Friday, February 10, 2012

Awas Jerat Valentine!

Seperti biasa, rutin mingguan ahli masjid Kg Lormalong akan datang tempat aku untuk print khutbah jumaat. apa yang best? tajuk khutbah jumaat harini "Awas Jerat Valentine!"..

Zaman sekarang ni ramai remaja tunggu² hari Valentine. konon nak raikan hari kekasih dengan pasangan masing². mari aku nak habaq pe dia maksud valentine ni. bukan encik valentine JKKK Kg Kadazan okeh. :D

Ken Sweiger - "Valentine" ni berasal dari bahasa Latin = "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat & Yang Maha Kuasa". ayat ni digunakan pada zaman Rom Kuno yang ditujukan kepada Nimrod & Lupercus (tuhan orang Romawi). 

so, sedar tak kalo korang mintak kat pasangan korang "To be my valentine?", korang mintak pasangan korang tu menjadi "Sang Maha Kuasa" ? sedangkan kita tahu Yang Maha Kuasa hanyalah Allah S.W.T je. Dia yang Satu! benda ni macam nak hidupkan balik budaya pemujaan berhala, perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah S.W.T.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan aqidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan haikakt iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar aqidah dengan melaksanan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahannya. kualiti iman tidak boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu bukannya ukuran tingginya kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuaran dan kecemerlangan ummah.
-petikan: Khutbah Jumaat 10 Feb 2012-
Benda ni untuk ingatan bersama. untuk pesanan kepada diri sendiri yang sering alpa dan terlupa.  


5 comments:

  1. bahaya menyambut valentine... tiap kali valentine disambut ada saja blaku kes 'rogol'..ni lah yang terjadi apabila perempuan dengan mudahnya menyerah diri pada 'sang valentine masing2'...waduuuh.....

    ReplyDelete
  2. tu la kan darl..ndak payah la mau sambut segala..

    ReplyDelete
  3. betul..tak payah la kite nak ikut2 budaya org kafir tu..kite pn ade care kite sendiri..baik ikut sunnah rasulullah

    ReplyDelete
  4. ya tu la..betul jugak..jangan terikut2 dengan budaya barat..

    ReplyDelete
  5. mujurlaaaa aku nda pernah ada bf ngam-ngam valentine tiap2 tahun. hahahahahahahaahah! jadi i can say that, aku nda pernaaaaaaaaaah sambut valentine! hihik..

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)