Wednesday, October 19, 2011

eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!

Assalamualaikum.
Tiba-tiba plak teringin nak join contest abang eq. sempat lagi nih nak join sebab deadline pun 30 oct 2011. tajuk dia "Rich Blogger: Fact or Fiction?". erk~ buat dalam melayu sudah. :)

"Rich Blogger: Fact or Fiction?"


Kaya? Ingat senang ke nak kaya hanya dengan blogging?  Terpulang dengan individu untuk mentakrifkan perkataan ‘kaya’ itu sendiri. Ada orang yang kata ‘kaya’ itu bila mampu beli segalanya; banglo, kereta, dan macam-macam lagi hatta benda yang tak penting sekalipun. Mungkin pada “orang tak seberapa nak kaya”, kalau tak beli pun takpe kot. Janji semua keperluan dah dipenuhi. Kalau ada duit lebih hasil dari blogging, boleh la belanja kaum kerabat. Yang pastinya, poket tak pernah kering dan tak terikat dengan hutang piutang.
Ada blogger yang dapat banyak duit hasil dari berblogging sahaja. Ada yang berpuluh ribu. Ada yang beribu. Ada yang beratus dan tak kurang jugak yang puluh ringgit sahaja. Ada yang sampai boleh bayar monthly payment rumah dan kereta. Ini adalah bonus kepada mereka untuk menikmati hasil titik peluh keringat untuk memastikan entry mereka mendapat perhatian followers. Bila dah penuhi citarasa followers, tidak mustahil duit bekepuk dalam akaun nuffnang :).
Ada blogger yang perah otak bagai nak rak untuk hasilkan entry yang bagus semata-mata untuk mengejar trafik. tapi trafik yang dapat pun tidaklah memberangsangkan. Pendek kata, tidak setimpal dengan usaha. Lagi-lagi bila niat dan tujuan asal berblog adalah kerana ingin menjadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Tapi dia lupa skill kena betul. Dan minat kena melebihi segalanya. Kerana dengan minat dan skill, idea itu akan datang dengan sendirinya.
Sebaliknya pula dengan blogger tersohor. Bila nama dan blog mereka  menjadi hot dan hangat di kalangan blogger, bila semua blogger hanya bercerita tentang mereka, bila semua bloglist blogger ada nama mereka, buat la apa saja entry sekalipun, pasti akan menjadi perhatian.  Tak perlu entry panjang berjela, yang penting penulisan yang bersahaja dan kreatif sudah cukup memikat hati pembaca. Yang pastinya, blogger tersohor dan artis terkenal mempunyai aura yang berbeza.
Pokok pangkalnya terpulang kepada jenis penulisan blogger itu sendiri. Jika ingin menjadi kaya dengan hanya berblog, usaha kena lebih. Berbekalkan kekreatifan yang ada di tambah lagi dengan nama yang sememangnya tersohor, tidak mustahil untuk mencapai tahap itu. Tapi rasanya untuk memenuhi kriteria ‘kaya’ itu, mungkin belum lagi.   
-atieabid-

3 comments:

  1. salam atieabid,
    terima kasih join contest abg eq ni. abg eq dah baca dan penulisan abid bersahaja.
    abg eq akan linkkan kat blog abg eq. nnt boleh singgah tengok ok..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Abang eq nak alamat utk pos button dulu.
    Nanti klik dekat dengan header blog abg eq yang ada CONTACT.
    Isikan details dalam form tu dan submit ok.
    Abang eq pos button dulu.

    -eqbalzack.com-

    ReplyDelete
  3. salam abg eq.

    waaa..tq2..dah submit dah details dalam form tu. :)

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)