Assalamualaikum.
Minggu lepas nak kata demam tak jugak. tapi selsema teruk la pulak. sampai la sekarang selsema tak sembuh lagi. minggu lepas jugak, sakit kepala yang amat sangat. pegi la klinik cek dan amik mc sekali. mak kata mungkin aku pregnant. kalo betul syukur alhamdulillah. huhu.
doktor yang aku jumpa ni kira kawan kepada kakak aku. masa aku kawen aritu aku ada bagi kad jemputan kat dia. tapi dia tak dapat datang sebab time tu dia beraya kat KK. boleh pulak masa aku datang nak cek ni, dia bagi hadiah kat aku. dia dah beli hadiah awal dah. tapi tak dapat nak attend kawin aku. so, dapat hadiah pun dengan tak berbalut lagi. masih dengan plastik supermarket lagi. haha. neway, thanks Dr. Nuraini.
eh, dah menyimpang dah. ok sambung balik. Doktor pun dah dapat agak dah aku datang sebab apa. mesti sebab ada tanda-tanda pregnant ni. tapi dia kata masih terlalu awal kalo nak cek. kompom negativ. aku tak bgtau dia yang aku dah cek awal dah. memang negativ pon. huahua.
so doktor takut nak bagi ubat selsema. dia cuma bagi aku antibiotik dan paracetamol je. tu pun yg 500mg. dia takut kalo terganggu proses kehamilan aku sebab masih awal sangat.
Semalam dah sepakat dengan suami nak sambung puasa syawal 6. 5 hari dah lepas. tinggl sehari je lagi. subuh bangun cam biasa sahur. tup-tup pagi tadi masa nak mandi, cek ada darah kuar. memang kalo ikut putaran haid, harini memang hari 1st. argh! punya kecewa. masuk bilik bgtau suami. muka suami pun frust je. sory dear.T_T
pagi tadi suami hantar keja, dia kata takpe. jangan salahkan diri sendiri. mana taknya, dia nampak muka aku kelat semacam jek. huhuh.
15 Tanda-tanda Awal Mengandung
1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara
petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau
membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak
bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum
anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki
fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut
perubahan hormon.
2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa
lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini
disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja
organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin.
Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang
saat memasuki trimester kedua.
3. Mual / loya / muntah
Ini
merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil.
Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran
darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda
dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam
hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan
trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia
kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai
hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.
4. Lebih sensitif terhadap bauanJika
anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara
biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon
estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai
hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda
mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.
5. Kembung perut
Oleh
kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan
menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika
hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di
bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.
6. Kerap buang air kecil
Apabila
anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam
jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang
kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya
menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang
dan akhirnya ke pundi kencing.
Simptom
ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama
kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses
kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi
kencing anda.
7. Sakit kepala
Memang
terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang
tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam
tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di
kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan
pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.
8. Sakit punggung
Sakit
punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di
punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat
badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
9. Kram
Memang
kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan
merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.
10. Ngidam
Sudah
tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang
hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang
rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang
rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini
adalah tanda-tanda sedang hamil.
11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika
terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat.
Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak
akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.
12. Bau Badan
Mungkin
tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul
bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga
menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
13. Pusing atau pingsan
Mungkin
Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya
ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh
karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya
tidak kekurangan cairan tubuh.
14. Munculnya darah
Darah
ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara
8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh
implantasi atau menempelnya embrio.
15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan
alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan
kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil
keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan
mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula
selepas beberapa hari.
Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!
dah habis baca artikel ni, terus rasa cam nak gi tandas je cek darah aku banyak ke tidak. haha. bila ingat-ingat balik, no.1,2 dan 7 tu memang dah rasa dah minggu lepas. tapi sebab takut nak mengharap sangat, aku andaikan saja yang aku penat sebab urus kawen haritu.
Kalo takde rezeki kali ni, takpe la. aku terima. kalo ada rezeki, aku lagi bersyukur.