Soalan lazim
tentang AUOLIYA EMULSION
Soalan 1: Kalau pakai Auoliya
Emulsion kena stop produk lain ke?
Jawapan:
Tak perlu. Boleh terus pakai skincare sekarang ni. Just perlu add on auoliya
emulsion. Pakai auoliya emulsion selepas cuci muka dan sebelum pakai foundation
/ krim / bedak.
Soalan 2: Kenapa bila guna
auoliya emulsion jerawat makin naik.
Jawapan:
Keistimewaan Auoliya Emulsion adalah ia mengandungi beauty water. Fungsi beauty
water ni adalah untuk membersihkan kulit wajah dengan cara menarik kotoran yang
terperangkap jauh di dalam kulit. Penggunaan pada hari kedua dan ketiga, beauty
water baru menarik kotoran keluar. Jika kulit wajah sensitive, kotoran ni akan
menyebabkan jerawat semakin naik. Tapi, jerawat lama akan mula kecut selepas 7
hari penggunaan. Jika liang roma besar berbanding biasa, parut jerawat biasanya
akan ketara pada kulit wajah. Permukaan ini yang menyebabkan kotoran
terperangkap.
Kategori jerawat juga berbeza. Contoh:
✔ jerawat nanah/darah atas kulit muka - kotoran yang
terpendam.
✔ jerawat nanah/darah bawah kulit - kerana masalah hormon @
pemakanan.mungkin sebab hormon tak stabil / tension / resdung.
✔ jerawat pasir / kemerahan-merahan - sebab radang /
tindakbalas bahan kimia.
Soalan 3 : Semasa rawatan
menggunakan auoliya emulsion ada pantang larang ke?
Jawapan: Tiada pantang larang. Hasilnya lebih cepat
bila pakai auoliya emulsion sahaja tanpa apa-apa krim ketika waktu malam. Guna secara
konsisten waktu siang dan malam.
Soalan 4: Kalau stop pakai
auoliya emuslion ada kesan pada kulit kita ke?
Jawapan:
Setiap hari kulit kita terdedah pada persekitaran. Protection tu kita harus ambil
juga. Auoliya emulsion hanyalah rawatan kulit wajah. Jika ada masalah kulit
jerawat disebabkan kulit sangat allergik dengan persekitaran udara yang kotor, Auoliya
emulsion akan berfungsi menarik kotoran dan bersihkannya. Bila dia stop auoliya
emulsion, tak da lagi bahan yang menarik kotoran keluar. So kemungkinan jerawat
akan naik semula tu ada. Jadi kesan selepas penggunaan tu berbeza mengikut
situasi
Lain pula contoh jika kulit berminyak disebabkan
liang pori terbuka. Auoliya emulsion akan merapatkan liang pori. Kulit wajah
akan jadi lebih gebu, lembab dan licin. Walaupun berhenti pakai auoliya
emulsion, asalkan liang pori kekal tertutup, masalah kulit berminyak tak akan
berulang.
Soalan 5: Sesuai tak untuk
lelaki?
Jawapan:
Sesuai. Tak ada masalah.
Soalan 6: Ada bahan kimia
tak dalam auoliya emulsion?
Jawapan:
Setiap kosmetik / ubat- ubatan pasti ada tindak balas kimia. Auoliya emulsion
juga ada bahan kimia tetapi dalam kandungan yang tidak membahayakan. Juga ada
kandungan herba selain dari beauty water + aloevera.
Soalan 7: Ibu mengandung
boleh pakai ke?
Jawapan:
Boleh. Tak ada masalah.
Soalan 8: Berapa hari
nampak kesan penggunaan Auoliya Emulsion?
Jawapan:
Kesan tu boleh nampak berdasarkan tindakbalas kulit pada produk. Dan setiap
tindakbalas individu berbeza. Bergantung
pada masalah dan jenis kulit yang kita hadapi.
Kesan auoliya emulsion boleh dirasa seawal 3 minit
dengan kulit serta merta berasa cool & fresh. 3 hari kulit akan rasa lebih
lembut. Dan dalam tempoh 3 minggu kulit akan kelihatan lebih bersih, berseri
& glowing.
Berdasarkan testimony dan feedback, kulit muka
kusam akan beri result lebih cepat dengan hasil kulit yg nampak lebih fresh. Ini
kerana kulit muka kusam selalunya disebabkan penggunaan bahan kimia yang tinggi
dalam kosmetik dan tidak dicuci dengan bersih.
Soalan 9: Apakah Auoliya Emulsion
sejenis pelembab muka?
Jawapan:
Auoliya emulsion lebih baik dari krim pelembab muka biasa. Teknologi penciptaan
emulsion sememangnya berfungsi untuk mengunci dan membekalkan kelembapan pada
kulit. Auoliya emulsion sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit
kering dan mereka yang selalu terdedah pada cahaya matahari. Ia juga dihasilkan
dengan beauty water yang mudah menyerap di dalam kulit.
Soalan 10: Berapa lamakah
parut dan kesan jerawat dapat dihilang ?
Jawapan:
Bergantung berapa lama kesan jerawat tu melekat pada muka dan tahap
keseriusannya. Normally seawal 3 hari dah nampak perubahan. Tetapi harus pakai
konsisten siang dan malam. Gunakan auoliya emulsion sahaja pada waktu malam.
Soalan 11: Semua jenis
kulit ke boleh guna?
Jawapan:
Ye. Semua jenis kulit. Tetapi jika dia ada masalah kulit allergik pada sabun
yang berbau wangi, kemungkinan besar dia
juga akan allergik dengan auoliya emulsion.
Soalan 12: Kalau tak ada
masalah kulit pun boleh pakai ke? Apa akan jadi pada kulit saya nanti ?
Jawapan:
Akan ada 2 kemungkinan yang akan berlaku. Pertama kulit akan nampak lebih fresh,
pinkish dan glowing.
Kedua mungkin akan naik jerawat kerana auoliya
emulsion menarik kotoran yang terpendam yang tidak disedari selama ini. Auoliya
emulsion juga meneutralkn kulit muka atas penggunaan asid yg tinggi dalam
kosmetik. Contoh kandungan asid tinggi adalah seperti selepas menggunakan
kosmetik kulit serta merta jadi tegang, pedih atau mengelupas.
Soalan 13: Selain dari
muka boleh pakai kat tempat lain ke contoh seperti leher dan tangan ?
Jawapan: Boleh.
Tapi tidak boleh digunakan pada tempat yang ada luka.