Monday, February 10, 2014

Episod Qaweim dan Aunty Atie.

Qawiem sayang.



Alkisahnya, Qawiem ni sangat manja. tapi suka sakat orang. tak padan dengan kecik. kalo dia takde kat rumah, memang rindu gila. kalo Qawiem kat rumah, bilik feberet dia tidur sekali dengan aunty atie. time ada suami pun dia bukan kira. bilik aku dah jadi bilik dia. haha. layankan saja budak kecik ni.

Episod 1;

Qawiem main lasak sangat. nak gusti aunty. siap bunyi sing sing sing lagi macam otromen. sekali tu dia nak tindih aku nak buat macam WWF tu ha.

Aunty atie: Qawiem, dalam perut aunty ada baby. mana boleh pukul perut aunty
Qawiem: haa yaka??
Aunty atie: iya..sian nanti baby sakit..
Qawiem: ok..sian baby kan..

esoknya.............
sambil pegang perut aku...

Qawiem: Aunty, dalam perut aunty ada baby kan..
Aunty atie: ya sayang..dalam perut aunty ada baby..adik qawiem kan..
Qawiem: dalam perut qawiem pun ada baby jugak kan.. (sambil usap perut dia..)
Aunty atie: erkkk..$%^*#$

dalam perut qawiem ada taik ja sayang. hahaha

-------------------------

Episod 2;

Time mandi. ibu qawiem yang mandikan dia.

Qawiem: (sambil usap perut ibu)..ibu dalam perut ibu ada baby ka?
ibu qawiem: hhaha..mana ada sayang..dalam perut ibu ada taik jak ni..

Qawiem: jadi dalam perut qawiem pun taik la? bukan ada baby?
ibu qawiem: dalam perut qawiem pun ada taik jak. hahaha..


mesti dia asyik ingat dalam perut semua orang ada baby. hihih
---------------------------

Episod 3;

Qawiem letak telinga di perut boyot aunty.

Aunty atie: apa qawiem dengar?
Qawiem: diam**
Aunty atie: baby cakap apa?
Qawiem: baby cakap dia mau minum..
Aunty atie: @#$/^&*?????


imaginasi dia sangat kuat. haha. dia dengar gulpgulpgulp kot dalam perut aku.

Tuesday, January 21, 2014

Throw Back 2013

Assalamualaikum..

wah, cam apa jak mau throw back segala kan. tapi ndak apa la. sekurang-kurangnya aku try untuk imbas balik apa yang jadi sepanjang 2013. banyak suka dan duka.

tak banyak yang aku rasa aku boleh throw back 2013 ni. tapi ada benda yang berlaku yang sangat manis. yang tak mungkin boleh lupa sampai bila-bila.

Februari 2013
Penceroboh Sulu masuk Lahad Datu Sabah.
hidup jadi huru-hara sekejap. menjadi pelarian di kampung sendiri. ramai perwira yang terkorban. terpaksa lari ke semenanjung. selama 2 bulan tak keja. nasib baik gaji masuk jugak. thanks to skmm dan nusuara yang concern dengan keadaan di sabah.

April - June 2013
Rutin harian seperti biasa. kerja kerja kerja..

Julai 2013
Sebok dengan urusan persiapan nak kawen.

11 August 2013
Hari yang sangat bermakna saat cinta mula direstu. macam-macam hal jadi dalam hubungan sebelum halal. menjadi cinta terhalang. akhirnya disatukan. alhamdulillah. dengan 3 lafaz, aku menjadi isteri kepada suami. suami yang sangat sabar dengan kerenah isterinya. :P

Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami. amin. 

kehidupan sedikit berubah. kalau dulu malas masak, sekarang hari-hari kena pikir nak masak apa. kalau dulu suka hati aku nak bangun kul berapa, sekarang kena bangun awal. usai solat subuh jarang tidur balik. alahai suami.

October 2013
aku disahkan positif hamil. Ya Allah, masa cek air kencing tu, aku tak bagitau suami pun. takut dia kecewa kalo tak sangkut lagi. bila aku nampak ja ada line kedua yang kabur-kabur, aku tau ada sinar harapan. terus tanya kakak. dia kata sah aku positif mengandung. syukur alhamdulillah.

kabarkan pada suami. punya la dia happy. bakal jadi bapak la katakan. :)

selebihnya macam biasa la dengan rutin harian. kerja. rumah. cuti. kerja. rumah. cuti.

semoga kehidupan seterusnya akan menjadi lebih baik.




Wednesday, January 8, 2014

Salam Rindu~

Dalam bas tadi terdengar lagu ni. punya sedih. tengah rindu plak tu. :( terus rasa nak nangis. memang ternangis sudah pun. 

suami, rindunyaa. 

Ya Allah, permudahkan la urusan suamiku. 
permudahkan segalanya bagi kami.

amin.



Salam Rindu

Ku bertanya pada malamKu bertanya pada bintangSedang apa kau duhai sayangku
Di sini angin menyampaikanSalammu salam sayangSalam sejuta cinta dan rindu
Sabar sabar sabarlah sayangku
Semua ini kan cepat berlalu
Sebutlah namaku di setiap nafasmu
Ku kan datang kepadamu sayangPanggil panggil aku segenap rasamuDan rasakan aku membelaimu
Pejamkanlah matamu
Dan kau tenangkan hatimuDan kau rasakan aku memelukmu
Sabar sabar sabarlah sayangku
Semua ini kan cepat berlalu
Sebutlah namaku di setiap nafasmu
Ku 'kan datang kepadamu sayangPanggil panggil aku segenap rasamuDan rasakan aku membelaimu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan link kamu ye. =)