Tuesday, May 3, 2011

Picnic tidak seindah yang diharapkan~

02 May 2011. happy besday to abg ipar aku. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan. amin.

sempena besday abg ipar ni, bini dia aka akak aku buat la plan nak gi celebrate kat Taman Bukit Tawau. sambil mandi manda, makan-makan. siap buat 3 bijik kek tu. gila la. caya la kak! cheese kek, moist coklet n durian cheese. fuh!!! meletop wa cakap lu. sodap sodap sodap hingga menjilat jari. :D

mak masak nasik kuning, epal wat sandwich. aku? tukang makan. hahaha

bangun awal pagi. ceh, aku jugak yang lambat bangun. yang lain tengah siapkan apa yang patut, aku masih kat atas katil. kenapala aku dah jadi pemalas ni. haih!

aku drive keta bapak. bapak takmau ikut. ala bapak ni. sangat tak sporting. dia kata dah pernah pegi, so malas nak pegi dah kali ni. dia nak jaga rumah je. haih. ada ka patut. huhu

belum sampai pun Taman Bukit Tawau tu, hujan rintik-rintik dah munculkan diri. haish. please, tolongla jangan hujan. uhuh. sampai sana jek, hujan dah. orang plak ramai. parking dah penuh. kena park keta jauh-jauh. sedih tul! dah register, masuk carik tempat pun suma dah penuh dengan orang. ohoo. suma orang nak mandi ke.

carik punya carik, jumpa 1 tempat. so, lepak kat situ. bukak tikar n letak barang-barang. disebabkan hujan, tak bleh nak lepak tempat yang tak ramai orang. dan yang sangat tak best sebab kali ni "wrong place" bak kata kak anna. geng budak lelaki siap main gitar menyanyi terpekik terlolong dekat kitorang. sangat tak aman. dan hilang segala mood yang ada.

pegi mandi rendamkan badan. sejuk! grrrrr.. tak sampai pun 15 minit rendam badan, guard suruh naik. dia kata banjir. cit! punya main rugi. huhuh.

naik kemaskan barang & berinut. malas nak lepak lama-lama lagi. dengan mamat-mamat bangang kat situ. sah lagi tak aman dunia aku.

percutian dengan family yang diharapkan best, berakhir dengan kuciwa. huhu. sian abg ipar aku. dah la besday dia, tak dapat mandi plak tu. tak enjoy langsung. penat angkat usung barang je arini. sabor je la.

lain kali nak pegi picnic kena pgi time bukan public holiday okeh.

4 comments:

  1. abg eq pergi picnic tempat yg tak popular..best sebab tak ramai org...hehe

    ReplyDelete
  2. hehe. best kalo tempat tu x popular. x ramai orang. aman dan damai. tu yg kita nak. :)

    ReplyDelete
  3. Sian atie and famili..xpe2 len kali kena cari timing yg betul ye..
    Nasi kuning tu ape ye?

    ReplyDelete
  4. tu la. len kali kena cek ramalan kaji cuaca. hehe

    nasi kuning tu makanan orang tawau. nasi tu masak macam masak nasi lemak jgk. tp kuah dia sambal merah dengan ikan jaket. sedap! hehe

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)