1) Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.
2) Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Contoh ayat: Bah, kamu pigi lah dulu - Kamu pergilah dulu.
3) Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Contoh ayat BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli beras di kadai sana." Boy menjawab, "Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"
4) Untuk menegur atau menyapa orang. Lazimnya org sabah akan menyebut "Bah" bila berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.
Contoh-contoh ayat: 1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"
PENYALAHGUNAAN "BAH"
Masyarakat sabah memang sinonim dgn perkataan "BAH" yang begitu unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering disalah ertikan oleh masyarakat selain Sabah. Mari kita menghayati dan renungi penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-ayat ini:
1. "apa kabar bah?"-kononnya mau bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh.)
3. "bila balik bah?" (Tak Betul Gak)
Oleh itu marilah bersama-sama menggunakan Bahasa Sabah dengan betul, jangan memalukan diri anda dengan kononnya menggunakan Bahasa Sabah tetapi sebenarnya salah.
Lagi...Bahasa Sabag and Bahas Indonesia are TOTALLY DIFFERENT THINGS.. Yg terindon 2 ndak taulaa??
ah betul bah... ah kaw!
ReplyDeleteah kaw!! butul butul butul..butul baaaaa..
ReplyDeleteah kaw!
ReplyDeletebutul baa?
butul bah..percayalh kerana ianya benar..hehe
ReplyDelete