Tuesday, November 30, 2010

To-do-list

Bila banyak kerja, apa kan ku buat?

1. buat-buat buzy. kononnya aku la orang yang paling bz sekali dalam opis. wakaka..
2. selerakkan meja dengan kertas-kertas yang berkaitan & yang takda kaitan langsung dengan kerja.
3. tepon sana, tepon sini. on call je memanjang. cewah. macam la bz sgt kan. ntah2 citer pasal benda lain. haha.


Tapi memang bz weh minggu ni. sampaikan tak tau nak start yang mana dulu. To-do-list pun dah wat. tapi masih lagi terkial-kial. apa nak jadilah kau ni atieabid. 5hb dah nak dekat. banyak keja nak kena buat. jangan sampai buat keja last minit sudah la.

aku perlukan semangat. aku perlukan udara segar. aaaaaaarrrgggghhh!!!!



p/s: ehm. dah masuk bulan dec dah. =)

Sunday, November 28, 2010

~Kembalinya aku.

oh, lama benar tak menulis di sini. lama benar aku tak sentuh blog ini. lama benar aku tak baca isi blog ini. lama benar aku tak blogwalking & jejak blog rakan2.

nak dikatakan bz, mmg bz sikit la. tapi selebihnya sebab penyakit malas aku dah datang. bila keja banyak, mula la aku abaikan blog nie. sian ko kan blog. =(

actually banyak benda nak share kat sini. nti la bila ada kelapangan akan ku kabarkan padamu sang blog ye.

lagi2 sejak aku makan ubat ginseng ni. nafsu makan n tidur aku membuak2. sampaikan kat opis pun aku sempat tidur. haha. lucu gak bila ingat balik. musti budak2 tu kata aku nie kaki tidur. muka pun selenge semacam jak. aduh. malu2!


mana taknya aku terpaksa bergantung pada ubat ginseng nie. sejak aku keja kat sini, badan dah makin kurus. tapi bila timbang berat, maintain plak 50kg. haih. pening aku la. mana 1 yang betul? jeans suma dah longgar. sah la aku kurus. huhu.

yelah, selera makan dah kurang. makan nasik tak pernahnya habis. kesian kat nasik tu. nangis dia nanti. masalahnya nak makan camana. tempat aku keja takde gedai makan pun tepi2. kampung la katakan. orang makan kat rumah jek. kadang kalo aku rajin, singgah la beli sarapan kat simpang 4 tu. kalo tak, aku terus je la pegi keja. bawak air panas je la. kadang tengari malas nak balik rumah. jauh. 8km tu nak balik. ah, malasnya la nak drive. tu kalo ada keta. kalo keta kena pakai oleh bapak aku, sah2 aku tak balik makan tengahari. dan sah2 aku tak makan. balik rumah, kadang lepas mandi je terus tidur. pernah tu sampi 3 hari aku tak sentuh nasik. kebal dah perut aku nie rasanya. so, camana nak gemuk?

just nak bgtau yang ginseng tu bukannya ubat gemuk. ubat tu just untuk bagi aku selera nak makan banyak2. seriusly, kalo makan ubat ginseng tu nafsu makan aku dah ok balik. yang pentingnya aku habiskan nasik aku. tapi efeknya sebab aku akan ngantuk. so, the moral of the story, makan la ubat ginseng tu time cuti. boleh tidur puas2. haha..

time wat entry ni, aku terasa lapar. haha.bagus2. so aku nak gi makan. nanti aku sambung blogwalking dan terjah blog raka2 plak. hehe.



p/s: Bz sgt ke dia?

Monday, November 8, 2010

Komuniti Bajau Laut~

Aku tak kejam. aku juga ada hati dan perasan. aku juga ada belas kasihan. tapi........!!

tapi aku cukup tak suka dengan keadaan di mana orang datang mintak sedekah kat aku dengan cuit-cuit pinggang la, cuit-cuit tangan la. kalo boleh suma dia nak cuit. nak je aku bagi pelempang sulung aku ni ha.

kalo sesapa yang pernah datang sabah, area Semporna dan Kunak especially, mesti akan nampak sendiri senario ni. golongan nie dikenali sebagai Pela'uh atau Bajau Laut. golongan ni tinggal di atas perahu di laut. memang itula komuniti diorang. kerja? hasil tangkapan selalunya diorang akan jual dari kampung ke kampung. murah jugak kalo dibandingkan dengan kat pasar ikan tu ha. ok stop! aku bukan nak cerita pasal asal usul diorang.

di Kunak ni, dah tau sangat tempat diorang beroperasi. kat mana lagi kalo tak kat depan atm maybank. siap baring landing puak kupu-kupu lagi kat tepi tu. buat bising kat situ mengganggu org ramai. ada yang gendong anak siap hulur tangan anak dia kat orang yang tengah Q nak cucuk duit. kalo takat hulur xpa jugak, nie siap nak cuit2 tu yang aku tak tahan. dengan bau diorang yang semerbak. kalo aku duduk kat kedai makan, konfom selera makan aku hilang.

gambar sekadar hiasan. sumber: google
macam ni la diorang beratur kat atm maybank.

pernah tu, budak dlm lingkungan 7 atau 8 tahun mintak sedekah dengan cuit2 pinggang aku. aku tengah minum coke. aku geleng kat dia. dia mintak plak coke yg aku tengah minum tu. aku baru je minum 2 3 teguk macam tu. aku wat tak layan je. dia bleh plak marah kat aku. memang ringan je tangan aku nak naik time tu. nasib baik ada kawan halau budak tu. kalo tak, memang merasa jugak la dia. ishk geram tul!

tadi time beli burger pun ada sorang minah ni. siap hoi hoi kat aku. abg burger tu ckp la kat dia

abg burger: "ko panggil dia hoi hoi mana la orang mau bagi.."
pela'uh: "jadi mau panggil apa..?? makcik ka?? "
abg burger: "panggil la apa2 pun tapi jangan la panggil hoi."
pela'uh: "macik, mintak bah duit mau beli nasik.."
aku: wat x layan je. dah bayar dengan abg burger tu aku terus blah. macik dipanggilnya aku..? cit!

situasi ni selalu wat aku serba salah. kalo aku bagi sedekah kat dia, konfom dia akan cam muka aku and asal je nampak aku, dia akan terus lari ke arah aku hulur tangan. dan satu lagi, dia akan bagitau kat kawan2 dia semua n masa tu ko tengok la berduyun-duyun orang dia datang tempat ko. bukan aku tak pernah kena. huh!

kesian? memang kesian dengan suku nie. diorang dari moyang sampaila ke cucu cicit suma takda pendidikan. mungkin sebab tu la komunikasi dengan orang lain pun semacam je. takda hormat, kadang kurang ajar.

diorang takda identiti. nak kata rakyat Philippine, bukan jugak sebab perkampungan diorang di atas laut di area pulau2 di Semporna. tapi diorang juga bukan warganegara Malaysia. siapa sebenarnya mereka?

pernah juga menjadi issue. konon mereka akan diberikan mykad. akan disahkan kerakyatan sebagai rakyat malaysia. bagi aku, kalau betul diorang nak di bagi mykad, apalah salahnya pihak kerajaan atau sesapa la yang ada power tu buatkan diorang satu program. contohnya bagi anak2 yang masih kecil, sediakan 1 sekolah untuk diorang. sekurang-kurangnya komuniti ni akan terdedah dengan dunia lain. bukan hanya diatas perahu dan laut saja. kan ilmu tu penting untuk memanusiakan manusia.

p/s: simkad aku ke yg problem atau line celcom yang problem? x pasal2 aku kena marah oleh c chenta. adeh.



Friday, November 5, 2010

Memilih? bagai analogi sang rumput~

memilih? jangan demand sangat. maksud aku jangan demand sangat bukan la sampai tak boleh memilih langsung. bukan la main rembat je apa yang ada depan mata. bukan bukan. silap tu.

maksud aku jangan memilih sangat kat sini ialah, bila dah jumpa yang baik, hargai la dia. sayangi la dia. jangan ada niat di hati nak mencari yang lebih baik. sebab yang terbaik hanya datang sekali. pernah terbaca satu kisah. analogi rumput dan kasih sayang.(klik untuk membaca kisah penuh).

si dia mungkin ada kekurangan. well, nobody's perfect rite. kita sendiri ada kekurangan. cuma kita tak nampak kekurangan kita. kita selalunya lebih selesa dengan attitude kita. lebih selesa dengan perangai kita. sehingga kadang-kadang terkeluar ayat "pedulik apa orang kata, aku x kacau orang pun".

ya memang kita tak kacau orang. tapi sedarkah kita, perangai atau kelakuan kita sebenarnya menjengkelkan bagi sesetengah pihak. maksudnya disini, kita punya kekurangan itu. kekurangan yang tidak disenangi oleh orang lain. kekurangan yang kita sebenarnya sedar tapi tidak cuba untuk memperbaiki.

tapi mesti akan ada ayat "bukan senang nak puaskan hati semua orang". so, buatla yang terbaik untuk diri sendiri. bukan dengan main lepas cakap macam tu je. cermin diri sendiri. tang mana orang tak suka. tang mana orang tak puas hati. selagi boleh diperbaiki, tak salah rasanya untuk diperbaiki.

berbalik pada kes memilih. bila dah baca analogi sang rumput, aku cermin diri aku. aku kah pelajar itu? aku kah yang tidak pernah ada rasa syukur?

kalo dihitung, aku punya koleksi bekas buayafren. samada dorang yang dumb aku atau aku dumb diorang, kisahnya sama. aku tidak pernah putus asa untuk mencari yang terbaik. tapi aku lupa, aku bukannya yang terbaik. dan yang terbaik itu aku telah tinggalkan di belakang. tapi aku tak mungkin akan patah balik. sama macam permintaan sang guru kepada sang murid dalam analogi sang rumput.Justify Full

tapi betulkah yang telah aku tinggalkan di belakang itu lah yang terbaik.? ah, masa tu muda lagi. bukan tau pun mana yang terbaik mana tak. hati mudah goyah masa tu. rasa hebat bila ada ramai yang berkirim salam. ceh, padahal xde la cantik mana pun. haha.

ataupun boleh disama ertikan, setiap persinggahan itu ada ceritanya yang tersendiri. ada kisah pahit dan manis. yang mengajar aku erti sebuah perhubungan. yang mengajar aku lebih menghargai. tapi juga tidak terlepas untuk membandingkan yang dulu dan yang sekarang. si polan dulu tak pernah macam nie. c polan dulu selalu macam tu. kenapa c polan tak macam si polan yang dulu? kenapa perlu membanding?

kepada chenta hatiku, maaf sebab aku pernah buat kau terasa hati. secara tidak sengaja aku membandingkan kau dengan c polan. bukan membandingkan. aku cuma terkenang kisah lalu. saat aku dan dia. tapi itu semua dulu. kini aku ada kamu. aku sayang kamu. aku cinta kamu. aku tidak pernah ada niat untuk mara ke hadapan dan mencari sang rumput yang lain. sebab aku cuma mau kamu. cuma satu ku pinta, jadikan aku sang rumput yang terakhir kau jumpa.

iklan plak kat atas tu ek. hehe

aku tau, chentaku pun punya kekurangan. tapi aku terima dia seadanya. sama macam dia terima aku seadanya. (dia kata mcm tu la) . so tak timbul sebab kenapa aku perlu cari lain.

kesimpulannya hargailah insan tersayang. ngeee..macam cerpen plak ada kesimpulan. hahaha.

p/s: rindu berat

Thursday, November 4, 2010

Cerita cinta~

Harini pergi library. ingat nak pinjam buku student guide series untuk jadikan modul dalam kelas ICT aku. terjumpa pulak satu buku pasal cinta. macam best buku nie. so, aku pinjam sekali. -dah lama rasanya aku tak pinjam novel atau bahan bacaan kat library Kunak nie. kalo dulu, buleh kata semua novel dah habis baca.

ok.. berbalik pada cerita cinta, aku nak kongsi sikit kat sini pasal content dalam buku nie. tapi untuk itu, aku nak bagi credit kat penulis buku nie "Maszlee Malik & Hamidah Mat".


bukan buku sebenar

------------------------

CINTA

Seringkali hadir tanpa dicari,

CINTA

Seringkali jua pergi bila kita mencari,

tetapi kita selalu membiarkannya pergi

apabila ia menghampiri

-maszlee malik & hamidah mat-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)