Saturday, July 24, 2010

Pusat Jalur Lebar Komuniti~

PJK Kg. Lormalong

Rasanya dah sebulan lebih aku bekerja di Pusat Jalur Lebar Komuniti nie. tp blm ada 1 post pun aku citer pasal benda nie kan. ramai yang xtau apa itu PJK. Secara ringkas, kitorang panggil benda ni PJK atau CBC. CBC ni utk Community Broadband Center. budak² kampung plak panggil Cyber atau jalur lebar. ehmm, suma tu sama je. yang penting benda nie 1 benda yang sama.

Apa itu PJK?
PJK nie satu inisiatif dr SKMM n Celcom Berhad serta kerjasama dr Nusuara Technology Sdn Bhd. so, gaji aku kena bayar oleh Nusuara. Projek ni dibuat d kampung² atau luar bandar. So, Kunak nie kampung aku sendiri. kat Kunak je ada 3 PJK. tp aku jaga kat Kampung Lormalong. lebih kurang 8km dr umah aku. boleh tahan jauh la jugak kan. huhu..

PJK nie utk rapatkan jurang digital komuniti setempat. skang kan kerajaan dok war-war kan pembangunan ICT di setiap pelusuk. haa, nie la matlamat PJK. diorang taknak orang luar bandar ketinggalan dalam teknologi ICT. tu sebab diorang bubuh PJK kat kampung² untuk keguaan orang setempat. x perlu lagi nak turun ke pekan. yelah, nak ke pekan je kalo xde keta sendiri susah. kena naik keta sapu. tambang nak ke pekan je rm3. tu baru pegi. balik lagi rm3. pastu CC kat pekan lak mahal, sejam jak rm2. ehmm. sekurang² dengan adanya PJK kat dalam kampung nie, ok la sikit. senang la org kampung sikit.

Apa ada dalam PJK?


mcm² ada..hehe..mcm astro tu jugak la..kelajuan kat PJK je smpi 8mb..paling rendah pun 3mb. tu pun kalo PC penuh ngan user. kalo x ramai mmg lagi la laju. mmg puas hati. selain tu, ada jugak wi-fi. tu bg sesapa yg ada komputer peribadi sendiri buleh la subscribe wi-fi kami yek. murah je. k, rate dia mcm kat bawah nie..

Internet:
7-12 tahun (member) = RM0.50/jam
7-12 tahun (non-member) = RM1/jam

13 tahun ke atas (member) = RM1/jam
13 tahun ke atas (non-member) = RM1.50/jam

Wi-Fi:
Student sekolah rendah & menengah (member) = RM10/month
Student sekolah rendah & menengah (non-member) = RM15/month

Dewasa (member) - RM15/month
Dewasa(non-member) - RM25/month

camana nak jadik member? isi borang n bayar RM5 je utk 5 tahun..

hehe..murah kan. dah bgtau awal2 dah mmg murah pun.

perkhidmatan lain? ada jugak. mcm biasala, ada printer, scanner, jual cd, jual dvd, accessories komputer, pendrive n mcm2 lagi.

Selain dr bg perkhidmatan internet, PJK ni jugak buat kelas komputer/ICT secara percuma utk member2 sahaja. buleh belajar macam2 tau. modul disediakan oleh HQ. so, kira ok la kan. ada dapat sijil lagi.

mmg enjoy keja kat sini. harap2, PJK nie makin maju makin maju n maju..
chayoook!!!!
hehe...

6 comments:

  1. yaaa, dan aku jadi pekerja sampingan tiap malam kan? ngahahahaha..takde maknanya nak jadi pekerja sampingan..pengguna lebih tepat laaa! besh la ko. ari2 intenet free. haha..

    ReplyDelete
  2. hahah..aku dibayar gaji utk berFB n berBLOG...hihihih..
    kalo mau pakai free, dtg jak la tempat aku nie..haha

    ReplyDelete
  3. ape benda la...hidup telekom..hidup telekom..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Celcom Vs telekom = Telekom menang..wkwkwk

    ReplyDelete
  5. amboi2. yelah2. telekom la menang. celcom pun menang jugak tau.
    tp digi tetap di hati. haha

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)