Tuesday, May 31, 2011

Love Test~

Love Test~
hahah. kelakar dengan application nie. dulu masa zaman² sekolah pernah la terpengaruh dengan benda alah ni. hahaha. konon letak nama ngan nama pakwe. waahaha. tak bleh blah betul!

Pastu kalo markah sikit marah plak tu. kata pakwe tak sayang la, pakwe ada makwe lain la. hahaha. mangkuk hayun betul.

sape la yang cipta application ni agaknya? haih!


Monday, May 30, 2011

Salmah Mentor 5 @ Final Concert - Aku Mutiara

Lagu ni pun salma bawak bagus sangat! bak kata Juri Ziana Zain, marveles!!!!



Juri awam masa ni bagi 16 jek. takpe, itu kan mata mereka. mungkin diorang minat yang lain. lain orang lain citarasa.


Lirik lagu
Salma Mentor 5 - Aku Permata

Betapa jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya Engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Agar permataku terus bersinar

Salmah Mentor 5 @ Final Concert - Listen

Salmah Mentor 5 @ Final Concert bawak lagu Listen from Beyonce. ada power tak?



tak bosan la dengar lagu nih! memang ni yang aku tunggu-tunggu. at last! Salma buat yang terbaik. cayalah salma.

Sunday, May 29, 2011

Salma Juara Mentor 5~

terasa ingin menconteng sesuatu. tapi no idea.
--

Layan final mentor 5 sambil makan brownies walnut. yummy yummy~~

Go Salmah Go. memang power gila la dia bawak tu lagu Listen. sapa tautau tu lagu si beyonce kan. lepas tu duet plak dengan si Jaclyn Victor. 2 vocal power beradu tenaga. cayalah! meletop pentas jadinya. lagu ke3 tu lagu yang dibuat khas untuk salma. pernah dengar di youtube sebelum nih. memang best lagu tu salma bawak. ada kelas!

harap Salma bleh menang mentor ni. she deserve it. erk. kalo tak menang pun, kompom ramai composer kat luar nak amik dia.

tapi dalam final ni, people expect more from salma. diorang sudah terlalu biasa dengar salma nyanyi dengan vocal yang tinggi.

aku plak yang berdebar-debar tunggu result ni. cet!

---
Alhamdulillah..Salma dinobatkan sebagai juara mentor 5. she deserve it actually.

pic from Tawau

walaupun dapat markah juri yang paling rendah, dapat 16/20 jek. tapi markah juri + markah sms mesti salma dapat tinggi. cayalah salma. yang penting lepas ni salma jangan sampai lupa diri. salma bleh pegi jauh bak kata abang azmeer. bleh harumkan nama Malaysia tu..insya Allah. go salma go..!!


Saturday, May 28, 2011

Event mereka~


Harini ini saja ada 4 events. 3 daripadanya macam biasalah, jemputan kahwin. 1 lagi kawan aku tak invite pun dalam fb ni. dia bagi kad undangan jek. ehm. dah la arini keja. full day plak tu. dapat ke tak pegi semua majlis.. huhu.

apa² pun selamat pengantin baru aku ucapkan untuk kamu semua k. semoga perkahwinan yang dibina atas landasan cinta ini akan berkekalan. amin =)

Terkilan jugak sebab tak dapat pegi MAY Gathering 2011 "Wasaber's Day". korang enjoy la ok. sory tak dapat nak join. banyak sebab.
1. jauh
2. keja (memang tak bleh nak amik cuti hari sabtu - sob sob sob)
3. erk, tu ja kot. haha

takpelah, event aku kat opis keja macam biasa. huahuahua.

p/s: jangan ditanya bila aku kawen. bakal pengantin lelaki sudah lari dengan pompuan lain. waaa..

Tuesday, May 24, 2011

Old Love~New Love

Kamu baru putus cinta?
Kamu baru dicurangi?

haha..kelakar ayat orang tu. ya, aku. so what? nak ajak aku kawen? jangan tujukan lagu "kutunggu jandamu" sudah la. takpun lagu c rossa tu haa. "Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu". tak suka betul aku dengan lagu tu. tak baik tau lagu tu. kan kan. ishk.

aku rasa diorang ni memang tengah tunggu kesingle-an aku kot. pastu masuk jarum. ah sudah. malasnya nak layan. bukan bermakna aku jual mahal. ehmm, ok what jual mahal. sekurang-kurangnya aku tidak la jual terlalu murah kan.



aku cuma ingin rasa dihargai. jangan kamu pandang aku sebelah mata. apa kamu ingat aku tidak laku? bukan soal laku atau tidak. soalnya disini aku belum bersedia. dari semua sudut. kamu sendiri tahu kan, aku baru frust menonggeng tertonggeng. tolong la bagi space dulu. untuk aku pulihkan semangat aku. bukan dengan cinta kamu. cinta baru konon. takde maknenye suma tu.

Thursday, May 19, 2011

Happy belated besday to me~

28 tahun. 1 angka yang agak menggerunkan. Fuhhh!! Tarik nafas panjang kejap. Takpa, janji hati cute. Haha.

Tidakdapat mengonlinekan diri sepanjang berada di kl. so, baru harini dapat wish untuk diri sendiri. dear diary.. Happy besday to me~

semoga wish dari kawan-kawan-sahabat-sahabat semua akan menjadikan hidup aku lebih bermakna dan baik-baik saja. amin.~

Tua-tua ni pun dapat hadiah jugak. Haha. Besday award tu. Cewah.

yeah!! i am Great! hihi..
Terima kasih sahabat terbaikku Izman..=)


Besday cake dari Lyn. Thanks darling. Eh, aku baru 22 tahun la. Hihi.

Nothing Gonna Be Change~

Keadaan sudah tidak seperti dulu.
Kamu yang mengambil keputusan seperti ini.
Suka atau tidak, aku tidak punya pilihan lain.

Sekarang semuanya sudah berubah
Tidak perlu bersandiwara
Seolah-olah tiada apa yang berlaku
Seolah-olah kamu tidak melakukan 1 salah pun.




berdepan atau tidak
tiada bezanya
Tiada apa yang akan berubah selepas ini
kerana ini mahunya kamu.

Terima kasih di atas ucapan hari lahir itu.

Saturday, May 14, 2011

what happen to my blog??

What happen to my blog?
ada masalah ke?
entry kena delete plak.
adeh.

Thursday, May 12, 2011

Award for my blog~

Award untuk blog aku~

Ni la award pertama yang aku terima setelah dekat 3 tahun aku berblog. hahaha. bila orang lain dengar 3 tahun?? tapi follower ciput jek. alahai, kesiannya la tuan blog ni. tak femes langsung. ah, ada aku kesah ke aku femes tak femes. kenapa aku bloging? sudah kukhabarkan dalam entry "kenapa blog" ni.

Tapi yang pasti aku femes dikalangan mereka yang memang follow aku sebab baca entry aku. erk, entry yang ntah pape kot. ah lantak la.

Aku dapat award ni dr Pn Tini yang kecil molek lagi comey. kenapa dia bagi aku award ni? bukan sebab aku femes. tapi sebab dia memang follow blog aku seikhlas hati. cemana aku tau dia ikhlas? aku tau la sebab dia rajin comment entry aku. aku tau dia baca entry aku walaupun kengkadang tu entry ntah apa². dan comment dia memberi kesan dalam hati. thank Tini..=)



Special thanks to Pn Tini (yang comel) sebab beliau bagi aku award nie. kenal beliau dalam dunia blog. penulisan beliau sangat jujur. aku suka. tak pernah miss entry dia. hehe. menjadi salah satu idol aku dengan kebahagian dia bersama suami. comey sangat pasangan ni tau!! suka baca entry dia bila berkisahkan dia dan suami. hehehe. comey!

About me? naa.. nothing special.. bloging sekadar untuk kepuasan diri. takde paksaan dalam membuat entry. janji happy. =)

ni list blogger yang aku nak bagi award ni. im following u because i like ur blog. i read ur blog. walaupun kengkadang aku selalu menjadi silent reader tanpa tinggalkan sebarang jejak. :-). Nak bagi kat blogger² terkenal segan plak aku. haha.

code banner kat sini



Ok done. Thanks!

Wednesday, May 11, 2011

im not ready yet!

Benci?
ya, sangat benci!
Onar yang kau palitkan dalam hidup aku, aku akan ingat sampai ke mati.

Dendam?
ya, sangat berdendam!
untuk doakan kebahagian kau tidak sekali-sekali.
jangan tanya kenapa kerana kau tahu jawapannya.

tunggu saja sampai hati aku bisa terima
sampai aku ikhlaskan hati aku
tapi bukan dalam masa terdekat.

im not ready yet!

Sunday, May 8, 2011

U r the only 1 mak~

Saya sayang mak saya.

Pn. Hjh Asiah Bte Tjangga~
my lovely mak~


U are the only 1 mak.
Ya Allah,
baik-baikkan saja kesihatan mak aku
sihat sejahterakan mak aku sentiasa Ya Allah

Selamat Hari Ibu mak..
saya sayang mak.
hari-hari pun sentiasa hari mak.

p/s: mewarisi tahi lalat mak~



Tuesday, May 3, 2011

kek 3 rasa~

cheese, moist chocolate, durian cheese cake~

nyaman gila dapat makan 3 kek nih. ni besday kek untuk abang ipar aku yang sambut kat Taman Bukit Tawau tu. bini dia buat cheese n moist chocolate cake. durian cheese cake tu dibantu oleh epalejau. aku?? kan aku dah cakap, aku tukang makan jek. hehehehe.

rasanya camana? sangat pure ok! nak order? hehe, c kecik tu belum nak komitmen amik tempahan. dan paling tak bleh belah, dia suruh aku yang buat kalo ada tempahan.. adoi. tiap kali dia kata macam tu, tiap kali tu jugak la mata aku berat carik bantal. nguah nguah nguah~~~


Picnic tidak seindah yang diharapkan~

02 May 2011. happy besday to abg ipar aku. semoga yang baik-baik saja berlaku dalam kehidupan. amin.

sempena besday abg ipar ni, bini dia aka akak aku buat la plan nak gi celebrate kat Taman Bukit Tawau. sambil mandi manda, makan-makan. siap buat 3 bijik kek tu. gila la. caya la kak! cheese kek, moist coklet n durian cheese. fuh!!! meletop wa cakap lu. sodap sodap sodap hingga menjilat jari. :D

mak masak nasik kuning, epal wat sandwich. aku? tukang makan. hahaha

bangun awal pagi. ceh, aku jugak yang lambat bangun. yang lain tengah siapkan apa yang patut, aku masih kat atas katil. kenapala aku dah jadi pemalas ni. haih!

aku drive keta bapak. bapak takmau ikut. ala bapak ni. sangat tak sporting. dia kata dah pernah pegi, so malas nak pegi dah kali ni. dia nak jaga rumah je. haih. ada ka patut. huhu

belum sampai pun Taman Bukit Tawau tu, hujan rintik-rintik dah munculkan diri. haish. please, tolongla jangan hujan. uhuh. sampai sana jek, hujan dah. orang plak ramai. parking dah penuh. kena park keta jauh-jauh. sedih tul! dah register, masuk carik tempat pun suma dah penuh dengan orang. ohoo. suma orang nak mandi ke.

carik punya carik, jumpa 1 tempat. so, lepak kat situ. bukak tikar n letak barang-barang. disebabkan hujan, tak bleh nak lepak tempat yang tak ramai orang. dan yang sangat tak best sebab kali ni "wrong place" bak kata kak anna. geng budak lelaki siap main gitar menyanyi terpekik terlolong dekat kitorang. sangat tak aman. dan hilang segala mood yang ada.

pegi mandi rendamkan badan. sejuk! grrrrr.. tak sampai pun 15 minit rendam badan, guard suruh naik. dia kata banjir. cit! punya main rugi. huhuh.

naik kemaskan barang & berinut. malas nak lepak lama-lama lagi. dengan mamat-mamat bangang kat situ. sah lagi tak aman dunia aku.

percutian dengan family yang diharapkan best, berakhir dengan kuciwa. huhu. sian abg ipar aku. dah la besday dia, tak dapat mandi plak tu. tak enjoy langsung. penat angkat usung barang je arini. sabor je la.

lain kali nak pegi picnic kena pgi time bukan public holiday okeh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)