Saturday, November 15, 2014

Kegilaan shopping online datang kembali.

Assalamualaikum.

Kegilaan shopping online datang kembali. Hoho. Rasa cam bedegup degup jantung nie bila zalora dan nile buat sale sempena 11.11.14 nie. Banyak item dengan harga RM11 je. Bolat gak la bijik mata. Nak-nak lagi duit dalam bank masih ada untuk transfer online. Lagi lah kegilaan tu menyentak tangkai hati. Dan akhirnya aku tewas. 

Barang-barang hasil shopping. :)
Maklum la sejak dah ada baby ni, susah sangat nak kuar shopping. pegi review doktor pun, lepas tu mesti balik. sebab dah rindu ngan baby. so memang takde lah aku nak kuar shopping macam zaman aku bujang dulu. sekali sekala shopping online ni dapat gak mereleasekan tension ni. bukan tension apa, tapi tension keja. T_T

ala, ada sale kan. balun je la. untuk semua item kat atas tu hanya RM107.79 je. include postage ke sabah. maklum la, postage ke sabah je yang selalunya mahal. huhu

kat Zalora, aku beli T-Shirt dan suar dalam suami. hehehe.shopping untuk suami jugak tau. bukan untuk diri sendiri jek. dan jam tangan kaler hitam pink. hihi. comey.

kat nile.com.my plak aku beli baju untuk aku 2 pasang. suami kan selalu tegur baju aku sempit la, sendat la. so kali ni beli baju yang ala-ala muslimah gitu. biar suami tengok pun sejuk hati. kan nak jadi bini solehah. haha.

oh ya, dan kemarin ada gak aku shopping kat Pearl Harbour Fasion. gila sale eh. untuk sepasang blouse dan skirt hanya RM15??? mana tak buntang bijik mata aku. haha. pun balun gak shopping kat situ. kualiti kain kat sini aku tak berapa pasti sebab barang mungkin sampai next week. tapi memang berbaloi la shopping kat sini. highly recommended! ngeee..

dah atieabid. dah. lepas ni nak beli susu ammaar lagi tau, pampers pun dah nak habis dah tu. hoihhh..

 kegilaan tu sambung ke lain tahun plak ye. :)

2 comments:

  1. wahwah shopping online je lebih mudah kan Atie. aslkan wang nya ada, anything boleh saja kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..janji ada wangnya, beres! hahaha..
      mudah gila shopping online..x payah kuar gi shopping mall..

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)