bila orang tanya, kau sudah pernah daki Gunung Kinabalu? jawapan aku tidak pernah. dan yah, aku malu sebab aku orang sabah. wei, ni bukan pasal sabah tak sabah. ni pasal kekuatan minda dan fizikal la. kalo berani sila la naik. tapi kena pastikan anda fit. kalo tidak, sampai Laban Rata je la.
|
Timpohon Gate~ selamat mendaki.^___^ |
perjalanan bermula dari Timpohon Gate. start dalam pukul 8.30am. guide tu cakap kalo yang fit dalam kul 2pm dah sampai Laban Rata. kalo yang tak fit tu, ada yang sampai dalam pukul 6pm. oh my. aku tak fit. adakah aku akan sampai pukul 6.00pm??? petua yang dapat dari en. Hisham SKMM Sarawak, just enjoy. tengok alam sekitar. pendakian memang tak akan terasa. kalo kaki dah penat sangat, jangan berenti rehat terlalu lama. sebab nak mula balik memang kaki akan tambah sakit. jalan je slow-slow. langkah kecik takpe. tak bedosa pun. nguah nguah nguah!
setiap 1KM ada pondok-pondok yang disediakan, just in case nak buang air atau nak tambah bekalan air minum. dinasihatkan tak payah la bawak botol air yang besar gedabak ye. bawak je botol air mineral yang kecik tu. selagi boleh minimumkan berat beg kalo nak naik atas. beg galas aku, mintak guide yang bawakkan. sebab aku tau aku memang tak larat nak usung sampai ke atas. dan dikenakan bayaran 1KG=RM8. beg aku 5kg. pergh! sakit jugak nak mengusung tu.
lagi petua dari incik Maiame, bila susah nak bernafas, pastikan bernafas guna mulut dan hembus nafas guna hidung. yaa! memang betul kata incik Maiame. aku amalkan disepanjang pendakian ni. dan ianya berhasil. ^___^. dan lagi 1, jalan zig zag, baru tak rasa sakit sangat kat kaki.
tuuu diaaa. harusla amik gambar kat setiap perhentian dan setiap KM. excited gila bila aku dah jumpa pondok dan signboard KM tu. oh ya, berenti makan kat Pondok Layang-Layang iaitu KM4. mana tak, dah sampai Pondok Mempening, sesuai sangat dengan nama pondok tu, aku memang dah pening-pening. nak muntah pun ada. sangat excited bila jumpa KM5.5. yeargg! dah dekat nak sampai Laban Rata. nak makan. nak rehat. nak tidur!
|
10 minutes!!??? yay!! |
|
|
|
yay!! masa ni cuma ingat nak duduk je. kaki sangat berat nak angkat. |
akhirnya sampai kat Laban Rata pukul 4.00pm. makan makan makan, pastu masuk bilik rehat. dalam bilik ada 4 katil double dacker. means, memang tempat tu hanya untuk tidur je la.
|
time to rest. pastikan rehat dan tidur cukup. sebab 2.00am dah nak naik puncak~ |
masa kat Laban Rata ni sangat sejuk. setiap 2 jam aku akan terjaga. takut sangat tak cukup tidur. tapi memang tak bleh nak tidur nyenyak sebab sangat sejuk. mandi?? jangan nak mimpi. air macam air batu. heater rosak. aku basuh muka guna tissue basah. gosok gigi kena panaskan air. serius sejuk. masuk sampai ketulang aku yang tak berapa nak tahan sejuk nih.
baju tidur aku adalah baju yang nak buat naik ke puncak. stoking 2 lapik. glove 2 lapik. kul 11pm tu betis aku kejang. nasib baik ada Nurul Afiqah tolong sapu dan urut guna minyak panas. okeh, rasanya kat Laban Rata nie, baik la sapu minyak panas kat kaki ye. takut time naik puncak plak tiba² kaki cramp. lagi susah. lepas kena urut kaki, memang tak bleh nak tido. last-last panaskan air dan makan maggie. sesuai sangat nak panaskan badan. makan biskut yang ada oat ye. jadi perut tak lapar sangat.
1.30am, kitorang breakfast roti dan nescafe je. lepas ni, sesapa nak buang air tu, sila la ye. kat atas nanti kasi lancar perjalanan. berkumpul seawal 2.00am dan dengar briefing dari guide. dalam 2.15am start gerak naik puncak. jom menuju puncak!!!!
u know what, tangga tangga tangga dan tangga. sempot mak! tapi kuatkan jugak semangat. sampai merangkak aku nak naik tangga. takpe, menuju puncak punya pasal. ada 2.8km je lagi nih. chayok hamiatie chayok!
TALI?? ok sebenarnya aku gayat gila bila sampai part tali. sikit lagi aku nak serender. tapi aku dah tak bleh nak reversed. so, nak tak nak, aku kena jugak teruskan. melekat kat batu aku. punya la gayat. tp alhamdulillah, aku berjaya jugak melepasi part-part yang aku rasa sukar. serius, time ni aku nangis. hukhukhuk. tapi kugagahkan jugak naik ke puncak.
|
ku kuatkan juga tenaga~ chayok2! |
|
neway, akhirnya ku tawan jua puncak Gunung Kinabalu. XPDC bersama SKMM dan PJK Sabah. sampai puncak dalam pukul 6am. sempat jugak la tengok sunrise. :-) ..lepas amik gambar, dalam pukul 7 turun balik. | |
|
|
|
cuba lihat duit kertas seringgit. sama kan. kan. kan. kan. |
|
harus la amik gambar kan. pemandangan sangat cantik! Subhanallah. indahnya ciptaanMu Ya Allah. |
|
yay!!! sampai jugak akhirnya. walaupun sakit kaki.sampai kat sini dalam pukul 4.00pm. oh my kaki macam nak tecabut. |
aku dengan megahnya menuruni gunung kinabalu. kat puncak tak bleh nak lama sangat sebab sangat sejuk. lagipun, kawasan sangat sempit. suma orang nak amik gambar. so, lepas amik gambar tu, dinasihatkan terus turun. sebelum pukul 10am kena sampai kat Laban Rata then packing barang. kalo lambat check out, akan dikenakan bayaran rm100 sorang. aku sampai kat Laban Rata dalam pukul 9.00am. lepas sarapan, terus turun. time nie, aku rasa ni je la pendakian pertama dan terakhir aku. tapi saat aku taip entry ni, aku rasa keseronokan yang tak bleh nak gambarkan dengan kata-kata. insya Allah, kalo ada rezeki dan dipanjangkan umur, aku nak mendaki lagi. :) tapi kena make sure fit okeh hamiatie!!!
kat sini nak bagi sikit tips kalo rasa-rasa nak daki Gunung Kinabalu ni.
harus ada:-
- jacket / baju sejuk - kalo rasa-rasa kulit tu setebal kulit buaya, tak pakai pun takpe. ngeee~
- baju lengan panjang - aku pakai baju lengan panjang 3 lapis & sweater 1 lapis masa nak naik puncak.
- seluar sukan. jangan jadi macam aku, pakai jeans, memang tak selesa. pergerakan kaki terbatas. kalo bleh bawak spare juga sebab takut basah oleh peluh or hujan.
- stoking 3 pasang. takut time naik tu basah, so kena ada 1 lagi untuk pakai time naik ke puncak. kalo tak, kaki akan freeze. wa tak sanggup owh.
- glove - kalo bleh pun kena ada spare jugak.
- penutup muka - nak pastikan hidung bernafas dengan selesa. kalo dah sejuk sangat, memang susah sangat nak bernafas.
- kasut - opkos la kan. pakai kasut yang sesuai. tapak getah dan tak licin. sebab nak pegang tali dan kena berpijak pada batu.
- coklat - untuk panaskan badan. kalo bleh yang ada kekacang sekali tu.
- biskut oat - just untuk tambah tenaga. sebab mesti akan rasa lapar time nak naik tu.
- maggie - utk panaskan badan time kat Laban Rata. sangat sejuk!
- Lampu kepala - time naik ke puncak tu jam 2.00am ye. nak guna lampu suluh kat tangan tu boleh jek. tapi takut tangan lenguh.
- tongkat - kat Timpohon gate ada perkhidmatan sewa tongkat. rm10 je. tapi kalo nak beli rm15 je. dah dapat yang canggih dah. kot-kot la kan lepas turun dari gunung tu memang perlukan tongkat macam aku nih ha.
- minyak panas - make sure sapu minyak panas pada kaki. kalo bleh start dr paha ke jari-jari kaki time kat laban rata sebab sangat sejuk.
- cramp-stop spray. - just ni case time mendaki tu kaki cramp. bleh spray je.
- panadol, actifast, ubat tahan sakit, soluble - sebelum naik, makan ubat soluble dan actifast. masa nak turun pun sama. kalo dah tak tahan sangat sakit, makan ubat tahan sakit.
- sunblock - sapa kata sejuk-sejuk tu tak kena sun burn? kena jugak. haha. so, untuk elakkan sun burn, pakai je la sunblock ye. sebab time turun tu, angin memang la angin, tapi matahati tetap kat atas kepala.
- tissue basah - aku basuh muka guna tissue basah je sebab memang dah tak sanggup nak guna air gunung. waaa! sejuk!!
macam aku dah senaraikan sumanya yang perlu je. yang tak perlu, x payah la bawak ke atas. buat berat beg aje.
my 1st experience ni sangat best. rasa macam nak naik lagi. ^__^