bahagia melihat wajah itu tersenyum.
Bahagia melihat wajah itu ketawa
Bahagia melihat ada insan yang sayang dia dengan tulus
Bahagia melihat tangannya dipimpin oleh kekasih halalnya
Bahagia melihat mereka bahagia.

Semoga bahagia itu menjadi milik kamu selamanya.
selamat pengantin baru kakakku sayang~
Asmiati & Noorhisyam
9.9.11

p/s: erk..aku taknak panggil dia dengan nama tu boleh? aku nak panggil dia abng azlan okeh tak?


Tuesday, September 13, 2011

Selamat Ulang tahun Niena my nure'


Selamat ulangtahun my princess nure'..
jangan nakal-nakal
belajar rajin-rajin
no lop-lop okeh
mck sayang niena. 

andai saja~

Assalamualaikum..

Semakin tak berpenghuni blog aku ni. 

dear diary..
rasa ingin pergi jauh. jauh. jauh. jauh. dan jauh. biar takde kenal kat sapa-sapa. andai saja aku bisa putar balik masa. andai saja aku bisa ulang sumanya. andai saja........

Atieabid. bersyukur la dengan apa adanya. 


Friday, September 2, 2011

Hidup~

Hidup tidak selalunya cerah.
Hidup juga umpama roda.
kamu tidak akan selalu berada di atas
akan sampai masanya kamu akan berada di bawah
di mana kamu bukan la siapa² pada semua orang

Allah itu juga Maha Adil
what goes around comes around.
kerana hidup ini karma
kena ingat itu

jodoh pertemuan semua di sudah tertulis.
andai saja kita tahu siapa jodoh kita
tak payah bersusah payah bercinta bagai nak rak
yang kemudiannya hanya putus di tengah jalan
kalau bukan kamu yang meninggalkan, kamu la yang akan ditinggalkan.
itu lumrah.

ada pasangan yang berjumpa, bercinta, bertunang dah berkahwin
ada pula pasangan yang berjumpa, bercinta, putus. berjumpa pula dengan orang lain. kemudian putus lagi. lagi . lagi. dan lagi


bosan? penat?
bergantung pada hati.
...


Wednesday, August 31, 2011

Jiwa Merdeka!

Salam merdeka raya 2011..

tahun ni special sikit. sebab raya dan merdeka sambut serentak. bukan selalu bleh dapat nih.

Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia.
&
Salam Aidilfitri

semoga tahun ni akan membawa lebih banyak makna.
mintak-mintak mereka-mereka yang suka wat kecoh tu, insaf-insaf lah ye.
bersyukurla sebab bumi Malaysia ni aman & damai.


Thursday, August 25, 2011

Raya ku gumbira!


Raya..
cam besa la raya tahun ni tak amik cuti pun.
antar sebab musababnya ialah sebab aku keja kat kampung sendiri..
so, cuti yang diperuntukkan tu pun dah kira cukup la..
nak tambah cuti pun bukannya nak ke mana..
paling² duk rumah je.

teringat dulu masa keja kat kl.
sangat-sangat-sangat stress dengan tiket yang mahal.
sangat-sangat-sangat stress dengan cuti yang sikit.
seminggu??? mana cukup nak balik kampung seminggu je.
tak sempat nak bermanja kat mak & anak buah.
tak sempat nak dating² pun dengan scandal-scandal.
wahaha. macam banyak scandal je haku.

Rasa macam happy je aku nak sambut raya tahun ni.
bukan sebab aku tak happy raya sebelum ni.
tapi sebab raya tahun ni serba baru.
rumah pun dah renovate sikit.
dah cantik dah. hehe.

akhir kata dari atieabid~
Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ni
Mohon maaf dan ampun kiranya ada terkasar bahasa, sengaja atau tidak.
moga syawal tahun ni membawa seribu makna.
amin.


Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday [1]



Tuesday, August 23, 2011

Nak Duit Raya~

duit oh duit.
ada sapa nak kasi aku duit raya ke?
kan aku tak kawen lagi. so wajib la dapat duit raya kan? kan. kan. kan. kan.
nak mintak ngan kakak abang? boleh je. tapi nak ke diorang bagi ngan aku?
ceh, alasan mereka sangat kukuh untuk tak bagi aku duit raya. sedih sedih sedih.
tapi kan, kalo dapat duit raya dari diorang, best jugak woo.

abang Nuar - RM100
kak Mie - RM100
kak Enceng - RM100
kak Anna - RM100
abg Din - RM100
abg Zul - RM100
Total duit raya tahun ni = RM600

bestnye dapat duit raya banyak ni..!! hahaha. jangan nak perasan la dapat duit raya atieabid hoi! yang sebenarnya.......aku yang kena bagi duit raya tahun ni. -_-! untuk nurek-nurek aku yang berderet-deret tu.

Bapak - RM200 (tak banyak dapat bagi bapak. hehe. bulan depan bleh bagi lagi..hehe)
Mak - RM200 (mak pun dapat macam bapak je la ye. hehe.)
Fahmi - RM50 (alasan kenapa dapat duit raya banyak ni sebab dia dah besar. tak main aa duit raya sikit ni. errkk!)
Nina - RM50 (Alasan yang sama seperti di atas. erkk!)
Iela - RM50 (kecik lagi budak ni. tapi alasan sebab dia posa penuh tahun nie. urgh! ingatkan bocor sehari ke. leh kurangkan duit raya dia jadi seploh ringgit jek. kuang kuang kuang!)
Naiem - RM10 (hihihi. budak-budak kecik tak boleh pegang duit banyak. nanti pi beli gula-gula je. rosak gigi tu kang. ^_^)
Izz - RM10 (alah, izz pun nak duit raya ke? k la, seploh ringgit cukup la tu. seb baik tak bagi 2 ringgit tau. haha. seploh ringgit ni suh ibu topup beli susu k. ^_^)
Husna - RM10 (Una pun tak bleh pegang duit raya banyak-banyak. haha)
Auni - RM10 (Auni pun kecik lagi. tak boleh pegang duit banyak-banyak.)
Irfan - RM10 (Irfan g sekolah kan bawak bekal. so duit poket tak bleh banyak hehe)
E'een - RM10 (sama macam abang Irfan ye. hehe)
Mizan - RM10 (Mizan ni pun sama. tak boleh banyak-banyak. simpan je dalam tabung ok. hehe)
Dzafran - RM10 (Sama cam abang Mizan ye hehe.)
Mysarah - RM10 (baby tak bleh pegang duit. suruh mamy simpan ye. hehe)
Total bagi duit raya tahun ni = RM640

oh tidak! kesiannya saya. tapi duit raya tahun ni ada t&c okeh. sapa yang datang beraya kat rumah aje yang dapat. hahahaha.

semoga dimurahkan rezeki la hendaknya. amin.

***Nurek = anak buah

p/s: psttt boss! duit raya takde ke? orang gomen dapat setengah bulan gaji. kami takde ke? huhuhu..

Monday, August 22, 2011

Emak mana?

‎''EMAK MANA?''

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sedihnya bila terbaca artikel ni dalam fb. mungkin ianya sekadar cerita. tapi mungkin juga ada betul-betul berlaku d luar sana.

rasa sebak dari tadi. napa ntah. emo pulak malam ni. saya sayang mak saya. dia la segalanya.

Wednesday, August 17, 2011

Lappy oh lappy~

Laptop ni sejak 2 minggu suka sangat buat hal. aritu streamyx buat hal. ni laptop plak. adeh. hidup aku ni macam tak aman je kalo tak tengok laptop sehari. ada jugak kena tukul ni karang. kang tak pasal-pasal aku kena pecat sebab tukul laptop company. nasib baik kayu besbol takde kat tepi ni haa..


rasa macam nak geget-geget je lappy ni haa...ishkkk..

p/s: sabar atieabid. posa ni. huhu

Friday, August 12, 2011

I Love You This Big~

jatuh chenta dengan lagu nih. dengan sora dia. aduh.~~~

I Love You This Big~



Scotty Mccreery - I Love You This Big


I know I'm still young

But, I know how I feel

I might not have too much experience

But, I know when love is real.

By the way my heart starts pounding

When I look into your eyes

I might look a little silly

Standing with my arms stretched open wide.

I love you this big

Eyes have never seen... this big

No-one's ever dreamed... this big

And I'll spend the rest of my life

Explaining what words cannot describe but, I'll try

I love you this big

I'll love you to the moon and back

I'll love you all the time

Deeper than the ocean

And higher than the pines.

Cause girl, you do something to me

Deep down in my heart

I know I look a little crazy

Standing with my arms stretched all apart.


p/s: Thanks my dear Pqah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)