sedih. lihatkan saja wajah nenek ini, sedih. kau punya rasa? kau punya kasih? kau punya sayang? bila saja aku putar punat "play" itu, airmata aku merembes-rembes tidak berhenti. ingin aku peluk nenek tua itu. ingin aku dakap nenek tua itu. sebak. tidak sanggup untuk kuputar kembali paparan itu. cukup sekali.
betapa seorang anak bisa meninggalkan ibunya yang dalam keadaan lumpuh sorang diri.
ku kira, si anak sudah mati accident. kerana tiada khabar. dan tiada tanda untuk menampilkan diri. ku tidak ingin mencipta dosa kering dengan menuduh yang bukan-bukan. bisa fitnah jadinya. ah, rupanya dia masih hidup di luar sana. rupanya perkiraan aku salah.
jangan jadikan "susah" sebagai alasan. syukur tuhan tidak ambil nyawa ibumu saat pekerja hotel menghulur bantuan. andai saja kamu tahu susahnya ibumu memberi kamu nyawa. andai saja kamu tahu susahnya ibumu bertarung nyawa. andai saja kamu tahu, si ibu tidak inginkan lebih jika kamu tidak mampu. andai saja kamu tahu berada denganmu, dengan susah senangmu adalah kebahagian ibumu, adalah keselesaan ibumu. andai saja kamu tahu.
anak, berbaktilah pada ibumu. selagi nyawanya dikandung badan.
Ya Allah, pelihara aku adik beradik dari hati hitam seperti anak itu. aku sayang mak aku.
sedih sangat msa tgk video makcik tu nanges..terus ingat kat mak di rumah..betul xmo tuduh anak dia sengaja tingal..mungkin something jadik kat anak dia huuu..
ReplyDeletetu la..sedih kan..tp bila dapat feedback dari anak dia pulak, cakap dia tinggalkan tu sebab nakkan keselesaan ibunya, rasa nak marah pun ada..huhu
ReplyDelete