Tuesday, March 29, 2011

Aku ada masalah buah pinggang?

Rasanya dah lebih berbulan-bulan aku ada masalah kerap buang air kecil. kadang tu sampai lebih dari 10 kali dalam sehari. tak larat nak ke toilet. pantang sejuk sikit, terus ke toilet. pantang minum ais sikit, terus ke toilet. kalu dalam keta kena aircon sejuk pun terus nak tekucil. bayangkan kalo dari tawau nak ke kunak. dalam keta tu tak tahan nak terkucil. sepanjang ke kunak tu mana la ada perhentian. sangat sengsara. aduh.

kalu masuk mall, aku akan pastikan aku tau kat mana toilet awam. kat dalam mall pun taktau la nak kira berapa kali ke toilet. tengah best-best shopping, sekali rasa nak ke toilet. huhu.

kat opis pun sama. 1 hari kat opis. nak 5 6 kali jugak akan ke toilet. benci la. kadang tu air kencing dah bukan rupa kencing dah. kalo aku masukkan dalam botol air mineral tu, kompom orang ingat tu air minum. jernih.

adik kata pi cek doktor. mungkin ada masalah buah pinggang. choi choi choi!! gila ka apa.

so, tadi aku search kat pacik google. ya, masalah aku mungkin kat pundi kencing atau buah pinggang. arghhh!! bikin pusing. jiwa kacau.

macam-macam hal la minggu ni. penat. sangat.

p/s: Intra. yes, love u.

Friday, March 25, 2011

Result SPM~

Kepada yang dapat result gempak tu, tahniah k. pada yang kecundang, hidup korang belum berakhir okeh.

tadi ramai masuk tempat aku isi borang online. majoriti budak lepasn spm. lihat raut wajah yang bermacam-macam. ada yang happy dengan result dorang. ada yang sedikit hambar bila ditanya. ah sudah.. ok la, akak taknak tanya la kalo macam tu.

ingat lagi time aku amik keputusan spm. berdebar siot. rasa nak terkencing pun ye jugak. result takde lah gempak. huhu. sape suruh malas belajar. tau nak bersukan aje. tak pun, tau nak lepak je. skng ni baru nak nyesal? hempuk kepala baru tau.


Thursday, March 24, 2011

Cirit-birit~

Tiada angin tiada ribut, balik keja terus kena cirit-birit. tak larat sudah mau ke toilet. perut plak memulas every 2 minutes. sakit okeh. muntah dah 2 kali. huh!

time mak urut tadi, kepala rasa pening. macam nak pitam. rupanya nak muntah. terus lari ke sink. dah makan ubat pun masih sama jugak. habis ubat tekeluar balik. huhu.

bapak bagi minum air kelapa+kopi. rasanya oh my God. sukar untuk digambarkan. bapak kata insya Allah lepas minum tu ok. i hope so. huhu

ada yang kata aku keracunan makanan. ehm, ingat balik apa benda yang aku makan seharian ni. pagi tadi makan biskut dan bun. bun beli kat southern. ke roti tu dah expired? huh. ntah la. lunch tadi balik rumah makan nasik macam biasa. petang tu makan bun lagi. so, benda apa yang aku tersilap makan ni??? adeh la perut. stop la dr memulas. please. sakit la.


Kamu tahu itu~

situasi 1:
kamu tahu lelaki tu ada gelfren. tapi kamu tetap mahukan dia. alasan kamu kononnya dia tidak bahagia bersama gelfrennya. ah kamu hanya memandai sahaja. kamu tahu kamu lebih cantik dari sang gelfren. dan sang gelfren tidak layak bersama lelaki itu. kamu merebut dia. dan akhirnya dia jatuh ke tangan kamu. kamu bahagia dengan dia. tapi kamu lupa ada hati yang terluka.

situasi 2:
kamu tahu lelaki tu ada gelfren. kamu tahu tapi kamu tetap mahu berhubungan rapat dengan dia. kamu seolah menafikan kewujudan sang gelfren. hati wanita, dia mesti akan rasa something bad happen. hanya ingin mencari kebenaran, dia dapatkan number hp kamu dari orang lain. bukan ingin menyerang, sebab dia tahu itu bukan la tindakan yang bijak. dengan cool dia call kamu, kamu angkat call dia, kamu diam tidak bersuara. seolah kamu tahu siapa yang call kamu. kamu cantik, kamu alim dengan berpakaian rapi muslimah. tapi kenapa lakukan ini pada kaum sejenis kamu?

mungkin juga sang boyfren yang mengaku single. dan ntah apa lagi yang dia cerita ke kamu. banyak sangat kemungkinan. dan akhirnya, sang gelfren mendiamkan diri hingga ke sudah. tapi sakitnya kamu tidak rasa.

situasi 3:
kamu tahu dia sudah ada gelfren. sebab mustahil kamu tidak lihat status "in relationship with ..." di dalam akaun fesbuknya. kamu add sang gelfren sebagai rakan kamu. tanpa ragu, sang gelfren approved kamu sebagai rakan dia jugak. tidak lama lepas itu, sang gelfren lihat gambar kamu bersama sang boyfren. sangat rapat. dia tanya kamu, tapi kamu menafikan yang kamu tidak tahu pun dia ada gelfren. dan kamu mengaku yang kamu sangat rapat dengan dia. untuk apa? mungkin untuk membuatkan sang gelfren cemburu dengan kamu. kamu mengadu seolah-olah kamu tidak bersalah. ah, susahnya wanita ini. sudah gaharu cendana pula.

--
sumber: ....

Ntah la mau cakap benda ni sebagai apa. kebetulan? maybe..

p/s: andai saja kamu tahu~


Tuesday, March 22, 2011

Bicaraku pada bulan~

serasa ingin menangis malam ini. rasanya dari semalam aku tahan perasaan. tahan hati. ntah la sampai bila. penat. sangat.


bicaraku pada bintang
bicaraku pada bulan
berikan aku sinarmu
aku ingin disayangi seadanya aku
aku ingin dicintai selayaknya aku

aku punya hati
aku punya perasaan
cuma terkadang bila ingin menjaga hati sendiri daripada terus terluka
aku lebih rela butakan mata pekakkan telinga.
aku tahu
aku rasa
seolah pudar serinya di hujung sana

Penat~

ku lari ke hutan kemudian teriakku
ku lari ke pantai kemudian menyanyiku
sepi.. sepi.. sendiri.. aku benci

Aku ingin bingar, aku ingin si pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri
pecahkan saja gelasnya biar ramai!
biar mengaduh sampai gaduh

ada malaikat menyulam jaring laba-laba di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera..
atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

P/s: sajak buat kamu.

Friday, March 18, 2011

Apa punya perangai la minah nih~

Nak kata budak², dah besar panjang. kalo kawen, dah jadi mak anak 5 dah. tapi perangai ntahapaapantah.

kalo bercakap tak pernahnya nak pelan². dah tu suka sangat hentak² meja. aku cukup pantang betul dengan orang macam ni. suara dah la macam halilintar. bila dia cakap tu, macam la aku ni pekak. macam la aku nie jauh sebatu sampai dia nak teriak².

cukup buat sakit kepala. dah la tadi mood memang tengah tak best. memang kena sound la minah tu. bukan nak buat dia malu. tak. tapi aku tak suka dia buat macam cbc tu bapak dia yang punya. haish.

ko tu pompuan, buat-buatla beradap sikit. jaga sikit tingkah laku tu..huhu

Thursday, March 17, 2011

Andainya kau tahu~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

P/s: untuk kamu c chenta hatiku~

Sunday, March 13, 2011

Is that u my chenta?

Is that u my chenta??

u know what? it just like u threw me away from ur life. why not u just tell me that u never need me anymore? atau lebih tepat, sudah tiada cinta di hati. kan lagi senang. tak perlu sembunyi macam ni. tak perlu terlari-lari macam ni. tak perlu menghindar sampai macam ni sekali.

kamu tau tak, sakit sangat bila dapat tau kebenaran yang kamu menghindar dengan cara begini. dengan aku, kamu seolah tidak pernah berubah apapun. seolah kamu masih macam kamu yang dulu. seolah sayang kamu tidak pernah berubah. seolah aku masih lagi segalanya. segala-galanya berjalan seperti biasa. seperti tiada yang berubah. dan aku tidak pernah mengesyaki apa-apa. ah, bodohnya aku. butanya mata. pekaknya telinga.



tapi dibelakang aku? kamu seolah membuang aku jauh dari hidup kamu. kamu gembira dengan hidup kamu tanpa aku. tanpa gangguan dari aku mungkin. itu yang sebenarnya bukan?

selama ni, semua alasan kamu aku terima bulat-bulat. tanpa sebarang sangsi. kerana aku mengharap jujur kamu. sehingga ke hari ini pun, aku susah untuk terima hakikat.

kecewa aku hanya tuhan yang tau. mungkin tuhan nak bukakan mata aku yang selama ini aku selalu butakan. telinga yang selalu aku pekakkan. hanya sekadar untuk menjaga hati sendiri dari terus terluka. tapi akhirnya, terluka juga.

bangkitla wahai atie. sedarla dari mimpi. kau tidak diperlukan lagi. kau hanya mainan. semua ini hanya sandiwara. bangkitla, teruskan hidupmu. semuanya sudah terbukti. kau tidak perlukan sebarang penjelasan pun. sebab dengan segala penjelasan itu, kau akan lebih terluka.

dear chenta. mungkin ini yang terbaik. kamu tidak perlukan aku lagi kan. dan kini, aku ingin mengundur diri. kamu tidak perlu bersusah payah menghindar begini lagi.

nasihat aku, berterus terangla andainya tiada lagi sayang di hati. jangan digantung hati ini tanpa tali. tanpa pasti. sakitnya hanya Allah yang mengetahui.

Friday, March 4, 2011

Follower yang ke 100~

Waaa~ tak sangka follower sudah mencecah 3 digit. follower sudah sampai 100. nice number. Thanks kepada yang sudi follow. walaupun kadang-kadang tu ada yang main follow je tanpa baca pun entry. lepas tu memang tak singgah pun lagi blog nie. yelah, blog picisan la katakan. ahahaha. tak kesah sebenarnya. =)


mula² aku pernah cakap dengan epalejau yang aku taknak letak follower widget kat dalam blog aku. sebab takut takde yang sudi nak follow. memang lama jugak la tak letak widget nih. tapi tiba² rasa nak cabar diri sendiri. wahhh ayat!! haha. orang letak, aku pun nak letak. tapi tu la. berkurun jugak nak tunggu follower bertambah. sebab aku jarang promote blog. mungkin 1 disebabkan komitmen yang tak seberapa. entry pon setahun sekali nak update. kadang berhabuk kat dalam draft entry yang tak siap.

kepada yang sudi baca, thanks ya..=) aku hargai sangat². ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)