Saturday, August 21, 2010

Pendaftaran Netbook 1 Malaysia percuma~ 1st Day~

Tahniah kepada pelajar² yang namanya tersenarai dalam list penerima netbook 1 Malaysia percuma dr SKMM dengan kerjasama Celcom n kami pihak PJK hanya membantu mengedarkan sahaja. Glad to c they happy and very excited masa registration aritu. tp jujur cakap la, aku bagai nak mati handle kaunter 4 masa tu. smpi skng nie kalo aku terimbas balik hari tu, rasa nak termuntah pun ada..lagi² 1st day registration.

Kelayakan apa yang diperlukan untuk dapatkan netbook 1 Malaysia percuma nie?
  • Pelajar sekolah menengah - sebab pelajar sek menengah dah besar sikit kot n tau camana nak jaga netbook.
  • pendapatan isi rumah kurang dr 3k - ini untuk membantu mereka² yang berpendapatan rendah.
So, sehari sebelum tu, kitorang masuk dewan dan susun atur apa yg patut. nasib baik ada Mr Yasin n pren selaku sukarelawan PJK pekan kunak bantu kitorang. kalo x, smpi ke petang pun kami siap lagi. huhu.

Pendaftaran dibuat di Dewan Besar Kunak. Hari pertama tu mmg dewan penuh gila. dah la panas. aircon x pasang. kipas plak banyak x berfungsi. adeh. bulan² posa mcm nie lagi la tergugat iman n mencabar mental fizikal. dengan pelajar² yang x paham arahan, mmg mengecewakan. mmg la aku x nafikan sambutan diorang sangat menggalakkan. tp kalo arahan sesimple "tolong berbaris", "lengkapkan borang kamu sebelum hantar ke kaunter" pun masih susah utk dipatuhi, ehm aku rasa baik aku bg arahan dengan budak tadika jek.


ni la kerusi yg siap di susun. tp susunan ni dah bertukar rupa bila semua orang dibenarkan masuk dewan. aduh.


tgk la betapa ibu bapa pun sibuk nak berbaris. kan bagus kalo makcik pakcik duduk kat tempat yang disediakan tu daripada penat² berebut berhimpit berasak tu. dah la pelajar ramai, ditambah dengan mak bapak lagi, tambah la crowded kaunter tu haa. sian kat pegawai dr SKMM kena asak dengan pelajar yg x reti nak berbaris elok². Mr Yusrizal dengan segaknya jd bonzer. tau plak diorang kecut perut. hak hak hak.


ehm, kan nama dah ada dlm list. bukan lari pun kaunter tu. lain la kalo 1st come 1st serve, bak kata Mr Yus, dia dulu yng melompat. hahah..kelakar Mr Yus nie.


jujur ckp la, aku mmg kagum ngan semangat diorang nie. tp yg x bestnya bila part ada yg mempertikaikan. ehm, itu nti kita citer kat bawah.


tgk la. kesian kat kitorang. xda plak amik gambar yg masa last2 tu. time tu lagi kick. ada plak yg berbaris kat belakang aku. aku yg kat tengah tu ha. budak² lelaki dengan mcm² bau ada, suma dok hulur borang diorang kat muka aku yg comel loteh nie. mmg jenis x paham bahasa.

Pendaftaran harini habis pada pukul 6pm. buka posa kul 6.20pm. best kan. balik² rumah terus buka posa. rasa mcm nak pitam pun ada. lepas buka posa, solat maghrib jap, pg dewan balik. kemas n susun balik dewan yang rupa susah utk aku gambarkan. kemas punya kemas, lepak punya lepak, habis kul 10pm. balik rumah terus terbongkang. wahaha..


2 comments:

  1. apasal ko x letak rupa dwan selepas kejadian?haiyaaa..cb kamu bg takut,sapa x bebaris x dapat notebook..

    ReplyDelete
  2. haha..x makan saman weh..yakan, lupa mau kasi tunjuk lupa dewan selepas kejadian..mana tdk, punya penat..yg aku ingat time tu aku mau minummmm!..haha

    ReplyDelete

Semoga hari ini lebih baik dari semalam~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)