Friday, February 25, 2011

Just give me some respect~

Tak payah banyak, sikit je. siapa pun aku, tak kira la aku kerja besar dengan gaji yang tinggi ka, atau aku hanya pekerja cabuk yang tak setanding dengan kau, just give me some respect. as ur sister.

Thursday, February 24, 2011

Blog paling ringan pernah aku jumpa~

Punyala ringan blog budak ni. nak dibandingkan dengan berat blog aku dalam entry ni, memang jauh beza.


rupa-rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa................

.
.
.
.
.
.
.
.
haish budak ni. nak kena penangan aku agaknya. header dah lawa. sekali post takde. wakakaka. padan le ringan tahap angin. zasssssssssss gitu. hahaha~~



niena ni anak buah aku. baru form 1. sangat manja. dan aku suka buli dia. hakhakhak!!!

belajar rajin-rajin hokeh my bucuk.=) love u always.

pesanan penaja: rajin-rajin le update blog tu ye..

Wednesday, February 23, 2011

Perompak Maybank alam maya~

Merompak alam maya tu lebih dikenali sebagai phishing. yang aku tau phising ni adalah cara penipu-penipu-penipu yang bijak IT cuba nak dapatkan username & password.

Camana perompak nak merompak bank alam maya? senang je.

(klik gambar untuk tumbesaran)

Mula-mula dia akan antar email kat mangsa to be. selalunya email diorang ni akan sampai kat spam je. kononnya dari maybank group la tu.

(klik gambar untuk tumbesaran)

dalam email tu, dia akan bagitau yang korang kena update maybank account info kalo nak teruskan guna m2u. kononnya wajib dapatkan TAC number supaya transaksi berjaya. ngorak betul diorang nih.


(klik gambar untuk tumbesaran)

bila korang klik link yang dia bagi tu, korang akan masuk 1 website yang sejibik dengan m2u. memang takde beza sangat. cuba perati betul-betul kat web address bar tu. tu bukan website m2u ok. so, jangan tertipu. ni trick diorang untuk dapatkan username & password m2u.


(klik gambar untuk tumbesaran)

ni baru la website yang sebenar. so lepas ni jangan klik mana-mana link melainkan korang taip sendiri web address tu k.

tapi selalunya link macam ni akan cepat kena report. bila masuk link tu dah jadi macam gambar kat bawah ni.

(klik gambar untuk tumbesaran)

dulu aku tak pernah dapat phishing macam ni. tapi sejak 2 menjak ni, bertimbun-timbun email yang diorang hantar. gigih sungguh mau merompak bank aku yang isi tak seberapa tu. hahaha. aku rasa la kan, kalo diorang dapat pun rompak bank aku, kompom menyesal lepas tu. muahaha.


(klik gambar untuk tumbesaran)

tengokla tu. hari-hari dok hantar email nak aku update maybank info. ngokngek la korang. nak merompak tu pegi je la bank terus. apa susah. kompom dapat duit juta-juta punya. pastu jangan lupa belanja aku makan lak. muahaha.

udah-udah le tu. bawak-bawakla bertobat.

pesanan kepada mereka diluar sana, tolong abaikan email-email macam ni ye.

My new layout~

Ntah yang keberapa kali aku tukar template baru. sebelum ni lebih kegadisan. haha. tapi lupa lak nak printscreen layout lama. haish. dah bosan tengok muka aku tertempek kat situ.

ni la rupa yang baru. haha

i like that shoe~

hidup ini perlukan perubahan. aku juga perlukan perubahan. aku perasan satu perangain buruk aku. MALAS. malas dari segi kerja. mungkin lebih kepada suka menangguh-nangguh agaknya. aku tak suka attitude tu. ehm. aku ni kadang semangat je berkobar-kobar. buatnye tak. haih!!


Kau Gila!!!!

Kau gila ka apa!!???

mana tak gila kalau speed blog ko ni sampai 170kb. ko ingat semua line tenet orang laju ke?? kena-kena guna berokban yang memang tahap beruk, lagi la susah nak laoding page ko. sah-sah bila orang bukak tak loading-loading gak, terus kena pangkah. sadis gilaaa..

tak caya?? mari sini tengok kat bawah ni.




Ni sapa punya blog ni?? sapa lagi kalau bukan blog aku. huhu. help me help me help me. camana nak ringankan blog aa? dah try dah buang segala widget yang tak penting tu. tapi tak berubah apa pun. paling kurang pun turun 0.1kb. haish. masih sedih gila.

dari apa yang aku baca time blogwalking, blog yang ringan ialah kalau blog diorang tu 100kb ke bawah. mak haih, aku punya sampai nak dekat 200 tuuuu.. gila. memang gila.


Saturday, February 19, 2011

Maggie my lunch~ punya kesian

Sangat malas mau drive balik rumah harini. ehm. tapi aku lapar. =(. di luar sangat panas. terik gile. gilegilegile punya terik.

bukak peti besi aku. cari apa yang boleh dimakan. jumpa maggie cup.

jangan amalkan makan maggie ye~

maggie pun maggie la.~~

Monday, February 14, 2011

Jaga Selalu Hatimu~

Jaga Selalu Hatimu ~ Seventeen



kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata

merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan

kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata

kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

kau, kau jaga selalu hatimu

P/s: kau, jaga hatimu selalu. ya, untuk kamu yang aku sayang.

Monday, February 7, 2011

20 Fakta Gile!!~

tengah jenguk-jenguk blog, dapat 1 komen dari cik hani lalala. dia tag aku untuk buat tag dia. makasih cik hani. =)

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang..Hmm..banyak sangat? Tak banyak la...Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo...Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang..Pastu tag la 5 orang kawan2/sedar mare/sahabat blogger korang..Senang kan?
ok lah. aku nak start tag nih.

5 Fakta tentang Atieabid:
1) sangat takut dengan anjing sebab anjing pernah kejar aku 2 kali. cilaka punya anjing. huh!
2) seorang yang tomboi di zaman sekolah. tapi sekarang trep-trep pompuan melayu terakhir. wahahaha.
3) bekerja sebagai manager cabuk di sebuah pusat jalur lebar.
4) seorang yang shopaholic.
5) pada usia 26 tahun baru dapat 1st degree. perjalanan hidupnya yang bengkang bengkok.

5 Fakta tentang mak Atieabid:
1) seorang yang sangat pandai masak. selalu menjadi ketua masak di majlis kawen pada umur mudanya.
2) pandai menenun kain batik dan songket. hasil tenunan masih disimpan di dalam almari. =)
3) seorang guru menjahit. tapi aku tak pandai menjahit sebab aku kurang minat. mybad. huhu
4) walaupun tiada pendidikan seperti ibu-ibu lain, tapi mak aku pandai membaca dan terer dalam matematik. =)
5) mak adalah anak kepada seorang imam kampung yang sangat disegani. tapi aku tak sempat jumpa arwah atuk. =(

5 Fakta tentang besfriend Atieabid:
1) Yulaikha Muchtar adalah besfren aku dari sekolah rendah.
2) seorang anak jawa yang cantik dan baik hati.
3) sangat baik hati sampaikan bf dia kena kebas oleh kawan sendiri. dan dia still maafkan orang tu. (tu bukan kawan sayang. itu lawan..huhu)
4) Ika anak bongsu.
5) masih belum berkahwin. sama macam aku. haha

5 Fakta tentang chenta si Atieabid:
1) fanatik Chealsea. semalam dia telah kuciwa sebab chealsea kalah ditangan Liverpool. =(
2) suka menyanyi sambil drive. tak kira la bawak motor ka, bawak keta ka, mesti nyanyi punya.
3) suka warna biru.
4) pandai masak. i like!! haha.
5) sangat cerewet kalo shopping. huhu

5 orang kena tag oleh Atieabid:
1) adik kesayangan = epalejau
2) junior @ ums - yaya
3) kakak angkat1 = kak iza
4) kakak angkat2 = kak ria
5) Rakan blog = mesuya

jangan marah ye atie tag. =)

Berat badan ku turun~

Cuti di hujung minggu. pegi sekolah epalejau yang jauh di pedalaman. jalan pun batu hidup. aiyo. nasib baik c ms. kelisa tak terburai. lepas nih epal akan bertukar status kepada "orang kem". walaupun pahit untuk ditelan, kena telan jugak la kan. tak payah kunyah. terus telan je. kurang sikit rasa pahit. muahaha.

aktiviti harini tolong epal tampal rama-rama dalam kelas dia. ikut la kreativiti sendiri ye. dah jadi macam taman rama-rama plak. haha.

sebelum balik, sempat la timbang berat badan.


chenta hatiku selalu marah sebab aku dah kurus. so bila timbang tadi berat 48kg. huhu. memang dah kurus. dulu masa jumpa dia kat penang, berat 53kg. badan pun ada berisi sikit. sampaikan kak As tegur kenapa aku bondeng. haih. kurus salah, gemuk pun salah. tapi memang tak best kurus ni sebab semua seluar jeans dah longgar. punya la tak best. huhu.

lepas ni nak makan banyak la. nak bagi badan berisi sikit. sikit je. tak payah banyak.

*** bondeng = berisi @ gemuk @ chubby

p/s: Chelsea 0-1 Liverpool.. c chenta hatiku kuciwa dengan kekalahan chelsea. sabar peminat sabar.~ ^_^

Saturday, February 5, 2011

Kotak ajaib~Dropbox

Aku nak share something best kat sini. mungkin ada antara korang yang dah guna benda ni. dan mungkin aku yang dah ketinggalan zaman. haha. tak kesah la kan. aku nak share jugak. sebab mungkin ada yang belum pernah dengar benda ala ni kan.



benda ni dipanggil Dropbox. aku lak panggil dia kotak ajaib. bagi mereka-mereka yang gunakan lebih dari 1 pc, sesuai sangat la guna benda ni. kan ada orang guna desktop, guna laptop, guna iphone kan. so dropbox ni akan buat hidup mereka lebih mudah. cewah. alah, daripada aku banyak cakap, ntah korang paham ke tidak, apa kata kita layan video ni kejap.



kalau dah paham sikit-sikit, apa tunggu lagi. jom la register. masuk link ni ok dropbox.

p/s: kredit to mr Awang sebab share benda ni dengan aku. sangat-sangat-sangat berguna untuk aku yang keja guna pc dan laptop.

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese New Year 2011~

Happy Chinese New Year kepada kawang-kawan yang sambut raya cina. kepada boss-boss aku. boss, angpow takda ka bos? hehehe

orang cuti, tapi aku keja. bak kata epalejau aku ni bangla, tak dapat cuti. cit!! bangla di katanya aku. hampeh punya adik. huh!

bukan tak dapat cuti. aku pun cuti macam orang lain jugak. 2 hari jugak. tapi aku amik ot la. aku kan rajin. yelah, dah berabis shopping kat jakarta. tu yang skang ni duit pun tengah sesak. bagus aku amik ot. ada jugak la tambah-tambah duit poket. lain la macam dia gaji besar. huhu. sape la aku ni nak dibandingkan dengan orang gomen. waaahh. touching plak. ngee~

lain citer. tadi pagi, emak ngan bapak aku hantar abang zul ke kk. abang nak pindah rumah baru. ekceli, bukan rumah baru pun. rumah tu rumah akak aku. dulu-dulu-dulu, abang sulung aku yang tinggal sana. tapi sejak dah pindah rumah baru, rumah tu pun tinggal kosong. so, bila abg zul dapat keja sana, bagus jugak dia duduk rumah tu. takde la kosong tak terjaga. dan boleh jadi hotel aku kalo aku pegi kk. wahaha.

semoga selamat sampai ke destinasi.

Thursday, February 3, 2011

Queen control..?? akukah itu??~

Queen control..?? aku..?? aku queen control??

aritu sempat sembang ngan sorang rakan. aku hormat dia. aku respek tiap pendapat dan pandangan dia.

mula tu sembang biase je. tapi yelah, aku nie tak pernahnya nak serius kalo sembang ngan dia. jawapan aku tu selalunya out of mind la jugak. main cakap je. tak pikir pun tanggapan orang lain nanti camana. ehm, sebab aku ingatkan gurauan je la kan. taktau plak aku yang c kawan ni akan wat aku berpikir 1 hari 1 malam. haih. sampai la wujudnya entry ni.

mungkin dia betul dengan tanggapan dia. mungkin juga tidak. mana nak tau. tapi tafsiran dia cukup buat aku pikir balik sapa diri aku. betul ka aku mcm tu? Queen control ka aku? ehmm..

ntah la, selama aku berkawan dengan sesapa pun, aku rasa aku dah cukup mengalah. tak pernah plak aku nak orang ikut pendapat aku semata-mata. semua sebab nak jaga hati punya pasal. bab hati aku belakang citer.

so bila kawan tu cakap aku queen control, terdetik la jugak. hmm. aku kah queen control itu? aku cuma inginkan yang terbaik dalam setiap hubungan. tidak kirala hubungan dengan sapa pun. dengan kawan? dengan bf? aku adalah species yang susah to say no. selagi aku boleh bantu, insya Allah aku akan bantu. selagi aku boleh mengalah untuk kebaikan, insya Allah aku akan mengalah.

ah entah la. apapun, kena terima pandangan orang dengan hati terbuka dan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. insya Allah.

Tuesday, February 1, 2011

Harga minyak naik lagi~

Bosan tul la bila harga minyak asyik naik naik naik naik naik. bila nak turunnya ntah! bila harga minyak naik, kompom-kompom harga barang akan naik. bila harga barang dah naik, makin tersepit la nampaknya hidup ni.

apsal naik lagi aa? apa alasan mereka mereka semua yang menaikkan harga minyak ni? kalau nak isi minyak, rm10 tu macam takde pape jek. kalau la boleh keta tu gerak guna tenaga solar kan bagus. tak pun, guna je air. haih!

beli keta salah, tak beli pun salah. kan bagus kalo boleh naik kuda jek pegi keja. huh! i HATE this!

p/s: bos~~~ gaji tak naik ke..??hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)