Saturday, July 24, 2010

Pusat Jalur Lebar Komuniti~

PJK Kg. Lormalong

Rasanya dah sebulan lebih aku bekerja di Pusat Jalur Lebar Komuniti nie. tp blm ada 1 post pun aku citer pasal benda nie kan. ramai yang xtau apa itu PJK. Secara ringkas, kitorang panggil benda ni PJK atau CBC. CBC ni utk Community Broadband Center. budak² kampung plak panggil Cyber atau jalur lebar. ehmm, suma tu sama je. yang penting benda nie 1 benda yang sama.

Apa itu PJK?
PJK nie satu inisiatif dr SKMM n Celcom Berhad serta kerjasama dr Nusuara Technology Sdn Bhd. so, gaji aku kena bayar oleh Nusuara. Projek ni dibuat d kampung² atau luar bandar. So, Kunak nie kampung aku sendiri. kat Kunak je ada 3 PJK. tp aku jaga kat Kampung Lormalong. lebih kurang 8km dr umah aku. boleh tahan jauh la jugak kan. huhu..

PJK nie utk rapatkan jurang digital komuniti setempat. skang kan kerajaan dok war-war kan pembangunan ICT di setiap pelusuk. haa, nie la matlamat PJK. diorang taknak orang luar bandar ketinggalan dalam teknologi ICT. tu sebab diorang bubuh PJK kat kampung² untuk keguaan orang setempat. x perlu lagi nak turun ke pekan. yelah, nak ke pekan je kalo xde keta sendiri susah. kena naik keta sapu. tambang nak ke pekan je rm3. tu baru pegi. balik lagi rm3. pastu CC kat pekan lak mahal, sejam jak rm2. ehmm. sekurang² dengan adanya PJK kat dalam kampung nie, ok la sikit. senang la org kampung sikit.

Apa ada dalam PJK?


mcm² ada..hehe..mcm astro tu jugak la..kelajuan kat PJK je smpi 8mb..paling rendah pun 3mb. tu pun kalo PC penuh ngan user. kalo x ramai mmg lagi la laju. mmg puas hati. selain tu, ada jugak wi-fi. tu bg sesapa yg ada komputer peribadi sendiri buleh la subscribe wi-fi kami yek. murah je. k, rate dia mcm kat bawah nie..

Internet:
7-12 tahun (member) = RM0.50/jam
7-12 tahun (non-member) = RM1/jam

13 tahun ke atas (member) = RM1/jam
13 tahun ke atas (non-member) = RM1.50/jam

Wi-Fi:
Student sekolah rendah & menengah (member) = RM10/month
Student sekolah rendah & menengah (non-member) = RM15/month

Dewasa (member) - RM15/month
Dewasa(non-member) - RM25/month

camana nak jadik member? isi borang n bayar RM5 je utk 5 tahun..

hehe..murah kan. dah bgtau awal2 dah mmg murah pun.

perkhidmatan lain? ada jugak. mcm biasala, ada printer, scanner, jual cd, jual dvd, accessories komputer, pendrive n mcm2 lagi.

Selain dr bg perkhidmatan internet, PJK ni jugak buat kelas komputer/ICT secara percuma utk member2 sahaja. buleh belajar macam2 tau. modul disediakan oleh HQ. so, kira ok la kan. ada dapat sijil lagi.

mmg enjoy keja kat sini. harap2, PJK nie makin maju makin maju n maju..
chayoook!!!!
hehe...

Friday, July 23, 2010

mood x best~

Seminggu ni mood aku betul² x bagus.
hilang mood.
resah.
gelisah.
akhirnya terjawab semua soalan.

aku tanya diri aku.
apa salah aku?
jauh?
itu kah puncanya?
nak kata x msg, every day i text him.
nak kata x call, every nite on call with him.
apa lagi x kena?
atau dia bosan kat sana xda teman?
sebab tu pasang scandal?
tp perlu ka?
sebab aku kat sini x perlukan suma tu.
aku cuma perlukan kejujuran dan kesetiaan.
apa susah sgt ke?

sedih sgt.
mlm² tidur aku kacau.
terbayang² pic tu.
terngiang² setiap bait email betina tu.

yg betina ni pun 1.
org punya jugak yg ko nak kan.
tergedik².
xnak mengalah segala.
what the *&^%!

p/s: heran ngan manusia yg ckp x serupa bikin. tp aku percaya pada karma. Allah itu maha adil.

Pinkynya blog aku~

bosan tgk blog aku yang putih bersih jak. siap ada photo x jd lagi . x suka x suka x suka!!.
ehm, tukar ngan baru dulu la. tp sekali tgk, pink sgt la pulak. ah biar la. malas mau edit lagi. nti ada mood mau berblog, aku edit la tu. skng nie mood tgh x berapa nak elok sgt memandangkan aku tgh datang bulan. perut aku meragam. cis!

Tuesday, July 6, 2010

FuTsaL~

Rasanya aku dah lama x bersenam. So bila tadi ada main futsal skit, cepat plak aku semput. adussshhh. Baru 2 round pusing gelanggang dah semput. camana la bekas athlete ni. huhuh. x boleh pakai langsung. main 1 jam jak sebab ada orang lain mau guna gelanggang. rasa best la jugak badan sebab ada sikit exercise. kalo tak,rasa mcm x bermaya jak.

lepas nie diorang ajak main badminton plak. haha. aku nie mana la pernah main benda alah tu. main gitu2 jak pernahla. tu pun dah lama x pegang raket. aduih..

p/s: teringat masa walkaton i penang dengan kak as n kak tun..=)

Monday, July 5, 2010

Aku cukup benci..

Benci dengan kejadian petang semalam.

Kau datang dengan mabuk2 pastu mengamuk pasal anak buah kau yang mmg nakal macam monyet tu. apa kau ingat anak buah kau tu baik sangat ka..?? atau kau nak aku replay cctv bagi kau tgk perangai anak buah kau yang cukup menjengkelkan tu ka..?? eh, hellooooo...ini hal budak2 la..kau tu bapak budak. yang kau nak masuk campur benda2 kecik mcm nie knp? susah kan kalau orang xda pelajaran nie. akal pendek. tau minum smpi mabuk pastu wat kecoh 1 kampung.

kau datang tempat aku, kau hentak2 meja aku, kau tuding2 kepala aku. itu aku masih mampu bersabar. tp bila part kau tolak kepala aku, ohoooo..ini sudah lebih. lelaki dayus mcm kau nie mmg hanya berani dengan perempuan jak. aku tau. apa kau ingat aku nie xda maruah? apa kau ingat aku nie xda keluarga? apa kau ingat kalo aku bgtau kuarga aku, dorang akan diam diri..? jawapannya TIDAK! opkos mak bapak aku x suka sebab dorang sendiri x pernah wat aku mcm apa yg kau buat. apa kau ingat sebab aku nie bukan orang kampung kau, kau boleh apa yang kau suka.?? mmg aku perempuan. tp apa kau ingat aku xda abang? yang lebih besar dr kau yg mcm cicak kubing tu?

banyak cerita. baik buat report polis. ketua kampung n jkk kampung pun dah tau. "dia tu mmg suka wat hal dalam kampung nie..dia mabuk tu.." go to hell la dengan mabuk dia. ada aku kisah? benda ni tetap akan jadi kes polis. mlm tu polis bahagian jenayah call aku, suruh dtg esok sebab nak dengar yang lebih terperinci. dia x dapat tangkap cerita aku dalam report tu..adeh..(mcm kes besar plak..wakaka..)

balik keja, mintak teman bapak pi buat report polis. hati nie masih sakit. sakit sangat! celaka babi sial anjing!!!! (susah mau tgk aku mencarut dalam nie..)

td masa sembang2 ngan abg madung, aku cerita pasal benda nie. aku dah agak apa reaksi abg madung. nasib baik dah jam 11 mlm. kalo x, sah2 dia ajak aku pi sana carik rumah budak tu. tp ingat abang madung mau diam? besok lepas pegi balai polis, dia ajak aku pegi lormalong tu lagi. dia plak nak mengamuk. pikir punya pikir, bagus jugak abg madung pegi sana. sekurang2nya diorang tau aku bukan berseorangan. aku masih ada abg yang boleh lindungi aku. aku masih ada keluarga. aku tidak boleh diperkotak katikkan sesuka hati mak nenek dia.

p/s: kena bangun awal..esok nak mengamuk lagi..huhh..!!

Saturday, July 3, 2010

Dapat lagi anak buah baru~

01 Julai 2010,

03.30am: abg zul kejutkan aku. Nak bawak kak ipar pi sepital. Katanya dah x tahan sakit. Dalam hati aku mesti nak melahirkan dah nie. aku lak yg excited..cehh!! pegi sepital dengan mak sekali.

05.30am: Masih dalam dewan bersalin. dah 2 jam dlm tu x jugak keluar c baby. hantar mak balik umah, solat subuh. pastu aku sambung tido balik. haha.

6.30: pi sepital hantar mak n amik abg zul. nti dia yg antar aku g keja. sian dia jd driver aku. heheh..

08.45am: pegi keja mcm biasa. tunggu kabar gumbira dari abg zul ja nie.

11.00am: bunyi mesej. bgtau baby dah kuar. baby girl. Waaaahh..tahniah my brother. dah jadik bapak pun. 2 tahun kawin, baru dapat baby. alhamdulillah. tp yg peliknya kak asmiati yang mesej bagitau. ehmm. 15minit mcm tu baru dapat mesej abg zul.

Fateen Auni Syahlia

Comelnya nurek mck atie nie. berat 2.7kg jak. punya kecik. ni close up nampak la besar sikit. huhu.. apa yg penting Fateen sihat kan. dah besar nti boleh mck atie bawak jalan dengan kazen fateen yg len. hehe..

Semalam jak, rumah dah jadi mcm pusat jaga baby jak. Husna, Qawiem, Ain n Fateen. suma berkumpul d umah nenek diorang. suma beza umur x smpi 4 bulan. can u imagine camana rumah jadinya? mcm nursery. hahah.

mck sayang suma nure'2 mck atie..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)