Friday, October 28, 2011

Lelaki OK jer tapi perempuan??






Lelaki OK jer tapi perempuan??

1. Kalu baju lelaki kedut-kedut, lelaki akan cakap dia tak sempat nak gosok baju. Padahal camana nak gosok baju pon dia tak tau. Tapi kalu pompuan pakai baju kedut-kedut dengan alasan tak sempat nak gosok baju, ini merapu sebab perempuan takkan pakai punya baju yang kedut-kedut nih.

2. Kalu lelaki tak tukar pakaian selama 2, 3 hari, lelaki akan cakap kedai dobi tutup atau tak sempat nak basuh, tak pun disebabkan cuaca tak elok. Tapi kalu pompuan tak tukar pakaian lebih daripada sehari, cam pelik je bunyinya sebab pompuan ni kalu buleh dalam sehari 2 3 pasang dia nak pakai.

3. Kalu lelaki kata malas nak gi majlis, dia akan cakap dia takde kasut yang sesuai nak pakai. Tapi kalu pompuan kata dia takde kasut yang sesuai nak pakai, ini agak mustahil. Cuba periksa rak kasut dia, belambak kasut kat situ. Cakap je nak jenis camana. Mesti ada punya lah.

4. Kalu lelaki tak beli baju untuk jangkamasa yang panjang, dia akan cakap baju yang lama masih elok lagi. Masih selesa untuk di pakai. Tapi kalu pompuan tak beli baju dalam jangkasmasa panjang, mesti pelik kan. Sebab pompuan ni ada sifar gemar bergaya & up-to-date dengan fesyen. Tengok je la online shop tu, suma barang untuk pompuan.

5. Kalu lelaki tak pakai baju d khalayak ramai, dia akan kata cuaca panas sangat. Tapi kalu pompuan tak pakai baju di khalayak ramai, ini memang dah lain macam. 

-credit to dari majalah pesona wanita-

Friday, October 21, 2011

ku mencari~

apa sebenarnya yang aku mahu?
dari semalam rasa macam tak best.
macam ada something yang tak lengkap.
macam ada something yang aku tercari-cari
tapi still tak jumpa.
sigh~

Thursday, October 20, 2011

Bertekad Cemerlang!!

Bertekad cemerlang!

tu la cogan kata UMS. yay! lawak, lucu, kelakar suma ada. sebenarnya rindu tu. tapi ego nak ngaku. pirraahh! poddaaahh!! admit je la ko tu rindu kat UMS tercinta ko kan. eh eh, misti la i rindu. kat situ la i timba ilmu tau tak. 3 tahun aku duk seketam tu, 3 tahun jugak aku duk ip. mana tak rindu. 

dunia study ngan dunia keja sangat jauh beza. last week time pegi KK tgk andy kawin, sempat jugak la aku ngan geng karas meronggeng amik gambar kat UMS macam budak baru nak belajar. perasaan tu lain macam jek. excited yang amat. hahaha.!!! mana taknya, time study dulu takdenye aku nak amik gambar. bukan tak hingin, tapi takde masa. kan kena study. ceh! ayat poyo la ko atieabid.

rindu rindu rindu yang amat! tapi bukan rindu cinta kuliah okeh. rindu dengan kengkawan, rindu dengan pensyarah, rindu dengan suasana. rindu~~~ ^__^

akhirnya ada jugak gambar aku kat sini. ^__^

Tabek springggg la kat SKTM~

Ya Allah, aku bersyukur dengan rahmatmu. amin~

going back~ rindu lagi. sigh~
sedar tak sedar. dah tua rupanya aku nih. 


al-kisah Qawiem~

salam..

hari tu masa ikut training 1citizen, kitorang suma kena buat portfolio. ehm. rubric suma ada. silap haribulan kalo terpilih bleh menang. cewah. tapi 2 minggu je masa yang di bagi start hari 1st trainig. so, banyak masa terbuang kat kundasang. yelah, bila dah jumpa kengkawan, bila dah happy-happy, kompom-kompom la i tak pedulik pasal portfolio ye tak. last dah kena submit portfolio plak 17hb oct aritu. aiya. nak kata takde masa, yaa memang takde. huhu. mana taknya, 13-15hb tu aku g kk. so, tak sentuh lagi portfolio nih. 16hb tu plak gi hantar kakak balik semporna. pon tak sentuh lagi portfolio nih. 17hb tu la baru gigih aku nak edit sana sini. so, hasilnya tidak la memberangsangkan sangat. huhu. cukup makan aje lah.

al-kisah Qawiem. 
Qawiem sebagai hero dalam video clip aku. haha.

enjoy the video. ngee~

Wednesday, October 19, 2011

eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!

Assalamualaikum.
Tiba-tiba plak teringin nak join contest abang eq. sempat lagi nih nak join sebab deadline pun 30 oct 2011. tajuk dia "Rich Blogger: Fact or Fiction?". erk~ buat dalam melayu sudah. :)

"Rich Blogger: Fact or Fiction?"


Kaya? Ingat senang ke nak kaya hanya dengan blogging?  Terpulang dengan individu untuk mentakrifkan perkataan ‘kaya’ itu sendiri. Ada orang yang kata ‘kaya’ itu bila mampu beli segalanya; banglo, kereta, dan macam-macam lagi hatta benda yang tak penting sekalipun. Mungkin pada “orang tak seberapa nak kaya”, kalau tak beli pun takpe kot. Janji semua keperluan dah dipenuhi. Kalau ada duit lebih hasil dari blogging, boleh la belanja kaum kerabat. Yang pastinya, poket tak pernah kering dan tak terikat dengan hutang piutang.
Ada blogger yang dapat banyak duit hasil dari berblogging sahaja. Ada yang berpuluh ribu. Ada yang beribu. Ada yang beratus dan tak kurang jugak yang puluh ringgit sahaja. Ada yang sampai boleh bayar monthly payment rumah dan kereta. Ini adalah bonus kepada mereka untuk menikmati hasil titik peluh keringat untuk memastikan entry mereka mendapat perhatian followers. Bila dah penuhi citarasa followers, tidak mustahil duit bekepuk dalam akaun nuffnang :).
Ada blogger yang perah otak bagai nak rak untuk hasilkan entry yang bagus semata-mata untuk mengejar trafik. tapi trafik yang dapat pun tidaklah memberangsangkan. Pendek kata, tidak setimpal dengan usaha. Lagi-lagi bila niat dan tujuan asal berblog adalah kerana ingin menjadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Tapi dia lupa skill kena betul. Dan minat kena melebihi segalanya. Kerana dengan minat dan skill, idea itu akan datang dengan sendirinya.
Sebaliknya pula dengan blogger tersohor. Bila nama dan blog mereka  menjadi hot dan hangat di kalangan blogger, bila semua blogger hanya bercerita tentang mereka, bila semua bloglist blogger ada nama mereka, buat la apa saja entry sekalipun, pasti akan menjadi perhatian.  Tak perlu entry panjang berjela, yang penting penulisan yang bersahaja dan kreatif sudah cukup memikat hati pembaca. Yang pastinya, blogger tersohor dan artis terkenal mempunyai aura yang berbeza.
Pokok pangkalnya terpulang kepada jenis penulisan blogger itu sendiri. Jika ingin menjadi kaya dengan hanya berblog, usaha kena lebih. Berbekalkan kekreatifan yang ada di tambah lagi dengan nama yang sememangnya tersohor, tidak mustahil untuk mencapai tahap itu. Tapi rasanya untuk memenuhi kriteria ‘kaya’ itu, mungkin belum lagi.   
-atieabid-

Tuesday, October 11, 2011

Dream World Resort @ Kundasang~

Kalu Desa Dairy Farm macam New Zealand, Dream World Resort plak ala-ala Korea gitu. fuh! memang tenang  giler la bila dah sampai kat sana. sangat-sangat best abadikan muka kat situ. kalu sesapa nak honeymoon, aku cadangkan datang kat tempat ni. sesuei la weh. 

resort ni letak kat atas bukit. boleh nampak 1 kundasang. 

.the main hall. boleh nampak pemandangan kundasang dari atas.
.mode sedang berada di korea. wahaha.

.berlatarbelakangkan gunung kinabalu. sangat cantik.

.my colleague.
.minah tangga.
.Alecia dengan bunga-bungaan. 
.the main hall.
.the room.
.welcome to Dream World resort.

p/s: nak honeymoon kat sini boleh tak? 

Desa Dairy Farm ~ MoOMoO~~

Kalo jalan-jalan kat Kundasang, rugi kalo tak pegi Desa Dairy Farm. kalo nak rasa suasana cam kat New Zealand, datang je kat sini. kalo rasa-rasa nak feel sejuk-sejuk ala-ala obersea, kat sini pom boleh. jangan lupa pakai jaket tebal-tebal yep. sebab memang sejuk sangat. 

orang selalu akan bagi gelaran tempat ni New Zealand Sabah. kat sini bleh nampak lembu-lembu yang macam kat NZ tu la. comey-comey. lagi-lagi kalo nak tambah pengalaman perah susu lembu. haha. ada berani???

.The rock welcoming u.

.susu segar ada jual kat sini. ada 2 perasa. coklat pun ada.

.souvenir pon ada jual. yang ni beli utk epal peminat moO moO. 
.MoO moO sedang berbaris nak kena perah susu.

.tunggu turn. haish. lamanya la. haha.

.view Dairy Farm.

.moOOooOOOoo!!!.

.u rock guys.


.makan rumput pun jadi la.







and last sekali..
.its me atieabid. sejuk woooo..~~

Saturday, October 8, 2011

Lets Rock The World With Positive Online Behaviour~




Semalam balik dari Kundasang. sambil training, sambil bercuti. 2 hari pertama je tension nak gila. stress maybe sebab 2nd day tu ada exam untuk melayakkan aku bergelar 1Citizen Trainer. alhamdulillah aku lulus. ada gak la kawan² yang kena re seat balik exam sebab tak pass. memang cuak gila. dengan bilik exam yang sejuk. aku duduk betul² depan aircon. mau tekencing aku jawab exam. huh!  nak lulus ni, aku kena jawab 86 soalan yang berkaitan dengan behaviour semasa online.



ToT ni buat kat CBC Desa Aman. yang best sebab ditaja oleh company. kalo gagal time ni, kena bayar sendiri. huhuu. 6 hari duduk kundasang. tempat sejuk gila. macam aku ada kat oversea jek. hehe. perasan. dapat plak bilik sorang². gasak la. nak takut apa. bleh la aku teguling² buat macam pilem industan. hihi.


 

Mereka-mereka yang duk online je memanjang sepatutnya amik kursus ni. banyak benda yang dapat belajar kat sini. jangan ego sangat konon suma benda tau la, suma benda senang la. sekali amik exam gagal. maknanya apa tu? community just jawab 45 soalan jek. kalo nak jadi trainer baru jawab 86 soalan. buntang bijik mata.

 

kalo nak masuk website dia, klink link ni. oh ya, congrates to Prestariang sebab certification ni bertaraf antarabangsa. harap² je la aku dapat jadi trainer yang boleh mengubah sedikit sebanyak pengetahuan community kat tempat aku. 

nak share something kat sini. portfolio. tapi rasanya belum boleh sebab belum submit kat portal. kang tak pasal² penyertaan kena cancel. huhu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)