Saturday, March 31, 2012

senyum tak perlu kata apa².

senyum tak perlu kata apa-apa.
mungkin pahit.
kena terima.

kau tiada hak
kau tiada kuasa
hanya perlu mendengar kata


Dasar lelaki buaya!

dah ada bini. anak dah ada 3 orang. tapi dok habiskan duit beli kredit nak begayut ngan aweks. kan bagus duit tu ko belikan anak ko susu ke, pampers ke, makanan ke. takde kesedaran sivik punya laki. pentingkan nafsu sendiri. 

kesian kat bini dia duk cari duit. jual pisang goreng, jual air jus, jual macam² lagi sebab nak cari sesuap nasik. si laki bukan nak bantu, menghabiskan boreh lagi ada. laki apa macam tu? dayus. baik tak payah ada laki kalo macam tu. 

kalo tadi perangai laki tu elok, takpelah jugak. nih sibuk menggatal ngan pompuan lain. 

Ya Allah, peliharalah aku, jauhilah aku dari lelaki² dayus macam nih. amin.

Friday, March 30, 2012

undi undi undi~

Next Month ada kursus di Lost World Tambun. sekaligus ada malam awards untuk cbc. ehm ok. kitorang dibagi pilihan untuk memilih tema malam tu. 

1. Rock & Roll
2. Wild-wild west (Cowboy)
3. Unit Beruniform
4. Retro 70an
5. Scary Outfit.
Ehm..dan aku undi untuk tema Rock & Roll. sekarang ni tengah tunggu jawapan je undian mana yang tertinggi. apalah agaknya tema kali ni.

Tuesday, March 27, 2012

kurelakan kau pergi~

pergi la jauh-jauh
jangan datang lagi
aku dah penat ko tau tak?
aku dah tak larat
malam aku tak bleh tidur
siang aku kacau sebab kau

dah sebulan ko kacau hidup aku
udah-udah le tu. just go away BATUK!!

Monday, March 26, 2012

aku yang penggadoh!

sudah 12 tahun aku tinggalkan sekolah menengah. tapi tadi tiba-tiba teringat zaman tu. zaman yang penuh dengan suka duka. erk, rasanya suka je yang banyak. sebab masa tu tak terpikir nak bayar sewa tu, nak bayar bil ini, nak beli barang tu, nak beli barang ini. hanya berdepan dengan cikgu dan kawan-kawan. 

tingkatan lima aku jadi olahragawati kelas A. serius aku tak pernah terpikir akan pegi sejauh tu since aku tak aktif olahraga dari form 1. paling pun hoki & bola baling. selebihnya, aku malas nak ikut. nak kata jaga kulit tu, jauh sekali. sebab aku ikut kawad kaki. hitam legam ya ampun. tuhan saja yang tahu. dolu-dolu aku ni kena panggil si tomboy. kat rumah ke, kat sekolah ke, suma gelar aku tomboyies. takde maknenye aku nak jaga penampilan time tu. boleh dikira aktif la jugak. tapi aku sedikit pendiam. aku lebih banyak mendengar. tapi aku tersangat garang. 

ya, aku pernah lempang budak lelaki. aku pernah baling duster kat kepala budak lelaki sampai berdarah. aku pernah pukul belakang budak lelaki guna penyapu. kalo ingat balik, ya Allah penggaduhnya aku. tapi kenapa aku buat suma tu? kenapa aku lempang budak lelaki? kenapa aku baling duster kay mahadi? kenapa aku pukul budak lelaki guna penyapu? ko gila nak buat suma tu tanpa sebab? 

aku lempang budak lelaki tu sebab pegang bontot aku. secara spontan la katakan. mana tak, tekejut beruk aku kena pegang bontot. memang nak kena pelempang la tu jawabnya. memang padan muka dia kan?

aku baling duster kat mahadi sebab dia jentik kepala aku. hamboi! menyirap gila darah aku. ko nak kutuk aku, ko punya pasal. ko nak ejek aku, ko punya pasal. tapi bila ko sentuh kepala aku, ko memang sangat kurang hajar. ko memang nak carik penyakit dengan aku. ko tunggu pembalasan si pitung! sekali baling tak kena. dua kali baling pon tak kena. tiga kali baling pun tak kena. balingan ke empat cun aje kena dahi dia. buk! baru puas hati aku. ehm, pun salah dia kan???

aku pukul belakang razlan guna penyapu sebab dia panggil aku pelacur. adoi! bacul gila mulut dia. time tu aku pegang penyapu, sekali je aku libas kena belakang dia. oppps!! terkena plak. ingatkan nak bagi amaran. tapi kena betul-betul tu memang rezeki ngko la kan. 

aku memang garang dengan budak lelaki. aku tak suka kena buli. ehm, memang dasar panas baran. :(

tapi sekarang, aku cool. cewah. perasan. 


Saturday, March 24, 2012

fobia itu memenatkan~

actually, aku tak pernah benci kucing. aku cuma takut. sebab dulu kecik-kecik abang-abang aku suka sakat aku ngan kucing. siap kena cakar-cakar. time aku tido diorang leh letak kucing atas dada aku. jahat tul makhluk-makhluk ni yang membuatkan aku fobia dengan kucing. 

aku takut nak pegang kucing. nak angkat lagi la. haram. boleh pengsan wo kalo kena sakat ngan kucing. lagi-lagi kucing baru lahir. tolong la jangan bagi aku. kang tak pasal-pasal aku nangis.

tapi kat rumah, ada je kucing. ada kucing yang naik sendiri. ada kucing yang bapak amik dari kazen, amik dari rumah pakcik. semuanya pun manja-manja. dan semuanya pun comel-comel.

kalo kucing lapar, aku bagi makan. siap bangun subuh semata-mata nak gorengkan ikan untuk kucing. tapi aku taktau yang kucing tak elok makan ikan goreng. huhu. sory. see, aku tak benci kucing. aku sayang. tapi aku takut. fobia.

pakar ada kata, kalo nak hilangkan fobia kena lawan kat benda yang kita fobia tu. langkah pertama yang aku buat, usap-usap kepala kucing. pastu usap perut dia. tu je yang aku mampu setakat nih. nak angkat-angkat, dukung-dukung tu aku takde keberanian lagi. satu family tau pasal tu.

mungkin kena buat next step. tengok la dulu. tunggu keberanian itu datang. 

get well soon tom-tom~

kesian tom-tom. dah ready nak gi keja lepas lunch tadi tengok adik usap-usap kepala tom kat tangga bawah. mak ada cakap tom sakit. tak nak makan. tapi tadi bila tengok tom sesak nafas, aku rasa aku pun nak terikut sesak nafas sekali bila tengok keadaan dia macam tu. dengan nafas tercungap-cungap, dah tak leh nak bernafas kat hidung. air liur pun dah meleleh-leleh sebab bernafas guna mulut je. dengan mata sebelah kanan dia bertahi mata. mata pun dah kecik sebelah. tom lemah sangat. nak berdiri pun dah tak larat. mengiyau pun asal bleh dengar je. Ya Allah, sedihnya tengok tom tadi. nak amik gambar memang aku tak sampai hati tadi. 
comel kan tom. time ni sihat. dia suka main sorok-sorok.

bawak tom gi klinik haiwan. nasib baiklah ada orang bleh rawat tom. tom kena suntik. pastu orang tu bagi ubat. dia kata tom kena hampus. mungkin sebab sejuk. yelah, rumah baru pasang aircon. mungkin tom tak tahan sejuk. huhu. keluar jugak air mata jantan aku tengok tom kena suntik tadi. ni 1st time aku nangis tengok kucing sakit. selalu tu memang la kesian. tapi still leh control air mata jantan. tapi tadi aku tewas. oh tidak. :(. patut esok kena suntik lagi, tpi klinik tutup. so, terpaksa tunggu isnin. sad. nasib baik ada ubat.

tadi balik keja tengok tom dah ok sikit. tapi still lemah. tom takmau makan. mungkin takde selera. yelah, kita yang manusia ni pun bila sakit hilang selera makan. huhu. berdiri pun selangkah 2 langkah je. panaskan tom susu nak bagi dia minum. tu pun guna suntik bagi dia minum sebab dia taknak langsung minum sendiri. tapi kita tau dia lapar. adik tolong suntik susu tu kat mulut tom. ada lah sikit isi perut tu. harap-harap esok tom sihat & bleh makan macam biasa.
ni tom tengah tido. tido la sayang. esok bangun sihat k.
 tom, get well soon ya sayang. 


Tuesday, March 20, 2012

Belajar menabung~

Buku wang saku untuk nurek-nurek aku.~
tadi masa bank in duit, nampak staff Maybank tu ada jual benda alah nih. murah je. RM1. sesuai beli untuk anak-anak. ceh! macam la aku ada anak kan. beli untuk nurek-nurek aku. bagi diorang belajar menabung sikit. jangan tau nak membazir je. duit saku rm400 sebulan. mana taknya hari-hari nak lunch kfc. mana lemak tak belipat kat perot! hamboi! ngalahkan aku time study U dulu. (perasan bagus la nih).

bagus jugak buku nih. bleh ajar budak-budak tu menabung dari kecik. (aku yang besar gedabak ni pun payah giler nak menabung!). 

papepon, gud luck untuk nurek-nurekku sayang.

**nurek = anak buah

Tuesday, March 13, 2012

Vanila Coklat, Bicara Hati, Nora Elena.

Vanila Coklat, Bicara Hati, Nora Elena. 

suma tu drama kawin paksa. yang pada awalnya tak berkenan. tapi last-last jatuh cinta ngan pasangan masing-masing. sebab itu semua drama. kalu tak buat happy ending, nanti panggung kena bako! 

pernah tak terlintas dalam fikiran kau akan kena paksa kahwin dengan orang yang kau langsung tak kenal.  ok, ini bukan zaman siti norbayah nak main paksa-paksa kawin. tapi apa bezanya bila setiap kali pun soalan yang sama ko kena tadah telinga. perkara yang sama kau kena ceramah. pernah tak kau terfikir, cinta kau akan kena halang hebat oleh family. takde sorang pun yang sebelah kau. sampai satu masa kau kena putuskan cinta kau. kau makan hati sorang-sorang. kau hilang selera makan. kau hilang gelak tawa. kau hilang semuanya. dan dalam masa yang sama kau kena "suruh" kawin dengan orang lain. mesti kau rasa nak mati kan. 

mungkin aku silap menilai. atau aku tersalah pilih. ok. untuk sedapkan hati sendiri.


Monday, March 12, 2012

kacau~

ingin menangis dalam hujan
ingin mencarut dalam diam
hati tiada bisa tenang

ku tidak ingin pasrah begini
menyerah sebelum semua pasti
mengalah sebelum bisa mengakhiri

aku bisu dalam kata
aku tuli dalam riuh
jiwa kacau dalam sendu

Dimana kasih dimana sayang?


sedih. lihatkan saja wajah nenek ini, sedih. kau punya rasa? kau punya kasih? kau punya sayang? bila saja aku putar punat "play" itu, airmata aku merembes-rembes tidak berhenti. ingin aku peluk nenek tua itu. ingin aku dakap nenek tua itu. sebak. tidak sanggup untuk kuputar kembali paparan itu. cukup sekali. 

betapa seorang anak bisa meninggalkan ibunya yang dalam keadaan lumpuh sorang diri. 

ku kira, si anak sudah mati accident. kerana tiada khabar. dan tiada tanda untuk menampilkan diri. ku tidak ingin mencipta dosa kering dengan menuduh yang bukan-bukan. bisa fitnah jadinya. ah, rupanya dia  masih hidup di luar sana. rupanya perkiraan aku salah. 

jangan jadikan "susah" sebagai alasan. syukur tuhan tidak ambil nyawa ibumu saat pekerja hotel menghulur bantuan. andai saja kamu tahu susahnya ibumu memberi kamu nyawa. andai saja kamu tahu susahnya ibumu bertarung nyawa. andai saja kamu tahu, si ibu tidak inginkan lebih jika kamu tidak mampu. andai saja kamu tahu berada denganmu, dengan susah senangmu adalah kebahagian ibumu, adalah keselesaan ibumu. andai saja kamu tahu.

anak, berbaktilah pada ibumu. selagi nyawanya dikandung badan. 

Ya Allah, pelihara aku adik beradik dari hati hitam seperti anak itu. aku sayang mak aku.

Sunday, March 11, 2012

25 June VS 26 June 2012~

company ada buat trip naik gunung Kinabalu dengan SKMM sekali. dah bayar dah yuran naik gunung. patutnya naik this March. tapi sebab dah penuh, so kena book untuk trip lain plak. tapi masa bayar tu, tak tau the exact date bila. cuma ada dengar ura-ura bulan Jun. so semalam dah dapat confirmation tarikh untuk naik gunung. 26 june 2012. 

heh! sengih kambing je aku masa Atiqah bagitau tarikh tu. macam familiar je lah kan tarikh tu. mana taknya, 25 June 2012 tu kak Iza, abg Nazri, Man & Kak Ria kan nak datang dari KL. dah plan dari tahun lepas dah pon. tiket dah beli dah. dah plan macam-macam dah. nak bawak diorang round Sabah. semampu aku. insya Allah. hukhukhuk. nampak gayanya, niat aku nak naik gunung sekali lagi terbatal. thats mean the fee burn la kot. ntah, malas nak pikir.

bak kata Atiqah, "utamakan family". and yah, kak Iza & abg Nazri dah macam family aku dah. aku dah anggap diorang kakak dan abang aku sendiri. so, aku korbankan naik gunung untuk bercuti bersama insan yang kusayang. :) 

Gunung Kinabalu~ Kita mungkin tidak berjodoh June ini. :-(

Thursday, March 8, 2012

Tom~Tom

Ni bukan tom-tom-bak hokey. ni c Tom kucing kesayang adik aku. c Tom ni suka berebut ngan aku. suka sangat carik gaduh ngan aku. tak padan ngan tecik dia tu.

dia suka:-
- lari laju-laju-laju pastu tak tekan break dan menyisip masuk kat pintu yang terbukak kecik jek. pastu baik punya landing atas katil. manyak cantek muka ko kan Tom!
- suka gesel badan dia kat kaki aku. Tom! aku tak suka la ko buat macam tu. geli!
- aku baru je bukak pintu bilik, dia yang menyisip masuk kelam kabut pastu sembunyi kat tepi katil sambil main langsir.
- Tom paling suka main sorok-sorok.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)