Thursday, December 9, 2010

Kenapa Blog???

thanks suya sebab tag. =)

kenapa aku blogging? sebenarnya ini blog aku yang kedua. aku start blogging dari tahun 2004 lagi. dah lama dah. coursemate yang kenalkan. dia kata blogging nie lebih kurang macam diary online. kita boleh luah apa saja kat dalam tu. boleh letak gambar. ehm, ok. aku macam berminat je dengan benda alah nie. yelah, dunia diary aku stop zaman skolah kan. lepas masuk alam kolej, dunia jadi lain sikit. nak tulis-tulis diary pun dah malas.

bila dah buat akaun, start la mempost yang bukan-bukan. segala luahan rasa. segala benda yang jadi kat tempat keja. heh. lucu pun ada bila ingat balik. penulisan memang ntah apa-apa la. template pun tak reti sangat nak tukar.

kekallah blog pertama tu sampai tahun 2006. masa tu aku sambung study kat ums. di awal tahun study, aku masih aktif blogging. tapi semua kengkawan aku taktau pun yang aku ada blog. taktau camana 1 hari tu, member aku jumpa blog aku tu. ~Seindah Rasa~ . masa tu kat lab ict. bukan main lagi dorang dok kutuk aku. dok sakat aku. malu sey. aku tak suka diperlekehkan macam tu. aku ni ada panas baran sikit. ehm, tapi selama kat ums, aku tak pernah marah. kalo ada benda tak puas hati pun, aku selalunya akan diam. tapi taktau kenapa hari tu aku rasa aku seperti diperbodohkan. aku seperti diperlekehkan. dorang dok baca blog aku kuat-kuat kasik dengar 1 lab. bodoh piang tul aku rasa dorang nie. siap gelak-gelak. argh! bencinya. aku dah suruh diorang senyap. kalo nak baca, baca je la. jangan la sampai nak malukan aku kat dalam lab tu. serius. aku rasa malu. malu sangat-sangat. boleh tak kau orang baca diam-diam. yang kau orang kecoh 1 lab tu apsal? memang saja nak tengok aku marah. mungkin diorang ingat aku ni jenis tak pandai marah kot. sebab tu la berani perlekehkan aku macam tu. tapi sabar aku ada hadnnya. aku suruh diam, taknak diam. last-last aku herdik. 1 lab dengar. kan kau dah malu. aduh. aku bukan niat nak kasi malu kau orang. aku cuma tak suka korang buat aku macam tu.

memang la betul bila kau cakap "dah post kat blog, bagi orang baca. nak marah kenapa pulak??, kalo taknak orang baca, jangan buat blog."
ada aku kata tak kasik orang baca ke? kalo memang aku taknak kasik orang baca, post tu akan tetap jadi draft sampai bila-bila. aku tak kesah kau nak baca. baca la. tapi bila kau ejek-ejek, gelakkan aku, baca kuat-kuat sampai 1 lab dengar, pada aku itu sudah lebih. kau tak hormat aku sebagai kawan kau. aku dah kata jangan, kau kau kau dan kau masih jugak seronok tahap gaban wat aku malu kan. so, kalo kena herdik oleh aku, maaf je la.

lepas gaduh tu, aku terus delete akaun aku. rasa menyesal pun ada. sebab aku sayang blog tu. blog pertama aku. agh, bengong la kau ni atieabid. ikut hati sangat.

lepas tu aku tak buat blog dah. malas. geram. sibuk. suma ada.

sampailah bila lecturer aku bagi assignment kena buat blog. aduh! kenapalah itu pulak assignmentnya. tapi rindu aku pada blog terubat jugak la sikit-sikit. masa tu buat blog untuk assignment semata-mata. tapi sebab tak tahan hati, akhirnya aku create 1 lagi blog. ini la hasilnya. =)

aiyo. ini citer pasal lain dah ni. dah lari tajuk. alamak. sory-sory.

Kenapa blog?
blog aku nie hanyalah 1 medium untuk aku luahkan rasa. blog ini blog peribadi. aku bukannya buat blog ni untuk duit. nuffnang tu pun sampaila ke harini aku tak faham camana nak apply kat blog aku. huhu. aku tak kesah la, ada duit ke tidak masuk nuffnang aku tu. yang aku tau, aku suka bila aku betul-betul boring, aku akan baca balik apa yang ada dalam isi perut blog nie. rasa macam masa tu berputar kembali. aisemen. ada-ada ja la kau ni atieabid.

orang kata, hidup kita adalah dunia pentas semata-mata. aku la heroin dalam pentas aku. aku jugak la director. jalan cerita semua aku lakarkan dan abadikan dalam blog nie. semua cerita adalah kisah benar. bukan rekaan semata-mata.

dulu, adik aka epalejau selalu kata aku pandai buat karangan. selalu buli aku buat karangan dia masa sekolah. kalo aku tak buat, dia ngadu kat mak aku. mak aku pun apalgi, marah kalo aku tak ajar dia. last sekali, bukan ajar dia tapi aku yang buat karangan tu. dia lak sedap-sedap tidur. cit! pastu dapat plak karangan terbaik. bagus betul. aku rasa masa tu sebab aku banyak baca buku. hari-hari aku akan pegi library kat pekan. semua buku aku rasa aku dah baca dalam tu. sebab tu aku mudah mengarang ayat. tapi sekarang? aku start dah malas membaca. novel pun setahun sekali baru baca. ntah la, otak pun dah tumpul. skill dah hilang. sebab tu dalam blog aku nie boleh nampak macam blog budak hingusan. ah, malas nak kisah. janji aku happy. :-)

aku suka blogwalking. aku suka baca blog-blog besar yang tak pernah ketandusan idea. aku suka jenguk blog-blog yang ada banyak tips. aku suka singgah dan baca blog-blog yang macam-macam ada kat dalam dia. bukan hanya peribadi, tapi suma la. ada umum, ada dunia, ada artis. walaupun mungkin aku hanyalah silentreader je. kadang aku komen, kadang tak komen. kadang tinggalkan jejak, kadang tak.

tapi sejak 2 menjak nie, macam ramai yang singgah blog aku. sory sangat-sangat sebab blog aku hanyalah blog picisan. xda apa-apa kat dalam tu. =(.. mesti korang menyesal kan singgah sini. huhu. tapi takpe, aku tetap jejak balik blog korang. as long as tinggalkan jejak. kalo aku rasa aku suka blog tu, aku masukan dalam bloglist aku. so, senang nak tengok kalo dia update.

so, aku rasa cukup la dulu. banyak sangat membebel. hee..nanti sambung lagi.

p/s: esok kawan kawin, lusa sorang lagi kawan bertunang. tahniah korang. =)


10 comments:

  1. okew what.. atie antara blogger yang awal suya kenal dalam dunia blogging.. and i love the way u are dear.. :) simple and nice. bukan ayat penggoda okew..heeeeeee

    ReplyDelete
  2. hehehe..tq suya..=)

    ayat penggoda??? maybe-line? siky guwrl?? hahaha..

    biarlah seadanya je..simple.hehe..

    ReplyDelete
  3. apekah maksud picisan.?

    sorilah saya bukan antara mereka yang selalu singgah blog ni. -.-"

    sibuk......! T.T

    ReplyDelete
  4. M. Faiz Syahmi: picisan tu maksudnya blog saya nie hanya blog "kecil" kalo nak bandingkan dengan blog besar mcm redmummy, benashari tu suma..hehe.

    alah, xpe..saya fhm tu..hehe

    ReplyDelete
  5. wahahahahaa..kenapa kah kau mengingatkan aku kisah kau kena buli buatkan karangankuuuu? padan la UPSR karangan dapat C kan? sebab semua kerja rumah ku ko yang buatkan..wakakakaka..

    ReplyDelete
  6. wahaha..tu la ko..tukang buli...aku jugak yg jadi mangsa. upsr aku karangn dapat A tau..hahaha..

    ReplyDelete
  7. As'salam..

    suke tag nie lain daripada yang lain..

    ReplyDelete
  8. saya suke baca kandungannya...jumpe blog ni ms bw. bley i follow...=)

    ReplyDelete
  9. @Amy: ni tag dari cik suya..hehe..dari entry bertukar jadi tag.. :) amy dah buat ke?

    @cemmomile: thanks cemmomile..:) sila2..ni nak terjah blog cemmomile plak nie... :)

    ReplyDelete
  10. huhu..as sokong kak atie!! ber'blog bukan hanya mahu jana pndapatan semata2.Hanya utk kepuasaan dalam melakar tiap rasa hati. Nuffnang?..hahaha!! as pun sama, masih terkial2 dgn template dan pasal pndapatan..lagik lah, tak layan..hihi :P

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)