Wednesday, February 29, 2012

Risau dengan kesihatan mak~

kalo aku sakit, mak yang akan jaga aku. kalo aku demam, mak yang akan jaga ubat aku. tapi skng nie mak aku yang tak sihat. demam, selsema, batuk. suma ada. sampai tak bleh nak tidur. risaunya lah tengok keadaan mak. 

Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan kepada ibu bapaku. amin..

Monday, February 27, 2012

She is awesome!


di saat budak-budak di luar sana sebok dengan cover lagu itu, cover lagu ini, buat lirik itu, buat lirik ini, tapi budak nama adibah yang baru 17 tahun ni buat speech pasal Hijab & fashion. punya main petah dia cakap BI. lancar macam air terjun Madai. suka giler tengok dia becakap. tak putus. main idea yang dia sampaikan pun memang menusuk ke kalbu jugak la. tak tau la pulak kat diorang yang dislike video dia nih. mungkin jenis tak makan saman kot. mungkin jugak jenis yang "haku fedulik hape cakap orang, kubur masing-masing what".. heh! esok ko mati, pi mandi sendiri. pakai kain kapan sendiri. gali kubur sendiri. masuk & tanam sendiri hokeh? baru la namanya kubur masing-masing. tak nyusahkan orang. toink!


Hijab & Fashion.

komen aku tak banyak kot. orang zaman sekarang duk ikut sangat fashion yang macam nangka kena bungkus. ntah hape-hape. bak kata kawan lelaki epalejau, "macam pakai tuala je pompuan-pompuan nih guna tudung". lebih kurang macam tu la maksud dia. 

selalu jugak aku dok cari tutorial-tutorial kat utube pasal camana nak pakai shawl. tapi kebanyakan yang macam syok sendiri. cakap jek lebih. pastu shawl tu macam ko tempek je atas kepala ko.  ada yang cantik tu, ok lah kot. masih bleh diterima. 

ntah la pada mereka-mereka yang pikir diorang "howt" sangat dengan fashion yang dikenakan. tapi kadang ada yang tak menepati pun ciri-ciri muslimah. kata jubah muslimah. tapi nampak sangat body shape tu. apekah?

aku pun banyak benda nak kena perbaiki diri aku. so, sama-samalah memperbaiki. jangan marah bila ditegur. jangan jadi bodoh sombong.

peace no war~




Terjangkit ngan epal~

tidur lepas maghrib. bangun-bangun tengok jam dah angka 10pm. mandi, makan, online. nak tido tak bleh sambung tido balik. apakah?

rasa cam sayu plak. mungkin sebab terdengar lagu sedih-sedih. ni epalejau punya pasal la nih suruh aku donlod lagu-lagu jiwang. adeh. tak pasal-pasal aku terjangkit dah rasa sayu dia. 

hati memang tak pernah aman pun sejak kejadian tu. okeh. lupakan.


dah dah. takmau layan perasaan sangat.

Friday, February 24, 2012

Ku tunggu dudamu, tapi ....

Yusry Abdul Halim nikah Lisa Surihani???

ku tunggu dudamu, last-last ko kawin dengan Lisa Surihani. u tau tak i keciwa untuk kedua kalinya. ingatkan lepas u cerai dengan Erra Fazirah, i ada chance la kot. tapi sebab i tak glemer & tak cantek macam Lisa, i bukan pilihan u. okeh la. i pasrah. bukan jodoh kita. sigh~

semoga ikatan pernikahan kalian akan berkekalan hingga hujung nyawa~

Wednesday, February 22, 2012

22.2.2012

aku paling tak suka tulis nombor 2. mesti tulisan aku jadi tak cantik. dari dulu sampai la sekarang. tak suka tak suka tak suka! dah macam-macam version nombor 2 aku buat. suma tak cantik. ah! dasar tulisan cakar ayam!  


bleh tak aku buat no. 2 macam ni?

tadi isi borang. sekali tulis tarikh plak dah. 22.2.2012. mak aih. punya la banyak 2. nyampah aku!

Welcome to Kota Tarakan~

dapat jumpa nenek yang berbelas tahun tak jumpa. owh rindu banget nih!! tua sudah nenek. tapi nenek semangat gila sembang dengan kitorang. alhamdulillah nenek sihat-sihat jak. cuma  gatal-gatal kat badan nenek jak masalah sekang. kesian nenek. kalo dah gatal  menyerang, sikat kain tu dia buat garuk badan dia. aduh. nenek oh nenek. 

dengan nenek tersayang~

dapat jumpa kazen mazen yang juga berbelas tahun tak jumpa. rindu jugak. tapi tak lama kat sana. ikut jadual c epalejau punya pasal la nih. ceh. baru ingat nak melepak lama sikit. huhu. keciwa keciwa. padahal dah amik cuti 2 hari siap-siap. 

insya Allah ada rezeki lebih, bleh balik sana lagi. tiket MAS kan ada. tak payah naik kapal laut dah. kena serang buruh lagi ada. 

next trip to Jakarta plak. yay! tak sabar rasanya. hihihi..

Wednesday, February 15, 2012

Kalut~

Apsal la aku rasa macam kalut je 2 3 hari nie. haish! suma benda buat tak betul. macam ada je yang tak kena. semua benda nak cepat. semua benda rasa macam terkejar-kejar je buat. tapi pastu rasa macam semua benda tak siap buat. kalutnya atieabid nih.




Monday, February 13, 2012

Ingin mencari keredhaan Ilahi~

jadilah seperti ubi, apabila ditarik ia kotor tapi dipotong ia putih & bersih.   jangan jadi seperi tin kosong yang cantik luarannya tapi berkarat di dalamnya..
Ingin mencari keredhaan Ilahi. sudah jauh tersesat. sudah jauh menyimpang. sudah banyak calit² dosa yang tidak akan tertanggal. terasa ingin pergi jauh. jauh. dan jauh. 

ah jiwang karat betul cik atieabid nih. erhm, mak ada ajak balik Tarakan. boleh jumpa nenek. boleh jumpa kazen mazen yang dah lama tak jumpa. rindu la weh! tak sabar mau jumpa nenek. berbelas tahun tak jumpa. tu je la nenek aku yang masih hidup. nenek belah bapak aku. atuk belah bapak aku dah meninggal dah. tapi alhamdulillah sempat jugak jumpa time atuk datang Malaysia dulu. atuk & nenek belah mak aku, memang tak pernah jumpa pun. dah lama meninggal dunia. ada nampak dalam gambar je lah. tapi mak selalu pesan, kalo 1 hari nanti dia pun dah takde, jangan pernah lupa untuk bacakan doa kenduri arwah untuk mak bapak dia (atuk nenek aku la..) Insya Allah mak. anak mak akan ingat pesanan mak. Insya Allah. 

nenek kat Tarakan pun dah tua sangat². bapak aku je dah 64 tahun. bapak aku anak sulung nenek dengan suami pertama. dah cerai tu, nenek aku kawin lain. atuk aku pun sama. atuk aku lagi dasyat. cerai lagi pastu kawin lain plak. so, nenek aku ada 2 suami. atuk aku ada 3 isteri. dalam ramai² adik beradik bapak aku tu, dia adalah anak sulung. ni kalo aku buat salasilah keluarga ni mau besar gila! tak semua adik beradik bapak aku yang aku dah jumpa. maybe kalo terserempak kat pasar, aku bleh tak kenal. tapi alhamdulillah suma adik beradik bapak aku samada 1 mak 1 bapak ke, 1 mak lain bapak ke, 1 bapak lain mak ke, suma akan carik bapak aku kalo diorang datang kampung aku. kira bapak aku ni otai la. hahaha. otai la sangat kan pak kan. hehe. =D

tapi yang lucu tu bila ada antara adik beradik tiri bapak aku tu tak kenal pun antara satu sama lain. tapi bila dah jumpa bapak aku baru la berkenalan. 

teringat time atuk aku datang Malaysia. stay kat rumah ntah berapa bulan. time tu nenek(mak bapak aku) ada kat rumah jugak. diorang lepak² kat koridor. sembang². kitorang cucu² dia ni bleh plak gelakkan diorang. siap sakat lagi. "kekasih lama atuk ngan nenek kan! hehehe" pastu nenek aku tersenyum je. atuk aku pun tegelak. tak sampai berapa bulan lepas atuk balik kampung, dia meninggal dunia. masa tu bapak aku down gila. nangis. sedih jugak la nengok bapak time tu. huhuhu.

Insya Allah kalo takde halangan, hujung bulan ni balik Tarakan jumpa nenek. nenek!! c u there! muahxxx dari cucu tersayang. :P 

Saturday, February 11, 2012

Perempuan, Wanita, Women



Perempuan tidak dijadikan daripada rambut lelaki untuk dijunjung sebagai Queen Control.
Juga bukan dijadikan daripada tangan lelaki untuk dipukul dan ditampar.
Tidak juga dijadikan daripada tapak kaki lelaki untuk disepak terajang.
Tapi perempuan @ wanita @ women ini dijadikan daripada tulang rusuk lelaki untuk dilindungi dan disayangi sepenuh hati selayaknya mereka. 

sumber: pacik gugel

Friday, February 10, 2012

Awas Jerat Valentine!

Seperti biasa, rutin mingguan ahli masjid Kg Lormalong akan datang tempat aku untuk print khutbah jumaat. apa yang best? tajuk khutbah jumaat harini "Awas Jerat Valentine!"..

Zaman sekarang ni ramai remaja tunggu² hari Valentine. konon nak raikan hari kekasih dengan pasangan masing². mari aku nak habaq pe dia maksud valentine ni. bukan encik valentine JKKK Kg Kadazan okeh. :D

Ken Sweiger - "Valentine" ni berasal dari bahasa Latin = "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat & Yang Maha Kuasa". ayat ni digunakan pada zaman Rom Kuno yang ditujukan kepada Nimrod & Lupercus (tuhan orang Romawi). 

so, sedar tak kalo korang mintak kat pasangan korang "To be my valentine?", korang mintak pasangan korang tu menjadi "Sang Maha Kuasa" ? sedangkan kita tahu Yang Maha Kuasa hanyalah Allah S.W.T je. Dia yang Satu! benda ni macam nak hidupkan balik budaya pemujaan berhala, perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah S.W.T.

Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Jawapannya ialah kerana kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang muslim. Dengan ini kita terpesong dengan cara hidup yang sebenar. Kita juga jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan aqidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan haikakt iman ialah panduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar aqidah dengan melaksanan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahannya. kualiti iman tidak boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu bukannya ukuran tingginya kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuaran dan kecemerlangan ummah.
-petikan: Khutbah Jumaat 10 Feb 2012-
Benda ni untuk ingatan bersama. untuk pesanan kepada diri sendiri yang sering alpa dan terlupa.  


Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday # I'll always be with u~


sumber: pacik gugel

Saturday, February 4, 2012

Life is too short~



Lets enjoy life and don't live a complicated life.
Life is too short.
Work as if it was your first day.
Forgive as soon as possible.
Love without boundaries..
Laugh without control.
and never stop smiling.

Life is too short to argue and desperate..





Layout yang Gurly~

budak kecik epalejau tu kutuk blog aku gurly sangat. sampai dia nak jenguk blog aku pun dia ikut geli. ces!!! sampai hati ko dak kecik!


Thursday, February 2, 2012

Bangkok oh Bangkok~

KL-BKK
cer tengok! cer tengok! sila lah baca!.

patutnya harini, malam ni, aku ada kat Bangkok!!! huhu. patut pegi dengan my dear friend Julea & Farah. tapi , hakikatnya aku sekang masih lagi kat Kunak. home sweet home. atas katil aku. 

Farah pregnant tinggal tunggu hari je nak deliver. tadi plak dapat berita farah kena tahan kat sepital tawau sebab baby songsang. Ya Allah, moga farah & baby sihat-sihat jak & semua kembali normal. amin.

nak pegi berdua dengan julea plak, macam tak berani. maklumlah, anak dara sunti katakan. terpikir gak, parents masing-masing bagi lepas ke kalo nak pegi pon kan? mesti diorang tak bagi. sebab risau. erk, sebenarnya takut jugak. dengan keadaan bangkok sekang ni tengah tak aman. tadi baca news ada sebut pasal muslim kena tembak kat Pattani. ishk, lagi la tak berani. 

lagipun, bapak julea kurang sihat. so, mesti dia berat hati nak pegi becuti. takpelah..next time bleh pegi kot. sekang ni takde rezeki walaupun tiket dah beli. alah, tiket beli pon guna voucher free haritu. takde lah ralat sangat. hehe. 

Tagged from Niena~

ishk budak kecik ni. ada hati mau tagged aku dengan soalan merapu dia. apa dia ingat aku tak bleh jawab ka soalan dia tu?? see the leg la..hahahhaha.. tapi sorry to say sorry to say ok. aku jawab soalan jak k. yang lain punya rules, aku abaikan. hehehehe..aku buat rules sendiri. hihihih..jangan marah aaaaa..

Ni ialah 11 soalan kepada member member yang malang ;P (i tak malang la nure'. i beruntung. ;)

1) Pernah jatuh sebab kawan tarik kerusi ? :P
   pernah..tapi lepas tu c kawan kena penumbuk sulung la..:p
2) Tengah dengar lagu ke ? Lagu apa ?
   tidak..haha
3) Minat KPOP ? Group apa ? Cer cite ;)
   KPOP?? tidak! sebab suma cam jambu..haha
4) Ideal type of a girl/boy .
   jawapan standard jak la ya..mestilah yang baik. ;p
5) Apa yang anda wish sepanjang hidup anda ?
   become a wife, n a mother..cewah..jawapan orang tua betul plak rasanya..
6) Pernah tak terfikir untuk menjadi seorang artis ? Artis macam siapa ek ?
   tak pernah plak terpikir mau jadi artis..
7) Apa benda terakhir yang korang makan ?
   limau mandarin. Gong Xi Fat Choi..;p
8) Apa perkara yang paling korang benci ? Kenapa ?
   didesak. ada meh orang suka kena desak??
9) Pernah rasa sakit hati oleh best friend sendiri ? Macam mana anda settle masalah tu ?
   pernah la. try sabar jak..
10) Jika anda berada dalam susah hati , apa yang korang buat ?
    makan coklat. biar senag hati.
11 ) Ada couple ? Ceritakan penampilannya ;)
    no komen.. ;p

taktau nak tag sapa. so, aku biarkan ia tamat d sini. hehehe..

Ampunkan dosaku~

biar ku pujuk hati sendiri
biar tiada yang mengerti
aku ada Dia yang bisa fahami

ampun dan maaf jika ada yang terluka
aku tidak sengaja
aku juga insan biasa

aku sayang kamu
kamu tahu itu

ibu,
ampukan dosaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)