Saturday, March 24, 2012

get well soon tom-tom~

kesian tom-tom. dah ready nak gi keja lepas lunch tadi tengok adik usap-usap kepala tom kat tangga bawah. mak ada cakap tom sakit. tak nak makan. tapi tadi bila tengok tom sesak nafas, aku rasa aku pun nak terikut sesak nafas sekali bila tengok keadaan dia macam tu. dengan nafas tercungap-cungap, dah tak leh nak bernafas kat hidung. air liur pun dah meleleh-leleh sebab bernafas guna mulut je. dengan mata sebelah kanan dia bertahi mata. mata pun dah kecik sebelah. tom lemah sangat. nak berdiri pun dah tak larat. mengiyau pun asal bleh dengar je. Ya Allah, sedihnya tengok tom tadi. nak amik gambar memang aku tak sampai hati tadi. 
comel kan tom. time ni sihat. dia suka main sorok-sorok.

bawak tom gi klinik haiwan. nasib baiklah ada orang bleh rawat tom. tom kena suntik. pastu orang tu bagi ubat. dia kata tom kena hampus. mungkin sebab sejuk. yelah, rumah baru pasang aircon. mungkin tom tak tahan sejuk. huhu. keluar jugak air mata jantan aku tengok tom kena suntik tadi. ni 1st time aku nangis tengok kucing sakit. selalu tu memang la kesian. tapi still leh control air mata jantan. tapi tadi aku tewas. oh tidak. :(. patut esok kena suntik lagi, tpi klinik tutup. so, terpaksa tunggu isnin. sad. nasib baik ada ubat.

tadi balik keja tengok tom dah ok sikit. tapi still lemah. tom takmau makan. mungkin takde selera. yelah, kita yang manusia ni pun bila sakit hilang selera makan. huhu. berdiri pun selangkah 2 langkah je. panaskan tom susu nak bagi dia minum. tu pun guna suntik bagi dia minum sebab dia taknak langsung minum sendiri. tapi kita tau dia lapar. adik tolong suntik susu tu kat mulut tom. ada lah sikit isi perut tu. harap-harap esok tom sihat & bleh makan macam biasa.
ni tom tengah tido. tido la sayang. esok bangun sihat k.
 tom, get well soon ya sayang. 


2 comments:

  1. alhamdulillah..sihat2 sudah dia sikit kan..kalau ku ingat balik masa aku jmpa dia di tangga tu, takutnya laa bah. macam ndada harapan sudah. dapat lagi pkerja klinik tu taunya cakap: 'selalunya kalau begini memang ndada sudah ni kak..' menyampah aku..dulu si tom hitam pun begitu jugak ayatnya. tampar baru tau..

    ReplyDelete
  2. apa la orang tu..kin takut jak..ndak pasal2 aku pun ikut menangis tgk c tom..

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)