Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Jiwa Merdeka!

Salam merdeka raya 2011..

tahun ni special sikit. sebab raya dan merdeka sambut serentak. bukan selalu bleh dapat nih.

Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia.
&
Salam Aidilfitri

semoga tahun ni akan membawa lebih banyak makna.
mintak-mintak mereka-mereka yang suka wat kecoh tu, insaf-insaf lah ye.
bersyukurla sebab bumi Malaysia ni aman & damai.


Thursday, August 25, 2011

Raya ku gumbira!


Raya..
cam besa la raya tahun ni tak amik cuti pun.
antar sebab musababnya ialah sebab aku keja kat kampung sendiri..
so, cuti yang diperuntukkan tu pun dah kira cukup la..
nak tambah cuti pun bukannya nak ke mana..
paling² duk rumah je.

teringat dulu masa keja kat kl.
sangat-sangat-sangat stress dengan tiket yang mahal.
sangat-sangat-sangat stress dengan cuti yang sikit.
seminggu??? mana cukup nak balik kampung seminggu je.
tak sempat nak bermanja kat mak & anak buah.
tak sempat nak dating² pun dengan scandal-scandal.
wahaha. macam banyak scandal je haku.

Rasa macam happy je aku nak sambut raya tahun ni.
bukan sebab aku tak happy raya sebelum ni.
tapi sebab raya tahun ni serba baru.
rumah pun dah renovate sikit.
dah cantik dah. hehe.

akhir kata dari atieabid~
Selamat menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ni
Mohon maaf dan ampun kiranya ada terkasar bahasa, sengaja atau tidak.
moga syawal tahun ni membawa seribu makna.
amin.


Tuesday, August 23, 2011

Nak Duit Raya~

duit oh duit.
ada sapa nak kasi aku duit raya ke?
kan aku tak kawen lagi. so wajib la dapat duit raya kan? kan. kan. kan. kan.
nak mintak ngan kakak abang? boleh je. tapi nak ke diorang bagi ngan aku?
ceh, alasan mereka sangat kukuh untuk tak bagi aku duit raya. sedih sedih sedih.
tapi kan, kalo dapat duit raya dari diorang, best jugak woo.

abang Nuar - RM100
kak Mie - RM100
kak Enceng - RM100
kak Anna - RM100
abg Din - RM100
abg Zul - RM100
Total duit raya tahun ni = RM600

bestnye dapat duit raya banyak ni..!! hahaha. jangan nak perasan la dapat duit raya atieabid hoi! yang sebenarnya.......aku yang kena bagi duit raya tahun ni. -_-! untuk nurek-nurek aku yang berderet-deret tu.

Bapak - RM200 (tak banyak dapat bagi bapak. hehe. bulan depan bleh bagi lagi..hehe)
Mak - RM200 (mak pun dapat macam bapak je la ye. hehe.)
Fahmi - RM50 (alasan kenapa dapat duit raya banyak ni sebab dia dah besar. tak main aa duit raya sikit ni. errkk!)
Nina - RM50 (Alasan yang sama seperti di atas. erkk!)
Iela - RM50 (kecik lagi budak ni. tapi alasan sebab dia posa penuh tahun nie. urgh! ingatkan bocor sehari ke. leh kurangkan duit raya dia jadi seploh ringgit jek. kuang kuang kuang!)
Naiem - RM10 (hihihi. budak-budak kecik tak boleh pegang duit banyak. nanti pi beli gula-gula je. rosak gigi tu kang. ^_^)
Izz - RM10 (alah, izz pun nak duit raya ke? k la, seploh ringgit cukup la tu. seb baik tak bagi 2 ringgit tau. haha. seploh ringgit ni suh ibu topup beli susu k. ^_^)
Husna - RM10 (Una pun tak bleh pegang duit raya banyak-banyak. haha)
Auni - RM10 (Auni pun kecik lagi. tak boleh pegang duit banyak-banyak.)
Irfan - RM10 (Irfan g sekolah kan bawak bekal. so duit poket tak bleh banyak hehe)
E'een - RM10 (sama macam abang Irfan ye. hehe)
Mizan - RM10 (Mizan ni pun sama. tak boleh banyak-banyak. simpan je dalam tabung ok. hehe)
Dzafran - RM10 (Sama cam abang Mizan ye hehe.)
Mysarah - RM10 (baby tak bleh pegang duit. suruh mamy simpan ye. hehe)
Total bagi duit raya tahun ni = RM640

oh tidak! kesiannya saya. tapi duit raya tahun ni ada t&c okeh. sapa yang datang beraya kat rumah aje yang dapat. hahahaha.

semoga dimurahkan rezeki la hendaknya. amin.

***Nurek = anak buah

p/s: psttt boss! duit raya takde ke? orang gomen dapat setengah bulan gaji. kami takde ke? huhuhu..

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan~

apa la ko ni atieabid. orang dah nak masuk posa ke 13, ko baru nak wish happy ramadhan?? nampak sangat ko tak pedulik blog ko kan. wakaka.

maklumlah, bz dengan keja. bz dengan event sana sini. sampai nak patah pinggang. just imagine, Program jelajah IT je buat kat 3 tempat.
Program Jelajah IT Pusat Jalur Lebar Komuniti
2hb Aug 2011 - Kampung Dasar Baru
3hb Aug 2011 - Ladang Mostyn
4hb Aug 2011 - SMK Kunak

Majlis Berbuka Puasa Bersama staff CBC & SKMM
10hb Aug 2011 - CBC Lormalong


banyak benda nak kena prepare. hamper, sijil penghargaan, venue, nak kena hias tempat lagi. tak nak la cikai-cikai kan. ni suma bawak imej company.

komen pasal Program Jelajah IT ni, hampa sikit la dengan sambutan. mungkin orang kampung belum dapat pendedahan sangat. bak kata Pengarah SKMM Sabah, En. Bukhari Yahya, kat situ la peranan kami sebagai pengurus PJK. kenalkan mereka dengan dunia IT. bagi mereka tertarik nak join apa jua event kami. memang tercabar jugak la dengan keadaan & persiapan yang kelam kabut. dapat semangat baru jugak la meeting aritu.

Majlis Berbuka Puasa tu sangat puas hati. actually ada bengkel sekali time tu. tapi excited sangat dengan majlis berbuka posa plak. setting tempat ala-ala promenade (mode perasan. hahaha.) gitu. sampi 12.30pm berkampung kat cbc. many thanks to my colleague. =). makanan sangat sedap. rugi tak ambik awal-awal. kalo tak, bleh rembat banyak skit. hahaha.


esoknya tak boleh bangun. waaaa..sakit pinggang! ponteng keja la jawabnya. huhuhu. sangat-sangat-sangat tak larat nak bangun. aduh. gawat gawat gawat.

mode: feeling raya dah ni. ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)