Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan~

apa la ko ni atieabid. orang dah nak masuk posa ke 13, ko baru nak wish happy ramadhan?? nampak sangat ko tak pedulik blog ko kan. wakaka.

maklumlah, bz dengan keja. bz dengan event sana sini. sampai nak patah pinggang. just imagine, Program jelajah IT je buat kat 3 tempat.
Program Jelajah IT Pusat Jalur Lebar Komuniti
2hb Aug 2011 - Kampung Dasar Baru
3hb Aug 2011 - Ladang Mostyn
4hb Aug 2011 - SMK Kunak

Majlis Berbuka Puasa Bersama staff CBC & SKMM
10hb Aug 2011 - CBC Lormalong


banyak benda nak kena prepare. hamper, sijil penghargaan, venue, nak kena hias tempat lagi. tak nak la cikai-cikai kan. ni suma bawak imej company.

komen pasal Program Jelajah IT ni, hampa sikit la dengan sambutan. mungkin orang kampung belum dapat pendedahan sangat. bak kata Pengarah SKMM Sabah, En. Bukhari Yahya, kat situ la peranan kami sebagai pengurus PJK. kenalkan mereka dengan dunia IT. bagi mereka tertarik nak join apa jua event kami. memang tercabar jugak la dengan keadaan & persiapan yang kelam kabut. dapat semangat baru jugak la meeting aritu.

Majlis Berbuka Puasa tu sangat puas hati. actually ada bengkel sekali time tu. tapi excited sangat dengan majlis berbuka posa plak. setting tempat ala-ala promenade (mode perasan. hahaha.) gitu. sampi 12.30pm berkampung kat cbc. many thanks to my colleague. =). makanan sangat sedap. rugi tak ambik awal-awal. kalo tak, bleh rembat banyak skit. hahaha.


esoknya tak boleh bangun. waaaa..sakit pinggang! ponteng keja la jawabnya. huhuhu. sangat-sangat-sangat tak larat nak bangun. aduh. gawat gawat gawat.

mode: feeling raya dah ni. ^__^

Tuesday, July 12, 2011

~Sahabat. i need u.

Aku perlukan seorang kawan sekarang ini. untuk berjalan. untuk makan. untuk bercerita. untuk berkongsi rasa. hanya sekadar ingin meluangkan masa bersama seseorang yang bergelar sahabat. seseorang yang bisa melayan kerenahku. seseorang yang bisa mendengar bebelanku. seseorang yang bisa aku menangis di bahunya. what a pathetic person aku ni. i dont even have a fren like this. i mean, in here. Kunak. sahabat-sahabatku nun jauh di sana. sudah punya kehidupan sendiri. =)



Thursday, July 7, 2011

Day 01 → Something you hate about yourself.

Something i hate about my self?

apa yang aku benci tentang diri aku? ehm, tak baik la benci diri sendiri. Allah dah bagi yang sempurna mungkin untuk hambaNya. walaupun aku tak cantik, tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada, dengan apa yang Dia kurniakan untuk aku.

Walaupun hidung aku kemek, tak bermakna aku benci dengan hidung aku. dulu masa kecik² orang selalu kutuk aku. aku selalu nangis. kalau kat sekolah belajar subjek sains, bila cikgu sentuh bab hidung, mesti aku terasa. masa tu nak masuk bawah meja je rasa. huhuhu.

bila tengok orang kat luar sana yang ada cacatnya, aku selalu cakap dengan diri aku, bersyukur sebab aku masih sempurna.

alhamdulillah.

tapi kalo dikira dari segi perangai, ada banyak jugak yang aku benci. sumtimes, aku ni pemalas. suka sangat bertangguh buat kerja. last minit la katakan. lagi² time study dulu. nak kena wat asemen, selalu sangat buat last minit. ni bila dah keja pun, kadang² terbawak jugak perangai tu.

adeh. tak dapek den nak nolong. xoxo..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)