Friday, March 8, 2013

Mahalnya harga sebuah kemerdekaan!

Tidak pernah terlintas, tidak pernah sedikit pun terjangkau di fikiran, aku dan keluarga menjadi pelarian di  tanahair sendiri. :'(

berpindah dari rumah sendiri ke rumah kakak untuk mencari tempat yang selamat. selamat kah? hidup dalam ketakutan. tidak tenang. sentiasa berwaspada, berhati-hati. sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. aktiviti siang kurangkan (memang nak kuar pun tak berani), aktiviti malam lupakan saja. sudah berapa hari tidak bekerja. syukur alhamdulillah pihak atasan faham dan mengerti suasana genting di sini. di bumi tercinta.

siang pun kunci pintu. kunci pagar. berkurung di dalam rumah. sediakan stok makanan banyak-banyak. takut kiranya keadaan melarat. supermarket tutup. pekan kunak menjadi lengang. tiada siapa berani berniaga seperti biasa. malam kena tutup lampu awal. bergelap seawal jam 8 malam. tidur-tidur ayam. terjaga setiap jam. perhatikan keadaan selamat dan tiada benda mencurigakan. sambung tidur dan terjaga lagi. tidur dalam ketakutan. esok pagi sakit kepala migraine.

sungguh aku tidak pernah terfikir akan lalui semua ni. lagi-lagi di bumi Malaysia yang merdeka!

Ya Allah. kiranya ini dugaan yang Kau turunkan kepada kami disini, di Sabah, aku redha. kiranya ini petanda awal agar kami lebih Mengingatimu, juga aku redha. mungkin ada segelintir dari kami yang alpa dan tidak besyukur ke atasMu.  mungkin itu aku. Ya Allah disetiap sujudku aku mohon padaMu, kembalikan keharmonian kami di bumi Sabah ini Ya Allah. dengan linangan air mata aku mensyukuri nikmat kemerdekaan yang selama ini kami kecapi. di sini. di Sabah. di Malaysia.


tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak. kenapa jadi begini kenapa jadi begitu. siapa dalang. siapa penyebab. cukup jadikan pengajaran. betapa mahalnya harga sebuah kemerdekaan.

4 comments:

  1. sedih baca entry kak atie..insaf saya..huhu..semoga semua selamat kat sana, sentiasa dilindungi Allah ya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Rabb. Semoga sumanya kembali seperti sedia kala.. tq dear..

      Delete
  2. Mungkin ini cara DIA untuk mengingatkan kita yang semakin lupa pada nikmat-NYA.

    Insya ALLAH, doakan semua saudara yang berada di bumi Sabah mendapat perlindungan-NYA. Doakan semua pejuang negara dipelihara ALLAH. Doakan Sabah tanah air kita dalam jagaaan-NYA. Dan doakan pejuang negara yang terkorban mendapat syurga-NYA.

    Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakan..mungkin jugak itu kita..
      semoga dilindungi dari sebarang kekerasan penceroboh..
      amin amin Ya Rabb..

      Delete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)