Penyakit baru datang menyerang agaknya. Sejak 2 menjak ni aku bukan main sakan lagi shopping online. dari tudung beralih ke baju plak. tu wall fesbuk aku tu sumanya update pasal baju baru. tak pun tudung baru. shawl baru. inner baru. jangan tak tau, aku beli jugak baju-baju untuk kids. untuk sape lagi kalo bukan untuk anak-anak buah aku ramai tu. pernah sekali tu owner tu ingat aku beli untuk anak aku. mana taknya, aku siap order cloths drypers lagi ha.
kadang tu sampai seharian la aku membelek collection yang ada. tengok fesyen-fesyen terbaru. kalo berkenan dengan harga aku order la. bisnes online dah jadi trend plak sekarang nie. dan aku la yang menjadi shopperholicknyer. ini la bila dikatakan tak kuat iman. senang amat la tergoda dengan fesyen baru. adeh. sebenarnya ada banyak sebab kenapa aku rajin shopping online nie. (ceh, nak cover diri sendiri la tu..hakhakhak..)
1. Sebab aku jarang dapat shopping kat shopping complex. mana taknya, kampung aku nie pekan je. bukan ada midvalley atau 1borneo yang tersergam indah pon. huhu. kesian kan kampung aku. tapi yang penting, kampung aku aman dan damai. masih suasana kampung lagi. belum tercemar. haha. so, kalo nak shopping tu kena turun Tawau yang jaraknya ambil masa 1 jam bawak keta. bukan tak nak turun, tapi masa dan keadaan yang menghalang. ada je la penghalang. huhu. tapi sekali dapat turun, haaa amek kau! shopping sakan si kawan.. nasib baik tak habis duit gaji. hihi.
2. Sebab yang kedua, jimat masa aku gak kan. kalo shopping online ni, leh pilih baju sambil baring. classss gitu. leh minum-minum-makan-makan lagi. hakhakhak. sebab banyak masa aku habiskan kat opis dan rumah. cuti pun duk rumah. so, duk rumah tu sambil menyelam minum air sirap la. online-shoping-shoping-online. tu la keja aku.
3. Sebab yang ketiga, baju-baju yang aku nampak ni santek laaa. berkenan di hati. so, senang je. order, pastu bayar guna m2u. klik-klik-klik-klik je dah siap. tinggal tunggu barang sampai. then amik kat pos opis. yeeeeyeee dapat baju baru. :-)
Tapi...... ada tapi jugak. shopping online ni macam-macam ragam ada. kadang bila order, dia kata ada stock. tapi tup-tup seminggu lepas tu kata takde stok. suh plak carik lain. ehm, aku ni dah la bukan senang nak berkenan ngan baju. lagi-lagi kalo dia nak cepat. abih, takkan la kita nak order tu main rembat je kan. mesti nak jugak pilih yang berkenan di hati. sebab baju tu bukan nak pakai sekali. kalo boleh biarlah puas hati. nanti leh bali lagi. hehehe..
ada plak tu, bila tanya ready stock ke atau pre-order, katanya ready stock. setahu aku, kalo ready stock, harini order paling lama pun 3 hari baru dia pos. ni tak, sampai dah 3 minggu tak pos jugak. duit dah bayar dah. dah tu bila dia kata dah pos, bagi plak tracking number not found.
walaweh! ok, memang ada kes tracking number not found padahal parcel sebenarnya ada. tu kesilapan website pos tu la kan. aku tau benda tu. tapi bila aku bagitau dia yang tracking number tu not found, dia bleh kata "kalo barang tak sampai gak, saya akan pulangkan $$". tapi sampai 2 minggu barang tak sampai jugak. haih! mula la kepala aku ingat aku dah kena tipu. lagi-lagi bila aku pm dia plak tak reply. bila aku send msg kat wall dia pun, senyap jek. tengok pulak kat wall ramai yang tanya sama soalan ngan aku. ko rasa tak apa yang aku rasa? mula la hantu aku datang. sound direct baik punya kat wall. dah aku pm x balas kan. sekali tu reply pon 3 4 hari macam tu. dia pulangkan duit aku balik dan cakap kalau barang tu sampai dia halalkan aje. weh! aku bukannya nak pakai barang free la. aku bayar okeh. tapi kalo nak berniaga tu buatla cara nak berniaga. buat la betul-betul.
so, aku malas nak balas balik. kalo barang tu sampai, sampaila. aku bayar gak balik. bukan nak free pun. dalam masa seminggu baru barang tu sampai. terus aku transfer balik n inform kat dia. hmmm. macam-macam hal.
setakat nie tu je la masalah aku time shopping online nie. yang lain-lain tu, aku senang deal dengan diorang. kalo macam barang pre-order tu memang dah tau dah kena tunggu lama sikit. tu paham la jugak kan. so, kalo memang dah berkenan sangat tu, beli je la. tapi kena sabar tunggu. tak kesah pun. bukan lari pun gunung di kejar. hehehe.
whee hee, bestnya ada geng. Akak ingat akak sorang je suke shop online! :D
ReplyDeletehohoho..akak pun ke.. :D
ReplyDeleteharini je habis lagi seratus beli baju online..hahaha..
aku bukan nda minat ni shopping online..tapi belum ada barang yang ku minat ku jumpa..tungguuuuuuu!
ReplyDeletewooo..tungggguuuuuu!!!...nti ku kasi tgk wall yang manyak best2 aa..hehehhe
ReplyDeletehaha. tapi tunggu ada duit semula :D
ReplyDeleteAtie dr dulu mmg kaki shopping pun. hahahaha! ops! :P
ReplyDeletetp akak mmg xde la shopping online. kalo teringin sgt, call org tu, jumpa, ambik & byr terus. sonang sket! :)
Abg Nazri mmg rajin la membeli secara online nie. dia sume beli kat ebay je. so far sume brg sampai cuma antara cepat dgn lambat je. sbb ada yg guna kapal, ada yg by air (bukan air water tu ye tp udara), ada yg kiriman biasa. so adat le tu. janji brgnya sampai kan? cepat atau lambat tu, ikut nasib la...
hehehe...xtau la camana nak wat dengan perangai kaki shopping ni akak..huhuh..x shooping kat mall, kat online pun jadi la..adeh..juling mata tgk banyak baju cantek..haha
ReplyDeleteoo nti atie try kat e-bay plak..hehe.
tu la pasal..dr cepat atau lambat je. kadang tu smpi lupa yg atie ada beli barang. sebab lambat sgt nak tunggu..huhu..
sng kn shop online...
ReplyDeletexpyh nk siap2+make up2 sume..
hadap je lappy pstu godek la brg ape yg nk dibeli..hihi
betul betul betul..!!
ReplyDeletehehehe..pilih2 je, bayar then sampai kat kita..hihi..