Monday, March 1, 2010

Syafia Humairah~~syurga buatmu sayang~~

sedih, pilu, sayu, geram, marah..
suma perasaan muncul bila tgk berita pasal arwah Syafia Humairah..
pagi nie bila blogwalking, banyak entry blog pun sentuh pasal kes nie..
teringin meluahkan pendapat sendiri..
yelah, x pasal2 aku emo kat blog org td..
huhu..

melihatkan wajah comel Syafia Humairah, sapa sangka anak kecik ini mati didera oleh teman lelaki ibu sendiri..
kejam..berhati binatang..itu saja yang mampu terkeluar dari bibir suma orng..
3 tahun..?? aku perhati anak2 buah aku..
irfan, een n eezan..masing2 5,4, n 3 tahun..
arghhhh...!! tubuh sekecil itu xkan mampu menahan derita kena penangan lelaki durjana tu..
apatah lagi bila dijadikan bahan tendangan, sepak, pukul terajang..
mustahil si ibu x perasan kesan lebam n kesan cucuk puntung rokok di badan arwah..
apa dia x perhatikan ke anak dia kalo dia balik rumah..??
mak dia nie pun 1, suami dalam penjara, dia bersekedudukan ngan lelaki lain plak..
bila dah tau lelaki tu panas baran, kenapa teruskan lagi hubungan tu..??
sayang..?? cinta..??
s**t suma tu..tgk skng..?? sapa yang jdi mangsa..?? anak dia jugak..
bila anak dia dah meninggal dunia sebab kena dera teman lelaki sendiri, baru nak nangis, nak mintak perlindungan kebajikan lah, apa la..aku naik menyampah pulak bila tgk muka mak dia nie..rasa nak je aku bagi sedekah penampar sulung aku kat minah tu..
tp siapa la aku nak jadi juri kepada sebuah keluarga yang porak peranda..
yang pada akhirnya, tubuh kecik Syafia Humairah yang menjadi mangsa..

teringat berita 5 6 bulan lepas..
kes lebih kurang arwah Syafia Humairah jugak..
jap aku nak godek2 pasal kes tu..
nie kes oktober tahun lepas..
Aaliyah Aiman Hussin Abdullah, juga berusia 3 tahun,
mati akibat didera teruk juga oleh teman lelaki ibu sendiri..org sudan plak tu..
arwah ditemui terbaring di rumahnya dengan cedera teruk dikepala dan badan akibat didera..

Ya Allah..mereka memang tidak berhati perut..
kalo aku nie ada kuasa mcm superman ke, power rangers ke, sailormoon ke, nak je aku pegi ngan jantan sial tu n kerat badan diorang..pastu campak kat sungai , bagi makan buaya..
tpi suma tu kalo je la..hakikatnya, aku nie atieabid yg langsung xde power..
yg mampu aku buat hanyalah doakan arwah Aaliyah Aiman Hussin Abdullah n arwah Syafiah Humairah aman di atas sana..syurga pastinya untuk mu wahai sayang..

kepada ibu2 tunggal di luar sana..
bukan x buleh kalo nak kawen lain..
tp pandai2 la carik pasangan tu..
jangan la bila dah tau lelaki tu panas baran, tp masih jugak xnak tinggalkan lelaki tu..
sebab yang akan jadi mangsa adalah anak2 korang jugak..
jangan bila benda dah jadi, baru nak menangis n menyesal..
sumanya dah terlambat time tu..
jangan fikirkan diri sendiri jek, fikirkan la masa depan anak2 korang jugak..

eh aku nie membebel pnjg lebar plak..
bukan apa, aku masih marah nie..
Astagfirullahalazim...
cukup2..
enuff2..

7 comments:

  1. bodoh je kang ?

    ghase nak lempanggggggggggg je !

    ReplyDelete
  2. kalo ada kat depan mata, mmg kena lempang dah mamat sial tu..lagi2 kalo kita bergabung tenaga kan..mesti lagi power..ngeheheh..

    ReplyDelete
  3. yg aku tak paham, saksi-saksi kejadian yg kununnya sampai berpuluh orang tuh..tak da telur ka yg sampai takut mau stop kan laki tu? sampai sanggup tengok sahaja budak perempuan tu dibunuh depan mata sendiri..

    ReplyDelete
  4. First ! First ! Blog pertama yang ku baca takder nak maki hamun , nak bagi fitnah , nak gelar ibu dan nenek diorang binatang .

    Banyak sangat blog yang maki hamun pasal kes nie , yang takleh blah diorang maki hamun ibu , nenek dan jiran tertangga . Yang pembunuh tu takda lak diorang maki hamun .

    epalejau: malam nie Touya akan cuba terangkan .

    ReplyDelete
  5. epal: terfikir jugak mana knapa saksi2 nie x tolong..?? ehmmm...musykil2..

    toya: sblm buat entry nie, aku dah puas godek2 berita yg kuar pasal kes nie..aku nak tau apa cerita sebenar..tp hampeh..banyak ygg wat aku musykil..sapa la aku nak menghakimi org tu binatang, org nie binatang..cuma terdetik dalam hati, bila mangsa jadi arwah, baru ramai yang nak jd saksi..

    ReplyDelete
  6. kalau baca kes2 camni..aku jadi speechless..

    ................................

    ReplyDelete
  7. fndrocka: yup..jd speechless sebab tak tau nak kata apa dah..dah banyak sgt kes..bebaru nie jiran bunuh anak org pulak..aiyoo..dunia dah tua gamaknya..

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)